8 Jan 2010
Setelah Jumaat di Sg. Petani saya dihantar oleh Hj Ismail ke setesyen bas. Ketika melalui dataran jam besar di Sg. Petani terdapat beberapa orang berhimpun dan melaungkan takbir. Ada beberapa orang anggota polis yang menunggu di tepi jalan dan memberi arahan agar para pemandu tidak berhenti di tepi jalan. Ada bermacam-macam warna bendera diangkat dan dikibarkan.
Saya merenung dan membaca gerakgeri mereka ini sepintas lalu dengan perasaan sayu. Sayu kerana mereka adalah alat kepada vvip UMNO dan mereka tidak tahu apa-apa yang mereka laungkan. Hanya kerana mereka dapat wang dan dimotivasi oleh ketua mereka lalu mereka berhimpun. Kedua saya rasa sayu kerana ada sebahagian mereka ini belum pernah solat dan bertakbir membesarkan Allah. Jadi mereka hanya ikut dan patuh kepada tuan-tuan mereka. Bukan patuh dan takut kepada azab Allah. Ya Allah berilah mereka petunjuk!!
Bila saya melihat di FB dan beberapa media online ternyata perancnagan mereka sudah berjalan sejak beberapa bulan yang lalu dan kemuncaknya semalam ketika beberapa gereja dibakar dan dilempar bom melotov. Jadi inilah strategi baru musuh islam untuk merosakkan citra Islam di mata dunia. saya sempat berhujah di FB dan dari sini saya lihat kes ini sudah hilang kendali dan merembet kepada hal lain. Oleh itu saya menyeru kepada semua gerakan Islam,,agar jangan mengikut rentak musuh Islam. Islam ada jalur dan salurannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!