foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, June 29, 2008

KENYATAAN MEDIA .".ANWAR DIFITNAH LAGI" ...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

30 Jun

Isu Anwar jadikan hening pagi Ahad 'gempar'

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jul 02, 08 2:34:38 pm MYT
Hening pagi Ahad (29 Jun) seluruh Malaysia terganggu dan tersentak terutama kepada yang mengikuti laporan-laporan akhbar internet seawal pagi dimana hampir semua ahbar sesawang melaporkan satu lagi tuduhan 'liwat' terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. -->
Harakahdaily, Malaysiakini, Agendadaily, Malaysia-today dan sebagainya melaporkan isu yang sama, adanya laporan polis dibuat seorang pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar.
Rakan penulis yang menunggu di Hotel Quality di Shah Alam sejak malam 28 Jun selepas program ISA di sana menyatakan bahawa suasana perkarangan hotel cukup gamat dengan kehadiran para wartawan serta penyokong Anwar yang berkumpul sejak jam 1.00 pagi lagi.
Tunggu Anwar
Semuanya ternanti-nanti kelibat Anwar yang dikatakan akan menjelaskan keadaan sebenar terhadap tuduhan liwat yang dihadapinya.
Sms mula bergerak ke seluruh telefon bimbit para pendokong reformasi yang menjadikan awal pagi Ahad di Hotel Quality seperti pesta.
Pendukung-pendukung utama dalam saf Anwar seperti Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali. Mustaffa Kamil Ayub dan Sivarasa Rasiah; peguam Sankara N.Nair; Tan Sri Khalid Ibrahim; Tian Chua; Fuziah Salleh; dan kelompok reformis 1998 mula berkumpul.
Cuma yang tiada di kalangan kelompok muda yang mendukung perjuangan membela Anwar sewaktu 'tragedi 1998' hanyalah, bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Noor; Lokman Noor Adam; Roslam Kassim; Hanafiah Man; Ghani Haroon dan Zahid Hamidi.
Anak muda yang ada seperti, Mustafa Mansoor; Badrul Hisham Shaharin; Ramlan Roes; dan beberapa nama lain lagi masih setia dengan perjuangan 'reformasi'.
Detik jam 8.00 pagi sesungguhnya mengejutkan para penyokong Anwar yang berjaga sejak awal pagi di hotel tersebut kerana dua buah kereta polis berhenti di perkarangan hotel kira-kira 10 minit.
Para jurugambar dan wartawan bergegas ke lobi hotel untuk mengetahui perkembangan kerana sebelum itu ada sms yang menyatakan bahawa Anwar bakal ditahan kerana laporan polis itu.
Tiada peristiwa besar
Malangnya semua sangkaan itu meleset, peristiwa besar yang dijangka berlaku pada pagi itu tidak menjadi, sebaliknya polis beredar dari hotel itu tanpa sebarang aksi yang dinanti lensa kamera jurugambar.
Jam 9.00 pagi, para wartawan dan jurugambar masih setia menanti di lobi hotel kerana mereka dikhabarkan bahawa Anwar akan mengadakan sidang medianya pada jam 12.00, namun penulis terlebih dahulu dapat menghidu kemungkinan Anwar tidak akan menghadiri sidang media itu.

Telefon di tangan penulis berdering, tertera dikaca telefon nama Bard (Badrul Hisham Shaharin) yang menghubungi penulis menyatakan bahawa Anwar telah dipindahkan.
Sah, laporan selepas itu mengesahkan apa yang dikatakan Badrul Hisham itu benar kerana Anwar dikatakan telah keluar dari hotel itu jam 6.00 pagi untuk ke Kedutaan Turki bagi mendapatkan perlindungan di sana atas dasar keselamatan.
Azmin yang bercakap mengenai hal yang sama selepas diajukan soalan oleh wartawan turut menyatakan sedemikian, Anwar dibawa ke kedutaan tersebut atas kebimbangan keselamatannya.
Keselamatan Anwar
Dakwaan bahawa Anwar akan dibunuh mula berlegar, malah dalam Sidang Media yang dipengerusikan oleh Syed Husian pada jam 1.00 petang di hotel yang sama turut menyatakan nyawa Anwar dalam bahaya.
Tersentak dengan dakwaan itu, para wartawan mendapatkan ulasan Syed Husin samada dakwaan itu berkaitan dengan satu konspirasi seperti yang dinyatakan Anwar dalam satu kenyataannya yang dibacakan Sivarasa dalam sidang media sebelum itu (1.30 pagi).
Lensa kamera dan alat rakam para wartawan sekali lagi digemparkan dengan kenyataan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr wan Azizah Wan Ismail yang mendedahkan siapa sebenarnya pengadu yang mendakwa di liwat Anwar.
Wan Azizah menunjukkan gambar Saiful Bukhari bersama seorang pegawai kanan Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof yang diterimanya melalui MMS.
Seperti pancaran kilat 'flash' kamera bergerak, lensa kamera meneropong tepat gambar yang didedah Wan Azizah sementara para wartawan tak henti menanyakan siapakan pemuda dalam gambar bersama Saiful Bukhari itu.
Presiden KeADILan dengan nada yang cukup resah berbaur kecewa melahirkan rasa bimbangnya terhadap tuduhan ini yang didakwanya bertujuan menjatuhkan Anwar.

Kelibat Nurul Izzah
Baginya, kini keselamatan Anwar lebih penting kerana beliau mempercayai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan dan mengancam keselamatan Anwar.
Dalam kerancakan soalan bertubi dilayangkan wartawan kepada Wan Azizah, wajah puteri reformasi, Nurul Izzah Anwar yang duduk di belakang wan Azizah 'cemas' namun nampak tabah sesekali memegang erat adik-adiknya (Nurul Nuha dan dua lagi) yang dahulunya sewaktu 'Tragedi 1998' masih kecil.
Badrul Hisham yang duduk di antara Nurul Izzah dan suami Nurul sesekali memerhatikan pergerakan setiap individu yang berada dalam bilik sidang media tersebut.
Suasana kelam kabut turut mencemaskan keadaan apabila adanya adegan tolak menolak antara wartawan dengan jurugambar kerana masing-masing mahu mendapatkan posisi sesuai dalam sidang ,edia tersebut.
Malah sejurus selesainya sidang media tersebut, berlaku lagi kekecohan apabila wartawan mula menyerbu Wan Azizah bagi mendapatkan 'scoop', malangnya semuanya hampa kerana Wan Azizah dan keluarga dibawa pergi oleh pengawal keselamatan peribadi mereka ke tempat yang lain.
Seketika selepas itu, para pimpinan KeADILan dilihat mula dikerumuni para wartawan yang mahu membuat 'follow up' terhadap apa yang dibicarakan dalam sidang media tersebut.
Laungan reformasi sekali lagi bergema
Di luar bilik sidang media, para penyokong KeADILan mula menempikan launngan keramat mereka 'reformasi' sejurus selepas melihat Wan Azizah keluar dari bilik sidang media.
Tian Chua pantas mengambil posisi selaku Ketua Penerangan dan aktivis dengan memberi syarahan umum di bahagian kanan tangga berhadapan pintu masuk ke lobi hotel tersebut.
Syarahannya cukup kuat kali ini walaupun tanpa bantuan 'pembesar suara' dan nadanya menampakkan beliau marah dengan tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar.
Para penyokong mula menempiakkan lagi laungan reformasi diselangi dengan laungan takbir 'Allahhuakbar', nampak seperti tanda sejarah 1998 akan berulang.
Jam di tangan menunjukkan 3.00 petang, penulis ketika itu bersama jurufoto, Wan Zahari Wan Salleh dan bekas wartawan Harakah, Ismail Hashim mula membelek komputer riba untuk mencatat perjalanan sidang media bagi tatapan pengunjung Harakahdaily.
Sejurus selepas siap berita ditulis dan dimasukkan ke laman sesawang Harakahdaily.net, penulis bersama Wan Zahari menggerakkan langkah ke Pejabat dan kemudian ke Kedutaan Turki dimana tempat Anwar dikatakan berlindung.
Suasana di hadapan Kedutaan Turki di Jalan U-Thant kedutaan agak penuh dengan kelibat penyokong Anwar dan tak kurang juga dengan pegawai polis serta FRU yang mengawal.
Seperti biasa, para pegawai cawangan khas (SB) mula menjalankan siasatan mereka dengan berlagak seperti penyokong Anwar bertanyakan banyak hal mengenai isu Anwar dan kemungkinan yang akan berlaku.
Jam menunjukkan 7.30 malam, hujan masih berterusan membasahi tubuh penulis, kalangan penyokong Anwar mula pulang satu persatu kerana tiadanya riak risik akan adanya sesuatu perkara besar yang mungkin berlaku malan itu.
Penulis mengambil keputusan untuk pulang ke pejabat meneruskan laporan untuk tatapan pengunjung Harakahdaily, dan sejurus selepas menyelesaikan tugasan, penulis pulang ke rumah.
Dalam bas, ramai penumpang yang mula membualkan perihal dakwaan liwat terhadap Anwar, sementara telefon bimbit penulis tak henti dari menerima hujanan pertanyaan mengenai isu Anwar.
Kecamuk
Isnin petang, Anwar dilaporkan keluar dari 'persembunyiannya' di Kedutaan Turki dan kelibatnya sempat dirakam dalam lensa kamera para petugas media.
Penulis membayangkan, isu membabitkan Anwar kali ini lebih merumitkan kerana ia berlaku tatkala suasana negara berkecamuk dengan politik caca merba.
Perang dalaman Umno belum reda, perang antara Pakatan Rakyat dengan BN belum mencapai 'climaks'; perang dalaman parti-parti di Sabah dengan BN belum mencapai jalan damai; sementara isu perakuan Raja Petra Kamarauddin dalam kes Altantuya Shaariibuu memeningkan kelompok yang dikaitkan;
Masalah 'tidur' dan 'lena' Abdullah; masalah kenaikan harga minyak; isu gaji minimum, Pulau Batu Putih yang berputih mata; isu rasuah dan sebagainya yang semuanya memeningkan kepala setiap insan di Malaysia ini.
Malangnya rakyat dihidangkan sekali lagi dengan dakwaan yang disifatkan Anwar sebagai satu rekaan semata-mata.
Apa yang terbayang di kotak pemikiran penulis, apakah tragedi 1998 yang mana himpunan jalanan bakal berlaku sekali lagi dan episod kali ini ditambah dengan rencah kemarahan rakyat terhadap dasar 'kerajaan tiga beranak'.
Namun detik itu masih belum berlaku hingga kini, Anwar sendiri yang bimbang dengan keselamatannya keluar juga akhirnya dari persembunyiannya di Kedutaan Turki untuk membuat laporan polis serta saman terhadap pihak yang menuduhnya meliwat.
Satu perkara yang cukup disebut umum, apakah akan berlaku tangkapan terhadap Anwar jika hasil siasatan (walau dalam apa keadaan sekalipun) kelak nanti didedahkan, atau pun isu ini akan habis dengan Saiful Bukhari menarik kembali laporan yang dibuatnya itu.
Sama-sama kita nantikan.... _


Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi
Harakahdaily
Mon Jun 30, 08 6:38:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.

Image Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

Image Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu.

Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim.

Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk 'retaliation' pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan:

Image "Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata.

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Image Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam).

Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Kedutaan Turki kerana ancaman bunuh yang diterima beliau.

Hari ini Parti KeADILan Rakyat akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Bangunan Parlimen pada jam 1 tengahari. - mr _

Sehubungan dengan itu kami membuat kenyataan di bawah:

KENYATAAN MEDIA

"ANWAR DIFITNAH LAGI"

Kami adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang bergabung di bawah IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat) ingin menyatakan bahawa kami merasa amat malu dengan pemimpin UMNO yang kononnya beragama Islam yang sanggup sekali lagi mengulang tuduhan palsu yang sama terhadap salah seorang pemimpin rakyat yang disukai rakyat. Pada tahun 1998 DSAI, keluarga dan seluruh pemimpin rakyat yang cintakan keadilan, kebenaran dan membenci kezaliman telah dimalukan oleh pemimpin UMNO masa iaitu Dr. Mahathir dan sekarang berulang lagi.

Mereka sebenarnya sudah jauh sekali dari Islam, adat sopan budaya Melayu dan nilai-nilai mulia sebagai seorang insan. Pendekatan politik yang hina sekali lagi digunapakai untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka. Mereka benar-benar sudah hilang nilai diri dan semakin jauh dari agama mereka dan agama nenek moyang mereka. Agama mereka adalah KUASA dan tuhan mereka adalah NAFSU. Mereka sembah NAFSU dan mereka akan buat apa saja asalkan mereka dapat terus BERKUASA.

IKRAR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan yang hina ini serta ingin mengajak seluruh rakyat menadah tangan ke langit sambil berdoa. " Ya Allah, Engkau yang Maha Agung dan Maha Berkuasa, ampunkan dosa kami dan dosa pemimpin-pemimpin kami, Engkau yang Maha Tahu segalanya, humbankan rasa hina dan gelisah kepada mereka yang bersama dalam konspirasi ini, porak perandakan perancangan mereka dan hancurluluhkan seluruh KERAJAAN ZALIM MEREKA dan gantikan dengan KERAJAAN BARU YANG ADIL BUAT RAKYAT SEMUA.!! HANCURKANLAH YA ALLAH 3 x !!! Bacakan di seluruh masjid di tanah air !!!

KEPADA SIPENDURJANA RAKYAT, ini mesej dan amaran jelas kepada KAMU semua yang terlibat, kamu boleh buat apa sahaja yang kamu inginkan tapi ingat kamu juga adalah manusia seperti kami.!! Nyawa kamu juga satu dan tempat kembali kita juga sama. Buatlah apa yang kamu suka tapi kami bukan bodoh seperti sebelumnya..Ayuh...bertarunglah kamu dengan KEBENARAN DAN kami yakin kamu akan KALAH sekalipun balatentera gagah bersama kamu kerana KEBENARAN adalah hakikat sebuah kekuatan. Kami serahkan nasib kami dan pemimpin kami DSAI kepada Allah yang menciptakan kami dan kamu. Kami yakin ALLAH senantiasa bersama dengan kebenaran dan kamu pasti kecundang dengan kebenaran.

KAMI AKAN TERUS MENGAJAK SEMUA RAKYAT BERSAMA DALAM SIRI BANTAHAN KEZALIMAN INI DI SELURUH MALAYSIA DAN MEMASTIKAN 6 JULY LEBIH SEJUTA RAKYAT TURUN DI JALAN MEMBUAT PROTES.

Disediakan:

Mustapa Mansor
Pengerusi IKRAR




No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!