IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
5 fEBR.
Beberapa sms yang saya terima dari Malaysia tentang Perak membuat hati yang kecil ini berdenyut kencang bagaikan bom mahu meletus. Saya bekejar dari Bandung ke Subang dan Jakarta dan kembali semula ke Bandung hampir 12 jam. Setelah tiba di Bandung barulah dapat membaca harakahdaily dan menulis komentar di blog ini.
Susah nak tulis perkataan yang baik kepada mereka yang terlibat dalam komplot jahat sehingga kerajaan yang sah dilantik oleh rakyat dihina, dimainkan dan dihancurkan oleh para lanun bertakhta. Sebelum ini aku berlapik juga dengan depa ni..tapi wallahi mula dari saat ini kome semua ni memang melaun. Aku tak peduli lagi kerana tidak ada sebab sebagai rakyat yang bebas merdeka takut kepada sesiapa pun termasuk para raja dan pemimpin negara yang korup.
Saya lihat dari beberapa aspek:
1. Peranan si pengkhianat yang suka melompat adalah satu pelajaran paling besar untuk PR apatah lagi Nasa yang baru sahaja melompat spring kepada lubuk lamanya. Tolong catatkan nama mereka di tiang-tiang batu bahawa anak cucu dan keturunan mereka ini adalah keturunan pengkhianat selama-lamanya selagi belum kembali ke pangkal jalan. (taubat nasuha).
2. Si pengkhianat ada kuncu juga dan taifah yang seharusnya diberi pelajaran yang sewajarnya samada oleh PR dan kaum keluarganya. Kerana hanya dengan boikot yang sebenarnya barulah mereka akan insaf. Teringat kisah Kaab bin Malik..bagaimana Rasul dan para sahabat mendidiknya sehingga dia kembali semula dan turun ayat atas pengampunannya. Ini suatu hal yang wajar dilakukan agar tidak berulang lagi kepada PR di masa akan datang. YB yang bukan Islam dari DAP juga harus tahu akibat dari perbuatan beliau yang merosakkan demokrasi dan kepercayaan rakyat kepada dia.
3. Najib dan jemaahnya juga wajar diberi pelajaran sekalipun di belakangnya ada polis. Ingat sdr kita di Palestin juga sama bahkan di belakang Israel ada USA dan sederet negara yang siap sedia untuk menghancurkan mereka, Tahniah YAB MB PR di Perak dan barisan Exco yang masih kukuh bertahan. Wallahi ,,wajib anda pertahankan dari sudut Islam dan undang-undang Malaysia. Kali ini biar para raja dan pemimpin pembuli rakyat tahu bahawa rakyat sekarang bukan rakyat zaman T. A. Rahman..."tak pa...biak ,,pi.." sampai akhirnya Singapura tergadai. NO way..Rasanya jika kita rujuk bab Taat yang diwajibkan hanya kepada raja/pemimpin yang adil dan tidak ada nash yang boleh diambil bagi menghormati pemerintah yang zalim. Apatah lagi pemimpin yang kaki botol, kaki perempuan, rasuah, ugut, bunuh dll.
4. Pemimpin PR tolong bertegas dengan semua pihak dan bawa kes ini ke pengadilan dan jika perlu libatkan pemantau International supaya mata dunia terbeliak melihat bakal PM Malaysia bertindak seperti gengster kampung. ...Sebelum ini di Monggolia dan sekarang dia beraksi pula di Perak. Dulu bom c4 sekarang bom apa pula?..Jika berani berlawan dengan kekuatan rakyat,,tafaddal ya khoiy.....1 tumbang 1000 akan bangun...Ini bukan Altantunnya tapi kononnya rakyat kamu sendiri dan sekarang kamu mahu hadapi silakan..!!!
Tolong pastikan keadilan kepada semua rakyat terutama rakyat Perak dengan paling minima diadakan semula pilihanraya kecil..
5. Wahai para ulama', para mufti, para a'milin, mujahid, aktivis harakah .. ..keluarkanlah gigi kamu semua dan janganlah membisu seribu bahasa!! INi maksiat dan kemungkaran yang amat besar..Lanun atau perompak merompak di depan mata kamu semua apakah wajar kamu berdiam?? Wahai sdr ku..tunjukkanlah sikap kalian spt mana para Rasul,Nabi-nabi, sahabat-sahabat, tabiin, ulama, solihin dan siddikin terdahulu bertindak......!!! Lihatlah realiti dunia yang kamu hadapi ini..!! Wallahi sdr ku..ini adalah bukti kukuh yang pemimpin Melayu Islam telah sesat dan dan cuba menyesatkan kita semua..Termasuk para rajanya..Jika kamu tidak mampu keluar bersuara.. maka ayuh mari kita sama bermunajat..ke hadrat Allah. Dan jika ini juga kamu enggan..maasaalamah..terbuktilah kamu sudah tiada iman yang hidup di hati kamu..semuanya sudah mati..mati dengan penyakit takut mati..
6. Sdr penyokong PR di seluruh Malaysia, ayuh mari kita angkat tangan setinggi-tingginya ke hadrat Allah yang Maha Kuat dan Maha Agung dengan memohon:
Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya zal Jalaliwalikram...kami tadahkan tangan yang hina ini kepada MU, ..Ampunkanlah seluruh dosa-dosa kami samada yang kelihatan dan tersembunyi, dosa-dosa kaum keluarga kami, dosa-dosa pemimpin-pemimpin kami dan para penyokong PR dan muslimin dan muslimat sekalian.
Ya Allah,,hanya pada Mu kami serahkan segala urusan kami, segala hajat-hajat kami, segala cita-cita kami dan amanah kami. Hanya pada Mu kami berharap dan bermohon agar segala kezaliman, kesengsaraan, tipu daya musuh kami yang menimpa kami, Engkau menjadi pelindungnya, Engkau menjadi penyelamatnya dan hanya Engkau sahaja yang berhak menghukum siapa yang melakukannya. Ya Allah, ya Rahman,,Ya Rahim,. Ya Karim..Musnahkanlah perancangan jahat musuh-musuh kami dan rakyat yang mahukan keadilan dan perdamaian, Binasakanlah tipu daya jahat mereka dan menggantikannya dengan keamanan !! Ya Allah..Dengarkanlah bisikan kami ini..!! Amin ya Rabb!!!
Pimpinan Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman MB
Johari Jaafar Thu | Feb 05, 09 | 4:47:01 pm MYT | |
IPOH, 5 Feb (Hrkh): 4.30 petang - Seluruh pimpinan PAS Pusat dan Pakatan Rakyat, termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti, petang ini berkumpul di kediaman Menteri Besar Perak. Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang yang baru pulang dari Gaza dikatakan akan terus bergegas ke Perak. Mereka akan berbincang bagi mementukan tindakan seterusnya bagi menyelamatkan demokrasi dan mempertahankan hak rakyat. Turut hadir MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sementara itu solat hajat dan munajat perdana yang sepatutnya diadakan di kediaman MB akan dipindahkan ke Stadium Perak atas nasihat pihak keselamatan. Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan provokasi, kekacuan dan bertindak di luar batasan undang-undang. Rakyat Perak diminta bertenang, berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T. supaya Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dipertahankan. Solat Hajat dan Munajat Perdana akan dipimpin oleh Dato' Tuan Guru Presiden PAS. Semua pimpinan tertinggi dan MB akan memberi ucapan selepas Solat Hajat. Dalam perkembanmgan lain, sehingga kini pembubaran Dun belum berlaku lagi, Tuanku Sultan masih belum memberi perkenan Dun dibubarkan. Malahan Tuanku meminta Menteri Besar letak jawatan. Namun begitu Mohamad Nizar bertegas tidak akan meletak jawatan. Kerajaan BN masih belum boleh dibentuk di Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang. Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terdapat tiga cara untuk menukar menukar kerajaan. Pertama, melalui pembubaran Dun. Menteri Besar Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru. Kedua Menteri Besar Perak dan semua Exco meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak. Ketiga melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan. Justeru, selagi Sidang Dun belum bersidang dan Usul Undi Tidak Percaya dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah. - mns _ |
10 ribu warga Perak, kini berkumpul di kediaman MB
Intan Abdullah & Salmiyah Harun Thu | Feb 05, 09 | 10:01:20 pm MYT | |
IPOH 5 Feb (Hrkh) - TERKINI: Susulan keengganan Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Perak meletakan jawatan. Jam 9.30 malam ini, lebih 10 ribu penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dari pelbagai kaum memenuhi perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Perak bagi menyatakan sokongan kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Ketika ini, ceramah perdana pimpinan utama Pakatan Rakyat sedang dilangsungkan di perkarangan kediaman tersebut. Semua 28 Adun Pakatan Rakyat Perak hadir disamping beberapa pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' dato' Ghazali, Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok dan Adun-adun Pakatan Rakyat dari Selangor. Bekalan elektrik di kediaman Menteri Besar itu dijangka akan diputuskan pada bila-bila masa sahaja bagi menghalang sebarang aktiviti diadakan oleh Pakatan Rakyat. Arahan memutuskan bekalan elektrik ini dipercayai arahan dari pihak BN, yang kinik ghairah untuk membentuk kerajaan esok. Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kini masih berada di luar pintu masuk utama kediaman rasmi tersebut dan turut sama mendengar ceramah yang diadakan. Mereka mengawasi keadaan di sini bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diinginan dari terjadi. - tmj_ |
Nizar tegas tidak undur
Harakahdaily Thu | Feb 05, 09 | 6:50:03 pm MYT | ||||||||||||
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang. Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan diadakan esok. Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bertegas tidak akan mengundurkan diri. Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi Menteri Besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu. _ Salahuddin kerah pemuda PAS seluruh negara datang ke Ipoh
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!