IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
3 JUN
Dari pagi sebuk menjawab berita dari muka depan SINAR dan akhirnya saya mohon berehat dari menjawab. Bila bertemu Pak Mad, Syed, Azah, Kak Long, Zairi dll saya mengungkapkan luahan hati saya dan ini bukan hanya untuk Ezam tapi untuk kita semua...:
a. Saya tidak mahu memberi komentar yang merugikan sesiapapun kerana pengalaman mengajar kita soal ini semua. Lalu saya cuba membawa teman-teman semua khasnya reformis kepada soal pokok dalam perjuangan. Apa yang saya faham, perjuangan sangat ditentukan oleh dasar perjuangan itu sendiri. Jika bangsa maka dapatlah bangsa, jika harta dan kekayaan biasanya dapatlah itu semua, jika populariti yang dikejar maka dapatlah populariti dan begitulah seterusnya...Maka adalah sangat rugi sebagai seorang Muslim jika perjuangan kita hanya untuk di sini sahaja. Kita sendiri harus menentukan dasar kerana dasar dapat menentukan ke mana khirnya perjuangan kita.
b. Salah satu adab dalam menegur ialah dengan berhikmah, tidak dipenuhi rasa kebencian dan caci maki yang tidak terkendali atau mengungkit kisah lama. Memang susah untuk kita menjaga hal simple ini kerana ini sudah menjadi kebiasaan kita apabila kita marah semua yang baik berubah menjadi buruk semuanya...bila kita kecewa semuanya hambar..inilah manusia dan inilah kita. Soal menegur banyak hal yang perlu diperhatikan dari segi kesannya dan pengaruhnya kepada pihak yang ditegur apatah lagi jika kita menegur perjuangan kita sendiri. Tersilap maka tergadailah perjuangan dan kita tidak dapat beli semula apa yang kita terjual... Tapi jika semua hal itu tidak dihiraukan lagi..ini bermakna hati kita sudah hilang rasa..sama seperti suami isteri...hilang rasa adalah akibat dari faktur hilang saling percaya dan hilang mahabbah (semangat cinta kasih dalm perjuangan). Dalam sebuah perjuangan ini adalah pengukuhan kepada dasar yang betul. Dasar yang benar sahaja tidak akan bermakna tanpa didokong oleh sifat-sifat tadi.
c. Banyak yang keliru tentang perjuangan sehingga akhirnya menjadi akumulasi yang bermuara kepada kehancuran perjuangan tersebut. Sejarah banyak membuktikan semua ini dan semuanya berakibat yang hampir sama. Inilah ujian perjuangan tersebut dan inilah juga kemanisannya. Tidak ada yang sempurna selagi kita bernama manusia. Maka marilah kita menerima hakikat ini dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka. Inilah yang dapat membuahkan sebuah kemaafan tulus dari lubuk hati yang dalam. Jangan ikutkan perasaan kerana biasanya merana badan dan jangan ikutkan hati kerana biasanya mati...Kiasan Melayu amat bermakna buat renungan kita semua...
d. Sebagai teman dalam perjuangan..ingatlah jasa ibu dan ingatlah jasa guru!!! Kita belajar mengenal dunia dari mereka dan dunia mengenal kita dari mereka juga...Ingatlah jasa mereka melebihi ingatan kita kepada jasa kita kepada mereka..Sekuntum bunga yang mewangi akan tetap mewangi selagi ianya masih segar tapi ketika sudah layu wanginya juga pergi bersama dibawa angin lalu...Kejarlah waktu-waktu mewangi ini sebelum ianya pergi!!! Penyesalan di ketika ibu dan guru sudah tiada , amat memeritkan dan ianya tiada kesudahan..sejarah terus mencatatkan perilaku kita sejak dulu dan ia tidak akan membohonginya walaupun dihadapkan ke Maharaja gila yang suka memadamkan catatan sejarah itu dan memenggal kepala si pencatatnya..ianya melekat di jiwa dan dikepala sampai bila-bila....
e. Sebagai penyokong dalam sebuah perjuangan, kita bukan pengekur kepada seseorang tapi kita adalah pejuang yang berpegang kepada prinsip, hidup dengan prinsip dan sanggup mati bersama prinsip. Prinsip bukan nilaian RM atau pangkat atau kedudukan atau apa sahaja tapi nilai adalah sebuah keyakinan kukuh yang hidup dalam kehidupan dan sanggup mati kerananya. ..
Semoga kita makin matang dalam semua keputusan dan makin kukuh dengan pendirian kita....
Renungkan ...kenyataan ini...
Dedah kepincangan Anwar
KUALA LUMPUR - Mohamad Ezam Mohd Noor membuat keputusan akan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen pada masa terdekat, sekiranya diberi peluang.
Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang yakin permohonannya memasuki UMNO akan mendapat restu pemimpin Majlis Tertinggi (MT) parti, bersedia mendedahkan segala kepincangan politik Anwar demi memastikan perubahan dapat dilakukan dan kebenaran akan terserlah.
“Kebenaran adalah pendorong saya untuk terus berjuang. Saya tidak kisah jika orang yang saya tanding itu Anwar Ibrahim,” katanya pada pertemuan dengan Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, beliau sanggup menentang bekas Timbalan Perdana Menteri itu demi membawa perubahan, manfaat serta kebaikan kepada UMNO,
Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan berkata, menang atau kalah pada pilihan raya berkenaan menjadi perkara nombor dua.
“Saya tidak kisah jika kalah dalam pertandingan itu kelak kerana kemenangan bukan suatu yang mutlak bagi diri saya. Sebaliknya apa yang saya perjuangkan ialah kebenaran, bukan hanya untuk menang sahaja,” katanya mengulas peluang pilihan raya kecil itu.
Ezam, 41, yang pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Keadilan Selangor turut meluahkan rasa kecewa dan kecil hati kepada kepimpinan Anwar yang dianggapnya tidak boleh bertindak sebagai seorang pemimpin sebenar.
Kata Ezam, Anwar juga tidak pernah memujuknya untuk menyertai parti itu sejak beliau meninggalkan PKR dua tahun lalu.
“Saya tidak kesal meninggalkan PKR walaupun saya adalah antara orang yang paling setia berjuang bagi membebaskan Anwar dari penjara,” katanya.
Tambah Ezam, beliau berani untuk menandingi Anwar kerana kepercayaannya kepada Penasihat PKR itu sudah hilang.
Mengenai desas-desus bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda, Ezam menjelaskan perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Ketika saya buat keputusan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasrat untuk kembali kepada UMNO, tidak ada sebarang rundingan atau perbincangan mengenai isu jawatan atau kedudukan saya dalam parti.
“Seperti yang pernah saya jelaskan, saya masuk UMNO kerana tertarik dengan dasar yang dibawa oleh Abdullah sejak kebelakangan ini untuk memerangi rasuah secara besar-besaran.
“Keterbukaannya itu yang menarik minat saya untuk menyertai UMNO dan ia berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini yang menolak kepada perubahan,” katanya.
Menurut Ezam, beliau juga bersedia untuk menjawab lebih daripada tiga soalan yang dikemukakan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung mengapa beliau boleh diterima menyertai UMNO.
Pada masa yang sama katanya, beliau juga ingin mengajukan beberapa soalan kepada Hishammuddin.
“Saya tetap menyerahkan segalanya kepada keputusan MT untuk meluluskan permohonan menyertai UMNO. Saya akan terima apa sahaja keputusan,” katanya.
Dari The Star... ceduk dari Sdr Shamsul blog...
Komen Joceline Tan Di Akhbar The Star Mengenai Kemasukkan Ezam Mohd Nor Ke Dalam Umno
Saudara/saudari berikut saya letakkan kandungan komen Joceline Tan wakil akhbar The Star yang telah dialih bahasa oleh sahabat saya yang disiarkan pada hari ini di dalam akhbar The Star m/surat 20 -
Kepulangan Anak Yang Terbuang
“Kemasukan Ezam Mohd Nor kepangkuan UMNO menjadi topik yang hangat di dada akhbar tempatan. Namun begitu, ia mendapat sambutan yang dingin dikalangan ahli-ahli UMNO malah mereka begitu mencurigai akan kepulangannya”
Beberapa hari yang lalu, Ezam Mohd Nor pasti merasakan dirinya sebagai seorang bintang rock.Media memberikan liputan yang meluas terhadapnya. Gambarnya terpampang hamper diseluruh akhbar utama, malah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi menerima borang kemasukkan Ezam ke dalam UMNO.
Kemasukan Ezam kembali kedalam UMNO bolehlah diumpamakan sebagai pulangnya anak yang terbuang, dan sebagaimana kisah anak yang terbuang, bukan semua orang bergembira dengan liputan yang diberikan kepada Ezam.
Malah, seorang ahli politik UMNO dari kedah secara berterus terang mengatakan :”Tak Ada seorang pun yang saya temui gembira dengan perkara ini”
Walaupun kemasukan kembali Ezam ke dalam UMNO masih belum mendapat kelulusan Majlis Tertinggi UMNO, ia telah menjadi satu tajuk yang paling panas di dalam UMNO sendiri. Pelbagai reaksi ditunjukkan daripada perasaan tidak percaya kepada Ezam hinggalah kepada menentang secara terang-terangan
“Secara jujurnya, saya masih sukar menerima perkara ini. Walaupun kita menerima keputusan pucuk pimpinan akan tetapi kami akan menhadapi kesukaran untuk memberi penerangan kepada ahli akar umbi,” kata Datuk Rahman Dahlan, Setiausaha Pemuda UMNO.
Rata-rata ahli UMNO tidak dapat melupakan perbuatan Ezam yang lantang menentang UMNO – semasa dia menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ezam telah mengikut jejak langkah Anwar keluar daripada UMNO pada tahun 1998 dan telah memainkan peranan utama di dalam gerakan reformasi. Beliau juga telah mendedahkan berita sensasi tentang ujudnya berkotak-kotak bukti tentang penyelewengan bekas menteri kanan Datuk Sei Rafidah Aziz.
Sejurus sebelum berlepas untuk mengerjakan umrah minggu lepas,Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah memberitahu teman rapatnya bahawa beliau “ Masih rasa terbuku dihatinya tentang tuduhan-tuduhan yang telah Ezam buat terhadap Pemuda UMNO”
Usaha untuk membawa Ezam balik kepangkuan UMNO telah dibuat sejurus selepas PRU12 yang lalu.Statistik kajian menunjukkan UMNO telah bukan sahaja gagal untuk memenangi undi dari pengundi muda melayu bahkan mereka bersedia untuk memberi undi kepada DAP.
Sesuatu yang drastic perlu dilakukan oleh UMNO dan sekutu rapat Perdana Menteri menyatakan bahawa UMNO memerlukan personality lelaki yang agak kontroversi dan berperawakan muda sama seperti Datuk Azalina Othman Said yang telah berjaya menarik wanita muda kepada UMNO melalui Puteri UMNO.
Ezam, yang menjulang namanya melalui gerakan anti rasuah dilihat sebagai seorang tokoh yang boleh mengisi tempat tersebut. Pada usia 41 tahun, beliau adalah seorang yang mempunyai karisma, berupaya untuk berpidato dan memahami politik UMNO dan parti lawan.
“Kita boleh melihat beliau sebagai seorang yang boleh menyaingi PKR dan pemimpinya kerana beliau tahu selok-belok mengenai kekuatan dan kelemahan parti tersebut” ujar Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.
Sebenarnya, Anwar telah menghantar beberapa perutusan untuk mempengaruhi Ezam supaya menimbang semula keputusan beliau menyertai UMNO. Walaupun langkah yang diambil oleh Ezam tidak akan memberikan impak yang besar kepada PKR, tetapi disebabkan beliau mengetahui urusan dalaman PKR, ia berpotensi untuk memberi kesan buruk kepada parti tersebut.
Ezam juga telah membawa bersama-sama beliau beberapa bekas pemimpin parti PKR. Walaupun mereka bukanlah tokoh besar semasa di dalam PKR, tetapi sudah terdapat beberapa telahan dikalangan ahli UMNO bahawa ini merupakan isyarat kemasukan semua pemimpin-pemimpin utama PKR termasuk Anwar ke dalam UMNO.
Ketidakpercayaan kepada Ezam tidak boleh dipandang rendah kerana di dalam lubuk hati beliau mungkin masih bersama Anwar, sepertimana yang dikatakan oleh seorang ahli politik UMNO “ Tempat Jatuh lagi dikenang, apa pula tempat bermain”
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat merasakan sentiment ahli-ahli UMNO apabila beliau mempersoalkan samada Ezam mungkin bertindak sebagai “Trojan Horse” daripada PKR.
Apa yang paling sukar untuk ditelan oleh UMNO adalah bagaimana seorang yang telah menderhaka kepada parti tersebut diberi layanan sebagai seorang hero pada saat kembalinya kepangkuan UMNO?. Ini akan memberi mesej yang tidak baik kepada ahli parti yang mana mereka boleh meninggalkan parti tetapi boleh kembali dengan sambutan yang hangat.
“Kita tidak boleh terlalu emosi mengenai siapa yang datang dan siapa yang pergi di dalam part. Sepertimana yang dimaklumi, tiada yang kawan atau musuh yang kekal di dalam politik. Hanya yang kekal adalah iltizam kita. Jikalau dia bagus, dia akan mendapat tempat” Komen Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa lebih banyak reaksi negatif dari kalangan ahli UMNO berbanding yang positif .
Anak yang terbuang ini akan menempuhi jalan yang sukar dan berliku sekembalinya kepangkuan UMNO
Terjemahan dari kolum COMMENT tulisan Jocelyn Tan The Star, halaman N20 Rabu 4-Jun-2008
Selepas Asar kami ke Shah Alam...ke bangunan SUK bertemu Tn HJ Yahya..beliau masih ingat dan setelah berbincang sebentar..kami ditamu dengan hidangan enak sehingga selepas Maghrib kami berangkat ke KL. Jam 11 kami bersurai...Semoga PR di Selangor makin mantap dan sukses..Amin
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!