foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, November 26, 2008

RAKYAT RESAH DI BAWAH UMNO..BERHATI-HATI..ANAK KITA DICULIK, AYAH KITA DITAHAN ISA, DAN ISTERI / ANAK PEREMPUAN KITA dalam BAHAYA?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 Nov
Bila tiba di KLIA dan membaca media utama yang ada dalam fikiran saya ialah kebimbangan. Anak sdr kita diculik tahun lalu akhirnya dijumpai sudah tidak bernyawa lagi. ada sdr kita yang mencabar kerajaan BN disumbat pula ke penjara dengan alasan ISA, ada isteri/anak perempuan dikejar perogol pula...? aduh pusing kata orang Ind..Tapi bagi UMNO yang memerintah lebih 51 tahun ini tanda maju..ini tanda boleh..ini tanda Hadhari dll. Sangat mencemuhkan dan amat memalukan sebagai bangsa Malaysia yang merdeka yang pemerintahnya masih lali dengan khabar berita seperti ini. Yang mereka fikirkan sekarang ialah mcamana nak menang dalam pemilihan bulan Mac 2009. Rasuah, politik wang, politik betine, politik jantan, politik pondan tak peduli asal dapat jadi pemimpin utama negara...Inilah tahap pemikiran pemimpin kita.
Tahap lebih teruk dari perompak dan lanun Somalia. Lanun dia merompak sekali sekala tapi yang ada dikeliling kita ni..alamak..lebih 50 tahun bro..Depa tak rasa hina dengan merompak sebab masih ada lesen yang rakyat berikan kepada mereka. Walaupun jika buat pilihanraya yang betul depa ni dah lama hanyut tapi ..masih ada kuasa dan fulus..beberapa kerat rakyat masih sokong depa untuk tujuan tertentu.

Bukan bermakna bila tiba di KLIA saya lupakan masalah di negara jiran kita Indonesia tapi depa boleh buka cerita dan sebab kenapa terjadi sehingga ada unsur pendidikan kepada rakyatnya Kita tutup..letak bawah carpet. Ini bezanya. Yang bersalah mencuri atau merompak lari..polos depa tembak kaki sampai tak boleh lari. Beritanya dimuatkan dalam media utama sehingga rakyat lebih berinformasi dan berhati-hati. Tak tahulah bila agaknya rakyat Malaysia akan lebih terbuka dan berinformasi? Tambah Najib jadi PM..lagi hancus...

Tapi berkaitan berjaga-jaga semasa musim cuti artikel ini amat baik untuk kita renungkan...

Awas musim cuti sekolah!
Azamin Amin
Wed | Nov 26, 08 | 4:51:21 pm MYT

Ketika orang dewasa atau ibu-bapa leka dan sibuk dengan program musim cuti seperti aktiviti membeli-belah, berkelah ataupun bersantai di rumah, barangkali 'bahaya' senantiasa mengintai kanak-kanak di mana-mana sehingga menyebabkan kehilangan ataupun berlakunya penculikan.

Masih ingatkah lagi wajah comel, Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd Nashar yang mana kisah mereka begitu menyayat hati seluruh rakyat Malaysia?

Sepintas lalu, Harakahdaily sekali lagi berhasrat mengajak ibu bapa dan semua pihak pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui serba ringkas langkah-langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) supaya kejadian buruk dapat dibendung seterusnya mangsa penculikan dapat dikesan dalam jangka masa terdekat sekaligus menyelamatkan nyawa mereka.

Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa culik:-

Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak

1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah
2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.

Dua jam kemudian

1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin

Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah

1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.

Lokasi mudah penculikan

1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan

Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh

1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu.
2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.
6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut.
7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT

Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara Harakah dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim (www.kamalfndhashim.blogspot.com) yang telah disiarkan dalam keluaran akhbar Harakah awal tahun ini.Jika berkesempatan dan berkemampuan, cetak tips ini untuk diedarkan.

Sehingga berita ini ditulis Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya belum lagi ditemui.Semoga seluruh rakyat Malaysia prihatin dapat membantu mengesannya di samping berdoa agar Sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat dan doakan roh Nurin dirahmati Allah SWT.- Hrkh

(Sebarang kritikan, pandangan dan aduan bolehlah disisipkan ke azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _


Yang menzalimi rakyat atau manusia kerajaan BN tak ambil peduli..ini dilevel Parlimen..apa macam dengan pemimpin level kampung??>>Aduh jangan haraplah depa nak fikir hal orang lain...depa fikir perut depa aje..Jadi kita sebagai rakyat biasa ni nak harap apa lagi dari BN??? ISA depa akan teruskan demi kuasa dan tak jauh bezalah dengan Zionis..depa akan buat apa sahaja asalkan depa berkuasa atas tanah yang depa rampas dari rakyat Palestin..Kita wajib kutuk siapa sahaja yang menzalimi manusia walaupun dari agama yang berbeza..

PAS dukacita usul kezaliman Zionis ditolak Parlimen
Roy Rasul
Wed | Nov 26, 08 | 4:00:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - PAS amat dukacita apabila Parlimen Malaysia hari ini menolak untuk dibincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata usul menentang kezaliman adalah isu sejagat yang disepakati oleh semua parti politik di Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, PAS beserta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari KeADILan dan DAP turut sama menyokong usul berkenaan walaupun ia dibawa oleh wakil Barisan Nasional.

Usul menangguhkan mesyuarat Parlimen dikemukakan oleh Dato' Dr Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat), tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato' Ronald Kiandee.

"PAS amat dukacita kerana usul ini ditolak, kita (PAS) pernah bersama (menyokong) dengan kerajaan dalam isu Bosnia, Palestin (sebelum ini) dan isu pengharaman nuklear.

"Ini adalah tanda keterbukaan kita, Pakatan Rakyat, dalam menghadapi isu kezaliman sejagat, kita bukannya hadir untuk membangkang semua perkara yang dibawa oleh BN," tegas Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam reaksi terhadap isu yang sama, Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, pendirian PAS amat jelas, dalam membincang isu tindakan kejam rejim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza yang diusulkan oleh Puad di Parlimen hari ini.

Katanya, dalam isu berkaitan dengan kepentingan bersama, PAS mengambil pendirian yang tidak mengenal erti sempadan atau parti politik bagi menyatakan pandangan terhadap isu berkenaan.

"Walaupun tadi isu itu dibawa oleh Batu Pahat yang kemudian disokong Seri Gading, saya juga menyatakan pandangan dengan meletakkan sebagai satu isu yang kita perjuangkan bersama," katanya kepada pemberita sebaik saja beliau keluar dari Dewan.

Malangnya, beliau berkata, usul itu ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua dengan memaklumkan bahawa usul berkenaan tidak perlu disegerakan atas dasar Malaysia melalui Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 November lalu bagi mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Zionis.

Menurutnya, Ahli Dewan mahu menunjukkan kepada dunia khasnya Israel bahawa Parlimen Malaysia mempunyai pendirian bersama dalam isu yang membabitkan rakyat Palestin tanpa mengira agama.

Sehubungan itu, Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Dr. Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat) bagi menangguhkan sidang Parlimen agar membincangkan mengenai keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Penolakan usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan.

Menurut Nasharudin, penolakan tersebut secara jelasnya memberi implikasi bahawa ahli-ahli Parlimmen tidak dapat menyatakan pandangan daripada parlimen walaupun mereka tidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh Wisma Putra baru-baru ini.

Tambahan pula katanya ruang untuk membahas isu tersebut agak terbatas apabila hanya dibenarkan disentuh dalam sesi perbahasan bagi Kementerian Luar.

Sehubungan itu katanya PAS dan Pakatan Rakyat akan berusaha dengan cara lain untuk memastikan perkara itu dibahas di Parlimen termasuk mengadakan perbincangan dengan Kelab Penyokong Kerajaan.

Sementara itu, keputusan penolakan tersebut mendapat bantahan daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dengan menyataka bahawa Parlimen Malaysia perlu membuat satu ketetapan dan pendirian terhadap tindakan kejam rejim Zionis itu.

Turut bangun meminta speaker mempertimbangkan semuala keputusan itu ialah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim (KeADILan - Permatang Pauh, Salehuddin Ayub (PAS - Kubang kerian), Dato' Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) Tian Chua (KeADILan - Batu) dan Dato' Bung Mohktar Raden (BN- Kinabatangan). - mr_


HR9808: Kempen anti ISA wajib diteruskan dan disokong sepenuhnya sehingga ianya terhapus dari Malaysia..!! ..Jadi sebelum ISA padam maka pendekarnya wajib di turunkan dari gelaran YB-YB angguk di Parlimen pada pilihanraya akan datang..Jangan bagi peluang lagi kepada mereka...!!!

Cakap Rakyat Group anjur forum 'No To ISA', 1 Disember
Salmiyah Harun
Wed | Nov 26, 08 | 5:41:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - Menjelang perhimpunan raksasa membantah akta ISA yang dijadualkan berlangsung Mac tahun depan, satu forum rakyat (No To ISA) akan diadakan pada 1 Disember ini.

Lebih lima orang ahli panel dijemput untuk mengemukakan pandangan dan hujah tentang akta zalim itu yang akan berlangsung di Dewan Bar Council Jalan Lebuh Pasar, Kuala Lumpur jam 8.00 malam.

Forum yang dianjurkan Cakap Rakyat Group bertajuk Arus Pergolakan Politik di Malaysia di antara Harapan dan Cabaran Satu Penilaian Semula akan menampilkan Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Selain itu, turut bersama antaranya, Aktivis Reformasi Hishamuddin Rais, Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin, Jurucakap Mahasiswa Mansuhkan ISA-Auku Faridzul Nasaruddin dan T.S Thenintaran. - mns _

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!