foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, March 30, 2009

MARI KITA BERKEMPEN SEPERTI PESANNYA UMAR KEPADA PARA PAHLAWANNYA..!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

30 mac

Semoga kempen PR semakin matang, berkualiti dan profesional. Kita tidak perlu terikut dengan style UMNO yang rendah akal budinya, hujah cara kampungan, berlagak menggunakan kekuatan otot bukan otak, menyerang bagaikan Israel menyerang rakyat Palestin di Gaza dari media sehinggalah propaganda instant dengan membina jalan raya di kampung, memberi wang rasuah kepada para pengundi dan seribu macam cara yang akan terus mereka lakukan.

Jadi para penyokong dan pahlawan PR terus mengekalkan kredibiliti seperti di beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini yang akhirnya kita memperolehi kemenangan. Ada baiknya jika kita mempraktikkan apa yang diseru oleh Umar ketika dia memberi taujih kepada para pahlawannya iaitu " Sdr ku jauhilah maksiat kerana kekuatan pasukan kita sangat bergantung kepada sejauh mana kita menjauhi maksiat dan kelemahan musuh juga adalah akibat dari maksiat mereka kepada Allah"..(saya mengambil dari segi pemahamannya..bukan teks harfiah..). Maka sudah tentu kesabaran kita harus melebihi dari musuh politik kita kerana kita menyakini perjuangan kita adalah benar bukan samar-samar. Ayuh kita berhujah dengan fakta yang jelas secara pro bukan rekaan.!! Saya telah mengikuti beberapa tahun bagaimana PKS di Indonesia berjaya menarik lebih ramai pendokong mereka kerana cara mereka bekerja, berhujah, berkempen dan berkomitmen dengan visi misi mereka sepanjang masa samada ketika pilihanraya ataupun tidak...

Inilah yang perlu kita contohi..

Tifatul Ajak Kader PKS Tak Berhenti Bantu Korban Musibah Situ Gintung

Senin, 30/03/2009 18:30 WIB

Ditengah keprihatinan musibah Situ Gintung yang terjadi pada Jum'at pagi, gagap gempita kampanye partai politik menjelang 10 hari pelaksanaan pemilu masih terus berlanjut dibeberapa daerah. Pada Senin (30/3), Partai Keadilan Sejahtera (PKS) menggelar kampanye Akbar di Gelora Bung Karno, Jakarta.

Dalam pidatonya, Presiden PKS Tifatul Sembiring meminta, para kader dan simpatisan PKS untuk terus memberikan bantuan kepada warga sekitar Situ Gintung yang menjadi korban bobolnya tanggul pada Jum'at lalu.

"Seluruh kader PKS harus terlibat dalam membantu warga Situ Gintung. Alhamdulillah sudah terkumpul dana sebesar 100 juta rupiah," ujarnya.

Disamping menggalang solidaritas berupa dana kemanusiaan yang dikumpulkan pada saat kampanye, para kader dan simpatisan partai dakwah itu membacakan Al Fatihah untuk korban musibah Situ Gintung.

Pembacaan doa itu dipimpin oleh Ketua Majelis Syuro PKS KH. Hilmi Aminuddin yang diikuti oleh sekitar 100 ribu lebih massa PKS.

"Kader tidak boleh berhenti membantu korban Situ Gintung, evakuasi harus dilanjutkan sampai korban dan saudara-saudara kita disana kembali bisa sejahtera," tandasnya.

Tak berbeda dengan kampanye partai politik lainnya, PKS yang merupakan partai dakwah itu tidak hanya menghadirkan group nasyid perjuangan, tetapi juga menghadirkan group band Coklat, Gigi dan juga Ipang BIP. Bahkan, Presiden PKS Tifatul juga menjajal kebolehannya untuk berduet dengan Ipang BIP menyanyikan salah satu theme songs PKS. (novel)

HR9808: Seruan DS M Nizar Jamaluddin patut kita dengungkan di mana sahaja kerana fahaman politik sempit yang ada pada badan UMNO adalah sesuatu yang boleh menghancurkan masa depan negara yang aman damai. Para gengster UMNO sebenarnya adalah pekerja murahan yang bekerja kerana upah RM yang mereka dapat bukan kerana kebenaran dan hak rakyat untuk diperjuangkan. Inilah UMNO dan inilah maksiat yang terus mereka kekalkan..

Nizar seru rakyat tolak politik kaum,ugut BN
Irwan Muhammad Zain
Mon Mar 30, 09 5:35:34 pm MYT

KAMUNTING, 30 Mac (Hrkh) - Calon PAS untuk kerusi parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyeru agar pengundi di Bukit Gantang menolak politik lama yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Politik lama tegas beliau sudah tidak lagi relevan pada masa kini kerana ianya tidak mampu menjanjikan apa-apa perubahan kepada rakyat.

Nizar menjelaskan politik lama yang masih dibawa oleh Umno-BN ialah politik perkauman dan mengugut rakyat.

"Saya menyeru kepada pengundi-pengudi di Bukit Gantang khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya agar menolak politik lama masih menjadi pegangan Umno-BN.

"Politik perkauman dan ugut mengugut tidak lagi relevan pada masa ini dan amat menjijikkan jika ia masih diteruskan," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Umno-BN tegas beliau dalam kempen-kempen mereka menjadikan isu perkauman sebagai senjata kempen untuk meraih undi orang Melayu dan mengugut mereka jika mengundi calon PAS seolah-olah nasib orang Melayu akan tergadai kepada kaum Cina.

Beliau juga menegaskan sepanjang 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak sebelum dirampas secara haram oleh BN, telah terbukti nasib orang Melayu terbela dan nasib kaum lain seperti India dan Cina tidak diabaikan.

"Inilah yang Umno-BN tidak faham dan amat tidak senang bila Pakatan Rakyat memerintah kerana rakyat dapat merasai keadilan dan ketelusan pentadbiran Pakatan rakyat," tegas Nizar.

Nizar seterusnya menegaskan Umno-BN amat tidak senang bila melihat PAS dan DAP serta KeADILan dapat bekerjasama dengan baik dan mampu membentuk kerajaan yang telus dan berintegriti.

Pengundi Bukit Gantang dan rakyat Malaysia tegas Nizar perlu mencontohi amalan politik baru yang semakin berkembang di negara-negara luar.

Nizar akan ditentang oleh Ismail Saffian yang mewakili Umno-BN dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris dalam pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyadangnya yang juga dari PAS, Roslan Shahrom pada 9 Februari lalu. - mks._

HR9808: INilah cara kempen politik UMNO yang sesat, fitnah dan hina..


Sanggah 1:'Saya diundang berucap, menjadi imam' - Nizar
Harakahdaily
Tue Mar 31, 09 9:10:55 am MYT

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Laporan TV3 dan tuduhan pemimpin BN terhadap calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau merampas kuasa masjid sekaligus 'mencelah' ketika majlis membaca Yassin dan solat hajat di Masjid Simpang anjuran Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh Imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang baru-baru ini.

Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.

Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.

"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini. - azm/mks. _

HR9808: INi satu lagi cara media UMNO BN mengelirukan pengundi dengan berbagai tuduhan yang tidak berasas. Amat cetek fahaman politik mereka tentang berbagainya bangsa di Malaysia dan salah satu dari parti politik yang diiktiraf oleh undang-undang ialah DAP dan ianya merupakan salah satu dari parti dalam Pakatan Rakyat. AMat tidak adil jika seolah-olah UMNO mengannggap DAP seperti parti komunis dan sebenarnya apakah ada perbezaaan dengan MCA dan Gerakan? Hanya DAP tidak mahu bersama dalam BN dan apa sahaja tuduhan dengan mudah dilemparkan. Inilah fahaman politik kampungan dan sesat..

Nizar calon DAP?

TAIPING 30 Mac – Benarkah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah ‘calon DAP’ dan bukannya mewakili suara dalam Pas?

Persoalan tersebut berlegar di kalangan para pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan berlangsung pada 7 April ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan cadangan memilih bekas Menteri Besar Perak itu sebagai calon Pas dalam pilihan raya kecil itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz yang menganggap dirinya nakhoda parti akhirnya akur dengan keputusan memilih Mohammad Nizar dan memberikan restu.

Hari ini, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali mengakui bahawa DAP sememangnya mencadangkan nama Mohammad Nizar agar dipilih sebagai calon bagi menggalas misi Pas mempertahankan kerusi P59 itu.

‘‘Memang dia (DAP) ada buat cadangan tetapi keputusannya adalah di tangan kami.

‘‘Kami pilih yang terbaik dan yang terbaik adalah Mohammad Nizar, bukan kerana dipengaruhi DAP,” katanya kepada pemberita di bilik gerakan pilihan raya Pas Air Kuning di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, pada asalnya, Pas menyediakan senarai lima orang calon dan kemudian membuat tinjauan awam bagi menentukan siapakah yang menjadi pilihan majoriti pengundi.

‘‘Kami menggunakan khidmat badan kajian bebas, Merdeka Centre dan hasil kajian menunjukkan Mohammad Nizar merupakan pilihan majoriti pengundi Bukit Gantang,” katanya.

Jelasnya, kajian perbandingan yang dibuat berdasarkan tahap menentukan kemenangan, Mohammad Nizar mempunyai kelebihan di kalangan pengundi Melayu, Cina dan India.

Bagaimanapun, Mustafa mempunyai pandangan berbeza dengan Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang sebelum ini yakin Pas akan menang dengan majoriti yang lebih besar.

‘‘Meskipun kami yakin boleh menang, tetapi setakat ini saya tidak mahu memberikan komitmen bahawa kami boleh meningkatkan majoriti.

‘‘Bagi yang terlibat dengan jentera, mereka tahu pelbagai perkara boleh berlaku kerana kita masih ada tujuh hari lagi untuk berkempen,” katanya.
























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































4 comments:

  1. salam,
    nak minta pendapat anda...
    Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
    mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
    abis pungutan duit poket die?

    fakta telah beritahu..
    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

    ReplyDelete
  2. Saya suka menekankan kepada konsep politik bersih kerana dalam Islam ianya adalah ibadah. Jika cara UMNO yang biasa mereka lakukan adalah konsep "menghalalkan cara apa sahaja" bukan sahaja tidak tidak demokratik, tidak petriotik dan amat jauh dari adat sopan Melayu. Jadi UMNO hanya jadikan bangsa Melayu dan isu berkaitan sebagai kuda tunggangan untuk mereka berkuasa secara tidak benar. Inilah tanggungjawab kita semua seluruh rakyat Malaysia memberi pelajaran tentang politik yang benar kepada UMNO BN. Soal komen Muhyiddin rasanya sama sahaja dengan pemimpin UMNO yang lain yang hanya menjadikan isu Melayu untuk kekalkan kuasa..!! Sebagai pejuang kita wajib teruskan cara penerangan dan mengajak rakyat secara berhikmah!! UMNO BN pasti akan kecundang selagi mereka bersikap seperti yang ada..

    ReplyDelete
  3. admin..
    cara sekatan mereka berikan di bukit gantang bertambah2.. bendera DAP dan PKR di cabut alasan kerana PAS yg bertanding... BN pula banyak meletakan muka ZAMBRY.... zambry bertanding ke?selagi ada umno bagaimana hendak bersih?

    saya perlukan pendapat anda..tq

    panas-hisamudin bersilat cekak..
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

    lebih panas-masjid di conteng dgn makian
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

    ReplyDelete
  4. Saya sekarang di Bukit Selambau sehingga hari Sabtu. Ahad baru ke Bkt Gantang. Suasana politik di Bukit Selamabau amat meriah dengan berbagai macam poster dari beberapa parti yang bertanding. Sepatutnya SPR bertegas dengan semua pihak bukan hanya kepada PR. Tindakan menzalimi PR akan lebih merugikan UMNO BN kerana rakyat tidak akan memilih pemimpin yang sering menzalimi rakyat..TQ

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!