foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, February 19, 2009

MAKHLUK PEROSAK POLITIK PERAK MENCARI DAHAN BERPAUT..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

20 FEBR
Sejak berita Kerajaan PR dirampas, saya hanya dapat info dari internet. Alhamdulillah semalam saya diberi Allah peluang untuk menjejakkan kaki ke Ipoh. Terasa asing sekali suasana di setesyen bas dan aura bandar Ipoh. Apakah itu akibat dari rasa kecewa yang amat mendalam dalam diri saya sendiri atau sememangnya benar-benar berlaku. Cuba saya jenguk di beberapa dinding yang sebelum ini penuh dengan pesan-pesan sayang dari pimpinan PR telah hilang. Tanpa berlengah saya dapat ketemu dengan salah seorang teman lama semasa di asrama Anderson Ipoh tahun 1974 hingga 1979 yang sekarang merupakansalah seorang pegawai tinggi di salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri Perak. Rasa ingin tahu saya seperti terhidu oleh teman yang sebenarnya semasa di asrama dulu kami adalah sama tarafnya (anak-anak kampung yang mendapat peluang tinggal di salah sebuah sekolah terbaik di Ipoh). Kebetiulan sekarang Anderson sedang meraikan ulang tahun ke 100 selama setahun. Menurut beliau perancangan ini telah dibuat sejak zaman MB Tajul Rosli lagi jadi hebatlah sambutannya sampai setahun. Sebagai anak kampung asal Perak, terasa juga bangganya ketika melihat tinggalan bangunan sekolah yang pernah suatu ketika dahulu menjadi tempat kami menuntut ilmu dan memahami erti hidup.Alhamdulillah..

Sambil minum kopi di salah sebuah restoran di Medan Gopeng kami sempat membahasa beberapa perkara:

1. Suasana politik dan hala tuju politik Perak. Sebagai seorang profesional di bidang Town Planner, beliau memberi info yang amat menarik bagi saya. Sejak kerajaan PR memerintah anak syarikat kerajaan negeri tidak dapat hidup. Alamak??...Saya bertambah geram sekalipun sebelum ini tahu sangat perangai makhluk perosak politik dan kesejahteraan rakyat di negeri PR ini sama sahaja tapi kali ini rasa marah geram ini amat-amat terasxa bila info dari teman sendiri. Kerajaan BN haram di pusat sekat budget sampai lebih 50%. Kemudiaan tanpa rasa malu makhluk perosak ini akan main wayang di depan rakyat, tenguk negeri yang di perintah oleh PR tak maju, tak itu tak ini. Wallahi pada saat ini saya AMAT YAKIN BAHAWA MEREKALAH MAKHLUK PEROSAK. Wahai rakyat Perak dan rakyat Malaysia, pimpinan UMNO yang selama ini manis muka di depan kita adalah bangkai hanyut macam bangkai di Sungai Pari. Jika mereka mahu bukti kita boleh bagi buktiyang mereka tu bangkai...

2. Dalam keadaan sekarang, kerajaan Haram BN seperti mencari dahan untuk berpaut. Maka mereka gunakan institusi Raja dan orang kampung yang taksub. Isu speaker di perbesarkan sehingga orang kampung dapat bayangan yang jauh dari hal sebenar. Maka menjadi tanggungjawab wajib kepada seluiruh pejuang kebenaran di seluruh Malaysia datang ke pelusuk kampung di Perak menjelaskan hal sebenar. Jangan biarkan makhluk perosak ini meranapkan sebuah kerajaan rakyat yang sejahtera. Wajib di setiap khutbah Jumaat dibacakan tentang makna Islam dan jaminan kesejateraannya kepada manusia samada Melayu, China, India dll. Inilah perjuangan yang wajib dilakukan kerana virus makhluk perosak sudah menjalar ke urat nadi rakyat.

3. Para pemimpin PR dan jenteranya sila ambil serius situasi di Perak dengan mengambil pendekatan lebih proaktif. Jangan lagi membuang waktu bertelagah soal Karpal atau soal siapa yang lebih benar dalam memberi tafsiran derhaka. Rakyat nantikan solusi real bukan impian semata-mata. Rakyat berharap dengan segera desakan lebih real soal pilihanraya di Perak. Kesedaran tentang pentingnya pilihanraya mesti diteruskan sehingga ke akar umbi rakyat. Desakan melalui mahkamah oleh siapa sahaja ke arah desakan yang sama mesti berjalan.

Kami bersurai setelah jam 9 malam kerana ada beberapa pertemuan lagi.Dan ada sesuatu yang menarik untuk kami bawa balik ialah persoalan...Pesan Abul Ala Maududi.." Di akhirat nanti ramai yang berharap mereka tersenarai sebagai seorang Muslim tapi..sayang..nama mereka tidak ada di sana..". Maknanya keputusan,perbuatan/amal kita semasa di dunia menjadi syarat penting untuk kita ke sana. Jika dengan cara makhluk perosak..maka KITA TIDAK AKAN SELAMAT DAN AZAB ALLAH SAHAJALAH YANG MENANTI KITA. ..NAUZUBILLAH
Semoga Allah selamatkan kita semua!!

Info lanjut akan saya update lagi terutama di beberapa tempat terpenting di Perak, rumah YB yang melompat dll..tungguuuuu...

HR9808: sebahagian dari sedutan berita dari Harakahdaily...

Adun 'lompat' tidak berani pulang ke kawasan
Oleh kerana berkuasa secara haram, menurut Setiausaha Politik Nizar, Misbahul Munir Masduki, maka Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang tidak berani menjenguk kawasan masing-masing.
"Bagaimana mereka boleh berkata mahu berkhidmat kepada pengundi sedangkan langsung tidak berani pulang ke kawasan masing-masing? Mereka tahu mereka telah mengkhianati pengundi,"tambah Misbahul.
“Sebab itulah mereka takut untuk menjenguk kawasan. Para pengundi mereka juga sedang menunggu dengan kasut,” jelas beliau secara berseloroh dalam satu ceramah di Kuala Lumpur baharu-baharu ini.
Tambah beliau, jika hasrat mengadakan pilihan raya semula dan tandatangan referendum rakyat Perak gagal, krisis yang berlaku diharap akan berterusan sehingga tiga kerusi Dun terbabit dikosongkan dan pilihan raya kecil diadakan.
Dilaporkan bahawa Speaker Dun Perak, V Sivakumar enggan menerima Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar dan enam orang Exco baharu kerana pelantikan mereka tidak mengikut Perlembagaan. Dalam perkataan lain, mereka adalah pemimpin kerajaan haram!
Namun, sikap 'double-standard' serta tidak tahu malu pemimpin Umno terserlah apabila Dr Zambry membantah tindakan Sivakumar itu. Katanya, perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat Dun terlebih dahulu.
Tahu pula mahu membawa ke mesyuarat Dun. Semasa mahu merampas Perak pada 4 Februari lalu, tidak pula mahu menunggu mesyuarat DUN untuk mendapat undi tidak percaya terhadap Nizar. Inilah sikap Umno yang tidak bertamadun seperti lanun!
Walaupun akhirnya bersetuju keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar dan menyerahkan semula kenderaan rasmi, Nizar dan barisan Exconya akan menjelajah seluruh negeri Perak (setiap Dun) untuk memberi penjelasan.
Menurut Misbahul lagi, Sultan Azlan dikhabarkan berdukacita atas kemarahan rakyat baginda. Sepatutnya baginda bergembira ketika menyambut perayaan Jubli Perak memerintah negeri Perak. - azm_ -->

HR9808: Kami berharap pihak PR dan Speaker Sivakumar dapat membawa kes ini ke mahkamah secepat mungkin kerana ianya amat merugikan rakyat jika dibiarkan perbuatan makhluk perosak politik di Perak. PM dan seluruh jajarannya adalah makhluk perosak. Jangan berharap yang terbaik dari mereka!!!! Bagi kami yang SAH ialah yang masih sah iaitu PR selagi belum ada yang tidak mengesahkannya..(terlalu banyk penjelasan dari komentar sebelumnya)..Kita perlu lanyak makhluk perosak sehingga terbenam ke bumi bukan masih bernafas ikan ..!!!

Info media BN>>>

Gantung MB Perak tak sah

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMADpengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 19 Feb. – Pedulikan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal.
Demikian reaksi spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa serta-merta.
Tegas Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan oleh Zambry sekarang adalah terus menjalankan fungsi pentadbiran negeri sebagai kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.
Malah, beliau menyelar perlakuan Sivakumar yang juga ADUN DAP kawasan Tronoh itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berkenan melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.
‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak.
‘‘Oleh itu kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri,”
katanya.

Semalam, Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan itu dibuat melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Sivakumar.

HR9808: Lucu tapi benar.Nampak sangat Pak Lah panic..pening kepala..Kenapa Najib tak mahu jawab?? Suruhlah Najib jawab sebab dari tangan dia semua kebodohan ini berlaku...

Sivakumar dalam kenyataannya menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.
Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan.
Abdullah berkata, tindakan Sivakumar itu juga bermotif untuk mengurangkan bilangan wakil rakyat BN dalam DUN menjadikannya daripada 28 kepada 21 ADUN sahaja.
‘‘Ertinya 21 dan kalau ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang. Niatnya tidak ada yang baik, hanya untuk menggulingkan kerajaan BN yang diwujudkan,” katanya.

HR9808: JIka dah tahu 21 berundur sahajalah!!! Nak salahkan siapa pula!!! Itulah kemahuan rakyat..Hoi..kome ingat negara ni kome punye ke...!!! Ada beberapa komen di TV 1 malam semalam amat memuakkan kerana panggil Prof undang-undang dan beberapa pensyarah undang-undang kaki ampu yang tak relevan langsung penjelasannya. Pak Lah..sudahlah nak pertahankan apa lagi?? Dengarlah desakan rakyat atau rakyat tarik mereka keluar dan campak dalam Sungai Pari!! ..Kantoi Pak Lah..!!! Aaawat Pak Lah dengak cakap Najib dan Khairi yang kantoi..sekarang siapa yang malu..?? Kantoi..Rakyat malu tenguk Pak Lah yang lembek dan tak bermaya...DIpermain oleh Najib dan kuncu-kuncu UMNO bodoh..

Justeru, kata Abdullah, dalam situasi sekarang adalah lebih baik BN meneruskan pemerintahannya supaya kerajaan negeri terus stabil sekali gus memastikan perkhidmatan yang berterusan untuk rakyat.

.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!