IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
9 May
Selepas Jumaat kami bertemu dengan A. Kadir manager Faezamaju dan mendapat info polis telah mengganggu beliau agar program forum tidak diadakan di restoran itu. Dia cerita panjang itu ini tapi konklusinya kami faham bahawa polis telah beri amaran dan beliau tak sanggup menerima risikonya. Ok...kami akur aje dan tidak mahu memanjangkan masalah tapi jauh di sudut hati kami berkata-kata:
1. Mudah aje polis buat kerja dalam sebuah negara "demokrasi yang tidak demokratik". Dengan sedikit kejutan aje rakyat dah takut. Ini kejadian di tahun 2008 pasca pru-12, macamana agaknya di tahun 70an dulu? Pasti lebih dahsyat kerana masa itu media alternatif amat terhad dan semua info hanya datang dari satu arah. Arah yang memaksa rakyat baca, dengar, lihat dan ikut. Jangan komplin dan kritik pemerintah. Kritik bermakna nahas. Ya begitu juga di tahun 80an dan 90an..tapi media alternatif udah semakin meluas dan rakyat di bandar semakin menipis keyakinannya kepada media perdana. Alhamdulillah tahun 2008 di bulan Mac, media perdana kecundang dalam pertarungan mempengaruhi rakyat untuk meilih wakil rakyat.
2. Semasa mendengar ane bicara semalam, terdetik juga dalam kepala .."ok..tak pa..jika u tak bagi kita tak boleh paksa dan kita juga mula dari hari ini takkan minum lagi di sini sampai bila-bila dan kami akan infokan kepada seluruh teman IKRAR agar boikot restoran ini"...tak terdaya nak mengungkapnya kerana kesian juga dengan beliau. Cuma dari sudut bisnes..owner restoran ini kurang menjaga tak mahu amalkan "customer always right" yang menjadi perkara utama dalam strategi menarik pelanggan. Kami hanya berharap satu hari nanti taukehnya sedar apa yang beliau lakukan sekarang adalah satu keputusan yang sangat merugikan dia. Kami akan mencari transit office yang lain adalah petanda yang kami kurang selesa di situ dan jangan salahkan kami jika tidak lagi ke situ...Selamat tinggal faeza...
3. Susah juga nak ubah tempat dalam tempuh masa yang agak singkat, sama seperti sebelum ini di masjid, asasnya kerana semuanyatakut. Takut hilang jawatan, takut ditarik peluang, takut dikenakan sangsi dari Jawi dan polis dll. Sayang sekali setelah merdeka fikiran rakyat masih dijajah dengan rasa ketakutan yang tidak wajar serta melampau. Rakyat sebenarnya belum merdeka dan masih belum merasakan nikmat kemerdekaan sebenar. Mereka hanya beranggapan mereka merdeka tapi sebenarnya belum dan masih jauh dari merasakan nikmat merdeka sebenar. Jika berpanjangan begini bermakna rakyat akan terus berada dalam tempurung kaca yang indah tapi masih berligar di situ. Mereka dapat melihat keluar tapi fizikal masih dikurung. Apalah erti merdeka seperti ini?..Tapi inilah "merdeka ala Malaysia". Merdeka yang tidak merdeka. Pelik tapi benar dan benar tapi pelik...semuanya serba tak jadi.
4. Setelah duduk berbincang dengan beberapa ajk, program tetap akan diadakan pada jam yang sama sekalipun hanya pacak berdiri di stasiun LRT, untuk menyampaikan mesej bahayanya ISA kepada rakyat. Soal jadi macamana tak kami hiraukan lagi kerana inilah risiko bagi menyampaikan mesej kebenaran kepada rakyat. Jika tidak dengan aktiviti seperti ini, maka rakyat makin tak faham akan bahaya sesuatu perkara. Pemahaman sesuatu perkara perlukan proses maka inilah proses pertama yang kami lakukan untuk rakyat.
Jam 10.30 malam, kami bertemu wakil GMI (Pn. Norlaila) di sebuah restoran mamak selama satu jam. Banyak yang patut diceritakan tapi nanti aje sebab poin-poin yang mahu diperjelaskan memerlu kan sedikit waktu. Lagipun semasa kami bersembang di depan kami ada juga SB yang pasang telinga..semoga telinganya semakin baik untuk mendengar hal yang baik-baik. Allah jadikan telinga adalah untuk manusia merasai nikmat mendengar yang baik dan indah. Hanya manusia sahaja yang menyalahgunakannya...sayang sekali ...!! Cari makan bro..
Berbalik kepada pertemuan tadi malam, kami cukup terharu bila mengenangkan nasib Anak-anak Tahanan ISA dan juga para isteri mereka..Kami tidak dapat menahan air mata bila ada beberapa kenangan yang mengusik kami ..Semoga Allah memberi mereka kesabaran!!!
Jam 12 kami bersurai.....
Ada lagi yang patut kita renungkan....
10 JUN..
"Dia anak baik...apa salah dia?"
Anis Nazri Tue | Jun 10, 08 | 7:19:00 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Keprihatinan wakil rakyat meluangkan masa bertemu keluarga tahanan ISA, mencatatkan episod kegembiraan bagi mereka yang sekian lama dihimpit keperitan angkara akta itu. Keluarga tahanan Mat Sah Satray, yang ditahan sejak enam tahun lalu, melahirkan rasa gembira dan terharu dengan kedatangan ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, di rumah mereka, di Kampung Pandan, baru-baru ini. Ibu Mat Sah, Saodah Abdul, 76, seringkali dilihat mengesat air mata setiap kali berbicara mengenai anak ketujuhnya, yang disifatkan anak yang paling baik baginya. "Dia tidak pernah meninggikan suara kepada saya. Dia juga anak yang baik dan menjadi harapan kepada saya sekeluarga. Saya tak tahu apa salah dia. Kalau betul pun salah, bicarakanlah dia di mahkamah," rayu beliau. Beliau yang menghidap penyakit kencing manis dan telah dipotong jari kaki, hanya mampu berdoa dan terus berharap agar anak kesayangannya dapat dibebaskan segera bagi meleraikan rasa rindu yang terpendam. Sementara itu, Dr Lo' Lo' turut memberikan kata-kata semangat, selain meminta Saodah menitikberatkan soal kesihatan dan berjanji akan terus memperjuangkan hak Mat Sah dan semua tahanan. Dr Lo' Lo' kemudiannya beredar ke Kampung Desa Pahlawan bagi melawat keluarga seorang lagi tahanan, Suhaimi Mokhtar, yang kini ditahan selama lapan tahun di bawah akta zalim itu. Ibu Suhaimi, Majinah Ngadimin, terus menyatakan kekesalan dengan penahanan anaknya yang kini bertambah dua tahun lagi. "Saya masih ingat ketika dia sudah sampai tempoh dua tahun. Kami menanti kepulangannya. Namun, dia beritahu bahawa penahanannya dilanjutkan. Apalah salah anak saya...Saya harap bebaskan dia segera," rayu beliau dalam nada sedu. Beliau yang menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi menaruh harapan tinggi untuk melihat anaknya dibebaskan segera. Dalam lawatan tersebut, Dr Lo' Lo' turut menyerahkan beberapa sumbangan bagi berkongsi kesedihan dan kedukaan kedua-dua keluarga terbabit. - mks._ |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!