IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
29-30 MAY
Jam 9 malam saya, Mior Arif dan Hashim bertemu dengan Abang Mazlan dan Johari di restoran Osman Pasir Gudang. Sambil minum kopi tarik, sempat saya jelaskan tentang halatuju dan program IKRAR yang termampu dilaksanakan setakat ini. Abang Mazlan menghimbau kembali tentang beberapa pemimpin reformasi yang pernah datang ke Pasir Gudang dan bermalam di sana termasuk Roslan Kassim, Lokman Adam dll. Sayang sekali bila dikenangkan mereka telah gugur dipertengahan jalan. Perjuangan yang ikhlas demi agama, rakyat dan negara yang diucapkan dahulu bagaikan angin lalu. Sekarang dia lebih berhati-hati dalam apa juga yang berlaku dan sokongan yang diberi juga biar relistik. Sama juga semasa saya singgah di Parit Raja, Abg Bakri memperkatakan hal yang sama iaitu harus lebih berhati-hati. Mahu tidak mahu berita Ezam dan kawan-kawan memberi impak psikologi kepada para pendokong sebelum ini. Mereka rasa sedih bercampur geram kerana dikhianati...Inilah pelajaran yang sangat berguna buat kita semua.
Mior Arif dan Hashim sempat juga menjelaskan peluang bisnes "MENTALK" ke Abg Mazlan- Johari sebentar dan jam 11 kami berangkat balik ke rumah Shafiq. Sempat singgah sebentar di agen bas untuk membeli tiket tapi hanya beberapa kaunter sahaja kerana dah banyak yang tutup.
Jam 11 pagi tadi saya berangkat ke stesyen bas alhamdulillah dapat tiket jam 12 tengahari. Tapi janji tinggal janji bas tiba jam 1 tengahari. Tak sampai sejam bergerak bas buat hal pula. Terpaksalah kami tunggu bas lain datang setelah 2 jam menunggu..Akhirnya terpaksalah telefon Zairi supaya meeting dipindah ke jam 8 malam. Alhamdulillah dapat juga tiba jam 7.30 malam di Pudu Raya. Jam 8.30 malam mesyuarat dimulakan. Hasil dari mesyuarat:
a. IKRAR hanya memfokus kepada kebajikan rakyat dan non partisan. Fokus utama adalah untuk menjana ekonomi, kebajikan rakyat, meramaikan ahli dan melahirkan pemimpin berkualiti.
b. IKRAR tetap berpendirian menyokong di belakang PR bersesuaian dengan resolusi IKRAR. Sekiranya ada mana-mana pihak yang memilih ke parti lain dari PR itu adalah risiko sendiri dan tiada kaitan sama sekali dengan IKRAR kerana ianya sebuah NGO bebas.
c. AJK IKRAR akan membantu menjayakan program 100 hari pemerintahan PR di Stadium Shah Alam pada 20 Jun. Yang berminat sila segera hubungi Abang Jalil. Tempat niaga 10 x 10 berharga RM 300.
d. Ekspo Rakyat akan bermula dari akhir bulan Jun dan sila hubungi Zairi.
e. 14 Jun satu taklimat halatuju, visi dan misi IKRAR akan diadakan di dewan orang ramai di sekitar selangor. Informasi tempat akan diinfo kemudian. Semua AJK diwajibkan hadir.
Jam 10 selesai dan beberapa orang AJk pergi ke rumah Mior. Setelah makan mee dan roti canai kami berangkat pulang....Tawaran tempat mesyuarat di rumah beliau amat kami hargai..
Balik ke rumah sempat melihat aktiviti GMI yang patut disokong oleh semua.....jika mana-mana AJK yang mahu turut serta sila info supaya dapat bergerak bersama...
GMI anjur kempen 'vigil' di Kem Tahanan Kamunting, 7 Jun
Anis Nazri Fri | May 30, 08 | 10:54:43 am MYT | |||||
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kem Tahanan Kemunting di Taiping bakal menerima kunjungan ribuan manusia dalam kempen 'vigil' yang akan diadakan 7 Jun ini, bagi membantah akta ISA yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia. Kempen 'vigil' ini merupakan lanjutan kepada kempen-kempen GMI sebelum ini, seperti Letter Signing Marathon, Petition Online dan kempen poskad, yang dilancarkan badan itu sejak April lalu. Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata kempen anjuran GMI Perak dengan kerjasama GMI Pusat ini dijadualkan bermula jam 8.00 malam, di hadapan kem, di Taiping, Perak dalam siri kempen membebaskan sekumpulan tahanan yang meringkuk di kem itu selama enam tahun. "Kem tersebut merupakan simbol atau mercu tanda pembenaran ke atas kezaliman, yang pernah menempatkan beribu-ribu tahanan ISA yang tidak pernah dibicarakan dan dibuktikan bersalah di mahkamah," tegas beliau dalam sidang media, di Dewan Perhimpunan Cina, semalam Pengarah 'Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA', Norlaila Othman, berkata program ini merupakan kali pertama diadakan di kem sepanjang kempen GMI bagi usaha meningkatkan kesedaran terhadap orang awam. "GMI juga mengambil kesempatan untuk meraikan rakyat di sebelah utara (Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis) untuk bersama-sama menjayakan kempen ini, yang mana mungkin sukar menyertai kempen kita di KL, sebelum ini," kata beliau, yang mensasarkan kehadiran 1000 orang pada kempen 'vigil' tersebut. Dalam pada itu, GMI dalam usaha memaklumkan kepada pihak polis Taiping mengenai prigram tersebut, bagaimanapun tidak berhasrat memohon permit, berasaskan kepada hak yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan. "Lagipun, kita bukan mahu berceramah. Kita hanya buat 'silent protest'. Malah, kita berpengalaman dalam memohon permit polis awal tahun ini di Dataran Merdeka. Mereka seolah-olah mempersendakan kita dengan pelbagai alasan tidak masuk akal," tegas Syed Ibrahim, yang turut percaya kemungkinan program itu menerima halangan pihak polis. Sehubungan itu, GMI menyeru orang ramai akan turut bersama-sama menyatakan bantahan pada 7 Jun ini, di Kamunting. - mns 8 Jun Saya mohon maaf tak dapat hadir ke Kamunting malam semalam kerana ada beberapa tugas untuk disiapkan bagi menjayakan program 12 July akan datang. Namun wakil kami Hidir dari Baling ada memberi info yang program tersebut sukses..Tahniah kepada GMI dan semua yang terlibat. Kami terus menyokong perjuangan anda semua sekalipun hanya doa..Insyaallah dalam pertemuan lain kami akan usahakan untuk bersama.. Lebih 1,000 sertai kempen 'vigil' GMI di Kamunting
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!