foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, March 18, 2009

UMNO MENGANCAM KETUA AMK DI MELAKA ADALAH PERBUATAN BACUL...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

19 MAC

Perbuatan mengancam siapa sahaja adalah perbuatan yang tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja apatah lagi jika yang diancam atas perbuatan yang masih berlandaskan undang-undang. Tapi inilah UMNO dan inilah pemimpin yang bakal menjahanamkan negara jika dibiarkan memerintah negara. Pemimpin UMNO harus sedar betapa rendahnya kualiti kepimpinan mereka dan sepatutnya ditolak oleh rakyat.,, Kami ingin mengingatkan kepada UMNO, pemimpin UMNO dan pemuda UMNO..berpolitiklah secara benar dan terhormat. Jika kamu mengajar rakyat untuk tidak menghormati kamu maka kamu akan menanggung segala risiko yang baklal terjadi terutama dalam pilihanraya yang terdekat. Rakyat tidak perlukan gengster menjadi pemimpin negara ini....!!!


Pemimpin PKR dikepung penyokong Umno
Jimadie Shah Othman | Mar 18, 09 6:44pm
kemaskini 7.45pm Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 04Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.

Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka.

Keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong Umno itu dalam kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya.

Mohd Ali, juga seorang naib presiden Umno, semalam didapati bersalah mengamalkan sogokan politik oleh lembaga disiplin parti itu dan dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan, hujung bulan ini.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 03Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 20 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.

Kumpulan itu, tambahnya, mula berkumpul sekitar kompleks itu mulai jam 12.30 tengah hari dengan membawa bendera Umno dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap ketua menteri itu.

Identiti sebenar kumpulan itu tidak dapat dikenal pasti, kata Shamsul Iskandar lagi.

Beliau berkata, kumpulan yang menghalangnya itu mempersoalkan tindakan beliau membuat laporan kepada SPRM serta memberi amaran kepadanya supaya "jangan jaga tepi kain orang lain".

Akibat tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua pihak menyebabkan suasana riuh-rendah.

Sepasukan 40 anggota polis datang meleraikan pertengkaran tersebut dan kedua-dua kumpulan itu kemudian bersurai.

Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 01Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.

Shamsul Iskandar juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu sebagai reaksi terhadap keputusan lembaga disiplin Umno semalam.

"Kalau lembaga disiplin Umno sendiri sudah putuskan perkara itu, takkan SPRM tidak boleh siasat?" katanya.

Dalam aduannya, pemimpin muda itu turut melampirkan laporan pelbagai akhbar hari ini yang menyiarkan keputusan lembaga berkenaan.

Beliau ditemani ketua Angkatan Muda PKR Melaka, Hairis Nordin dan ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek ketika membuat aduan itu.

1 comment:

  1. Salam ziarah,

    Bersuaralah kita sebelum PPSMI memupuskan Bahasa Melayu sebagaimana terpupusnya tulisan jawi ketika ini.


    Kajian dapati 98 peratus mempunyai masalah dalam PPSMI


    Anak Bulan

    Bulanpenuh2012.blogspot.com

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!