foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, January 26, 2009

AYO MA. AYO PA..UMNO APA SUDAH JADI...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 JAN

SEMALAM NAJIB DIWAWANCARA OLEH TV TENTANG PERPINDAHAN taifah Yb UMNO yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau tapi dengan wajah pucat lesi. Walaupun pakai baju merah tapi nampak gelabah. Pak Lah selamatkan diri sebab tak sihat katanya. Ayo ma, ayo pa...UMNO akan ghuyubbbbb...Kata Achong pula.." Hai ya..UMNO mahu kantoi..ka..baguila.." Orang asli Lasah kata.." Sheme doh muok dengan UMNO..makan syusyah..deme aje syenang".

Teman naik semangat bila YAB Menteri Besar buat kenyataan tentang perkembangan mutakhir ini...Tajol udah le tu..orang dah tak lalu lagi dengan kome..menyemak aje..keroja tak reti tapi kalo bercakap langit pun runtuh...Bungkus ajele..tempoyak tu rakyat nak makan keju pula..!!! Selama hari ni kome aje melantak keju dan rakyat kome pinggirkan. Ha..sekarang baru tahu..anak Perak yang terlibat dengan gerakan rakyat sejak puluhan tahun dulu sekarang dah cerodik dan dah tahu tembelang kome tu..Dulu bolehle nipu..tapi sekarang no way..!!!

Tahniah...PR..

Tiga Adun BN bakal keluar parti - MB Perak
Harakahdaily
Tue Jan 27, 09 12:40:19 pm MYT

IPOH, 27 Jan (Hrkh)- Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau dilaporkan berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini semalam.

Menurut agensi berita , Nizar ketika ditanya mengenai identiti Adun berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga Adun berkenaan ialah dari Umno. "Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya. Image

Semalam, Adun kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim dari BN mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeaDILan) pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA. - azm _


Rakyat tolak Najib jadi PM, tidak mahu peralihan kuasa
Hashim Abdullah
Tue Jan 27, 09 12:34:27 pm MYT

KUANTAN, 27 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan melalui jalan sukar untuk menduduki kerusi Putrajaya sebagai Perdana Menteri kerana terdapat petunjuk proses peralihan kuasa mungkin tidak berlaku atas desakan pelbagai pihak dalam Umno sendiri kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Sharpawi.

Azman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu ketika berceramah di Kampung Razali delat sini, baru-baru ini menjelaskan proses peralihan kuasa terganggu akibat Najib yang mengetuai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu hilang wibawa akibat daripada kekalahan Umno-BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Dulu apabila Unno BN kalah dalam pilihanraya umum semua tangan menunjukkan kearah Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap lemah. Kemudian berlaku desakan agar peralihan kuasa dalam Umno perlu dilakukan.

"Kemudian apabila Umno BN kalah lagi dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, desak lagi agar segerakan peralihan kuasa dalam bulan Mac. Pak Lah turut lagi, ini bermakna semasa berlakunya pilihanraya kecil Kuala Terengganu Najib adalah Presiden Umno dan Najib adalah bayangan Perdana Menteri. Tetapi rakyat secara jelas telah menolak kepimpinan Najib dengan mengalahkan calon Umno. Sebab itu kita percaya Najib lalui jalan sukar,"katanya.

Tambah Azman terdapat banyak desakan agar Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan kepimpinan sebagai Perdana Menteri bagi meneruskan agenda pembaharuannya dalam pentadbiran.

"Banyak desakan kita dengar agar Pak Lah meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Ada yang berpendapat kalau Najib ambil alih keadaan bertambah buruk," katanya. Image

Mengenai kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu Azman berkata sokongan luar biasa golongan muda memberi keyakinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan pada pilihanraya akan datang.

"Sokongan golongan muda memang luar biasa dan amat membimbangkan Umno. Kejayaan kita kerana golongan muda berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kalau trend ini berterusan masa depan PAS dan Pakatan Rakyat memang cerah,"katanya.- azm _

HR9808: Najib sudah tidak popular di kalangan rakyat Malaysia apatah lagi di Monggolia dan beberapa negara sekutunya. Rakyat dari kalangan orang China majoritinya takut jika Najib naik PM kerana "Ini orang boleh guna bom lo..." Soal Najib menafikannya sudah tidak mereka pedulikan lagi kerana sampai sekarang jika kita lihat muka bini Najib, Rosmah macam singa..Tak nampak kasih sayang kepada rakyat...yang ada menakutkan...Imej ini sudah amat sukar untuk dihilangkan kecuali kene rendam 40 hari 40 malam dengan air zam-zam kot.. Lupakanah untuk ke rumah Pak Lah..


Umno Perak cuba pujuk Adun Bota
Harakahdaily Wed Jan 28, 09 1:43:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh)- Badan Perhubungan Umno Perak dilaporkan dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato'Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Umno Perak, Dato' Ramly Zahary berkata, setakat hari ini pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.
"Rundingan sudah bermula... bagi kami ini merupakan petanda positif kerana sekurang-kurangnya masih wujud komunikasi antara beliau dan Umno negeri, kita tak putus hubungan lagi," katanya yang dipetik dari sebuah akhbar online.
Ramly berkata pihaknya telah menghantar beberapa wakil yang rapat dengan Nasarudin untuk mengadakan rundingan dengan beliau.
"Kita sudah hantar wakil yang baik dengan beliau, biar mereka bincang dengan cara yang santai kerana itu lebih baik untuk kedua-dua pihak tanpa ada rasa segan silu," katanya.
Ditanya apakah perkembangan hasil pertemuan tersebut, beliau berkata sehingga kini pihaknya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.
"Beliau (Nasarudin) sudi berbincang, maknanya laluan sudah terbuka.
"Namun kita akan terus beruasaha mengadakan perbincangan dengan beliau bagi mengetahui keadaan sebenar dan cuba selesaikan dengan baik," katanya.- azm _

Tajol sedia lepas jawatan

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my
SITIAWAN 27 Jan. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali membayangkan beliau mungkin akan melepaskan jawatannya itu dalam masa terdekat.
Tindakan tersebut, katanya, selaras dengan perkembangan politik semasa di peringkat Pusat dan negeri-negeri lain.
"Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan dan MCA sudah mempunyai kepimpinan baru.
"Tidak mustahil UMNO juga akan membuat perubahan secara positif bagi memastikan parti terus kukuh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di sini, hari ini.
Sambil berharap bakal kepimpinan baru itu nanti akan membawa perubahan lebih positif dan menguntungkan parti, tegas Tajol Rosli, tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berusaha bersungguh-sungguh mempengaruhi wakil rakyat UMNO adalah demi kepentingan dan survival parti itu sahaja.
"Ketika ini kerajaan Pakatan Rakyat Perak sedang berusaha mengambil langkah awal, kalau-kalau yang negatif akan berlaku kepada dua Exconya membabitkan perbicaraan kes rasuah pada Februari ini.
"Oleh itu, pihak terbabit (PKR) bersungguh-sungguh mendapatkan sekurang-kurangnya dua wakil rakyat kita untuk menyertai mereka," katanya.
ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim Ahad lalu, mengumumkan keluar daripada UMNO untuk menyertai PKR.

HR9808: Baru la ni Tok Tajul sedar yang orang Perak tak mahu dia lagi. Udah le tu, berbaik aje dengan PR dan ajak kawan-kawan lain ke PR...Ketua kome di Putrajaya pun dah penin dan tak atahu nak apa lagi...Ini desakan rakyat bukan desakan dari PR semata-mata atau DSAI aje..Rakyat nak kan perubahan...Dengokanlah desakan ini..!!!

Nizar nafi Nasaruddin ditawar jadi MB

IPOH 27 Jan. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti kerana beliau ditawarkan jawatan Menteri Besar.
Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menawarkan sebarang jawatan termasuk Menteri Besar dan Exco kepada bekas Ahli Parlimen Parit itu.
Malah katanya, parti komponen Pakatan Rakyat tersebut juga tidak menawarkan sebarang dana kepada Nasaruddin.
Bagaimanapun, jelas beliau, sebagai ADUN PKR, kerajaan negeri akan menyalurkan dana sebanyak RM200,000 setahun untuk melaksanakan projek- projek kecil di kawasan diwakilinya.
''Mungkin dia kecewa dalam parti dia (UMNO), ini bukan tindakan yang tidak bermoral, (sebaliknya) tindakan ini adalah tindakan yang cerdik,'' katanya.
Mohammad Nizar berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bahawa tindakan Nasaruddin meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR adalah dipengaruhi tawaran-tawaran tertentu.


Undang-undang antilompat parti perlu diperkenalkan

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan satu bentuk undang-undang yang boleh menyekat wakil rakyat daripada melompat parti bagi memastikan amalan politik di Malaysia lebih bermoral.
Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu pernah dibangkitkan di Parlimen dan beliau sendiri pernah membahaskannya pada November tahun lalu berikutan wujud gerakan mempengaruhi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai parti pembangkang.
Katanya, walaupun usaha yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak mendapat sambutan tetapi akhirnya seorang wakil rakyat BN, Datuk Nasaruddin Hashim kelmarin berjaya dipujuk untuk menyertai pakatan pembangkang.
''Kerajaan perlu memandang serius tentang perkembangan ini. Jika undang-undang tersebut tidak digubal segera ia akan menyebabkan amalan berpolitik di Malaysia akan tercemar dengan perbuatan khianat (kepada pengundi).
''Saya sedia memperjuangkan penggubalan undang-undang ini di Parlimen. Saya terdorong untuk berbuat demikian kerana saya juga adalah antara Ahli Parlimen yang cuba dipengaruhi oleh Anwar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nasaruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota meninggalkan BN dan UMNO untuk menyertai PKR.
Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin juga mahu kerajaan memikirkan secara serius mengenai cadangan memperkenalkan undang-undang antilompat parti.
''Dengan adanya peraturan ini ia dapat mencegah wakil rakyat melompat daripada satu parti ke satu parti kerana amalan seperti ini jika dibiarkan boleh merosakkan sistem politik negara,'' katanya.

HR9808: Baru sekarang UMNO sedar...alahai. Yang melompat dah ramai cume nak tunggu waktu yang sesuai aje. Rasanye sebelum Mac nia akan bertambah ramailagi yang akan melompat..Rakyat tak mahu Najib dan jika BN dan UMNO paksakan juga maka kome semua hanyutle...!!! Berterus terang aje dengan Najib yang rakyat tak mahu dia jadi PM dan isterinya tu..Rakyat meluat..Kalau nak jadi juga tunggulah akibatnya nanti..!!

Perkembangan terbaru dari Perak bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kuncu UMNO yang dipelopori oleh taifah kecundang mencari jalan singkat untuk balas dendam. Kami ingin mengingatkan kaum yang kecundang..kome buat tak tentu hale kepada rakyat Perak make kome akan tanggung masalah beso nanti. Kami takkan biokan kome perbodohkan rakyat lagi...!!enough is enaough....ok!!! Gengster UMNO, kome nak kebas duit UMNO kome kebas le tapi jangan ganggu kebajikan rakyat...Kome lantok duit pemimpin Umno itu kome punye hei..Tapi tolong ingat demokrasi tak pernah takut kepada genster apatah lagi jika gengster pemakan duit haram rasuah dll...Jika kedua YB PR termakan pelawaan atau tekanan kome make hancurlah demokrasi di Perak. Dan kepada sdr seluruh Malaysia terutama dari negeri Perak mari kita balik dan tenguk Perak ni...Kepada pemimpin Umno kome jangan buat keroje bodoh..!!!

Dua Adun KeADILan Perak 'hilang' empat hari
Harakahdaily
Sat | Jan 31, 09 | 8:59:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) -Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Demikian kata Pengerusi Perhunbungan Negeri KeADILan Perak Osman Abdul Rahman dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily petang tadi.

Menurut Osman, kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu dan pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional (BN) memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua," kata Osman.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas dan kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.

"Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik," tambah Osman.

"Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan mujslihat Umno/BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu," tambah beliau. - azm _

Realiti politik masa kini dan kejutan politik Najib di Perak
Ahmad Lutfi Othman | Foto Nasir Sudin
Sun | Feb 01, 09 | 12:50:34 am MYT

Secara peribadi, lazimnya saya sukar untuk menerima dengan mudah dakwaan bahawa Umno-BN sudah hilang pengaruh dan bersiap sedia bagi dikuburkan hanya kerana sesuatu peristiwa, misalnya kalah dalam pilihan raya kecil. Saya lebih suka meramalkan kedudukan terburuk yang bakal dihadapi pembangkang supaya dapat diikhtiarkan jalan keluar sebelum terlambat. Lagi pun, kejutan selepas menang lebih indah dan nikmat berbanding terkejut kerana kalah!

Semasa pilihan raya umum 1999, ketika tuntutan reformasi hebat dilaungkan, ramai kawan-kawan menjangkakan BN akan gulung tikar. Saya sekadar menyimpan impian untuk melihat kerajaan Barisan Alternatif ditubuhkan sambil berasa resah dan bimbang takut-takut BA, seperti parti pembangkang sebelum itu, kalah dengan teruk. Meskipun akhirnya PAS dapat menguasai Terengganu, dan mengekalkan Kelantan, selain menambah kerusi 20 kerusi Parlimen menjadi 27, pengundi bukan Melayu telah menjadi penyelamat kepada BN.

Umno disifatkan bagai lembu nazak disembelih. Saya cuma mengingatkan, lembu ketika disembelih, jika tidak diikat baik-baik, akan menerajang sekuat hati dan boleh terlepas. Itulah yang berlaku sepanjang 1999-2004. Sementara pembangkang dibelasah habis-habisan, senarai daftar pengundi dimanipulasi, persempadanan semula ala gerrymandering dilaksanakan dan kepimpinan tertinggi Umno juga bertukar tangan. Dan keputusan pilihan raya 2004 cukup mengejutkan. Lebih 90 peratus kerusi Parlimen dirangkul BN. PAS hampir terlepas Kelantan, cuma menang dengan majoriti satu kerusi, dengan kelebihan dua undi!

Iklim sejuk politik

ImageSebenarnya saya sejak awal, dengan mengambil kira suhu politik yang suam-suam kuku, kalaupun tidak sejuk, walaupun selepas Parlimen dibubarkan, dan ini menandakan pembangkang akan menghadapi pukulan teruk. Ramai juga kawan-kawan yang tidak bersetuju dengan telahan saya itu, yang ada disiarkan dalam Harakah, malah mereka menjangkakan momentum 1999 masih bertenaga sehingga 2004.

Seorang sarjana sains politik, kalau tidak silap, lima hari sebelum pilihan raya, mahu saya memaklumkan kepada pimpinan PAS Terengganu bahawa negeri itu dalam bahaya. "PAS masih memerintah, gunakanlah apa yang mampu untuk pertahankan kerajaan negeri," katanya. Apabila saya bertanya, apa ramalannya terhadap keputusan pilihan raya nanti. Pantas beliau menjawab, sama sahaja dengan keputusan 1999, tetapi cuma terbalik, iaitu kalau dulu BN dapat 4 kerusi Dun dan hilang semua kerusi Parlimen, kali ini PAS pula akan mengalami nasib sama. Menakjubkan sekali kerana ia begitu tepat.

Sebelum itu, pengalaman pedih menyaksikan PAS hanya mampu menang satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 1986 membuatkan saya terlalu berhati-hati untuk memberi harapan besar kepada pembangkang. Itulah pengalaman pertama PAS di bawah kepimpinan ulama menyertai pilihan raya. Percubaan untuk merampas kembali Kelantan, yang terlepas sejak 1978, juga gagal. Serangan media perdana terhadap PAS yang membina persefahaman dengan beberapa parti kecil dan CCC cukup dahsyat, sehingga ia mencetuskan idea bagi PAS menerbitkan akhbarnya sendiri.

Gelombang kemarahan ahli-ahli Umno sendiri kepada Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan parti itu pada 24 April 1987, yang mencetuskan pembentukan Team A dan Team B, seterusnya melahirkan Parti Semangat 46 juga tidak mampu menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri dalam pilihan raya 1990. Peristiwa sigah Kadazan yang ditohmah berlambangkan salib, yang dipakai Ku Li ketika berkempen di Kota Kinabalu, mengubah senario yang pada awalnya menyebelahi Angkatan Perpaduan Ummah. Di luar Kelantan, Angkatan kalah teruk, malah prestasinya di Kedah lebih rendah berbanding kedudukan dalam pilihan raya sebelumnya, pada 1990.

Kebimbangan bertukar

ImageBagaimanapun, realiti Mac 2008, iaitu pilihan raya umum ke-12, dan diikuti dua pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu mengubah kebimbangan saya selama ini. Malaysia memang betul-betul berada di ambang babak perubahan yang besar. Era lama yang dibentuk lebih 50 tahun selepas merdeka bakal berakhir. Rakyat Malaysia, dari pelbagai kaum dan lapisan umur, cukup dahagakan pembaharuan. Umno bagaikan dimamah sejarah.

Kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail agar Umno menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, iaitu Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang, bukan sesuatu yang mengejutkan. Ia selari dengan persepsi umum bahawa zaman Umno sebagai pemerintah hampir tamat. Ahli-ahli parti itu harus bersedia untuk menjadi pembangkang.

Tengku Ahmad Rithauddeen tentu mempunyai banyak maklumat ekoran aduan politik wang yang dikumpulnya. Beliau mengakui sudah berfikir panjang sebelum membuat cadangan agar sayap-sayap Umno itu dibubarkan. Pada 6 November 2008, dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, beliau "meminta pucuk pimpinan Umno segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan diterima setakat ini". Tambahnya, "masalah utama dalam membanteras politik wang dalam Umno ialah gejala buruk tersebut diterima sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya".

Beliau juga pasti mempunyai bukti yang cukup apabila menegaskan: "Saya dok fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi duit dok main." Ahli-ahli Umno pada usia muda sudah dilazimkan dengan amalan rasuah membeli undi dan ini sudah cukup untuk menggambarkan masa depan parti itu yang gelap-gelita. Mereka sudah pandai menagih upah sebelum melakukan kerja-kerja parti. Masakan tidak, anak-anak muda ini melihat sendiri "abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu dan bapa-bapa" mereka mudah mengumpulkan dana melalui kedudukan strategik dalam Umno dan hubungan intim dengan pimpinan atasan.

PAS, bersedialah untuk memerintah

ImageDalam pada itu, seorang profesor yang melakukan kajian dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu memberitahu saya: "Lutfi, tolong beritahu pimpinan PAS, bersedialah untuk menjadi parti pemerintah bersama Pakatan Rakyat, carilah pasukan terbaik PAS untuk ditawarkan kepada rakyat dalam pilihan raya akan datang."

Saya turut tertarik dengan analisis sekumpulan pengkaji dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, yang turut dianggotai Prof Dr Mohd Redzuan Othman, tentang pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dalam buku setebal 155 muka, mereka merumuskan jika kecenderungan pengundian di Permatang Pauh berterusan, tidak mustahil dalam pilihan raya umum ke-13, kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh BN dengan majoriti kecil (1,000 - 3,000 undi) akan jatuh kepada tangan pembangkang.

Jika PAS, KeADILan dan DAP mula bertindak sebagai "kerajaan menanti" dan bersedia dari segenap aspek untuk menjadi alternatif terbaik, seterusnya bijaksana menghadapi cabaran baru dalam gabungan lebih mantap, maka kebimbangan lama saya juga mudah terhakis.

Bagaimanapun, kerisauan saya timbul kembali apabila membaca kenyataan Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Perak, Osman Abdul Rahman pada 31 Januari bahawa dua Adun KeADILan yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Perak hilang dan tidak dapat dikesan sejak empat hari lalu.

Kejutan politik di Perak

Malaysiakini juga melaporkan, desas-desus mula bertiup kencang bahawa kedua-dua Exco berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak di kediamannya. KeADILan Perak juga mendakwa Najib sedang berunding dengan mereka agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu.

Saya cuba mengambil sikap tunggu dan lihat. Tidak semudah itu suasana politik bertukar. Dan tidak semudah itu juga kerajaan Perak bertukar tangan memandangkan mood rakyat untuk melihat perubahan dilaksanakan cukup kuat. Apa pun dalam politik segalanya serba mungkin.

ImageSepantas kilat teringat saya usikan seorang kawan lima bulan lalu ketika semua sibuk berbicara soal ura-ura peralihan kuasa 16 September. Katanya, "Anwar kena cepat usahakan agar ahli-ahli Parlimen BN menyeberang ke Pakatan Rakyat untuk tubuh kerajaan baru. Nanti, bila Najib jadi PM, dia akan bertindak agresif berusaha membeli wakil-wakil rakyat Pakatan pula."

Sememangnya Najib dalam keadaan tertekan sekarang, khususnya selepas BN yang diketuainya kalah berganda di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Beban sejarah politiknya juga cukup berat untuk diseret ke Seri Perdana. Isterinya juga mempunyai beban tersendiri. Najib perlukan suatu keajaiban agar peralihan kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi kepadanya dua bulan lagi nampak betul-betul berseri dan dapat memikat imiginasi dan keyakinan rakyat.

Usah remehkan keupayaan Najib dalam mencaturkan politik. Bukankah mentornya, Dr Mahathir Mohamad, yang mengkagumi Niccolo Machiavelli, terkenal dengan kelicikan berdepan situasi sulit, dengan menggunakan apa juga kaedah yang membelakangi etika dan moral?_

Dua Exco Perak 'disembunyikan', disyaki kerja jahat BN
Johari Jaafar
Sun | Feb 01, 09 | 2:46:16 pm MYT

IPOH, 1 Feb (Hrkh) - Dua Exco Kerajaan Negeri Perak, Othman Jailu dan Jamaludin Radzi dipercayai telah 'disembunyikanan' dan ia disyaki angkara jahat BN untuk dalam usaha mereka cuba mengkucar-kacir serta menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

"Sehingga kini sudah lima hari saya cuba menghubungi mereka tetapi gagal dan dipercayai ini satu strategi jahat BN yang mahu mengambil kesempatan daripada kes rasuah dua Exco berkenaan yang akan dihadapkan ke mahkamah 10 Februari ini untuk 'memaksa' kedua-duanya mereka menyertai BN."

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media di kediamannya, di sini, pagi tadi selepas mengadakan perjumpaan dengan Adun-Adun Pakatan Rakyat dan pimpinan tertinggi PAS, DAP dan KeADILan Negeri.

Sehubungan itu Pakatan Rakyat Negeri Perak mengecam tindakan jahat BN yang menggangu-gugat dua Exco tersebut sehingga tidak memberikan ruang kepada pimpinan Pakatan Rakyat menghubungi dua Exco yang disyaki telah disembungikan itu.

"Pertemuan kita tadi telah membuat persiapan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kita akan laksanakan tindakan mengikut peraturan, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengambil tindakan," katanya.

Menurut Mohammad Nizar seluruh Adun Pakatan Rakyat Negeri Perak telah mengambil ketetapan untuk mempertahankan Kerajaan Paskatan Rakyat negeri ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak masih kuat dan cukup kuat dan kami berasa cukup lega apabila Adun Bota Dato' Nasarudin turut bersama kami dan beliau telah menegaskan bahawa walau apa yang berlaku beliau tetap bersama Pakatan Rakyat," jelas Nizar.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini katanya, akan terus menjalankan pentadbiran seperti biasa, kerana itu seluruh rakyat tidak perlu merasa cemas dengan berita berita yang tidak benar yang dihebahkan oleh pihak tertentu.

Tindakan BN yang telah 'mencuri' dan menyembunyikan dua exco tersebut merupakan satu penganiayaan terhadap rakyat negeri Perak serta satu penghinaan terhadap Kerajaan Pakatan Negeri Perak, tegasnya.

"BN sebenarnya cuba mengambil kesempatan kes tuduhan rasuah dua Exco negeri Perak yang akan dihadapkan ke mahkamah 10 Februari ini tetapi sebenanya kes itu tidak wujud.

"Sehubungan itu seluruh Exco Kerajaan Negeri dan Adun Pakatan Rakyat akan meneruskan kerja untuk mentadbir dan membangunkan negeri ini seperti biasa," katanya.

Hadir sama di majlis itu Adun Pakatan Rakyat termasuk Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi KeADILan Negeri, Osman Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan Adun dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai Barisan Nasional.

"Insya-Allah betul kut," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai khabar angin yang tersebar luas bahawa beberapa Adun dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai Umno dan BN.

"(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN .. menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah. - mns _

HR9808: INI yang membuat pemimpin UmNO tak boleh tahan dan kita doakan agar kedua YB kita selamat ..!!!

Adun Bota diraikan 50,000 rakyat
Ekmal Yusof
Sun | Feb 01, 09 | 12:33:23 pm MYT

PARIT, 1 Feb (Hrkh) - Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim yang baru berhijrah dari Umno/BN ke pangkuan Pakatan Rakyat diraikan oleh kehadiran 50,000 orang rakyat ketika berceramah di Stadium Mini Bota Kanan di sini semalam.

Beliau bersama isterinya dengan wajah gembira disambut kehadirannya oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya rakyat Bota serta ahli Pakatan Rakyat yang membanjiri seluruh tapak padang di stadium tersebut, meraikan kemunculan julung kalinya berceramah dalam Parti Pakatan Rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa kemasukkanya ke dalam Pakatan Rakyat bukan disebut "melompat" tetapi lebih wajar dipanggil "hijrah" ke dalam Pakatan Rakyat.

"Sebab, kalau disebut "melompat" itu seolah-olah saya dengan tiba-tiba sahaja tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam Pakatan Rakyat. Tetapi lebih manis diibaratkan perbuatan saya ini sebagai berhijrah kerana ia bermaksud, dari tempat kucar-kacir masuk ke parti yang disenangi iaitu Pakatan Rakyat Perak," katanya.

Pada ceramah malam tersebut, beliau mengulangi bahawa kemasukkan ke dalam Pakatan Rakyat adalah dengan rela hati, tidak ada paksaan sesiapa serta jauh sekali menerima sebarang tawaran dari Pakatan Rakyat seperti didakwa oleh pihak Umno/BN.

"Tuan-tuan jangan sekali-kali percaya dengan tomohan dan fitnah dilemparkan oleh Umno/BN yang kononnya saya dapat ganjaran atas kemasukkan saya ke dalam Pakatan Rakyat. Segalanya itu adalah bohong belaka dan cuma rekaan mereka kerana sakit hati," tegas Nasaruddin di depan 50,000 orang hadirin.

Tegasnya, beliau membantah sekeras-kerasnya dan menolak dakwaan Umno/BN bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau mengkhianati sesiapa pun sebab apa yang dilakukan adalah dengan cara rasional dan relavan.

Tindakan tersebut katanya, telah difikirkan semasak-masak beberapa bulan lalu, berbicang sesama keluarga, isteri dan anak-anak dan akhirnya dapatlah kesimpulan muktamad yang paling baik iaitu berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.

"Sebabnya, saya fakir tuan-tuan pun tentu telah tahu bagaimana keadaan pimpinan kerajaan Umno/BN sejak dahulu hingga sekarang, tidak perlu dinyatakan lagi hanya dapat dijelaskan dengan mudah seperti kata pepatah, �Kalau tidak apa-apa tak mungkin burung tempua bersarang rendah," jelas Nasaruddin disambut tepukan gemuruh hadirin. - mns_


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!