foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, May 13, 2009

UMNO BN BERMAIN API DENGAN RAKYAT...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

13 MEI

Perjalanan ke Subang Bandung memberi ruang merenung keadaan di Perak. Jauh di dalam hati dan perasaan saya UMNO BN pasti tidak akan berdiam diri melihat keputusan Mahkamah Tinggi di Perak. Bahkan ianya dilakukan demi sebuah skrip yang telah diatur oleh tangan-tangan ghaib yang sudah biasa menzalimi rakyat dan mempersenda undang-undang negara demi kepentingan politik dan kuasa mereka. Jadi soal berbaik sangka dengan parti syaitan sebenarnya tidak boleh dilaksanakan kerana fahaman kebangsaan sesat yang mereka anuti melebihi dari segalanya. Iman, Islam dan nilai-nilai mulia bukan menjadi perkara utama dalam lakaran strategi politik mereka jadi apa yang mereka pertahankan adalah sebuah kepuasan kekuasaan.

Palakon utama yang diarah oleh pengarah bertangan besi hanya menerima upahan dan sedaya upaya melaksanakan tugas sebaik mungkin. Hal ini semakin hari semakin jelas kelihatan oleh rakyat sekalipun oleh si buta. Jelas sekali UMNO BN mahu bermain api dengan rakyat. Begitu juga pihak istana yang menyorok di belakang pelakon ini seperti boneka dan patung. Sebagai seorang Muslim saya ingin mengingatkan:

1. Bermain api dengan jutaan rakyat mungkin mengundang risiko yang amat besar. Sekalipun pimpinan PR dapat bersabar dengan permain seperti ini tetapi hakikatnya bagi rakyat di Perak khasnya permainan ini sudah tiba ke klimaksnya. Maka saya berharap kepada semua pihak yang terlibat tolong pertimbangkan harapan rakyat ini sebelum terjadi sesuatu perkara yang diluar kawalan.!!

2. Solusi terbaik seperti yang telah disepakati oleh semua pihak termasuk dari sebahagian besar pimpinan negara ialah dengan membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya di Perak. Apa yang UMNO BN takut jika benar mereka mahukan kebenaran demi rakyat? Dengan seribu macam alasan mereka akan terus berdalih dan bermain..Inilah kebodohan hasil dari fahaman sesat yang mereka warisi dari penjajahan.

3. Media UMNO BN akan terus mengapi-apikan isu dan kadangkala lebih laju dari mahkamah? Lebih sudu dari kuah. Dan keadaan ini sebenarnya semakin merugikan UMNO BN kerana mempamerkan kedunguan berpolitik dan kerendahan moral pimpinan di dalam dan luar istana.

Saya kutip beberapa kenyataan dari kedua media sebagai renungan...


Mahkamah umpama 'gelanggang sarkas', diperguna BN sesuka hati

Wan Nordin Wan Yaacob Wed May 13, 09 7:08:18 am MYT

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.
"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.
Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.
Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemngesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.
Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.
Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.
"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yangamat singkat ini mengejutkan,"katanya.
Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.
Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.
Walhal,Nizar sudahj tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.
Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah.
Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.
Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.
Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.
Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya.
Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.
Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN./wann_

Zambry kekal MB Perak

Oleh NORLIZAH ABASpengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dengan keputusan itu, status quo Zambry sebagai Menteri Besar Perak kekal buat masa ini sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.
Hakim Datuk Ramly Ali ketika memutuskan demikian turut memerintahkan agar tarikh awal ditetapkan bagi mendengar rayuan tersebut.
Hakim Ramly ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan, mahkamah menggunakan bidang kuasanya mengeluarkan perintah penggantungan tersebut berdasarkan kepada keunikan dan kepentingan situasi politik di Perak.
Beliau menyatakan, perkembangan di Perak bukan hanya melibatkan Zambry selaku Menteri Besar malah ia turut membabitkan keseluruhan perjalanan politik di negeri tersebut.
''Mahkamah menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi itu setelah berpuas hati bahawa perkembangan kes ini amat penting dan unik. Rayuannya akan didengar pada tarikh awal,'' ujar Hakim Ramly.
Semalam, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, setelah hampir 18 jam keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan, Zambry memfailkan permohonan rasmi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan kira-kira pukul 9.30 pagi ini agar perintah itu digantung sementara menunggu rayuan selesai.
Tindakan itu dibuat berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz semalam yang menolak permohonan lisan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakilinya untuk menangguhkan perintah keputusan tersebut.
Permohonan itu ditolak setelah Abraham gagal mengemukakan nas undang-undang berkaitan penangguhan itu.
Selain permohonan penangguhan, Zambry hari ini turut memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Notis rayuan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Zul Rafique & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di ibu negara kira-kira pukul 9 pagi ini.
Dalam prosiding hari ini, peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar berhujah agar penangguhan perintah itu ditolak dan memohon mahkamah mengembalikan isu berbangkit ke Mahkamah Tinggi.
Beliau menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi sudah memberi laluan bahawa penangguhan boleh dibuat asalkan Zambry memfailkan permohonan secara bertulis di samping mengemukakan nas undang-undang yang berkaitan.
Sulaiman dalam hujahnya turut memohon agar satu tarikh awal ditetapkan untuk mendengar rayuan terhadap perintah tersebut bagi membolehkan ia diselesaikan segera.
''Jalan penyelesaian yang ada ialah menolak permohonan penangguhan atau mengembalikan ke Mahkamah Tinggi melainkan mahkamah berpendapat isu berbangkit sudah akademik kerana Zambry bukan lagi Menteri Besar Perak,'' ujar Sulaiman.
Menurut beliau lagi, Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) melainkan setelah mendapat perkenan Sultan Perak yang mana ia pernah ditolak pada kali pertama permohonan dibuat.
Kata Sulaiman, jika mahkamah menetapkan tarikh awal, kemungkinan Sultan Perak akan menangguhkan perkenan baginda (agar Dewan dibubarkan) dan menunggu sehingga keputusan dikeluarkan.
Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry pula berhujah, perintah Mahkamah Tinggi itu perlu ditangguhkan segera bagi menyekat Mohammad Nizar memperoleh perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak sebagai pencelah bagi kerajaan Malaysia berhujah agar isu itu diselesaikan ke peringkat Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.
Beliau menyatakan, perkembangan politik di Perak memberi kesan kepada seluruh negara dan jika dilengah-lengahkan akan menimbulkan krisis yang berpanjangan.
Sementara itu di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersama-sama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Barisan Nasional (BN) memberitahu, keputusan itu menandakan kejayaan awal BN yang diperoleh berlandaskan kepada lunas undang-undang.
Menurut Mohd. Hafarizam, penangguhan itu dengan sendirinya menjadikan perintah semalam digantung manakala status quo Zambry serta barisan Exconya kekal.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!