IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
10/11 jUN
-
'Leaders with the thickest skins on earth' Jun 11, 08 8:08am - free 'When the rakyat can’t even afford to pump gas, they have the cheek to announce a so-called cost savings plan which still consists of fully-paid holidays but ‘only’ confined to Asean countries.
Pemimpin UMNO-BN amat angkuh dan rakyat wajar mengajar mereka untuk tahu menghormati keputusan, kesusahan, keperitan dan kesengsaraan hidup rakyat. Sombong dan angkuh adalah sifat yang dibenci oleh tuhan, makhluk langit dan bumi kerana sifat ini akan menenggelamkan nilai-nilai insan yang mulia ciptaan tuhan. Dan sejarah telah membuktikan golongan ini sejak zaman berzaman terus wujud bagi mengekalkan tahta kesombongan mereka untuk kepentingan diri, keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mereka yang tunduk kepada kesombongan tersebut.
Hamman dan Qarun bukan tidak tahu bahawa Firaun itu angkuh...tapi mereka tetap bersama Firaun kerana mereka dapat menikmati sesuatu dari kesombongan Firaun tersebut...Jadi bukan soal tidak tahu atau tidak faham atau apa sahaja alasannya..yang jelas ialah mereka lebih sayangkan apa yang mereka dapat dari perbuatan angkuh sombong itu bagi kehidupan mereka..
Mustahil seorang yang sering menghentam kesombongan, anti rasuah, anti ISA, anti gengstersima, anti zalim dan anti minyak naik mahu bersekongkol dengan UMNO-BN?
Jika ada yang mengatakan ini strategi...ahlan wasahlan...anda sebenarnya sudah terkena sindrom (SMS - sindrom mati rasa). Awas jika SMS sudah hidup subur dalam diri kita maka sebenarnya kita sudah melayakkan diri kita dimakan oleh api neraka.
Jika kita tidak mahu bersekongkol..ya silakan bersiap sedia untuk terus menjerit, mendesak, merayu, meminta dan dengan apa cara sekalipun agar terus konsisten mengatakan kepada UMNO-BN (kabinet Malaysia sekarang)...
1. "TURUNKAN HARGA MINYAK ATAU KAMI TURUNKAN ANDA SEMUA DARI KABINET!!!!!!"
SAMPAIKAN MESEJ INI KEPADA SEMUA MELALUI EMEL, SMS,PESAN HANDBIL, DI MASJID DI KUIL, DI CHURCH DI DEWAN DI TEPI JALAN,DI UNIVERSITI DI KAMGPUNG DI KOTA DI DESA DAN DIMANA SAHAJA......DLL TUNGGU ARAHAN SETERUSNYA DAN AYUH KITA BERSAMA DALAM SATU KOMITMEN...
2. "TURUN ..TURUN....kembalikan HAK RAKYAT"
Petronas adalah hak rakyat Malaysia bukan hak UMNO-BN atau Pak Lah atau Mahathir atau siapa sahaja...
renungkan...
Pengirim sms 'debat harga minyak RTM1' maki kerajaan
Wan Nordin Wan Yaacob Wed | Jun 11, 08 | 9:24:02 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Rata-rata pengirim sistem pesanan ringkas (sms) dalam rancangan debat 'Penstrukturan Subsidi Minyak' di RTM1 malam tadi mengirin sms memaki hamun kepada kerajaan. Debat yang dianjur RTM1 jam 9.00 malam tadi menampilkan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato' Shahrir Samad selain dua wakil media, Hanafiah Man dan Syed Munawar. Antara isu yang diperkatakan melalui sms tersebut ialah bagaimana kerajaan dilihat tergesa-gesa dalam menaikkan harga minyak yang sekaligus akan mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan. Ada juga pengirin sms yang menyatakan bahawa tindakan kerajaan ini hanya akan mengakibatkan rakyat terus berada dalam kemiskinan. Selain itu ramai pengirim sms yang menyatakan menteri-menteri hanya pandai bercakap mengenai rasional kenaikan harga minyak dengan pelbagai alasan. Namun pengirin sms juga berpandangan keperitan akibat kesan kenaikan harga minyak tidak dirasai para menteri kerana gaji, elaun dan klim minyak yang dinikmati menteri tidak memungkinkan mereka menghadapi kemelut kenaikan harga minyak. Ramai juga pengirim sms dari Sarawak yang mempertikai tindakan kerajaan menaikan harga minyak yang menyebabkan harga barangan di Sarawak kini melambung tinggi. Ada juga pengirim sms yang mendedahkan beberapa fakta mengenai perbandingan harga minyak antara negara pengeluar minyak di dunia dengan Malaysia yang mana Malaysia menawarkan harga minyak jauh lebih mahal. Antara yang disebutkan ialah harga minyak di Venezuela (16 sen) dan Turkmenistan (25 sen) yang mana antara negara pengeluar minyak yang menawarkan harga rendah sedangkan nilai simpanan negara tersebut kurang berbanding Malaysia. Namun dalam rancak pengirim sms mengecam tindakan kerajaan menaikkan harag minyak, beberapa pengirim sms juga menghantar kiriman ayat menyokong langkah kerajaan. Antaranya pengirim mencadangkan agar rakyat Malaysia menggunakan basikal untuk bergerak, namun sebaik sahaja sms tersebut terpapar dalam skrin televisyen rakan penulis yang turut serta bersama penulis menonton debat tersebut menyatakan rasa meluatnya dengan mesej tersebut. Beliau berkata, rasionalkan jika seseorang yang kini menaiki kereta ke tempat kerja yang jaraknya lebih 50 kilometer menaiki basikal. Kata rakan penulis, ini bukannya cadangan bernas menyelesaikan masalah rakyat, tetapi ianya mahu menjadikan rakyat Malaysia 'lembu' yang terus-menerus akan diperbodohkan kerajaan dengan alasan mengarut. _ |
Wan Nordin Wan Yaacob Tue | Jun 10, 08 | 12:28:19 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat. Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam. "Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan. "Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam. Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka. Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya. Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8), "Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini," ujarnya. Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya. Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya. "Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi. "Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas," katanya. Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya. "Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya. Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!