BERI KETERANGAN... Mohd. Saiful Bukhari Azlan diiringi seorang anggota polis tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur semalam untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.– Gambar SIN CHEW JIT POH
HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
WAJARKAH SAIFUL TERIMA BAYARAN DARI NAJIB?
Samalah seperti orang lain yang bersekongkol dengan UMNO seperti nama-nama yang tak perlu disebutkan lagi, mereka dapat wang besar untuk membina rumah, bisnes dan sebagainya. Di luar ceramah berdegar tentang rasuah dll tapi sendiri makan rasuah dan curi wang bantuan kemanusiaan dari luar didiamkan saja. Inilah level pemimpin taik kucing. Dah tak tahan kena basuh terpaksalah keluar untuk bersama dalam tong taik yang selama ini memang bawa taik kemana-kemana tapi mulut berperfume.
Mereka terus berfikir bersama pemimpin taik babi yang lain lalu mencarilah mereka seorang pak sanggup yang suka makan taik tikus. Namanya Saiful. Kesian melihat kamu..Pak sanggup rupanya. Si penyusun pemimpin taik kucingpun membawalah pak sanggup bertemu pemimpin taik babi. Deal setelah semua pihak dapat habuan...beres. Pak sangguppun bertindaklah mengikut apa yang disuruh...Dia miskin rupanya dan perlu bantu adik beradik dari wang upahan tadi..inilah pem\ngakuan dari Uncle..MK...
Dalam temu bual panjang lebar itu, Uncle MK, 41, menjelaskan, beliau ialah salah seorang bapa saudara daripada sebelah arwah ibu Mohd. Saiful yang mempunyai 15 orang adik-beradik.
Mohd. Saiful ialah anak sulung daripada dua beradik yang dibesarkan oleh ibunya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai. Adik perempuannya berusia belasan tahun.
“Ibunya meninggal dunia empat tahun lalu akibat penyakit barah payu dara,’’ ujarnya yang merupakan adik arwah ibu Mohd. Saiful.
Beliau berkata, sebagai adik lelaki kepada arwah ibu Mohd. Saiful, beliau diamanahkan untuk menjaga pemuda itu dan adik perempuannya dengan baik.
“Bapa dan ibu saudara Saiful yang kini tinggal 13 beradik yang masih hidup menyokongnya. Walau dalam apa keadaan sekalipun, kami akan tetap bersama Saiful,’’ kata beliau yang bekerja sebagai pegawai pemasaran sebuah syarikat swasta.
DENGARKAN SAIFUL!!!; Ini pesan kami:
1. Kamu telah merosakkan nama baik kamu demi wang yang kamu perlukan. Jalan mudah kamu ikut perancangan si Ezam dan beberapa teman dia yang sangat jahat itu. Rugilah kamu sepanjang hayat jika kamu tidak bertaubat dan bersihkan nama kamu. Wang akan pergi terlalu cepat apatahlagi jika kamu akan dihadapkan ke mahkamah dengan berbagai tuduhan. Mak hari demi hari wang kamu akan terus menipis. Akhirnya kamu akan kembali ke masalah kamu sebelum ini.
2. Pemimpin taik yang kamu percayakan akan tinggalkan kamu sendirian dan menafikan semua hubungan dengan kamu kerana mereka sekarang dalam keadaan bahaya. Akhirnya kamu sendirian. dan hina. Kamu tidak akan dibela oleh mereka lagi apatah lagi jika PR memerintah..segala kekuasaan mereka akan dilenyapkan oleh Pakatan Rakyat..
3. Jika benar ibu kamu telah meninggal kenapa kamu sanggup berbuat hal yang menyusahkan ruh ibu mu? Kamu memang anak yang tidak sayangkan ibu dan tidak tahu menghormati ibu mu. Ibu kamu pasti marah jik kamu lakukan hal hina ini semata-mata mendapatkan wang untuk menyara adik-adik kamu kerana semasa hhidupnya dia tidak pernah lakukan itu semua untuk menghidupkan kamu.Kamu anak derhaka dan kamu tidak layak bertemu dengan ibu mu di syurga kerana kamu memilih kehinaan dari wang Najib..Wang itu juga adalah dari wang rakyat yang mereka rompak.
4. Masa masih ada dan segeralah bertaubat dan mohon ampunlah kepada Allah yang maha pengampun. Ambillah wang tersebut untuk perbelanjaan adik-adik kamu dan kamu kembalilah ke ke balai polis menarik laporan palsu itu dan buatlah laporan ke BPR ke atas Najib yang telah memberi kamu rasuah untuk kes ini. Jangan takut kami akan bersama kamu.
Pengakuan dari sahabat Saiful::
SAIFUL .......... Memang
Seekor MUSANG!
Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan
teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali. Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan "era kegemilangan" yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu. Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu
hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh
institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air. Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan
dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa? Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan "bertanggungjawab" sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang "star" sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka. Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini. Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya. http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.
|
|
Ezam dicabar dedahkan isi enam 'kotak hitam'
Mohd Sabri Said Sat Jul 05, 08 11:26:59 am MYT
PULAU PINANG, 5 Julai (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kepala Batas, Amirzudin Ahmat mencabar bekas Ketua AMK, Ezzam Mohd Noor membuka kesemua enam koak hitam yang dikatakan mempunyai kes membabitkan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).
Dulu beliau sanggup merengkuk dalam penjaja ekoran mendedahkan dua nama iaitu Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
"Saya cabar Ezzam untuk dedahkan enam kotak hitam yang dikatakan 'kotak rasuah' kepimpinan Umno. Dulu dia merasa bimbang ditahan tapi sekarang dedahlah," ujarnya kepada media sejurus selepas membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang semalam.
Tegas Amirzudin lagi, sekarang ini apa yang Ezzam hendak bimbangkan kerana beliau kini bersama jentera serta bekerja untuk menangkan BN.
Ezzam sepatutnya, mengambil peluang ketika berada dalam BN mendedahkan kotak hitam yang dimaksudkan, baru tindakannya selari dengan hasrat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu membanteras rasuah sehingga ke akar umbi, katanya.
Tetapi, beliau nampak gayanya seolah-olah mengetepikan kotak hitam yang diperkatakan ketika dalam kepimpinan KeAdiLan dan sekali gus menampakkan sikapnya yang tidak jujur dalam perjuangan, tambahnya.
"Sebenarnya kita tahu siapa Ezzam dari dalam hingga luarnya. Beliau hanya pekerja biasa dalam Umno sedangkan beliau merupakan aset penting untuk menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat yang memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum lepas," katanya yang pernah menjawat Ketua AMK Negeri ketika Ezzam ketua AMK Pusat.
Tambahnya, dari dulu Ezzam hidup atas tanggungan orang lain bukan beliau berdikari sebagaimana kepimpinan lain.
Semua keperluanya ditaja oleh individu kaya termasuk keluarga, kenderaan dan ke mana sahaja beliau pergi ke pelusuk tanah air untuk berceramah.
Sekarang ini jelasnya, individu terbabit telah menarik balik segala kos tanggungan yang diberikan berikutan tindakan Ezzam Mohd Noor menyertai Umno semula.
"Perbandingan kita dengan Ezzam ialah beliau pekerja yang dibayar gaji untuk melaksanakan tugasan parti tetapi kita adalah jentera sebenar yang sanggup habis wang ringgit demi melihat parti dipertingkatkan. Sampai kini saya tahu siapa yang bayar," kata beliau.
Bersama membuat laporan polis ialah Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Ahmad Azrizal Tahir.
Laporan itu dibuat di hadapan pegawai polis, Amrita Kaur a/p Hernek Singh pada pukul 2.42 petang.
Semalam laporan itu dibuat serentak di seluruh Malaysia lanjutan akuan bersumpah P. Balasubramaniam di Kuala Lumpur. - mns _
Pertemuan Najib, Saiful mesti disiasat Azamin Amin
Sat Jul 05, 08 9:53:45 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - Pengakuan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa adanya pertemuan dengan Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful seolah-olah membenarkan wujudnya konspirasi untuk memalitkan imej dan kareer politik Dato? Seri Anwar Ibrahim.
Ini ditambah pula dengan penarikanbalik Akuan Bersumpah penyiasat persendirian yang berlaku kurang daripada 24 jam telah membangkitkan lebih banyak tanda tanya daripada jawapan mengenai kesahihan penafian Najib bahawa beliau tidak kenal Altantuya.
Malah keengganan isteri Najib pula, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah di atas Akuan Bersumpah yang dibuatnya yang mengaitkan keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantuya telah mewujudkan spekulasi yang sangat serius sama ada beliau benar-benar terlibat.
Dalam hal yang demikian Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa agar Najib meletakkan jawatan kerana integriti dan kewibawaan beliau dipertikaikan kerana memberikan implikasi negatif kepada imej negara di mata dunia.
Beliau sebelum itu menyelar tindakan Najib yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato? Seri Anwar Ibrahim.
" Saya cabar Perdana Menteri bertindak sewajarnya dengan menggantung tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.
"Kita desak tindakan dibuat pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral," kata Shamsul dalam kenyataannya.-az _
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!