foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, April 28, 2009

TAHNIAH KEPADA DR MANSOR....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

29 APR

Tahniah kepada Dr. Mansor atas pemilihan beliau sebagai calon PR di Penanti. Semoga dengan kekuatan peribadi jujur, ikhlas, amanah dan cerdas yang ada pada beliau imej PR dapat dipertahankan. Yang meleset dan gagal sebelum ini dijadikan pengajaran besar buat pimpinan PR dalam meletakkan seseorang calon di masa akan datang. Semoga Allah memudahkan kemenangan buat Dr. Mansor dan beliau dapat terus melaksanakan agenda rakyat di Penang dengan cemerlang.
Sudah tiba masanya pemimpin PR meneliti semula semua calon-calon YB untuk masa akan datang. Sekiranya terdapat perlanggaran disiplin yang jelas dari pihak YB PR sekarang maka tindakan tegas perlu diambil dengan segera. Rakyat sudah muak dengan YB yang hanya pandai berbicara tapi kosong isinya dan tak tahu membuat kerja untuk rakyat. Sudah sampai masanya pemimpin PR menyelami hasrat dari nurani rakyat tanpa prejudis kerana nasib mereka amat bergantung kepada YB yang mereka pilih. Umumya rakyat sudah dengan selesa menerima YB PR tetapi masih ada segelintir YB PR yang masih terlena dengan kemenangan mengejut. Jadi mereka yang masih terlena tolong digerakkan segera agar membuka mata melihat nasib rakyat terutama di kawasan mereka sendiri!!!

Dr Mansor Othman calon Pakatan Rakyat di Penanti
Mohd Sabri Said
Wed | Apr 29, 09 | 9:43:09 am MYT

PERMATANG PAUH, 29 April (Hrkh)-Teka-teki siapa calon N12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti sudah terjawab apabila bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat oleh Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman, Penanti semalam.

Beliau di antara nama yang disebut-sebut sebelum ini untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggantikan Mohamad Fairus Khairudin yang meletakkan jawatan pada 19 Mac lepas.

Isu ini makin jelas apabila beliau dikatakan menolak jawatan Senator yang ingin diberikan kepadanya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang semasa persidangan Dun minggu lalu.

Anwar semasa berucap menegaskan, jika sekiranya beliau memenangi pilihan raya kecil Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei depan, KeADILan akan mengemukakan namanya sebagai cadangan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengisi jawatan nombor dua yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus yang berhenti ekoran hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, menumpukan pada keluarga serta membersihkan namanya daripada tohmahan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

Bagi Dr Mansor pula dalam kenyataan pertamanya pada media berkata, beliau akan melaksanakan tugasnya dengan baik, turun padang dan mampu menang di Penanti.

Walaupun beliau bukan 'orang Penanti' namun beliau yakin menang hasil sokongan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ucap terima kasih pada Dato' Seri Anwar kerana memilih saya sebagai calon untuk bertanding di Penanti. Insya-Allah apa yang diamanahkan kepadanya nanti cuba dicurahkan kepada rakyat Penanti dan Permatang Pauh amnya, " jelas beliau.

Antara kepimpinan KeADILan yang hadir memberikan sokongan moral terhadap calon Pakatan Rakyat ialah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penolong Setiausaha DAP Pusat, Choong Eng; Ketua Perhubungan KeADIlan Negeri, Dato' Zahrin Hashim dan lain-lain kepimpinan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat. - azm/mks._

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!