HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
6 fEBR..
Tak sabar nak tunggu pagi untuk buka emel atau YM ternyata benar..ada teman dari Perak bagi pandangan dan saya terima dgn hati terbuka..Mungkin baik juga kita syare.Rb Dawan: ape cerita yop? di perak tumbang?
mustapa: teman dapat info juga tapi memang katon ,,termasuk raja melayu..mike dmana skrang
Rb Dawan: KL. Teman rasa Azlan tak suka cina (DAP). Ingat masa nak ambik alih dulu, DAP kurang ajar. Pastu Karpal & babi2 nya pun selalu kutuk Islam; hudud dsb nya...
Rb Dawan: Reformasi yg teman tak suka nya; melayu hilang kuasa. Sementara kita di perintah oleh bangsa & se agama pun kita tercicir dr segi moral/akhlak & material, apa lagi kalo Cina, Keling yg perintah???
mustapa: ada pro n kontra le..tapi cara deme ambik balik tu bagi teman tak sah dan tak demokratik langsung..teman nampak dr sudut lain..file rasuah raja dan politik melayu jg melambak..tapi PR lambat bertindak mendedahkan semua ini..asyik melayan kerenah Umno..
Rb Dawan: Tengok macam mana manikavasagam punya sokong keling penjenayah. ketara sangat emosi perkauman. keling2 tu lebih penting ke dr org melayu yg pun trtindas?
Rb Dawan: memang cara tak sah, semua org tahu. tapi sentimen melayu terlibat & cina ambik kesempatan???
mustapa: Kita tenguk dari banyak aspek Yop..dalam Islam ada kaedah dlm memilih mudharat..akhafu dharadain..ambil dharurat yg paling ringan..nak pakai lojik akal memang letih le yop..
Rb Dawan: nampak gaya, reformasi jenuh le bila kene najib perintah. belum2 dah nampak ganas...
Rb Dawan: betul. tapi kalo kita boleh "perbaiki" org Islam tu (yg trsesat) kan lebih baik dr terima org kafir?
mustapa: teman rasa begitu..dan memang kene tumpah darah juga,,antara puak nasionalis dan islamis..Kene jihad sebagai solusinya yop..sejarah politik Melayu beginilah..tak ada kesudahan..Nizar dan EXCOnya kena pertahankan PR di Perak dgn apa cara sekalipun..macam org Palestin jaga tanahnya..
Rb Dawan: Kontras!!! BN 27 melayu; 1 cina, banding PR bnyk cina???
Rb Dawan: Teman rasa, macam kata hang tuah; "tak kan melayu hilang ....." tu terpakai sngt2 Yop!!!
mustapa: salah besonya ialah Nasionalis tak mahu terima Islam..jika terima Islam..selesaile masalah..tapi deme ni lah kaki rasuah ,,dan hancurkan rakyat..
mustapa: mejoriti ada pada Islam Yop bukan Melayu..kerana bangsa akan musnah..bilabila masa..kena balik kepad Islam..
Rb Dawan: memang, antara kegagalan pemeluk Islam ialah gagal menghidup kan konsep Islam tu universal, tiada batas perkauman, dsb nya.
mustapa: Inilah masalah kita yop..dan teman tak nampak,,akan selesai cepat kecuali..adakan pilihanrya semula..dan atur dgn baik..
mustapa: rakyat akan berontak sebab deme dah muak dgn UMNO..
Rb Dawan: betul. teman bukan brsifat nasionalist. bagi teman Islam adalah asas nya. telah trjelas dlm sejarah dunia, hanya pemerintah Islam saje yg boleh brlaku adil terhadap semua agama?
Rb Dawan: betul. umno tu kene betul kan secepat mungkin, ato PAS ambik alih...
mustapa: Teman ada komen dlm blog teman hr9808.blogspot.com.
Rb Dawan: teman rasa, bila ckp berapi dr dap menentang hudud & wakil pkr yg (terlalu) berat ke hindu? melayu rasa ter ancam. cuba mike selidik, rata2 teman rasa melayu tak suka kan hindraf?
mustapa: betui yop..tapi dlm politik majmuk kita mesti lebih realistik..mike tenguk nanti hancur negeri ni..kerana semua dah tak puas hati..teman sendiri JUGA.. ...... termasuk raja melayu..yang banyak melahap duit rakyat dan negara,,mereka harus sedar zaman sdh berbeza..Kene kembalikan Islam ke tempatnya..itu sahaja
Rb Dawan: percaya lah cakap teman, isu Melayu & Islam adalah penting dlm konteks Malaysia. Disini bukan bersifat nasionalisma. sebab di Malaysia, Melayu itu adalah Islam & sebalik nya...
mustapa: Masalahnya YOP nasionalis tak mahu terima islam yg betul tapi Islam no ekor halal, judi arak halal, betine halal, rasuah halal dll..Jadi di Palestin yg jadi talibarut USA dan Israel ialah FATAH/PLO (sama macam UMNO)..depe tak mahu Islam yop..
mustapa: Islam adalah solusi bkn bangsa dan Islam yg sebenar..yg dibwa oleh para nabi dan shabat..
Rb Dawan: betul. itu asas & penyebab kpd segala kucar kacir. kalo mcm tu kan yg lebih afdal dlm tertib nya, kita kembali kpd asas, Ilmu...
mustapa: termasuk raja Melayu yop..kita kembali semula kepada asas kita iaitu aqidah yang jelas bukan..tambahan yg merapu..
Rb Dawan: teman rasa kalo kita kuat kan usha kita ke arah me agung kan Ilmu, "semua" akan selesai secara baik?
mustapa: kita kene ajak mereka berstahadah semula kembali semula kepada Islam..bersihkan fahaman karut marut deme,,tu,,
Rb Dawan: Ilmu yg menyedar kan kepada nahi mungkar amal maarof, kita balik kpd asas akidah sebelum pergi jauh.
mustapa: teman turut sedih dgn adik beradik teman dan bapak teman yg masih tak faham Islam tu bagaimana..dan masih berfaham kebangsaan yg ditolak oleh nabi sehingga nabi kata bukan dari kami mereka yang mengajak kepada kebangsaan/ nasionalis..
Rb Dawan: tengok mcam yahudi, 14 juta umat, beratus menang pingat nobel, brbanding lebih 1 bilion umat Islam...
mustapa: betul yop..semuanya harus membuka mata sekarang..tak usah banyak jika raja arab tarik aje duit bertriliun dari USA..hancurle Israel..tapi mike tengukle..deme mangkuk semua..kerana betine..aje dah ngeletor..malu kita yop..
Rb Dawan: yg teman nampak, drp kita ambik cina & india jadi "kawan" lebih baik kita "Islam" kan deme???
mustapa: betui yop..Islam dgn kaedah yg diajar nabi bukan bantai dan paksa,,seru dan dakwah..dgn contoh ,,nak contoh dgn Melayu nasionalis..deme tunggang arak lebih teruk dari org lain..jadi kita tak ada contoh yop..
Rb Dawan: betul. mike tengok wakil PKR pun tak boleh harap? yg jelas pendukung2 & ahli2 PKR adalah dr kalangan yg tak "berpusahati" dgn UMNO, etc. tapi keperibadian? Tak mcm PAS, lebih brsedia?
Rb Dawan: teman tengok muka si jamal & osman tu pun, jijik yop?
mustapa: Ye..beginilah yang ade yop..dan semua wajib buka mata..nak lantik jadi imam pun mesti ada syarat yang jelas,,inikan pula YB..kene balik merenung yop..
Rb Dawan: betul. bidan terjun utk beranak je, utk tujuan lain kurang bijak...
Rb Dawan: so ape jadi lepas ni?
Rb Dawan: yg teman nampak, tunggu high court je la yg pasti?
Rb Dawan: sebab sultan & EC dah jelas lagi bersuluh....
mustapa: ye sampai masanye merenung..jangan ambil mudah..tapi nabi ada berpesan.."almukmin kaisun faatin"..sifat jujur mesti seimbang dgn sifat lain..yang ada islam tentukan..
mustapa: nak jumaat yop..nanti kita sambung lagi..ye..
Rb Dawan: k. salam yop...
mustapa: salam yop..doa aje dan pasti Allah tunjukkan yg benar dan yg palsu
Mohamad Adil: NYALAKAN LAMPU KERETA DI SIANG HARI – JUMAAT 6HB FEBUARISemua penyokong PAKATAN RAKYAT diminta memasang dan menyalakan
lampu kereta bermula jam 12.00 tengah hari Jumaat 6hb Februari 2009.
Warga Perak terutama dari Ipoh dan Kuala Kangsar yang
memberi cadangan ini. Justeru semua perlu menyokong.
Kempen ini dilakukan di seluruh negara.
Nyalakanlah lampu kereta di mana sahaja berada.
Jika terelihat ada lampu yang terpasang di jalan sebelahan
sila bunyikan hon tanda setiakawan.
Sila sampaikan berita ini melalui pesanan ringkas ke semua kawan-kawan.
Hantarkan berita ini sebaik sahaja berita ini telah dibaca.
mustapa: tq bro..aana di Bandung ni..kita akan lancarkan radio ..tolong bagi info komunitas kita agar dapat bercakap melalui radio..www.radio.e-s2u.com sebarkan ke teman yg berminat untuk bicara tapi kita masih kumpul bahan..
Mohamad Adil: IPOH, 6 Jan :- Pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini. Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.
Ladynohm: Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini. Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .
Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya. Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.
Inilah gambaran kude
mustapa: ana ada komen banyak dlm hr9808.blogspot.com
Mohamad Adil: sent balik add..ana clik tak boleh pun?
mustapa: www.hr9808.blogspot.com
Mohamad Adil: SALAM,KNP LOGO PAS KAT BAWAH?
mustapa: Loga apa bro..
mustapa: mungkin secara design aje..
mustapa:
www.radio.e-s2u.com tolong sebarkan dgn teman semua agar kita segera melaporkan sesuatu dmana sahaja..
Mohamad Adil: SUSUNAN LOGO PARTI KAT TEPI
mustapa: ok nanti ana aturkan lagi ..jzklalh ata sinfonya..
mustapa: solat bro ..nanti...kita sambung lagi..
"Pertahan Perak hingga titisan darah terakhir" Salmiyah Harun & Intan Abdullah Fri | Feb 06, 09 | 8:30:52 am MYT |
IPOH, 6 Feb (Hrkh) - "Kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehingga ke titisan darah terakhir," demikian penegasan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya yang membanjiri kediaman rasmi malam tadi. Beliau yang memberi ucapan yang berapi dan penuh semangat demi mempertahankan kerajaan rakyat daripada dirampas oleh kerajaan BN. Nizar dalam ucapan penutupnya itu berjanji akan berjuang habis-habisan untuk merobohkan Umno dan BN yang telah membuat rakyat negeri ini huru-hara. Beliau juga berkali-kali membuat penegasan tidak akan meletak jawatan Menteri Besar biarpun sudah mendapat arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Terdahulu, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat diberi peluang memberi ucapan antaranya, Exco Kanan Perak, Ngeh Koo Ham; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Ketua Muslimat PAS,Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin. Orang ramai mula membanjiri kediaman Menteri Besar seawal jam 6 petang sebaik sahaja mendapat maklumat permit untuk berhimpun di Stadium Ipoh tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Suasana agak luar biasa, apabila rakyat berbilang bangsa Melayu, Cina dan India datang berduyun-duyun mendengar amanat pimpinan mereka, walaupun terpaksa duduk di atas rumput yang basah dek hujan turun bermula tengah hari itu. Apa yang dikesali pihak polis pula bertindak menyekat laluan utama ke kediaman Menteri Besar pada seawal jam 7 malam menyebabkan orang ramai terpaksa berpatah balik. Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa itu tidak mematahkan semangat rakyat Perak untuk sama-sama menunaikan solat hajat serta mendengar amanat pimpinan mereka di dalam dewan tertutup dihadapan perkarangan rumah menteri besar. Sebaik selesai solat hajat, tiga buah trak polis yang membawa hampir 100 anggotanya tiba di pintu pagar utama kediaman, bagaimanapun tindakan pantas petugas Unit Amal bergegas membuat benteng di hadapan pagar untuk menghalang sebarang provokasi yang timbul. Kain rentang yang tertulis ' Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan Dun Perak' dan 'Menuntut Bubarkan Dun, Kembalikan Kuasa Rakyat', jelas menggambarkan hasrat dan harapan rakyat yang menggunung tinggi terhadap kuasa Sultan. Beberapa orang di kalangan hadirin yang ditemui masing-masing melahirkan kemarahan terhadap BN merampas kerajaan Perak tanpa saluran yang sah. Seorang warga Tronoh berbangsa Cina, Hon Eng Kee, 47, yang ditemui melahirkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap BN yang merampas kuasa secara tidak adil. "Sepatutnya ada pilihan raya kecil, kita rakyat Perak harap Sultan dan BN keadilan dan demokrasi, kami tidak terima keputusan Sultan dan kami tidak puas hati," katanya. Beliau juga berharap agar pilihan raya baru diadakan dalam masa terdekat. Hon, juga beranggapan seperti wujudnya politik wang sehingga menyebabkan BN sanggup mengambil tindakan ini. Sementara itu, Jayabalan, 28, yang berasal dari Ipoh pula kecewa dengan cara BN merampas kuasa. "Tindakan mereka, seolah-olah membuat undang-undang sendiri sehingga mencetuskan huru-hara. BN tipu dan sultan tidak adil,"katanya. Ditanya tujuan kehadiran beliau ke situ, katanya semata-mata untuk menyokong Menteri Besar Nizar yang dilihat ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab rakyat. Turut sama menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan BN di luar undang-undang iaitu Pravajaran, 25. "Pentadbiran Pakatan Rakyat, ok... kerana ia membela nasib semua bangsa, kita tidak mahu tukar kerajaan yang sedia ada dan kita tetap sokong MB Nizar," katanya berharap pilihan raya dapat dijalankan. Di akhir ceramah itu, orang ramai mengangkat ikrar akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan terus menjunjung kasih Sultan. - mks. _
Protes angkat sumpah Adun di Masjid Ubudiyyah hari ini Ekmal Yusof Fri | Feb 06, 09 | 8:35:39 am MYT | IPOH, 6 Feb (Hrkh) - Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat diseru datang bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini untuk melakukan protes membantah upacara angkat sumpah Adun Umno-BN di Istana Iskandariah hari ini. Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru demikian di majlis Himpunan 100,000 orang yang membajiri setiap ruang di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato� Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di sini malam tadi. Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok. "Semua lapisan masyarakat termasuk kaum Muslimat dan pimpinan Pakatan Rakyat kalau tak cukup tempat sediakan sejadah untuk bersembahyang di luar dan kemudiannya kita buat protes terhadap perbuatan keji Najib Razak,"tegasnya. Jelas Nor Azli, Najib adalah seperti ketua lanun merampas Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah kepada kerajaan baru Umno-BN untuk kepentingan politik dirinya sahaja itu harus ditentang habis-habisan. - mks._
Rampas Perak, Najib seperti Zionis Mohd Sabri Said Fri | Feb 06, 09 | 8:24:32 am MYT | PULAU PINANG, 6 Feb (Hrkh) - Tindakan Barisan Nasional yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Abdul Razak dalam merampas kerajaan negeri Perak ibarat Zionis,Israel. Demikian ulas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin sambil menegaskan, media pro Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mengelirukan rakyat tentang situasi di Perak ketika ini. Beliau ketika ditemui di majlis Tabung Dana Bela Palestin di Masjid Perda Permatang Pauh sebentar tadi membidas sikap kepimpinan BN khususnya Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sengaja melakukan agenda tersembunyi untuk menggalakan suasana tegang. Menurutnya, apa yang dititahkan oleh Sultan Perak semalam belum lagi diputuskan ekoran Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang berusaha bertemu Baginda Sultan bagi menerangkan keadaan sebenar untuk kali kedua. "Setakat semalam Menteri Besar, Dato' Seri Nizar masih Menteri Besar yang sah dari segi perundangan. Biar rakyat yang menentukan bagaimana keadaan Negeri Perak seterusnya bukan dirampas bagaikan rejim zionis, " ujarnya lagi. Terangnya, kenapa Najib sanggup mempergunakan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cangkat Jering dan Behrang serta Bota yang kembali ke pangkuan Umno setelah beberapa hari bersama Parti KeADILan Rakyat (KeADILan). Semua itu bermatlamat dengan niat jahat bukan mengikut saluran demokrasi yang sebenar. Bahkan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendaknya tercapai dalam masa singkat bagi mengembalikan maruah yang tercalar apabila kalah dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh. Dua pilihan raya kecil itu, menjadi tamparan hebat pada Najib yang bakal memikul amanah sebagai Perdana Menteri menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Mac ini. "Jadi sebelum menjelang Mac 2009 Najib mahu namanya dijulang kembali bukan diperlekehkan ekoran kekalahan ketika mengetuai jentera BN di dua pilihan raya kecil yang menyaksikan kedua-duanya dimenangi Pakatan Rakyat, " kata beliau yang juga Adun Penanti. Jelas Fairus lagi tindakan pihak polis mengepung pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pejabat Menteri Besar dan Stadium merupakan satu tindakan yang tidak profesional kerana Kerajaan Pakatan Rakyat belum tumbang sepertimana yang didakwa oleh Najib menerusi sidang medianya semalam. - mks. _
Surat Nizar pada Sultan, sebab tidak letak jawatan MB Harakahdaily Fri | Feb 06, 09 | 9:10:50 am MYT | KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak. Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta. Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera. Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan: 5 Februari 2009 Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya. Assalamualaikum Ampuan Tuanku, Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan. Ampuan Tuanku, MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan. Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara: 1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri. 2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut. Ampuan Tuanku, Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka. Ampuan Tuanku, Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak. Ampuan Tuanku, Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan. Amin Ya Rabbal 'Alamin Ampun Tuanku, Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan - azm _
Saya masih MB - Nizar Intan Abdullah & Salmiyah Harun Fri | Feb 06, 09 | 11:52:23 am MYT | Terkini|IPOH, 6 Feb (Hrkh) - 11.30 pagi: Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dalam satu kenyataan media pagi tadi menegaskan dia masih lagi kekal dengan jawatannya. Beliau juga menyatakan mesyuarat exco yang sepatutnya diadakan pada hari ini tidak dapat diadakan. Lima belas minit kemudian, Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan semua wartawan meninggalkan bangunan SUK. Nizar kini dalam perjalanan pulang ke kediaman rasmi Menteri Besar. - mks._
Pesanan Nizar kepada staf SUK Salmiyah Harun & Intan Abdullah Fri | Feb 06, 09 | 12:01:19 pm MYT | Terkini|11.40 pagi: Bismillahirohamanirahim, SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir. Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu. Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini. Ir Mohd Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak._
Hinanya Najib merampas Perak! Wan Nordin Wan Yaacob Fri | Feb 06, 09 | 10:37:58 am MYT | KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - "Rampasan kuasa", itulah yang disifatkan Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas ketika membuat ulasan mengenai perkembangan di Perak. Kamarul melihat kerajaan pilihan rakyat yang sedia ada hari ini digulingkan dengan cara yang paling hina. "Dua Adun Bebas (Jamaludin dan Osman) yang tidak mengaku meletakkan jawatan sebelum ini telah bertindak keluar dari parti dan mengisytiharkan mereka sebagai Adun Bebas. "Begitu juga dengan Adun Jelapang dari DAP yang isytihar keluar parti dan kini bebas. Namun persoalannya, kata Kamarul, jika mereka mengatakan mereka Adun Bebas (tidak menyertai mana-mana parti), bagaimana pula mereka dengan bangganya berhimpun sekali dengan Adun-adun BN semasa sidang media oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. "Sementara Najib pula mengambil kira kerusi Adun mereka sebagai BN mempunyai jumlah majoriti dan Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang keluar Umno untuk menyertai KeADILan telah kembali kepada Umno atas alasan untuk bersama sebuah kerajaan yang kukuh," katanya. Kamarul melihat, mungkinkah kemasukan Nasarudin dahulu ke dalam KeADILan untuk mengkucar-kacirkan parti itu bagi membolehkan dua Adun KeADILan yang bermasalah melompat keluar parti. Baginya, amat hinalah maruah dirinya sekiranya Adun Bota memang merancangkan ini semua. "Kemelut ini semua bermula setelah Najib mengambilalih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak daripada Tajol Rosli. Tindakan Najib seperti yang kita ketahui begitu agresif dalam siri penculikan, ugutan dan tawaran," katanya. Kamarul melihat, Najib merasa boleh membuat apa saja tanpa perlu bertanggungjawab terhadapnya walaupun perbuatan jenayah. "Ini kerana pada bulan hadapan (Mac), tampuk pemerintahan tertinggi negara akan berada di dalam genggamannya (bukan genggaman Rosmah ke?)," katanya sinis. Sungguh sedih dengan apa yang berlaku di Perak dan akan bertambah sedih dan malang sekali kepada negara Malaysia apabila Najib diserahkan jawatan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan Mac ini. "Mahukah orang sebegini dengan perlakuan sekeji ini yang memerintah negara? Amal maaruf nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran) yang diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditentang dan dikacau bilaukan oleh pihak yang membawa pendirian menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kepada kebaikan," katanya. Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta. Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak semalam. Begitupun Nizar enggan melepaskan jawatan itu dengan alasan, beliau amsih sah selaku MB yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat diseru datang bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini untuk melakukan protes membantah upacara angkat sumpah Adun Umno-BN di Istana Iskandariah hari ini. Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru demikian di majlis Himpunan 100,000 orang yang membajiri setiap ruang di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato? Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di sini malam tadi. Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini. - wann/mks. _
| Mohd Nizar shooed away from office
| Malaysiakini Team | Feb 6, 09 11:10am | Perak Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin today clocked in to work as usual at 10am, along with his exco members, but 45 minutes later they were out of the state secretariat building.
In that 45 minutes, Mohd Nizar's press conference was interrupted twice by state secretary Abdul Rahman Hashim and Ipoh police chief Azisman Alias.
Mohd Nizar refused to hold a meeting with Abdul Rahman and left with his convoy to his official residence where he is expected to hold a press conference later.
Below is the chain of events as it happened this morning beginning with the latest entries: 12.40pm: Perak state assembly speaker V Sivakumar said he will be sending a letter to Sultan Azlan Shah seeking consent for a special state assembly sitting.
The sitting is to determine who actually controls the assembly.
He also said that he will be urging the sultan to postpone the swearing-in ceremony of Zambry Abd Kadir as the BN menteri besar today at 3.30pm. The letter will be sent as soon as possible, he said. The brief press conference was held at DAP headquarters in Ipoh. 11am: The police closed the road in front of the menteri besar's official residence until 7pm to prevent illegal gatherings.
10:45am: Perak CPO Zulkifli Abdullah said the police have secured the state secretariat building upon a request by the state secretary.
10.42am: Mohd Nizar and his convoy drive out of the state secretariat, back to his official residence. He said that he had been allowed to use his official car until new MB Zambry Abdul Kadir is sworn-in this afternoon.
10.20am: MB Nizar and his group move to Perak DAP head Ngeh Koo Ham's office, located in another part of the state secretariat building. They then continued their press conference but once again it was interrupted by Abdul Rahman.
The state secretary then asked Mohd Nizar for a meeting to which the latter disagreed.
Reporters are escorted out of the state secretariat building.
"I will go about (with my job as MB) as usual. I have to meet some consultants and investors later. However I will have to tell them that we have to reschedule our appointments," said Mohd Nizar.
10.15am: Mohd Nizar and his exco members hold a press conference but it is interrupted by state secretary Abdul Rahman and the state police chief.
Abdul Rahman rudely told reporters to leave the room.
Senior exco member Ngeh Koo Ham was overheard telling the police chief to follow proper procedure. "We can hand over properly," he said.
9.40am: Mohd Nizar, in a green baju Melayu, and convoy arrive at the state secretariat building. The gates are closed but after a brief standoff with the security, the MB and his exco members are allowed in.
Mohd Nizar goes straight to his office and finds it bare.
"It was just as empty and bare as when I first took charge last March," he said.
9.30am: Pakatan state exco members gather at MB Mohd Nizar's official residence.
|
hr9808: Media BN jangan berlebihan kerana akibatnya boleh menghancurkan negara!! Hak rakyat wajib didengarkan dan dipertahankan sampai bilapun. Jika pemimpin rakyat (PR) mempertahankan Nizar iaitu memang wajar. Rakyat lebih cerdik sekarang berbeza dengan zaman dulu.
Pemimpin pembangkang pertahan tindakan Nizar
IPOH 5 Feb. - Para pemimpin pakatan pembangkang hari ini mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletakkan jawatan walaupun dititah sedemikian oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Mereka turut meminta Sultan Perak supaya membuat keputusan mengikut ketetapan undang-undang dengan mengambil kira sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan akan terus menyandang jawatan berkenaan sehingga proses demokrasi dan undang-undang dilakukan dengan adil. Katanya, ia sama ada menerusi pilihan raya semula atau pilihan raya kecil di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikosongkan. ''Kita tidak mahu diadakan rampasan kuasa tidak terhormat... kita menghormati proses Raja Berperlembagaan, tetapi raja juga mesti mengikut proses amalan demokrasi menerusi kehakiman rakyat dengan cara yang seadilnya," katanya. Anwar pula menafikan keengganan pakatan pembangkang menerima keputusan Sultan Azlan itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada raja. ''Kita meminta Tuanku supaya menjalankan kuasa baginda dengan menerima permohonan Menteri Besar untuk membubarkan DUN dan memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baru. ''Kita merayu baginda mengambil ketetapan mengikut Perlembagaan Negeri, bukannya kita menentang tuanku," ujarnya. Dalam pada itu, Kit Siang menganggap apa yang berlaku terhadap kerajaan negeri Perak adalah satu bentuk rampasan kuasa. ''Apa yang berlaku adalah mengejutkan dan di luar kebiasaan," katanya. HR9808:kENYATAAN DI BAWAH PERLU DISEMAK OLEH AHLI UNDANG-UNDANG YANG SOLEH BUKAN YANG MERAPU..!! JANGAN AMBIL MUDAH OK..INI BUKAN NEGERI BAPAK KOME..!!
Kenyataan media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
| SULTAN Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong di Istana Kinta, Ipoh, semalam berikutan tindakannya keluar daripada DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. – BERNAMA |
BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor. “Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan. Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak. YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta. Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan. Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.” Perak fail mohon isytihar tiga kerusi kosong
| MOHAMAD Nizar Jamaluddin menjawab soalan wartawan semasa sidang media yang dihadiri oleh pengerusi-pengerusi Parti Pakatan Rakyat di kediamannya, di Ipoh, semalam. |
IPOH 5 Feb. - Kerajaan negeri Perak hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Changkat Jering, Behrang dan Jelapang adalah kosong. Permohonan tersebut dikemukakan oleh Speaker DUN, V. Sivakumar melalui Pejabat Tetuan Leong & Tan yang diwakili peguam Leong Cheok Keng bagi pihak kerajaan negeri, pada pukul 11.40 pagi ini. Permohonan oleh plaintif tersebut adalah menurut Artikel XXXXV dan XXXV1 Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak. Saman itu juga memohon ganti rugi, kos dan relif lain yang dianggap patut oleh mahkamah. Pada pilihan raya umum Mac lalu, kerusi DUN Changkat Jering dimenangi oleh Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, manakala Behrang (Jamaluddin Mohd Radzi) dan Jelapang (Hee Yit Foong). Mohd. Osman dan Jamaluddin sebelum ini adalah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala Yit Foong pula bekas wakil rakyat DAP. Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pada satu sidang akhbar berkata, pihaknya meminta supaya mahkamah mengisytiharkan kerusi kawasan-kawasan terbabit kosong. ''Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu mengadakan pilihan raya di kawasan tersebut," katanya di sini hari ini. Koo Ham berkata, kerajaan negeri hanya boleh bertukar jika Menteri Besar, Datuk Seri Mohammmad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan atau wujud undi tidak percaya kepada Menteri Besar melalui DUN Perak. ''Cara Barisan Nasional (BN) mahu mengambil alih kerajaan negeri tidak sah kerana dilakukan tidak mengikut lunas undang-undang," katanya. Beliau berkata, kerajaan pakatan pembangkang bersedia menyerahkan kuasa kepada BN secara rasmi jika BN mengambil alih kerajaan secara sah. Masjid Ubudiyyah mula penuh, protes rakyat bermula Salmiyah Harun & Intan Abdullah Fri | Feb 06, 09 | 12:43:16 pm MYT | Terkini|IPOH, 6 Feb (Hrkh) - 12.30 tgh. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin bersama pimpinan peringkat negeri akan bergerak ke Masjid Ubudiyyah,Kuala Kangsar sebentar lagi. Turut kelihatan selain Adun-adun Pakatan Rakyat adalah beberapa pimpinan PAS peringkat negeri seperti Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang, dan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo Hj Ghazali serta pimpinan daripada DAP dan KeADILan. Difahamkan kawasan Masjid Ubudiyyah ketika ini mula dibanjiri dengan orang-ramai yang ingin melihat dari dekat perkembangan terkini dan amanat pimpinan negeri terutamanya daripada Nizar sendiri. Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru orang ramai agar memenuhi Masjid Ubudiyyah tengahari ini sebagai protes terhadap upacara angkat sumpah Adun-adun BN petang nanti. Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok. "Semua lapisan masyarakat termasuk kaum Muslimat dan pimpinan Pakatan Rakyat kalau tak cukup tempat sediakan sejadah untuk bersembahyang di luar dan kemudiannya kita buat protes terhadap perbuatan keji Najib Razak,"tegasnya. - mks._
Mohamad Adil: JUMAAT 6HB FEBUARI 2009 – MENTERI BESAR BERJUMAAT DI KUALA KANGSAR
Semua warga di jemput untuk turun ke Kuala Kangsar esok.
Tempat yang di tuju ialah Masjid Ubudiah Bukit Chandan.
Menteri Besar dan pemimpin Pakatan Rakyat akan berada sama di Kuala Kangsar.
MB Perak akan bersembayang Jumaat di Masjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar.
Semua ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat akan memboikot Sumpah Saiful.
Penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Bukit Chandan Kuala Kangsar untuk menyatakan rasa TIDAK puas hari atas tingkah laku rampasan kuasa yang dilakukan Najib Razak.
Selamat Berjumaat di Bukit Chandan. Mohamad Adil: 06 Februari 2009 Jam 2,46 : FRU tembak gas pemedih mata.
KUALA KANGSAR, 6 Feb :- Dianggarkan sekitar 1000 orang yang berjaya merempuh sekatan FRU yang menuju ke Istana Iskandariah bagi menyerahkan kain rentang kepada DYMM Sultan Perak telah dileraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata sebentar tadi.
Kejadian ini bermula selepas solat Jumaat di mesjid Ubudiah. Setelah mereka berkumpul dan menandatangani kain rentang yang ingin diserahkan kepada pihak istana.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 14:45:00
|
|
|
|
|
|
|
|