KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Debat di antara Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Shabery Cheek baru-baru ini turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan namun baginya ia bukanlah satu pertandingan yang adil. "Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan. "Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar," kata Mahahtir dalam blognya. Baginya Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya malah Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terkini terhadap Anwar adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri. Sementara itu rata-rata pemerhati dan responden melihat persembahan pembukaan Menteri Penerangan itu sebagai berjalan lancar dan berada di landasan yang betul dalam mempertahankan dasar kerajaan. Namun setelah agak lama, beliau kelihatan agak tersasar dan lebih tertumpu kepada serangan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim malah dengan tidak semena-mena cuba membangkit nostalgia lama Anwar memperjuangkan isu Baling pada 1974. Shabery serang peribadi, Anwar pertahan nasib rakyat "Saya lihat Anwar tidak berubah. Masih lagi mengambil kesemepatan atas kesempitan hidup rakyat," begitulah kira-kira antara ungkapan Shabery kepada Penasihat KeADILan itu. Shabery terus menerus mengungkit latar belakang Anwar sebagai Timbalan Perdana Mneteri yang tidak berbuat apa-apa semasa berada di dalam kerajaan tetapi 'pandai bercakap' bila berada di luar dan menjadi pembangkang. "Senanglah cakap. Dulu masa saudara menggerakkan massa, berdemostrasi Baling kata yang kaya menjadi kaya, yang miskin papa kedana," kata Menteri Penerangan itu dan dijawab secara seloroh dan sinikal oleh Anwar :"Betul tu." Pemerhati debat juga kesal isu fitnah terhadap Anwar yang kononnya menjadi 'pak turut' IMF dalam krisis ekonomi negara ditimbulkan semula dalam debat tersebut malah menuduh Anwar membawa rakyat ke jalan raya demi mencapai matlamatnya. "Kenaikan harga minyak sekarang adalah mengikut perskripsi IMF," begitulah bidasan tajam Anwar kepada Shabery. Malah Anwar juga mencuit dan meruntun rasa rakyat apabila menyatakan perbezaan antara subsidi dan insentif yang dilaungkan oleh kerajaan selama ini. "Kalau untuk menyelamat dan bantu pedagang-pedagang, korporat dipanggil insentif tetapi kalau untuk rakyat dipanggil subsidi. Perkataan subsidi itu seperti negatif," antara petikan kata-kata Anwar Rata-rata pemerhati politik dan rakyat bawahan yang memberi maklum balas menyatakan berpuas hati dengan perdebatan semalam khususnya hujah Anwar yang dilihat tertumpu dan menekankan isu membela nasib rakyat berikutan kenaikan mendadak melampau harga minyak di negara ini. Ini berbeza dengan Shabery yang menyenaraikan 'kesalahan' lampau Anwar dan menyerang secara peribadi tanpa sebarang hujah dan fakta yang jelas demi menjatuh kredibiliti tokoh yang telah membuat 'come-back' dalam landskap politik negara. Malah lebih mengejutkan dan dikagumi ramai ialah tindakan Anwar yang tidak menyerang balas hujah dangkal Sahbery tersebut. "Biarlah dia serang peribadi saya. Saya tak akan balas kerana ini bukan platformnya. Malah Shabery ada banyak ruang media lagi untuk berbuat demikian, saya selepas ini tidak ada peluang," demikian antara kata akhir Anwar dalam Debat tersebut. Tidak syak lagi, sesiapa pun mengakui Anwar ternyata hebat dalam berpidato beserta dengan nada, intonasi, retorik dan kecekapannya mencantas hujah lawan manakala Shabery pula dilihat boleh berhujah tetapi mula terbawa-bawa dengan emosi dalam mengemukakan hujah. Perdebatan di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam dianjurkan oleh Agendadaily atas tajuk " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" menyaksikan kehadiran kira-kira 300 hadirin dengan moderatornya Dato'Johan Jaafar. Pihak TV9,TV3,Astro Awani,Bernama TV dan Radio 24 telah merakamkan serta menyiarkan secara langsung debat itu untuk tontonan 27 juta rakyat Malaysia yang terhimpit berikutan kenaikan harga minyak ini. Syabas untuk semua! _
Pemuda PAS kutuk cara polis menangkap Anwar | Salahuddin Ayub Fri | Jul 18, 08 | 10:03:22 am MYT | Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menahan pemimpin pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tengah hari 15 Julai lepas. DPP Pusat berpandangan bahawa polis tidak perlu menggunakan pendekatan yang begitu keras terhadap beliau memandangkan peguam beliau telah memaklumkan untuk hadir ke balai polis pada hari semalam. Anwar Ibrahim pada pagi semalam telah hadir ke pejabat BPR untuk memberi keterangan berkaitan isu membabitkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Dan Anwar ditahan oleh polis dalam perjalanan dari pejabat BPR ke rumahnya dan ini adalah satu tindakan di luar batas kemanusiaan kerana Anwar patut diberi peluang untuk hadir sendiri ke balai polis dan menyelesaikan satu persatu siasatan tersebut. DPP Pusat melihat bahawa Kerajaan BN sengaja memanipulasikan isu liwat ini untuk menyekat Anwar daripada meneruskan usahanya mengambil alih kerajaan daripada BN. BN kini benar-benar tergugat kerana Anwar telah mengumumkan beberapa lagi wakil rakyat BN akan melompat dan beliau sendiri akan bertanding dalam pilihan raya dalam masa terdekat ini. BN hanya mencari helah supaya Anwar tidak dapat bertanding dan menggunakan isu liwat ini untuk menahan Anwar, sekali gus menyekat gerakan pembaharuan politiknya. Ini adalah satu pendekatan yang kotor dan tidak bermaruah, bahkan sama sekali menyalahi semangat demokrasi. DPP Pusat tidak melihat sebarang kewajaran untuk polis menahan Anwar kerana beliau telah menyatakan kesediaannya untuk hadir memberikan maklumat kepada polis berkaitan isu liwat tersebut. Kita tidak menafikan masalah kegagalan Anwar hadir semalam kerana mungkin pada tarikh itu Anwar mempunyai jadual lain yang telah ditetapkan lebih awal. Tetapi peguam Anwar sudah mengumumkan bahawa Anwar akan hadir pada hari ini. Polis nampaknya begitu tegas dalam isu Anwar sehingga kelewatan 1 minit pun diambil kira untuk melaksanakan waran tangkap, sedangkan berpuluh ribu orang termasuk menteri yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah akibat kesalahan jalan raya tidak ditangkap. Anwar bukannya lari daripada polis, bahkan semalam beliau hadir dalam program debat bersama menteri dan polis tidak perlu risau dengan kemungkinan beliau melarikan diri. DPP Pusat juga kesal apabila cara tangkapan yang dibuat ke atas Anwar seolah-olah beliau seorang penjenayah besar. Apakah polis menganggap Anwar telah bersalah kerana satu laporan polis. Bukankah berpuluh-puluh laporan polis sudah dibuat ke atas Abdullah Badawi dan Dr Mahathir, tetapi mengapa polis tidak menangkapnya? Beliau bukan sahaja belum dibuktikan bersalah, tetapi menjadi tanggungjawab pendakwa untuk membuktikan tuduhan tersebut benar, bukannya tugas orang yang didakwa. Ini adalah perbuatan qazaf yang memerlukan empat saksi mengikut kaedah Islam, sedangkan penuduh tidak membawa saksi. Sekarang ini bukan soal Anwar bersalah atau tidak, tetapi masalah polis diperalatkan oleh BN sebagai jentera politik mereka. Musa Hasan sendiri mungkin mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap Anwar, kerana itu tindakan dibuat ketika beliau berada di luar negara. SALAHUDDIN HAJI AYUB Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. - mr _
Komplot matikan karier politik Abdullah, Anwar? Azamin Amin Fri | Jul 18, 08 | 9:20:48 am MYT | KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Mustafa Ali menyifatkan seolah-olah wujudnya satu komplot dalam Umno dan kerajaan yang dilihat cuba untuk mematikan karier politik Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kata Mustafa secara lojiknya adalah apabila tindakan dibuat terhadap Anwar maka kelemahan dan kesalahan akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan. Berdasarkan maklumat yang beliau ada, selepas pertemuan antara isteri Anwar, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan Abdullah baru-baru ini, ia menunjukkan Abdullah tidak terlibat dalam apa-apa tindakan terhadap Anwar. "Komplot yang ada nampaknya bertujuan untuk mematikan kedua-duanya sekali. Matikan karier politik Anwar dan matikan juga karier politik Abdullah. Menggunakan seketul batu untuk membunuh dua ekor burung serentak. "Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa. "Tindakan ini sebenarnya satu tindakan yang sangat bahaya kepada negara dari sudut keselamatan dan juga keharmonian negara," katanya dalam blog peribadinya. Kata Mustafa oleh kerana implikasinya besar, satu mekanisma perlu dibuat oleh Abdullah selaku Perdana Menteri supaya ia dapat meredakan suasana yang ada sekarang. Apa yang boleh dibuat oleh Abdullah adalah dengan menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk membuat siasatan terhadap tuduhan yang dibuat ke atas Anwar supaya rakyat yakin tuduhan itu bukan bermotifkan politik tetapi mencari keadilan untuk semua pihak. "Tanpa suruhanjaya sebegini rakyat tidak akan yakin dengan sebarang tindakan kerajaan." kata Mustafa yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan | Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Jul 17, 08 | 1:31:43 pm MYT | KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil. Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi. Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad. Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat. "Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," kata beliau. PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing. "Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya. Sementara itu PAS juga melahirkan rasa kesalnya terhadap penahanan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa semalam. PAS turut mengalu-alukan pembebasan Anwar yang telah dibenarkan diikat jamin pagi tadi, kata beliau./wann _
Debat buka minda awam kepada perjuangan PAS/KeADILan | Saidah Hairan Thu | Jul 17, 08 | 3:23:33 pm MYT | Di sini izinkan penulis menceritakan perihal seorang penjual nasi lemak dan seorang suri rumah tangga sepenuh masa marah dengan kaedah Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek menyerang peribadi Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam program Debat 'Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak' yang disiarkan secara langsung melalui Astro Awani dan TV9. Suri rumah dan penjual nasi lemak tersebut mendakwa sebelum debat, mereka mengundi calon PAS atau KeADILan di peringkat DUN manakala peringkat Parlimen undi diberikan kepada calon Umno. Minda mereka berubah 100 peratus menyokong perjuangan PAS dan KeADILan setelah mendengar hujah atau penerangan Anwar berhubung alasan kenaikan harga minyak wajar diturunkan. Penjual nasi lemak yang hanya mahu dikenali dengan nama Timah menyelar Shabery Cheek yang tidak menjawab soalan berkenaan dengan kenaikan harga minyak sebaliknya terus menyerang peribadi Anwar. "Anwar Ibrahim bagus penjelasannya, itu yang kita hendak," luah beliau sambil membungkus nasi lemak kepada penulis. "Apabila membangkitkan kisah silam Anwar, itu tidak betul sebab semua orang buat silap. Buat apa ungkit kisah lama. Sekarang kita mahu bahas isu harga minyak bukan kisah lampau Anwar," katanya. Selepas menghadiri program debat malam itu, telefon bimbit penulis sentiasa dihujani dengan sistem pesanan ringkas (SMS) daripada kawan dan saudara-mara di kampung. Kebanyakannya gembira dengan kejayaan Anwar berhujah serta membidas pendirian Shabery, ahli Parlimen Umno-BN serta penyokong setia mereka. Seorang suri rumah, Nurul Yaqin Rosli mengkritik persembahan Shabery yang tidak matang langsung. Beliau langsung tidak menyampaikan hujah yang bernas dan berfakta, dakwanya. "Asyik cerita kisah lama Anwar saja." "Ini ke seorang menteri yang mahu dicontohi oleh generasi muda. Apa kaitan serangan peribadi Anwar dengan tajuk debat 'Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak'," katanya. Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan dapat berhujah secara meyakinkan, beliau tahu bagaimana dan mengapa perlu harga minyak boleh diturunkan, katanya. Hujah merapu Shabery sebenarnya menambahkan sakit hati dan meluat rakyat khususnya golongan wanita yang menjadi suri rumah kerana mereka tahu harga barang dapur melambung tinggi. Penulis rasa pelik mengapa ahli Parlimen dan penyokong setia Umno-BN boleh menyokong langkah Perdana Menteri menaikkan harga minyak selepas pilihan raya, 8 Mac lalu. Apa yang mereka perolehi daripada sokongan membuta tuli kepada PM? Tentu ada udang di sebalik batu. Setelah mendengar hujah Anwar orang awam tersedar bahawa selama ini mereka telah tertipu dengan sikap hipokrit pimpinan Umno-BN. Debat malam itu juga mengundang kemarahan orang ramai apabila mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kecuali mereka yang mempunyai pas khas. Di luar dewan, ramai yang tidak berpuas hati kerana pas khas itu hanya dikeluarkan 50 keping untuk penyokong Pakatan Rakyat dan 50 lagi untuk Umno-BN. Penulis dibenarkan masuk kerana menggunakan kad media tetapi kesal dengan sikap polis yang meragui kesahihan kad tersebut kerana mereka mendakwa gambar dalam kad itu kelihatan lebih muda. Lima minit penulis bersama suami berada di luar pagar kerana menanti penelitian dan pemeriksaan rapi pihak polis pada kad jemputan suami. "Mana dapat kad jemputan ini, tadi kata tak ada kad jemputan tapi sekarang dia boleh dapat pula kad jemputan...," sergah beberapa orang polis yang menjaga pintu pagar. Penulis dengan baran menjawab; "Ahli Parlimen tak datang, kad ni diberikan kepada suami saya, salah ke...tadi tanya kad sekarang saya dah ada kad, tidak boleh masuk pula?" Selama lima minit penulis terpaksa melayani karenah birokrasi pihak polis di luar pagar. Selepas dapat masuk ke dalam kawasan DBP penulis berasa lega dan mahu terus naik ke dewan. Malangnya ada lagi satu sekatan terpaksa dihadapi. Penulis serta para jemputan terpaksa menjalani pemeriksaan rapi daripada pihak polis yang menggunakan 'alat pengimbas' untuk meloloskan diri ke dewan utama debat. Beg tangan penulis diambil oleh seorang polis wanita lantas dibuka dan diperiksa dengan rapi. "Tidak ada apa dalam beg tangan saya ni. Cuma beg duit, kad media, pen, buku catatan itu je...," penulis memberitahu kepada polis wanita tersebut. Aduh! begitu ketat hendak menonton program debat yang hanya disiarkan secara langsung dalam Astro dan NTV9. Kawalan dan pemeriksaan polis macam pelawat yang hendak menemui pesalah dalam penjara. Mungkin lebih teruk lagi pemeriksaan yang dijalankan bagi penonton dan tetamu program debat malam itu. Kenderaan pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan DBP. Polis mengadakan sekatan jalan menuju ke DBP. Penulis terpaksa berhujah sekali lagi dengan pihak polis mengapa kereta media tidak dibenarkan masuk. Polis berkenaan menjawab sambil berlalu, "Arahan semua kereta tidak dibenarkan masuk." - lanh _
The attempt to smear and defame Anwar Ibrahim has been thoroughly rejected by the international community. Statements condemning the arrest of Anwar Ibrahim and stating concerns over the credible dispensation of justice have been made by groups which view they entire conduct of this case as suspiciously, similar to the fraudulent allegations made in 1998. Open letter by prominent Muslim leaders in support of Anwar Ibrahim We, the undersigned, believe the honorable brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim to be of the highest ethical and moral integrity, a devout Muslim and a devoted father and husband. He is universally recognized as an advocate for justice and fairness, and he has a long history of promoting Islam and championing Islamic ethical and charitable causes. Signatories include: Prof. Dr. Akbar Ahmed, Amina Rasul, H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Cerić, Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal, Prof. Dr. Ingrid Mattson, Yusuf Islam [read entire letter] [SIGN THE LETTER] International Crisis Group The International Crisis Group condemns the arrest of our Board member, Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia. Anwar Ibrahim was arrested outside his home in Kuala Lumpur on 16 July 2008 on charges that are obviously politically motivated, relating to his position as an opposition leader. Though released on bail the following day, the allegations against him remain and are clearly a deliberate attempt to smear him. We call on the Malaysian government to drop the charges against Anwar Ibrahim and for its leaders not to improperly use the police and judiciary for their partisan purposes. Signatories include Gareth Evans, Ambassador Thomas R Pickering, and Lord Patten of Barnes [read entire statement] AccountAbility AccountAbility’s Chief Executive, Simon Zadek: “We are seeing declines in almost every international indicator of good governance and citizens’ confidence in the democratic process. Malaysia has a unique opportunity to lead the way, in Asia and globally, in demonstrating how complex societies should manage their affairs”… AccountAbility asks that the Malaysian Government provide exemplary global leadership at this pivotal moment in the nation’s history - by advancing the principles and practice of good governance and accountability advocated by our Honorary President, Anwar Ibrahim and so many other global leaders. [read entire statement] Senator Joe Biden “A decade ago, the spectacle of Mr. Anwar’s mistreatment and imprisonment on transparently political grounds greatly discredited Malaysia in the eyes of the world community. The action tarnished the reputation of then-Prime Minister Mahathir Muhammad. I certainly hope that the current Prime Minister, Abdullah Badawi, does not repeat the mistakes of the past. I urge him to drop this political attack on a respected opposition figure, and commit himself to rule of law and good governance in Malaysia.” [read entire statement] National Democratic Institute and International Republication Institute “The arrest of political leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on July 16 is of great concern to us and the international community. A similar charge that was filed against him 10 years ago was ultimately overturned by the Supreme Court. The timing of the current charge is of particular concern given his re-emergence on the national political scene since the ban on his involvement in politics expired in April 2008. We hope that the investigation into the allegation is not used as a political tool to silence an outspoken government critic. It is essential that the investigation is conducted in a transparent and fair manner that upholds the rule of law, and affords Mr. Ibrahim full protection of his legal rights. We also urge the citizens of Malaysia to remain calm and pursue resolution of their concerns over his arrest in a peaceful manner.” [read entire statement] Selanjutnya… 19/07/08 66 comments KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah. Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja. “Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)…kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini. Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak. BERNAMA |
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!