foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, June 23, 2008

PERLUCUTAN JAWATAN YAHYA SHAARI TIDAK ADIL

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

23 jun

KENYATAAN MEDIA


IKRAR (IKATAN KEBAJIKAN RAKYAT)


PERLUCUTAN JAWATAN YAHYA SHAARI TIDAK ADIL

IKRAR menyatakan pendirian atas isu ini berdasarkan beberapa perkara di bawah:

1. YAB MB Selangor mengambil tindakan secara tergesa-gesa dan tidak mengikut prosedure undang-undang. Seharusnya MB lebih teliti atas sebarang tindakan yang diambil; kerana ianya boleh meresahkan penyokong Pakatan Rakyat seluruh Malaysia khasnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan. MB harus maklum bahawa Tn Hj Yahya adalah salah seorang pendokong utama sejak bermulanya gerakan reformasi di Malaysia sehingga PKR berjaya memerintah di Selangor. Kemudian beliau juga adalah antara nadi penggerak pentadbiran di Negeri Selangor yang telah memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Selangor.

2. Berdasarkan laporan dari Pengarah BPR Negeri Selangor, Yahya Shaari belum dibukti dan diputuskan bersalah tetapi beliau terus menerima arahan digantung jawatan oleh MB Selangor. Apakah alasan penggantungan ini berdasarkan kepada keadilan atau hanya mencuba untuk mengaut publisiti serta populariti politik yang sering dimainkan oleh musuh rakyat iaitu UMNO-BN?

3. Dari maklumat yang kami perolehi pihak MB mengambil tindakan berdasarkan dari dakwaan empat orang anak muda yang masih belum jelas adalah sangat tidak wajar. Dakwaan seperti ini sememangnya amat mudah dilakukan oleh musuh politik PR dan hal ini akan berterusan sehingga pihak kerajaan Negeri disibukkan dengan hal bersifat fitnah ini. Kami mencabar kepada pihak pendakwa agar dapat membuktikan kesahihan dakwaan mereka dan jika tidak, pihak kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis atas tuduhan tersebut. Para pengacau upahan seperti ini tidak perlu ditanggapi kerana ianya hanya sebahagian dari permainan pemimpin UMNO-BN.

4. IKRAR membantah atas tindakan MB kerana tindakan tersebut mencerminkan hilangnya hak bela diri dan kebajikan Yahya Shaari sebagai kakitangan kerajaan negeri.Marilah kita hidupkan suasana kemesraan, konsisten, ketegasan dan keseimbangan dalam seluruh aktiviti pemerintahan PR. Jagalah kebajikan kakitangan kerana mereka adalah pekerja untuk memertabatkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dengarkanlah pandangan rakyat kerana ianya bersuara keramat. Suara yang dapat merubah segalanya dengan izin Allah.

5. Dari pemerhatian IKRAR, MB terlalu menekankan kepada bekerja cara korporat sehingga kakitangan dan rakyat tertekan dengan cara ini. Kami tidak menafikan perubahan positif yang dilakukan oleh pihak MB tapi tolong beri sedikit waktu kepada kakitangan untuk pengubahsuaian kaedah kerja baru ini. Kami tidak nafikan MB jauh lebih bagus dari MB UMNO-BN sebelum ini tapi tolong bertenang dan berwaspada dengan musuh PR.

Disediakan oleh:

Mustapa Mansor
Pengerusi IKRAR

24 Jun,
Kami turut hadir dalam sesi penjelasan Yahya di Jalan Nangka, Seksyen 4.Shah Alam bermula jam 9 malam. Setelah selesai, kami sepakat untuk berkumpul di depan rumah MB secara aman sehingga mesyaurat Exco selesai. Sekitar jam 10.30 salah seorang wakil MB datang bertemu dan menyatakan bersiap sedia untuk mendengar keluhan rakyat. Akhirnya tawaran memilih 3 orang wakil bertemu MB tidak diterima oleh reformis dan YB Abdullah Sani masuk ke dalam dan memanggil wakil YB yang lain. Tetap tidak berubah dan sekali lagi YB Abdullah Sani datang dan reformis terus mendesak agar mereka semua dapat masuk bertemu MB dan Exco yang ada. Pertemua berjalan lancar selama hampir 2 jam walaupun ada sedikit kekecohan berlaku dari segi sudut pandang.

Namun pertemuan semalam amat berereti kepada semua kerana segala bentuk kekecewaan yang terbuku di hati penyokong dapat diluahkan dan kelihatan MB amat prihatin dengan semua keluhan ini. Teguran kepada MB dan YB adalah tanda betapa sayangnya penyokong kepada pemimpin mereka agar tidak tersesat jalan. Jika budaya keterbukaan ini dipupuk dan dibaja maka tidak mustahil suatu hari nanti pemimpin PR akan lebih cemerlang di mata rakyat. Inlah budaya baru dalam politik Malaysia yang sewajarnya diterima dengan baik oleh pemimpin PR. Jika ditinjau dari sudut sejarah Islam..pernah kejadian Umar Alkhattab diperingatkan oleh penyokongnya dengan sebilah pedang, "ya Umar..jika engkau tidak melaksanakan apa yang kamu katakan maka pedang inilah yang mengajarmu" .(.sambil menghunus pedangnya)...Perbuatan ini kelihatan seperti tidak beretika dan kurang ajar tapi cara inilah yang telah difahami oleh para pemimpin masa itu betapa berat amanah dan risiko yang mereka pikul. Semoga pemimpin PR bersiap sedia dengan teguran rakyat kerana mereka cintakan perubahan real bukan mimpi. Kepada semua pihak PR..sila lakukan muhasabah, muzakarah, mutabaah yang konsisten agar Harapan Baru menjadi agenda yang difahami dan disenangi oleh rakyat.

Sila renungkan kenyataan dari Yahya...

Yahya letak jawatan, hilang yakin pada Khalid
Harakahdaily
Tue | Jun 24, 08 | 3:03:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) -Pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shahri meletakkan jawatannya atas alasan "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".

Malaysiakini melaporkan Yahya, yang mengirim surat peletakan jawatannya kepada bekas ketuanya itu petang semalam, juga melepaskan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan KeADILan Selangor.

Selain hilang keyakinan, menurut surat peletakan jawatannya, Yahya tidak menyebut sebab-sebab lain kecuali ia akan "dinyatakan kemudian."

Surat itu dikirim kepada pejabat menteri besar melalui faksimili kira-kira 3.45 petang semalam.

Abdul Khalid pada sebelah pagi mengumumkan penggantungan jawatan Yahya - yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa dua minggu lepas - sebagai pegawai kanannya berkuatkuasa hari ini selama dua bulan.

Abdul Khalid sebelum ini mengirim mesej SMS kepada Yahya memaklumkan tindakan yang bakal diambilnya bagi mengelakkan pegawainya itu "terperanjat."

Dalam ucapannya di depan hampir 200 penyokong di kediamannya di Seksyen 4 Shah Alam malam ini, Yahya juga mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya sebagai ketua perhubungan KeADILan Selangor.

Yahya mencadangkan jawatan itu diserahkan kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditemui selepas ucapannya kira-kira jam 10 malam, Yahya berkata beliau telah bercakap dengan presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berhubung tindakan penggantungan terhadapnya dan kedudukannya itu.

Menurutnya, ahli parlimen Permatang Pauh itu mencadangkan beliau bertemu sendiri dengan Anwar.

Beliau dijadual bertemu penasihat parti itu di pejabatnya jam 2 petang esok dan dipercayai akan membawa "beberapa tuntutan."

Yahya, seorang aktivis lama KeADILan, mendakwa beliau mendapat sokongan dan berpengaruh dalam kalangan 70 hingga 80 peratus bahagian di negeri itu.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak meluluskan sebarang projek atau tender, tetapi hanya memberikan surat sokongan.

Sementara itu di kediaman rasminya, Abdul Khalid memberikan taklimat isu ini kepada wakil-wakil rakyat PKR Selangor, termasuk ahli-ahli parlimen.

Bagaimanapun tidak semua ahli parlimen hadir kerana sesi Dewan Rakyat berakhir lewat bagi membahaskan usul kenaikan harga minyak hari ini.

Sehingga kini belum jelas butiran perbincangan mereka yang bermula kira-kira 8 malam hingga selepas tengah malam tadi - termasuk mereka yang hadir dalam pertemuan lebih awal di rumah Yahya.

Difahamkan pertemuan ini "panas" mengenai pelbagai isu pentadbiran kerajaan negeri, termasuk "10 peratus sahaja" isu berhubung penggantungan Yahya.

Abdul Khalid mendedahkan penglibatan bekas pegawai kanannya itu dalam isu tersebut, termasuk maklum balas yang beliau perolehi daripada siasatan awal BPR.

Pada 10 Jun lalu, badan itu memanggil Yahya selama empat jam berhubung siasatan kes kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di kawasan Petaling Jaya.

Siasatan itu susulan aduan sekumpulan empat orang pada 5 Jun kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Di sidang medianya semalam, menteri besar itu berkata jika tidak bersalah, pegawai kanan itu akan diambil semula bekerja.

"Kita tulus, kita kena buat dengan betul. Kalau pegawai itu tidak bersalah maknanya dia akan diambil balik untuk bekerja, kalau bersalah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Abdul Khalid menambah, siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar". - mks. _

24 JUN
Kami turut sama menunggu hasil pertemuan Yahya dengan DSAI...

Dua jam pertemuan Anwar-Yahya
Jimadie Shah Othman | Jun 24, 08 11:07pm
Bekas pegawai menteri besar Selangor bertemu dua jam dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini selepas digantung jawatannya semalam.

Mohd Yahya Mat Sahri - yang dikenakan tindakan itu susulan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa - berkata pertemuan bermula selepas pukul 3 tadi melibatkan mereka berdua sahaja di suatu tempat yang enggan dinyatakan.

Beliau pada awalnya dijangka bertemu Anwar kira-kira 2 petang di pejabatnya di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Bagaimanapun perubahan berlaku di saat akhir susulan kehadiran beberapa ketua bahagian di tempat yang sama.

Kira-kira 50 orang penyokong Yahya dan pemimpin bahagian berada di luar pejabat Anwar.

Kumpulan itu, yang bertambah sehingga 70 orang, hanya bersurai empat jam kemudian selepas kedatangan Yahya tidak lama setelah berakhir pertemuan dengan Anwar.

Media tidak dibenarkan masuk ke perkarangan pejabat Anwar sewaktu Yahya berucap kepada penyokongnya kira-kira 15 minit.

Dalam pertemuan itu, katanya dalam sidang media selepas itu, beliau turut mengemukakan beberapa tuntutan bahagian PKR hasil satu mesyuarat beberapa hari lalu.

Beliau juga mengemukakan cadangan untuk menambahbaikkan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, Yahya menjelaskan tiada keputusan dicapai dalam pertemuan empat mata dengan Anwar.

Keputusan berhubung tuntutan-tuntutan itu akan dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri, yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid, dalam masa terdekat.

Yahya, yang telah meletakkan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan PKR negeri dan pegawai tugas-tugas khas menteri besar semalam, akan hadir bersama Anwar di mesyuarat tersebut.

Tarikhnya bagaimanapun tidak dimaklumkan.

Sebelum itu, kira-kira 3 petang, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Dr Badrul Amin Baharom mengumumkan kepada orang ramai termasuk wartawan bahawa pertemuan Anwar dengan Yahya tidak diadakan di pejabat itu.

Beliau, yang juga ketua bahagian Sabak Bernam, berkata Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid selepas berjumpa Yahya.

Ditemui media selepas itu, Dr Badrul Amin berkata satu mesyuarat yang dihadiri 17 ketua bahagian dua, tiga hari lepas mengambil keputusan ingin membawa beberapa perkara kepada Anwar, antaranya pembelaan untuk aktivis Gerakan Reformasi dan rasa tidak puas hati mereka berhubung pelantikan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan.

Bekas pensyarah itu menambah, Yahya berperanan menyampaikan suara hati ketua-ketua bahagian ini dalam pertemuan dengan Anwar hari ini.

25 JUN.

IKRAR berharap isu ini tidak diperpanjangkan lagi dan kami yakin ianya sudah selesai dengan sempurna. Semangat perjuangan yang benar adalah berasaskan kepada prinsip dan salah satu dari prinsip itu ialah bermuafakat. Jadi segeralah memfokus kepada prioriti perjuangan dan yang berlalu ambillah pelajaran darinya..DSAI juga telah menyatakan hal tersebut...

KeADILan Selangor Tidak Tergugat Dengan Dakyah Media Umno-BN

Maka bertebaranlah desas desus kononnya KeADILan Selangor dilanda kemelut. Media Umno-BN terus memainkan peranan mereka.

Alhamdulillah saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah al Munawwarah. Kemudian saya turut ngobrol panjang dengan Sdr Yahya Sahri sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik.

Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai. InshaAllah saya akan turut hadir dalam mesyuarat KeADILan Negeri Selangor malam nanti.

ANWAR IBRAHIM

IKRAR - Ada beberpa pandangan yang menarik untuk kita renungkan bersama...

27 jun..
Yahya Shaari issue shows simmering discontent
Richard Kamalanathan | Jun 26, 08 4:31pm

I refer to the Malaysiakini report Khalid's suspended special officer resigns.

As I look behind some eight years, the tenacity from which the reformasi movement evolved, it is indeed very hard to believe that that kind of enthusiasm and spirit will eventually die down and make the beneficiary of that movement - PKR - a lame duck in years to come.

To give you an example, that is about five years ago, we congregated at the National Mosque notwithstanding Muslims, Christians and Hindus all in the spirit of reformasi. The purpose of this congregation was to walk all the way to Palace and to hand in a memorandum to Yang di Pertuan Agong on the discontent of the public with government on very many issues. The police had told us not to lead the procession but we rejected this call and moved out.

Nurul Izzah was leading and behind her was Irene Fernandez and some of us. As we came out, the police fired tear gas canisters right at us and it hit Irene and she fell down on to the ground. The congregation stopped.

We pulled her to a nearby tap and washed her over the face. It took sometime for her to regain consciousness. The police fired more shots and within the next fifteen minutes we were back in the mosque. Over 5,000 supporters later dispersed.

A similar incident had happened when Dr Wan Azizah was attending one of her initial public meetings in Teluk Gadong, Klang. The police refused to allow us to continue with the meeting and Tian Chua, Gopalakrishnan , Krishnasamy, Ezam Md Nor were all warned not to proceed without a permit.

Everyone who came to listen to us were in disarray. But we defied and continued against the disdain of some of the police officers.

I am recalling this because in the last 50 years this country has not seen such kind of political force against the BN government. It was the reformasi movement that did it. PKR is synonymous with reformasi.

As soon as Anwar Ibrahim was released from prison and he began to take over the helm of the party, he had larger objectives for it other than being merely a reform movement. More and more discontented politicians from other parties and from Umno, without any kind of loyalty for PKR, moved in.

Then Parti Rakyat decided to merge with Parti Keadilan. Bureaucracy started to seep in and the initial objectives of building a New Society was slowly giving in to politicking. Marriages of convenience with PAS and the DAP had become a focal point and Pakatan Rakyat became the most important task within PKR.

This may be important to Anwar Ibrahim and Khalid Ibrahim, but for many of the members who believe in reformasi are still in a haze as to whether PKR is committed to ‘Change’ (in Obama’s words). The frustration of the people had made March 8 a realisation for ‘Change’. But nothing dramatic has happened since then except that PKR is heading the government of five states.

Members of PKR and the public have seen the state Barisan governments work for far too long. Change does not come from the menteri besar’s office. It has to come from the enthusiasm and good will of the members.

Khalid Ibrahim cannot make social changes by just suspending Yahya Shaari. It may be an issue of law but the incident has made wider the calls for a review of the policies concerning procedural safeguards for a government that is led by PKR.

Khalid Ibrahim cannot make unilateral decisions just because he is the menteri besar. He has to abide by PKR’s policies. He must be subjected to scrutiny like any of us in the party. Because it is PKR and not Umno.

The issue of the suspension of Yahya Shaari is not an isolated issue. It appears to show the simmering discontent within the party. It is a wider call for Anwar Ibrahim to talk less of the Pakatan Rakyat and to do more for bringing together the members of PKR.

Anwar Ibrahim must ensure that the party means more than the governments and individuals to whom he is indebted.


ISLAH ADALAH JALAN TERBAIK JIKA BERLAKU SALAH FAHAM DALAM SESUATU HAL..SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN JALAN KEBAIKAN UNTUK SEMUA...

KeADILan Selangor: Muafakat Dicapai, Kepimpinan Khalid Terus Didukung

Malam tadi saya, Syed Husin Ali, Azmin bersama dengan Tan Sri Khalid, ketua bahagian dan ahli perhubungan, Ahli Parlimen dan DUN Selangor mengadakan mesyuarat khas.

Alhamdulillah mesyuarat berakhir dengan muafakat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor, menghargai jasa dan khidmat Sdr Yahya.

Sementara difaham keperluan Yahya membersihkan namanya, sumbangan beliau kepada KeADILan khususnya di Selangor masih diperlukan.

Saya kagum dengan semangat dan komitmen rakan-rakan di Selangor. InshaAllah segalanya akan lebih lancar kelak.

ANWAR IBRAHIM





No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!