foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, October 31, 2008

RAZAK BAGINDA YANG DIBEBASKAN DAN NASIBNYA KE DEPAN???

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

1 nov

Hari ini semua media nasional memaparkan berita kontroversi sehingga Razak Baginda terlepas. Menurut pandangan saya secara singkat ada beberapa hal yang patut kita renung dan fikirkan:

1. Kes yang begini besar sehingga mendapat liputan seluruh dunia dan telah melibatkan beberapa tokoh pemimpin Malaysia, sudah pasti banyak tangan ghaib yang mengatur di belakangnya. Soal apa pun kes ini mesti menghilangkan jejak penglibatan pemimpin Malaysia. Jadi ikonnya ada pada Razak Baginda maka wajar saja jejaknya dipastikan hilang.

2. Razak berpuasa dan berita beliau dalam tahanan akan disebarluaskan bagi menimbulkan rasa haru yang kononnya beliau tidak tahu apa-apa. Skrip lakonan telahpun disiapkan dan semua wajib patuh dengan skrip ini. Yang tak mahu patuh disingkirkan atau ditembak saja oleh pengarahnya. Inilah trik lama dan ianya tidak akan berubah selagi BN-UMNO berkuasa.

3. Media gunakan pendekatan lain bagi melupakan rakyat soal ketidakadilan dan akan memaksimakan soal ekonomi global yang mengancam negara. Inilah style BN-UMNO sejak dulu..

Yang pasti...Razak tahu apa yang dia sudah lakukan dan siapa yang suruh dia lakukan..Suatu hari nanti ianya pasti terbongkar terutama oleh keluarga Altantunya yang sangat tidak puas hati dengan pembebasan ini. Mereka pasti akan mengejar info dan bukti -bukti yang lebih kuat untuk sekali lagi mengheret mereka yang terlibat dalam kes ini. Najib dan kroni sebenarnya akan terus kepanasan dikejar oleh bukti-bukti dari keluarga Altantunya..Dunia bolehlah lepas tapi di akhirat..???

Razak Baginda bebas


Abdul Razak Baginda diiring isterinya, Mazlinda Makhzan dan anak mereka, Roweena selepas beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 31 Okt. – Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Beliau juga menerima kandungan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Razak yang telah dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

* Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan bela diri Azilah dan Sirul Azhar mulai 10 November depan.

* Pihak pendakwaan akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak. Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh akan menghantar surat kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan tersebut.

* Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar Umar memaklumkan Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

* Mahkamah menerima keterangan Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri yang kebolehpercayaan mereka dicabar oleh pasukan pendakwaan setelah mereka dikatakan memberi keterangan bercanggah.

4 Nov

HR9808: Hari ini berita Razak timbul lagi dan pasti ianya akan timbul dan timbul lagi. Soal buat atau tidak atau soal terlibat atau tidak amat terkait rapat dengan senario kejadiaan. Bagi saya Razak akan berdepan dengan masa depan yang kelam serta hari-hari yang menakutkan. Apa kata Karpal...

Razak Baginda boleh ditahan, direman - Karpal
Harakahdaily
Mon | Nov 03, 08 | 4:37:21 pm MYT

PUTRAJAYA, 3 Nov (Hrkh) - Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda menghadapi kemungkinan ditahan semula dan direman sementara menunggu keputusan sekiranya pendakwaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap pembebasannya, kata peguam Karpal Singh hari ini.

Bernama melaporkan, Karpal Singh, yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, berkata pendakwaan boleh membuat permohonan itu mengikut Seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk menghalang Abdul Razak daripada melarikan diri.

Katanya, peruntukan itu membenarkan pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Abdul Razak dan meremannya sementara menunggu keputusan rayuan itu.

Seksyen itu juga membenarkan pendakwaan mengemukakan permohonan untuk membebaskan Abdul Razak dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan itu, katanya.

Abdul Razak, 48, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada Jumaat lepas.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, dituduh bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan Altantuya di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi, 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam keesokannya.

Azilah, dan Sirul Azhar diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam, 19 Okt 2006, dan 1 pagi keesokannya.

Mereka menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.

Semasa memutuskan pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap Abdul Razak, mahkamah menerima afidavit Abdul Razak yang mengandungi kenyataan pembuktian tidak bersalah yang menurut mahkamah telah menyangkal dan membatalkan tuduhan bersubahat yang dihadapinya.

Sementara itu, bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev, telah menghantar surat kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menggesa beliau mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Karpal Singh berkata beliau menyerahkan surat itu bagi pihak Dr Shaariibuu, kepada Abdul Gani tengah hari ini.

Katanya beliau turut menghantar surat itu melalui faksimili ke Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lepas. Mengikut undang-undang, pendakwaan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tempoh itu tamat 17 Nov.

Dalam surat itu, Karpal Singh berkata Shaariibuu dan Setiausaha Kedua Kedutaan Mongolia di Thailand, Siizkhuu Sainbileg, bertemu dengannya pada tengah hari keputusan itu disampaikan, memintanya menulis surat kepada Abdul Gani memintanya memfailkan rayuan.

"Kami berpendapat wujud kes prima facie terhadap Abdul Razak Baginda dan beliau patut diperintah membela diri. Oleh kerana kes perbicaraan ini telah menarik perhatian antarabangsa dan dalam negara, kami amat berbesar hati jika notis rayuan difailkan secepat mungkin," katanya dalam surat itu. - mks._

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!