foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, May 24, 2009

MOGOK LAPAR DI PERAK ANTARA DESAKAN YANG WAJAR...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25 MEI

Sejak dari awal kemelut ini rakyat telah menunjukkan sikap dan pendirian mereka tetapi pihak istana atau di luar istana tidak diendahkan. Alasannya terlalu berjela-jela untuk dinukilkan kerana berkaitan dengan masalah fulus, kuasa, dendam kesumat,ego, projek balak dan tak balak dan seribu macamnya. Semuanya dibalut dan dibungkus dengan rapi melalui proses mahkamah yang kelihatannya tidak berpihak tetapi diatur rapi. Sekalipun dibungkus dengan rapi tetapi busuknya bau bangkai tetap terhidu oleh hidung dan hati rakyat.

Jadi rasanya jika rakyat mahu berlapar demi sebuah perjuangan menuntut hak mereka maka semua pihak harus bersikap terbuka. Terbuka mata, hati dan telinga. Jangan bermain dengan rakyat dan kuasa denyut nadinya. Mungkin ianya kelihatan mudah tetapi kekuatan denyut nadi rakyat ini akan merembet ke hati rakyat seluruh negara. Sultan atau bukan sultan yang ada hati atau tidak juga pastinya akan merasakan denyut penentangan ini sehingga ke tulang sum-sum. Apatah lagi jika media antarabangsa datang membuat liputan. Zambry dan exconya akan dikejar oleh para wartawan ini untuk mendapatkan info kenapa rakyatnya berlapar untuk mendapatkan hak mereka? Jika tidak berhati perut pun akhirnya akan berpeluh juga nak menjawabnya. Zambry tak mahu jawab mereka kejar pula Najib dan jika Najib tak mahu jawab maka Sultan juga kena kejar. Alangkah baik sekiranya semua pihak berlapang dada sebelum kejadian yang sangat memalukan ini terjadi. Bagi rakyat biasa dikejar, dirotan, disimbah air gas, ditendang dll tak masalah kerana kita rakyat biasa. Tetapi jika VVIP di negara kita ini sanggupkah??

Mohon maaf, jika analog ini terkena ke pihak tertentu tetapi pernah saya nyatakan sebelum ini. Kejadian penghinaan kerabat Sultan Kelantan di Indonesia yang disirakan ke seluruh dunia hanya semata-mata kerana seorang perempuan dan akhirnya baginda Sultan terpaksa menerima rawatan di hospital gara-gara serangan jantung. Mohon maaf jika ianya terlalu berat untuk kita terima realiti dari akibat perbuatan kita sendiri. Samalah dengan kondisi di Perak sekarang bahkan ianya lebih dahsyat kerana desakan datangnya di depan mata sultan. Kes anak sultan Kelantan dihina media dan rakyat Indonesia di Indonesia tapi kesannya ke hospital maka apakan jadi jika di Perak ???

Sekali lagi tolong perhatikan dan buka mata hati mu!!!

HR9808: Kenyataan mufti paling pantas tentang isu ini bagus sekali tetapi sayangnya bagi saya tidak relevan. Mufti membuat kenyataan itu terlalu general sehingga kelihatan tidak relevan dengan hukum yang difatwakan. Simple sahaja hujjahnya yang seharusnya para mufti ni memberi fatwa: makan gaji, taat dan menjadi alat perkakas kepada raja atau pemerintah yang zalim itu haram atau halal? Jadi sebelum bagi fatwa dalam kes yang lain sila bentangkan fatwa ini terlebih dahulu!!! Apa salahnya orang Islam berpuasa kerana menentang kezaliman? INI sering dilakukan para mujahid di dalam penjara dan dalam tahanan. Apa yang peliknya? Yang pelik ialalh para mufti membuat fatwa yang tidak ada nas yang kuat dan hanya ikut arahan pemerintah. Alangkah ruginya kamu wahai para mufti hanya semata-mata kerana dunia yang sementara ini kamu gadaikan agama dan ilmu itu? Saya sering terbuka dengan para mufti sebab kesian dan takut dengan azab Allah nanti.

Fatwa dibawah hanya dari 2 orang mufti sahaja? Mana lagi mufti kita? ATau ada juga para mufti yang tidak sehaluan dengan UMNO BN fatwa mereka tidak diguna pakai? INilah amsalah kita...fatwa yang sokong UMNO BN boleh dijadikan hujah dan jika sebaliknya dibuang dalam tong sampah....

HR9808: Kenyataan UMNO BN yang keliru...Bila dah tersepit maka gunalah mufti..tetapi hal lain tak perlu rujuk mufti. Seperti no. ekor, arak, rasuah, pelacuran, tipu duit rakyat dll..

Orang Islam dilarang sertai mogok lapar - Mufti

KUALA LUMPUR 24 Mei - Haram dan menyerupai amalan agama lain!

Itu reaksi dua orang mufti yang dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tentang hukum penglibatan umat Islam dalam mogok lapar selama tiga hari anjuran pakatan pembangkang di Perak bermula Selasa ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.

Kata beliau, jika seseorang penganut Islam itu meninggal dunia ketika sedang melakukan mogok lapar, dia dikhuatiri mati dalam keadaan tidak beriman.

"Justeru saya ingatkan para penganut Islam, jangan membudayakan mogok lapar kerana ia jelas berbeza dengan amalan puasa yakni ibadat yang dituntut," tegasnya.

Beliau mengulas rancangan pakatan pembangkang mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula Selasa ini, selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Kata Juanda, selain amalan mogok lapar beliau juga khuatir dengan aktiviti berhimpun sambil menyalakan dan mengarak lilin yang berleluasa di negara ini.

"Jika ia dilakukan oleh orang Kristian tidak mengapa kerana memang ada amalan sebegitu dalam agama mereka.

"Tetapi suka diingatkan, orang Islam dilarang meniru amalan agama lain yang memudaratkan diri, menimbulkan fitnah kepada pihak lain dan melanggar undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.

Katanya, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.

"Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri.

"Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, ia harus diselesaikan melalui rundingan atau perundangan," katanya.