foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, May 5, 2009

BAZIR WANG RAKYAT dan wangnya MASUK KE POKET SIAPA?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

6 MAY
Sedap bunyi kenyataan Hishamuddin tapi sudah hambar di telinga rakyat kecil. Kita mahu bicara soal ini dengan serius bukan hanya penyedap telinga aje:

1. Wang yang keluar siapa yang paling banyak mendapat manfaatnya? Bukankah pemimpin UMNO dari atas sampai ke bawah yang menikmatinya? Kuncu-kuncu UMNO BN bahkan bersorak gembira jika diadakan pilihanraya kecil atau umum kerana sumber pendapatan mereka bertambah mengejut. Buat tak tahu pula?

2. Kenapa sekarang baru sedar? Pelik juga selama ini tak pernah fikirke? Jadi jelaslah bahawa pemimpin UMNO di Malaysia selama 50 tahun memimpin macam orang buta. Kesian dan inilah dasar 1 Malaysia yang kelam kabut. Yang dulu semua kena rubah. ISA sekarang juga mesti diteruskan lagi dan ditangkap aje siapa yang nampak tak sehaluan. Inilah slogan 1 Malaysia yang akan menjahanamkan Malaysia.

3. Tolong kira sendirilah berapa banyak duit rakyat dirompak oleh UMNO BN setiap kali pilihanraya dalam masa 50 tahun. Jika betul fikir hal rakyat para menteri buatlah dulu dari hal yang paling kecil dan sederhana. Berapa banyak gaji, elaun dan saham itu dan ini yang tidak optima secara sukarela dikembalikan kepada rakyat!!! Jika tak mampu maka janganlah bicara soal jimat duit untuk pilihanraya..

Pembaziran wang rakyat dalam pilihan raya kecil

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan membelanjakan sehingga RM20 juta wang rakyat untuk mengawal keselamatan setiap kali pilihan raya kecil peringkat Parlimen diadakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ramai yang tidak menyedari jumlah perbelanjaan sebesar itu diperlukan tetapi ia tidak boleh dielakkan.

Beliau menegaskan, jika trend pembangkang mahu mewujudkan pilihan raya kecil secara silih berganti tanpa sebarang alasan yang kukuh diteruskan, terlalu banyak wang rakyat terpaksa dibelanjakan bagi tujuan keselamatan.

"Satu pilihan raya kecil peringkat Parlimen saya difahamkan perlu RM20 juta untuk meletakkan polis, kalau trend ini berterusan hingga pilihan raya umum ke-13, bankrap kita," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk melepas jawatan beliau tidak lama lagi.

Kata Hishammuddin, beliau telah meminta para timbalannya untuk mengkaji secara mendalam berapa jumlah sebenar wang rakyat yang perlu dibelanjakan setiap kali pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Mengulas lanjut mengenai Manoharan beliau berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada keinginan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu yang seolah-olah mahu dibebaskan kalau kerajaan tidak mahu pilihan raya kecil diadakan di kawasannya itu.

"Saya tidak ikut ugutan, dia ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab tertentu, kerana pilihan raya kecil nak bebaskan dia, (ugutan itu) tak makan dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, pertimbangan saya ialah asas-asas yang telah pun dibina selama ini perlu dihormati," katanya.

Antara asas-asas yang dimaksudkan beliau ialah keselamatan, kestabilan dan kepentingan negara ini.

HR9808: Berbeza dengan di Indonesia....Ketua BPR/KPKnya ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kes bunuh sekalipun, koruptor tetap dikejar..Di Malaysia dah sah kes bunuh Altantunya melibatkan seorang pemimpin no satu ..tapi masih tersenyum riang..sempat berslogan lagi...Alahai.. Jika Hishamuddin benar-benar anak jantan tangkaplah mereka yang terlibat dengan kes bunuh tanpa kira bulu!!! tapi yang diugut hanya rakyat kecil yang mahu adakan demo..?? Naif betul...Inilah style pemimpin kroni yang mengamalkan nepotisma..

Rabu, 06/05/2009 12:47 WIB
"KPK Jangan Menyerah, Sikat Habis Koruptor BLBI"
Moksa Hutasoit - detikNews

(Foto: Moksa Hutasoit/ detikcom)
Jakarta - Ratusan orang dari berbagai elemen masyarakat berunjuk rasa di depan Gedung KPK. Meski Ketuanya Antasari Azhar sudah ditetapkan menjadi tersangka, mereka menuntut kasus BLBI tetap diusut tuntas.

Massa pendemo terbagi menjadi dua bagian. Massa pertama dari Gerakan Masyarakat Pemburu Koruptor (Gempur) sedangkan yang lain dari Gerakan Rakyat Adili Koruptor BLBI.

Meski mengusung tema yang sama, namun ada perbedaan sikap memandang status Antasari.

"Kita sadari bahwa ini adalah ujian, cobaan. Penegakan hukum di negeri ini adalah tantangan," pekik Koordinator Gempur, Ari, di depan Gedung KPK, Jl HR Rasuna Said, Jakarta Selatan, Rabu (6/5/2009).

Mereka mendukung pemberantasan korupsi yang dilakukan KPK meski Antasari terjerat kasus hukum. Ini terlihat dari poster-poster yang mereka usung.

"KPK Jangan Menyerah, Sikat Habis Koruptor BLBI", "Antasari Lewat, Bibit S, Chandra Hamzah, Haryono Umar, M Jasin Harapan Bangsa Tumpas Koruptor BLBI" bunyi poster tersebut.

Pendemo lainnya justru menuding Antasari sebagai pelindung konglomerat hitam Salim dan Nursalim. Mereka juga meminta KPK harus mengusut tuntas kasus korupsi BLBI.

Ratusan pendemo ini memadati jalur lambat di Kuningan. Praktis jalur ini ditutup sehingga cukup memacetkan jalur cepat.

HR9808: Berbeza benar dengan pemimpin di Malaysia...Rakyat kecil dikejar sampai ke lubang cacing tapi yang biawak komodor terus bebas...Polis janganlah terlalu terikut-ikut sangat dengan style pemimpin UMNO kerana jangka panjangnya hangpa yang rugi..!!

Aktivis Bersih ditahan bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR 5 Mei - Seorang aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat yang dikatakan terlibat dalam kempen memakai baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Khamis ini, ditahan polis kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun ketika dihubungi di sini malam ini mengesahkan penahanan Chin Huat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Difahamkan, polis akan menyoal siasat lelaki terbabit untuk mengumpul beberapa lagi maklumat terutamanya mengenai penyebaran beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Perdana menahannya di kediaman aktivis itu di Taman Sentosa pukul 8 malam ini," kata Hong Sun.

Polis dipercayai turut merampas satu unit komputer riba dan sebuah telefon bimbit milik aktivis itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi malam ini memberi amaran kepada orang ramai, khususnya penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan sepanjang sidang DUN di Perak yang dijadual pada Khamis ini.

Beliau menegaskan, amaran itu berikutan polis menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang sedang merancang untuk menghentikan sidang DUN tersebut.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan berhimpun bagi menggagalkan persidangan DUN tersebut," tegas Musa.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!