foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, June 17, 2009

Tuan Guru dan Ust Nasa...Isu Kerajaan Perpaduan?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

17 Jun

Isu Kerajaan perpaduan sepertinya tidak mahu padam. APakah ada pembakarnya atau peniup isu ini? Saya tak pasti tetapi kenyataan Tuan Guru amat keras setelah Ust Nasa buat kenyataan di media semalam. Seperti ada indikasi yang amat dalam yang seharusnya pimpinan PAS dengan segera selesaikan. Jangan biarkan polimik ini berlanjutan sehingga PAS diyakini berpecah oleh rakyat. Sebagai perbincangan saya ingin melihat dari beberapa aspek:

1. Komunikasi antara Tuan Guru dengan Ust. Nasa seperti sudah terputus. Pelik sekali jika ianya benar-benar terjadi. Jiak PAS hanya sekadar sebuah parti politik saya tidak terlalu hairan tetapi selama ini PAS dihormati sebagai sebuah gerakan Islam. Apakah nasib gerakan Islam jika terus dilambung badai dari dalam yang boleh melemahkan PAS? Realiti sekarang rakyat tidak mahu melihat kehancuran PAS kerana PRU 13 amat penting buat gerakan Islam samda yang berada di dalam parti atau tidak.

2. Kenapa Ust Nasa masih tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti penyokong PAS dan PR menolak idea tersebut? Pelik dan amat menghairankan. Apakah pimpinan PAS yang baru tidak berdaya lagi untuk menyelamatkan kedaaan ini? Saya perhatikan dari ucapan Ust Nasa semalam di TV semacam masih teringin untuk meneruskan sesuatu yang telah diputuskan cukup. Jika saya hanya menduga bahawa isu ini masih cuba diangkat kerana beberapa pimpinan PAS masih mendesak agar isu ini terus dihangatkan. Talibarut UMNO atayu tidak menjadi soal tetapi imej Ust Nasa kelihatannya semakin merudum. Apatah lagi setelah kenyataan Tuan Guru yang tegas terhadap beliau.

3. Harapan penyokong PR adalah agar PAS berdamai dari dalam dan perkemaskan segera barisan PR. Dengarlah hasrat rakyat.!!!

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
Jun 17, 09 1:29pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

nik aziz angry 170609"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

nasharuddin mat isa 170609 02"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.