foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, September 7, 2008

UMNO-BN benar-benar panik...??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

4/5/6/7 Sept.

Di seluruh media gempar dengan berita kerajaan baru adalah petanda jelas yang ianya akan berlaku. Pak Lah, Najib dan kuncu-kuncu UMNO yang lain tak tidur nyenyak kerana gangguan mimpi ngeri bahtera mereka akan karam, Sekalipun dinafikan di depan media tapi sebenarnya mereka tahu mereka akan hanyut kali ini. Semoga Allah hanyutkan mereka kerana jika tidak hanyut mereka tak akan pernah belajar menjaga nasib rakyat.!!!

Sdr, ada teman tionghua datang ketemu dan meluahkan rasa hatinya..."Pemimpin kita sudah tidak ada otak ka?" ..saya cuba berdiam sebentar kerana mahu tahu apa sebenarnya yang terbenam dalam hati dia. "..dia kata kami tumpang...di negeri kami...Malaysia?..Ini pemimpin tak belajar sejarah ka?".."Kemerdekaan bukan hanya Melayu yang perjuangkan...tapi datuk nenek kami juga.."..Saya termenum sejenak dan lembaran sejarah bagikan diselak semula di depan mata sehelai demi sehelai...Ya..memang pemimpin UMNO tak mahu hormat sejarah dan tidak tahu menghargainya..mereka cacat sejarah dan cacat akal budi. Inilah akibat fahaman nasionalisma perkauman sempit yang menjadi aqidah perjuangan mereka. Dan ini juga hanya digunakan bagi merangsang kemarahan Melayu di ketika UMNO telah ditolak oleh rakyat Malaysia. Mereka paksakan juga sehingga 51 tahun tidak cukup untuk membuktikan kebejatan mereka..Cukuplah..pergilah jauh dari persada politik sesat kamu dan bertaubatlah dengan taubat yang benar..!!! UMNO sesat bukan sahaj dari aspek aqidah Islam tapi sesat juga dari aspek sejarah dan akhlak.

Pemimpin korup dan disyaki merancang pembunuhan mahu diangkat menjadi pemimpin Malaysia adalah petanda kehancuran akhlak dan budaya Melayu Islam. Jika dulu..Melayu usahkan membunuh ..bawa anak dara orang sahaja dikejar oleh pemuda kampung dan dihalau dari kampung jika didapati mereka belum bernikah..Tapi sekarang kemana perginya adat, keyakinan dan akhlak ini??? Hilang dalam debu rasuah, dalam najis perkauman dan kebodohan intelektual. Apa yang mahu dibanggakan lagi dari pemimpin Melayu daalam UMNO?? Kaya dari rompakan harta rakyat?..Maju kerana memeras ekringat rakyat?..Berharta kerana menipu dan manipulasi hak rakyat??..Aduh,,sakitnya hati kalau tenguk depa berpura-pura di kaca tv kononya berjiwa rakyat...

Sdr, usahkan bangsa lain mahu mendapat pembelaan, orang Melayu sendiri juga merek atak kisah jika bukan dari kroni atau kaum kerabat mereka? Jadi apa yang perlu hebuh jika rakyat mahukan perubahan kerajaan baru dari pimpinan baru? Kenapa selama 50 tahun tidak mahu buktikan kepada rakyat yang hangpa pejuang rakyat?? Masa sudah habis dan alangkah lebih baik bersiap sedia untuk menjadi barisan pembangkang atau barisan yang akan hanyut sepenuhnya di pilihanraya yang akan datang...

Barulah kelam kabut itu ini ...nafikan kononnya tak sama dengan Hindraflah..dll...ini adalah bukti yang BN-UMNO buat undang-undang pilih bulu...dan juga pemimpin depa ni memang penakut dan pengecut..bila sebut penjara,,terkencing-kencing...Apa dah..pejuang Melayu apa nihh???

Jangan samakan Ahmad dengan Hindraf

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dinasihatkan membuat laporan polis ekoran tindakan sesetengah pihak menyamakan beliau dengan Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, tidak ada sebab yang kukuh bagi mana-mana pihak untuk menyamakan isu yang dibangkitkan oleh Ahmad dengan perjuangan pertubuhan haram Hindraf.

''Kenyataan Ahmad sebenarnya disalah lapor sebuah akhbar Cina. Kita minta dia segera laporkan kepada polis.

''Kita harap pemimpin UMNO yang lain menyokong tindakan Ahmad kerana adalah keterlaluan jika perbuatannya itu disamakan dengan Hindaf,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas saranan Setiausaha Agung MCA, Dr. Wee Kah Siong supaya Ahmad dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sama seperti beberapa pemimpin Hindraf.

SamanHindraf mengemukakan saman kepada kerajaan Britain pada Ogos tahun lalu, menuntut AS$4 trilion kerana didakwa bertanggungjawab menyebabkan 'kaum India di Malaysia menjadi mangsa pembersihan kaum oleh kerajaan yang disokong oleh ekstremis Islam'.

Hindraf melalui peguamnya juga dilaporkan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown meminta mengheret Malaysia ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kononnya atas jenayah tersebut.

Bagaimanapun tindakan Hindraf menggerakkan perhimpunan haram pada 25 November tahun lalu mendorong kerajaan mengambil tindakan menahan beberapa pemimpinnya di bawah IS

Mari kita renungkan ..

Pemimpin Umno panik, larikan ahli parlimen ke luar negara
Salmah Mat Husain
Mon | Sep 08, 08 | 10:28:01 am MYT

KOTA BHARU, 8 Sept (Hrkh) - Rakyat bukan Melayu di negara ini tidak akan mendapat keadilan sewajarnya selagi berada di bawah ketuanan Barisan Nasional (BN).


Oleh itu sudah sampai masanya kaum Cina yang bernaung di bawah MCA dan Gerakan meninggal gabungan bersama BN memandangkan mereka seperti tidak lagi diperlukan Umno.

Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa berkata, bukti yang jelas berlaku apabila Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato� Ahmad Ismail menyifatkan kaum Cina hanya menumpang di negara ini.

"Ini membuktikan parti-parti bukan Melayu tidak lagi diperlukan oleh Umno," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada orang kurang upaya di sini, semalam.

Ahmad dalam ceramahnya di Permatang Pauh pada 25 Ogos lalu menyifatkan masyarakat Cina hanyalah menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mendapatkan hak yang sama.

Malah pemimpin terbabit dengan sokongan Umno Pulau Pinang enggan meminta maaf biar pun Timbalan Presiden Umno, Dato� Seri Najib Razak sudah memohon maaf secara terbuka.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, membawa usul supaya tindakan diambil terhadap Ahmad hanya sia-sia kerana ia sudah menjadi dasar perjuangan Umno yang bersifat perkauman.��

"Umno tidak mungkin akan merubah dasar itu dan kenyataan ketua Umno terbabit sebenarnya menggambarkan apa yang tersirat dalam perjuangan parti tersebut selama ini.

"Apa yang perlu dilakukan Gerakan atau parti komponen lain ialah keluar dari BN jika tidak bersetuju dengan konsep yang dianut Umno," ujarnya.

Beliau juga berkata, isu tersebut timbul ketika Pakatan Rakyat sedang mendapat sokongan meluas rakyat ke arah pembentukan kerajaan di peringkat pusat.

Menurutnya juga terdapat perbezaan yang jelas di antara BN dan Pakatan Rakyat, di mana perjuangan Pakatan selari dengan Islam dan dasar ekonomi adil untuk semua kaum.

"Kalau orang Melayu yang ramai miskin mereka berhak mendapatkan bantuan tetapi dalam masa yang sama tidak mendiskriminasikan orang bukan Islam," ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau kerajaan baru perlu dibentuk bagi memperbaiki kepincangan yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahannya lebih 50 tahun.

Katanya, sokongan anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi membolehkan BN ditumbangkan bukan bagi mencapai kepentingan peribadi, sebaliknya melaksana pemerintahan yang telus dan terbuka.

Husam juga berkata, usaha-usaha ke arah pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini sedang berjalan lancar sekarang.

"Ini terbukti apabila BN dikatakan terpaksa melarikan anggota parlimen BN ke luar negara kerana bimbang kerajaan yang ada sekarang akan runtuh.

"Usaha membawa mereka keluar negara bukan jalan penyelesaiannya memandangkan anggota parlimen berkenaan boleh pulang ke tanah air apabila tiba waktunya.

"Takkan selamanya mereka berada di luar negara, jadi saya ingat ini satu tindakan yang agak lemah sehingga menyebabkan mereka begitu panik," ujarnya.

Sebelum ini ada laporan menyebut anggota-anggota parlimen BN akan dibawa keluar negara oleh Kelab Penyokong BN bermula semalam sehingga 19 September ini sebagai usaha mencegah mereka menyertai Pakatan Rakyat. - mj



..Soal berangkat memang ada yang berangkat...dan jika mereka mahu berubah tak pa berangkatlah...!!Jika para MP yang cerdik dan berjiwa rakyat mereka akan mendengar permintaan rakyat bukan pemaksaaan dari pemimpin BN-UMNO. mari kita doakan agar MP yang pergi ke Taiwan akan gundah gulana memeikirkan nasib rakyat ketika menghadiri kursus Pertanian atau kursus penternakan semula Barisan Nasional?? Barisan yang sudah tidak nasional akan berada di barisan belakang Pakatan Rakyat ..sekalipun mereka mengelak...

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!