foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, April 15, 2008

14 APR -TARIKH KERAMAT ...

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.
Image

"Saya cakap dengan yakin kerana ada kawan-kawan saya di Sabah dan Sarawak yang menghubungi saya; `Anwar, please count me in'," katanya ketika berceramah di Kelab Sulaiman, kampung Baru, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat akan tutup pintu dan bersedia menunggu pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan jika mana-mana wakil rakyat BN mengutamakan soal wang.

Beliau berkata, penyertaan ahli Parlimen BN itu melibatkan kesedaran bukan kerana `dollar and cents' kerana itu merupakan budaya politik Umno.

Image"Sesiapa yang membicarakan soal wang, pintu akan terus ditutup, kita sanggup tunggu waima pilihan raya umum sekalipun kalau tidak ada penyertaan berdasarkan agenda kita, jelasnya"

Beliau turut mendakwa jawatan Ketua Pembangkang tidak lama lagi akan diserahkan kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Bagi tempoh sikit pada kita mungkin Mei, Jun, Julai, Ogos kalau kita menang hari ini esok harga minyak tetap akan turun," katanya.

Menurut beliau, KeADILan, PAS dan DAP tidak bermusuh dengan ahli Umno di peringkat akar umbi, mereka tidak akan dizalimi sebaliknya segala masalah cuba diatasi.

Dalam pada itu beliau berharap rakyat dapat bersabar menunggu dua minggu sebelum beliau membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil.

"Kalau perubahan lambat dan saya belum ke Parlimen, Azizah akan menjadi PM," katanya.

Selain itu beliau turut mengingatkan semua ahli Parlimen, Adun dan pegawai kerajaan Pakatan Rakyat akan disingkirkan jika mereka terlibat dengan gejala rasuah.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri mahu semua ahli Parlimen dan Adun KeADILan perlu menguasai bahasa Melayu dengan fasih.

HR9808: Tahniah kepada DSAI dan PR yang telah berjaya menempa sejarah baru di bumi Malaysia...Semoga Allah memberkatinya..Kepada pemimpin UMNO yang sangat letih...janganlah berselindung di belakang polis..

Anwar dalam senarai awal penceramah Black 14 - Khalid

SHAH ALAM 15 April - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, nama penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis sebagai penceramah perhimpunan Black 14 anjuran parti itu di Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi.

Oleh itu, katanya, kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman bahawa Anwar tidak termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis sebagai penceramah, tidak tepat.

"Dalam surat kepada polis, saya sebut nama Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan saya sendiri akan beri ucapan.

"Saya selaku Menteri Besar Selangor dan Presiden Kelab Sultan Suleiman membenarkan perjumpaan itu diadakan sebab ia dibuat dalam kawasan kelab.

"Saya telah menulis surat kepada polis memberitahu tentang perjumpaan itu walaupun kebiasaannya semua perjumpaan dalam kawasan tertutup atau hak persendirian tidak perlu mendapatkan permit polis,'' katanya.

Kira-kira 10,000 penyokong Anwar membanjiri KSS bagi meraikan 'Black 14', sambutan tahunan sempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman untuk kes pertama pada 1999.

Bagaimanapun perhimpunan itu bersurai pada pukul 10.30 malam atas arahan Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mengakui walaupun tujuan asal perhimpunan itu hanya makan malam, tetapi ia disertai dengan ucapan dan tidak menyangka akan dihadiri sebegitu ramai penyokong PKR menyebabkan ia dihentikan setengah jam lebih awal bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini dan bukannya berpunca daripada ketiadaan permit.

Beliau juga memberitahu telah dihubungi oleh polis memintanya memberikan keterangan mengenai perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun beliau menyerahkan perkara itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Zauyah Lothy Khan.

"Ini memandangkan semasa saya membuat surat itu kepada polis, saya memohon atas kapasiti selaku Menteri Besar dan Presiden Kelab Sultan Sulaiman,'' katanya yang mengharapkan perkara itu dapat diselesaikan segera.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri akan membenarkan mana-mana pihak termasuk parti politik seperti UMNO dan Pas menggunakan KSS pada masa akan datang sekiranya bersesuaian dengan keadaan.

HR9808: UMNO-UMNO tak habis-habis hasad dengki...dan terus zalimi rakyat...apa nak jadi..UMNO?? Nampak sangat dah lembek...perkudakan polis dan berselindung di balik tabir yang dah koyak rabak..Kami berdoa agar cita-cita murni DSAI, PR dan reformis akan tercapai...dan teringin sangat nak tenguk polis pula menjadi pengiring dan tabik hormat kepada pengasas Reformasi 1998..!! semoga Allah permudahkan dan mengalihkan beberapa lagi pemimpin BN ke PR...ini bukan doa khianat tapi doa nak pastikan sang perompak, penyangak, penzalim dihukum oleh mahkamah rakyat..bagi depa rasa pula macamana lazatnya santapan rasuah yang dah berpuluh tahun dimakan tu berjamaah pula ke dalam penjara...!!! Ini bukan ajenda peribadi DSAI tapi agenda rakyat...agenda mereka yang terzalimi, agenda mustadafiin...,

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!