foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, January 7, 2009

ISRAEL YAHUDI LAKNATULLAH ALAIH DAN FATWA KEKEJAMANNYA..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

Di Indonesia makin ramai yang menunjukkan sikap dan telah berjaya mengatur pertemuan dengan wakil PBB dan beberapa duta negara Arab yang berada di Indonesia. Tindakan mereka adalah kesinambungan dari demonstrasi jalanan yang setiap hari diadakan di seluruh Indonesia. TV 0ne dan Metro TV hampir setiap jam melapurkan kondisi Gaza dan sokongan rakyat Indonesia terhadap Palestin. Saya amat kagum dengan kesedaran politik dan kemanusiaan rakyat Indonesia sehingga sesuatu isu secara bijak dan pantas dapat diangkat. Berbeza dengan Malaysia medianya masih malu-malu dengan isu yang tidak memberi keuntungan ekonomi dan politik kepada pemerintah yang ada. Jika ada media alternatif hanyalah sekadar media yang dipinggirkan. Jika keadaan begini sebenarnya Pak Lah merasa malu dan menerima hakikat bahawa dia tak layak menjadi Pengerusi OIC serta seharusnya dengan sukarela menyerahkan jawatan tersebut kepada Indonesia. Dah 13 hari umat Islam diserang, Pak Lah baru terhegeh-hegeh menerima cadangan PR.

PM ABDULLAH AHMAD BADAWI HARI INI TERIMA CADANGAN DARI AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT YG DIKEMUKAKAN ISNIN LEPAS UTK SIDANG PARLIMEN KHAS DIADAKAN PADA 12 JANUARI BAGI MEMBAHAS KRISIS GAZA
sumber :
REG ADIL (32300)

Sebagai umat Islam sila renungkan dan sebarkan fatwa dari Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi!!....

Bismillahirrahmanirrahim..
deklarasi saya petik daripada laman web www.inteam.com.my (posting oleh ustaz hangguk_the_return)

tepuk dada tanya selera...
semoga usaha kita yang kecil diberkati dan cubalah sedaya upaya kita...


Dengan nama Allah swt dan Nabi Muhammad saw pesuruhnya dan diatas nama persaudaraan umat islam seluruh dunia,oleh itu kami seluruh ahli jawatankuasa Komuniti Teman Inteam yang baru dibawah kendalian saudara Abu Afham sebulat suara melancarkan DEKLARASI:KEMPEN KOMUNITI TEMAN INTEAM MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN YAHUDI.

Justeru Komuniti Teman Inteam menyeru seluruh warga komuniti ini dan komuniti komuniti lain di luar sana untuk berganding bahu memboikot atau dalam bahasa mudahnya tidak membeli lagi semua barangan-barangan yang dikenal pasti membantu secara langsung atau tidak langsung didalam membantu rejim zionis laknatullah.

Atas kesedaran bahawa seluruh umat islam itu bersaudara maka sewajarnyalah sahabat-sahabat membantu dalam kempen ini.

Telah berkata Dr Yusuf Al-Qardhawi yang mewakili Ketua Ulama' Sedunia



Boikot Barangan Israel!


Bismillahirrahmanirrahim..
deklarasi saya petik daripada laman web www.inteam.com.my (posting oleh ustaz hangguk_the_return)

tepuk dada tanya selera...
semoga usaha kita yang kecil diberkati dan cubalah sedaya upaya kita...


Dengan nama Allah swt dan Nabi Muhammad saw pesuruhnya dan diatas nama persaudaraan umat islam seluruh dunia,oleh itu kami seluruh ahli jawatankuasa Komuniti Teman Inteam yang baru dibawah kendalian saudara Abu Afham sebulat suara melancarkan DEKLARASI:KEMPEN KOMUNITI TEMAN INTEAM MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN YAHUDI.

Justeru Komuniti Teman Inteam menyeru seluruh warga komuniti ini dan komuniti komuniti lain di luar sana untuk berganding bahu memboikot atau dalam bahasa mudahnya tidak membeli lagi semua barangan-barangan yang dikenal pasti membantu secara langsung atau tidak langsung didalam membantu rejim zionis laknatullah.

Atas kesedaran bahawa seluruh umat islam itu bersaudara maka sewajarnyalah sahabat-sahabat membantu dalam kempen ini.

Telah berkata Dr Yusuf Al-Qardhawi yang mewakili Ketua Ulama' Sedunia



Boikot Barangan Israel!


Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)



Mengikut information yang kami dapat dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia syarikat yang mengeluarkan barangan-barangan ini dikenal pasti sebagai syarikat yang membantu rejim zionis isreal laknatullah secara langsung dan tidak langsung

null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null

null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
nullnull
null
null
null
null
nullnullnull
nullnull
null
null
null
null
nullnull
null
null
null
nullnull
null
null
null
null
null
nullnull
null
null
nullnull
null
nullnull
null
null
null
null
null

Sahabat juga dituntut untuk melihat kepada kod bar setiap barangan yang mahu sahabat beli dan wajibkan diri untuk tidak membeli barangan yang mempunyai kod bar ini

null

Kerana kod bar ini adalah milik barangan rejim zionis laknatullah yang telah melanggar dunia islam bertahun-tahun lamanya.

Kenapakah kita perlu memboikot barangan-barangan ini?Kerana jikalau kita tidak memboikot barangan ini maka kita adalah diantara orang yang sama-sama membantu melubangkan kepala saudara-saudara kita di palestin malah membantu rejim zionis israel merobek dan mengoyakkan tubuh saudara-saudara kita di palestin.

Telah banyak fatwa ulama' tetang hukum memboikot barangan israel.Jadi apa tunggu lagi.Jika tidak mampu berjihad mengangkat senjata untuk melubangkan kepala-kepala rejim zionis laknatullah tersebut,mari kita bersama-sama dalam kempen ini.Jika sahabat-sahabat melakukan percayalah ia juga salah satu dari cabang jihad dan semoga Allah swt akan mengganjarkan kita dengan pahala yang besar.

Komuniti Teman Inteam dalam rangka perbincangan untuk membuat tabung khas untuk rakyat palestin.Doakan semoga usaha ini akan berjaya direalisasikan.

Apa tunggu lagi sahabat-sahabat.Duit-duit kita yang lebih itu hulur-hulurkanlah kepada mereka saudara kita di palestin.Jangan beli barangan yang ada kena mengena dengan israel.Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berkongsi didalam ruangan ini.Nyatakan product apa dan bagaimana ia terlibat dalam membantu israel.Di dalam solat kita lakukanlah qunut nazilah 5 kali sembahyang fardhu dan doakanlah kehancuran israel zionis laknatullah.

Mari bersama-sama kami menyokong kempen ini.Semoga Allah membantu kita menghancurkan negara haram israel.

Allahu Akbar!!!

HR9808: Kami menyokong sepenuhnya tindakan PAS dan NGO yang memboikot
produk ISRAEL



Boikot barangan Amerika,Israel besar-besaran
Nyza Ayob
Wed | Jan 07, 09 | 6:08:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Hrkh) - Sebagai tanda bantahan dan kecaman terhadap Israel, Lajnah Dakwah dan Pembela Islam, Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel secara besar-besaran.

Menurut pengerusi lajnah tersebut, Ustaz Riduan Mohd Nor, kempen tersebut akan dilancarkan pada 9 Januari ini di setiap peringkat Dewan Pemuda PAS negeri.

Katanya, sepanjang kempen tersebut, poster serta risalah akan diedarkan sepanjang kempen tersebut bagi mengajak masyarakat khusunya umat Islam bagi memboikot produk jaringan Israel.

Jelas Riduan, antara produk jaringan Israel yang perlu di pulaukan oleh umat masyarakat ialah barangan keluaran Mark and Spencer, Loreal, pasar raya Tesco, restoran makanan segera McDonalds dan KFC dan Nestle.

"Pemuda Pusat menyahut seruan gerakan Islam sedunia untuk memboikot produk-produk ini. Setiap sen yang kita belanjakan, seolah-olah untuk membunuh saudara kita di Palestin. Sepanjang kempen tersebut, kita akan memupuk kesadaran kepada umat Islam akan betapa pentingnya kita memboikot daripada membeli barangan tersebut.

"Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu katanya, Lajnah Dakwah dan Pembela Islam turut mengecam sikap kerajaan Mesir yang telah mengkhianati orang Islam di Palestin sejak sekian lama dan antara punca serangan disebabkan mendapat sokongan daripada Mesir.

Jelas Riduan lagi, berdasarkan pengalamannya yang berada di United Kingdom beberapa hari yang lalu, demonstrasi bantahan dijalankan setiap hari serta kempen boikot produk Israel dan Amerika diadakan secara besar-besaran bagi membela nasib umat di Palestin. -


Selangor akan hantar misi kemanusiaan ke Palestin
Salmiyah Harun
Thu | Jan 08, 09 | 6:57:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) -Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar bantuan misi kemanusiaan ke Palestin yang diterajui Yayasan Amal salah satu Ngo yang mempunyai pengalaman luas di seluruh dunia.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah memutuskan menghantar misi itu yang berpangkalan di sempadan Mesir bagi memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk Gaza.

Segala bantuan yang diberikan dalam misi itu akan dibiayai penuh oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sehubungan itu, kerajaan negeri turut mengalu-alukan NGO yang ingin menyertai misi dan mereka yang berminat hendaklah menghubungi terus Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dak Komunikasi Rodziah Ismail atau Adun Meru Dr Abdul Rani Osman.

"Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi yang telah mengorbankan beribu-ribu orang awam yang tidak bersalah," demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya. - mks. _



Image
Demo intifadah anti Israel-AS lepas solat Jumaat esok!
Mohd Rashidi Hassan
Thu | Jan 08, 09 | 12:57:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mengarahkan seluruh anggota pemuda PAS dan mengajak umat Islam menyertai demonstrasi intifadah besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok.

Dalam kenyataan yang diberikan sebentar tadi, beliau berkata, umat Islam tidak harus membiarkan AS, yang secara terang-terangan menjadi pelindung kepada kekezaman tentera zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.

Katanya, beliau beserta AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi beserta pimpinan PAS yang lain, bergegas pulang ke ibu kota dari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, untuk menyertai demonstrasi selepas solat Jumaat esok.

"Kita akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kita akan berarak daripada situ ke kedutaan AS," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin, untuk sama-sama bangkit menyatakan bantahan terhadap AS.

Katanya, dewan-dewan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan diarahkan untuk membawa sepanduk, kain pemidang dan placard (poster) sebagai bantahan ke atas sokongan AS terhadap kezaliman tentera Yahudi.

Terdahulu daripada itu, Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata, pihaknya akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang menjadi medan berdarah akibat di bom Israel.

Katanya, selain daripada umat Islam membaca qunut nazilah pada setiap solat untuk mendoakan kekuatan umat Islam Palestin menghadapi kekejaman Yahudi, pihaknya turut melancarkan dana sumbangan yang akan dihantar seberapa segera.

"Sebelum ini pun kita (PAS), terus menerus memberikan sumbangan yang termampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

"Jika ada yang sudi membantu, sila salurkan sumbangan anda melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA di akaun Maybank 564070703248," ujarnya. - mks._


Israel Bom Jalur Terowongan Rafah

By Republika Newsroom
Kamis, 08 Januari 2009 pukul 13:35:00

KOTA GAZA -- Israel terus melancarkan serangan di Jalur Gaza selatan, Kamis, sementara pesawat-pesawat tempur melaksanakan ancaman serangan baru terhadap sasaran yang diduga sebagai terowongan untuk menyelundupkan senjata di Rafah, perbatasan Mesir, kata para saksi mata.

Pemboman juga dilanjutkan di bagian utara jalur pantai yang padat penduduknya itu, sementara tiga orang cedera ketika masjid At Taqwa hancur akibat serangan udara di Kota Gaza, Rabu malam, kata para dokter.

Di Rafah, pesawat tempur Israel menghantam sebuah rumah dan satu lokasi yang diduga sebagai terowongan di satu daerah terbuka di dekat perbatasan Mesir sekitar pukul 01:00 waktu setempat (06:00 WIB Kamis), kata para saksi mata.
Dan empat rudal menghantam tempat terbuka sekitar pukul 03:00 waktu setempat, tambah mereka.

Tidak ada laporan-laporan mengenai korban.
Pada Rabu petang pesawat-pesawat Israel menjatuhkan puluhan ribu pamflet di daerah Rafah, yang memperingatkan penduduk agar meninggalkan rumah mereka atau menghadapi serangan udara.
Penduduk diberitahu bahwa mereka dapat pulang ke rumah mereka pukul 08:00 waktu setempat (13:00 WIB), Kamis.

Daerah Rafah diperkirakan militer Israel mempunyai sekitar 300 terowongan dan penduduk lokal mengemukakan kepada AFP ada 500 jalan lintasan di bawah tanah dari Jalur Gaza ke Mesir.
Terowongan itu digunakan untuk menyelundupkan pasokan dan senjata ke Jalur Gaza, yang dikuasai HAMAS sejak Juni 2007.

Menghentikan penyelundupan itu adalah satu unsur penting dari rencana gencatan senjata yang diusulkan Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Sementara itu, para saksi mata melaporkan tank Israel memasuki Jalur Gaza selatan tetapi tentara tidak mengkonfirmasikan atau membantah pernyataan itu.

Juga ada laporan bahwa ada tiga serangan udara ke daerah terbuka di dekat kota Khan Yunis, Jalur Gaza selatan dan beberapa tempat di Jalur Gaza utara.

Persis sebelum Kamis subuh, para saksi mata mengatakan satu serangan udara Israel menghancurkan rumah Mohammed as Sinwar, seorang komandan senior sayap militer HAMAS, Brigade Ezzedine al Qassam, di Khan Yunis. Tidak ada korban dilaporkan.

Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak telah diberikan izin oleh kabinet keamanan Israel, Rabu, untuk memerintahkan serangan lebih ke dalam wilayah Jalur Gaza sebagai bagian dari usaha untuk menghentikan serangan roket HAMAS.

Tetapi ia juga memutuskan akan mengirim seorang utusan ke Kairo, Kamis, untuk memperoleh perincian mengenai rencana gencatan senjata Mesir, yang mendapat dukungan luas internasional di tengah meningkatnya kecemasan tentang skala korban sipil. - ant/afp/ah

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!