foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, April 7, 2009

TAHAP KESEDARAN POLITIK BARU SEMAKIN MENINGKAT..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

7 APR

PAS UNTUK SEMUA (PAS FOR ALL) amat bermakna kepada proses peningkatan kesedaran berpolitik di tanah air. Sikap lama yang memencilkan diri dari arus perdana beberapa tahun lampau amat merugikan sehingga musuh politik PR dengan begitu mudah merosakkan segala perancangan PAS khasnya. Tetapi kali ini ianya amat berbeza sehingga kompenan PR dapat diterima dengan baik oleh rakyat di semua pilihanraya kecil kali ini. Setelah beberapa hari berkampung bersama pejuang PR saya dapat simpulkan seperti di bawah:

1.Para petugas dan sukarelawan PR (PAS, PKR DAN DAP) adalah pejuang sejati dalam memertabatkan sistem demokrasi di Malaysia. Jauh sekali cara pemahaman mereka berpolitik berbanding dengan UMNO yang amat kampungan dari sudut berhujah, berakhlak, style dll. Saya berani menyatakan hal ini kerana sejak di Bukit Selambau sehinggalah ke Bukit Gantang PR konsisten dalam mematuhi undang-undang sekalipun macai UMNO mengucapkan kata-kata kesat, memberi berita fitnah tentang calon PR, menyebarkan maklumat palsu melalui media resmi BN (Utusan Malaysia, TV3 dan TVI) dan seribu macam cara lapuk yang dikekalkan.

2. Masa depan politik baru yang dipopularkan oleh PR akan semakin diterima rakyat kerana ianya lebih relevan dengan budaya hidup rakyat masa kini dan akan datang. Saya rasa sedih bila melihat kelakuan pendokong UMNO yang amat rendah akl budinya dengan mengucapkan ungkapan "PAS anjing" dan bermacam jenis ucapan yang tidak sepatutnya berlaku. Lebih malang lagi ungkapan tersebut dilakukan dengan kerelaan dari pemimpin UMNO negeri Perak yang kelihatan jelas berada di belakang kumpulan tersebut termasuklah Tajol Rusli. Inikah taraf pemimpin UMNO yang pernah menjadi MB Perak? ..(foto beliau dapat kami rakamkan).

3. UMNO dengan jelas mempamerkan sikap Petriotik sesat. Seharusnya rakyat diajak untuk memikirkan masa depan yang cemerlang melalui pemilihan YB yang sah bukan mencaci para calon YB rakyat. Jadi dengan jelas bahawa asas perjuangan UMNO sudah tidak berpijak di bumi nyata (nanti kita sambung lagi...sekarang masih menunggu hasil pengiraan yang semakin rancak..)..Maaf..


Info terkini dari Perak Express.blogspot.com


7.25pm

PAS : 13327
BN :10936
BEBAS : 31
ROSAK : 151
MAJORITI : 2391
JUMLAH SALURAN MENANG : 39
JUMLAH UPU MENANG : 12
Setelah bersama dengan lebih 30,000 orang di padang Perbandaran Taiping hampir sejam maka laungan kemenangan dari Nizar mengubat keletihan semua pejuang..Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu..!!! Hidup hidup, hidup rakyat...Takbir..3x

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!