Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"
23 Julai
Benar kata Dr Yusuf Qardhawi tentang beberapa pemimpin Arab dan beberapa pemimpin negara orang Islam di dunia ini tidak tahu menghormati perasaan saudaranya khasnya di Palestin. Inilah juga yang telah dilakukan oleh pimpinan UMNO BN di Malaysia. Umat seluruh dunia membenci Israel tetapi pemimpin UMNO mahu pula bertemu dengan pemimpin yang mengatur serangan membunuh saudaranya di GAza? Alasan apa yang Zahid akan sediakan ketika beliau ditanya tindakannya ini?..Mari kita syer sedikit:
1. Kapasiti Zahid bertemu mustahil dengan kemampuan peribadi kecuali setelah adanya lampu hijau dari pimpinan atasannya. Jika tidak dengan izin Najib atau MT atau kabinet bermakna ini adalah tindakan peribadi. Tindakan peribadi akan mengundang bencana persepsi dari seluruh dunia khasnya umat Islam.
2. Persepsi paling bahaya ialah adanya pimpinan UMNO (Melayu Malaysia) yang tidak sensetif terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Israel kepada rakyat Palestin. Jika isu ini didedahkan ke pihak OIC dan beberapa negara yang sudah anti Israel bukankah tindakan ini merupakan tindakan konyol? Atau beliau memang sengaja untuk mengkonyolkan nama baiknya dan negara di depan dunia Islam? Apakah maruah Malaysia selama ini yang begitu disanjung oleh dunia luar khasnya isu Palestin tidak tercemar? Tepuk dahi 1000 kali mungkin baru faham atau dahi kena baling dengan kasut baru nak faham ye!!!
3. Persepsi lokal, jelas lagi bersuluh bahawa rakyat tertindas khasnya di Malaysia tidak boleh berharap sangat kepada pemimpin berfahaman nasionalis sekularis sempit untuk sensetif dengan isu pembelaan. Di depan rakyat mereka menangis tetapi ianya hanya sebahagian dari lakonan komedi murahan buat dendangan rakyat. Mereka tidak ada rasa akibat dari kemewahan dan kesesatan hidup selama ini. Jadi ini juga merupakan fakta yang boleh memberi impak kepada pemilihan wakil rakyat pada PRU 13 akan datang. Wajib bagi umat Islam menghukum mereka yang tidak sensetif dengan keadaan umat Islam dan manusia sejagat. Mereka tidak layak dipilih sebagai pemimpin manusia kerana mereka tidak cintakan manusia. Mereka lebih cintakan kekuasaan dan pangkat dari mencintai nyawa manusia.
4. Berita ini wajib diekspos seluas mungkin agar memberi pelajaran kepada semua pemimpin khasnya di Malaysia. Jangan cuba bermain-main dengan isu seperti ini lagi. Lakukan kesilapan bermakna kesannya hilang kerusi dan integriti. Inilah cara kita mengajar mereka yang sesat fahaman, berpura-pura dan degil. Kecuali Zahid sendiri memohon maaf dan nyatakan secara terbuka kepada seluruh umat Islam sedunia khasnya di Malaysia akan kesilapan ini.!!
HR9808:Beberapa pihak mengecam tindakan ini.
Lagi kecaman pertemuan Zahid dengan pemimpin Israel, Ehud Barak
Harakahdaily Thu | Jul 23, 09 | 9:14:03 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Parti Keadilan Rakyat yang melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan laporan bahawa Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas. Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris! Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid. Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin. Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini. Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya? Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan. Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya. Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan 'memperjuangkan Islam' dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya 'tidak menguji kemarahan orang Islam', mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?
|
Ahmad Tajdid Thu | Jul 23, 09 | 2:42:20 pm MYT | |
Ketika mengiringi Puan Malak al-Shaibani, Timbalan Pengarah Pusat Promosi Pelaburan dan Pembangunan Eksport Oman (The Omani Centre for Investment Promotion and Export Development (OCIPED)) ke beberapa agensi kerajaan dan swasta di ibu negara sepuluh tahun lalu, beliau menceritakan pengalamannya berhadapan dengan lobi Israel di Timur Tengah. Menurut Malak, tiga orang wakil daripada Kementerian Perdagangan Israel pernah datang ke OCIPED untuk bertemu dengannya bagi membincangkan kemungkinan mewujudkan urusan perdagangan dua hala Oman-Israel. Beliau enggan bertemu dengan wakil Kerajaan Israel itu atas dua sebab. Pertama Oman tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel. Oleh itu perbincangan dengan wakil Israel tidak membawa sebarang faedah kepada aspek pelaburan dan eksport Oman. Keduanya, beliau risau jika pertemuan itu hanya akan dijadikan modal publisiti murahan oleh Israel dan disiarkan dalam media massa negara haram itu. Hasilnya nanti, Malak khuatir akan disalah lapor sebagai menyokong kewujudan Israel dan dirinya pula menjadi sasaran para pejuang Palestin termasuk Hamas. Begitulah sikap berhati-hati yang ditunjukkan seorang pegawai tinggi kerajaan Oman. Israel sebenarnya wajar dilayan begitu kerana sejarah membuktikan negara haram itu adalah duri dalam daging keamanan rantau Teluk! Amat malang bagi mana-mana pegawai atau pemimpin kerajaan negara umat Islam untuk bertemu dengan pegawai dan pemimpin Israel (atas apa juga alasan) kerana ianya pasti dijadikan modal oleh 'spin doctor' dan media propaganda Israel untuk menunjukkan 'negara tanpa restu' itu sudah semakin diterima oleh dunia khususnya negara-negara umat Islam. Pastinya berita pertemuan bekas Menteri Agama Kerajaan BN yang sekarang menjawat Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di satu majlis cocktail di Perancis amat mendukacitakan kita. Pertemuan itu walaupun ringkas menimbulkan pelbagai persoalan memandangkan negara tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Jika Zahid beralasan mahu menyampaikan pandangan Malaysia terhadap isu Timur Tengah, apakah tindakannya itu telah mendapat restu kabinet khususnya Kementerian Luar? Tentu tidak banyak yang mampu dibincangkan Zahid dan Ehud Barak dalam pertemuan 35 minit itu, tetapi ia sudah cukup untuk dijadikan modal bagi Ehud Barak menunjukkan sikap berlembut Malaysia dalam soal hubungan dua hala. Zahid sendiri mengakui beliau satu-satunya Menteri Pertahanan yang bermuqabalah dengan Ehud Barak pada majlis sempena Pertunjukan Udara Paris itu. Ini bukanlah 'pertemuan haram' pertama dilakukan pemimpin BN khususnya Umno dengan pemimpin Zionis Israel. Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin di Perancis pada 1995 manakala krew TV3, sebuah stesen TV milik tidak langsung Umno menjadi rakyat Malaysia pertama masuk ke Israel melalui lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion, Tel Aviv beberapa tahun kemudian. Sebenarnya banyak kisah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yang boleh dinukilkan. Sejak tertubuhnya negara haram Israel pada 1948 dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia, rantau Teluk tidak lagi aman. Pencerobohan Israel terhadap wilayah autonomi Gaza bermula akhir tahun lalu mengakibatkan ribuan korban. Sempadan Gaza-Mesir ditutup mulai 5 Februari 2009 walaupun untuk misi bantuan kemanusiaan, mengakibatkan Gaza menjadi umpama 'penjara terbuka' bagi 1.5 juta rakyatnya. Sempadan Gaza-Mesir kini dikawal empat pihak - Mesir, Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Tiada sebarang bekalan makanan, ubat-ubatan dan binaan dibenarkan melepasi sempadan. Aktiviti lintas sempadan melalui terowong-terowong yang berselirat di sepanjang sempadan kini dikawal oleh kamera litar tertutup (CCTV). Aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Barat turut disekat daripada melintasi sempadan sehingga mendorong mereka mengadakan demonstrasi, piket dan berkampung di Rafah Gate. Perkembangan yang berlaku ini sepatutnya menginsafkan Zahid tentang peri kejamnya Israel dan kuasa-kuasa besar dunia terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza. Muqabalah Zahid-Ehud Barak sebenarnya tidak bermanfaat langsung untuk Palestin. Ia menambahkan lagi luka mereka seperti terlukanya hati umat Islam negara ini kerana sikap dangkal, tidak sensitif dan naifnya Zahid. Di mata Zionis Israel, Zahid pastinya diiktiraf sebagai pemimpin Islam yang toleran dan mudah dibawa berbincang. Mungkin banyak yang boleh dipelajari Zahid daripada Israel khususnya pengganas bernama Ehud Barak! _ |
HR9808: Bukti-bukti yang banyak bahawa Israel akan terus menzalimi rakyat Palestin. Apakah berita begini tidak membuat hati Zahid dan pemimpin UMNO tidak terkesan?..Pelik juga tapi inilah relaiti..Hati yang hilang rasa..
Ratusan Yahudi Sederot Gelar Demo, Tuntut Pemerintah Israel Kembali Serang Gaza
Senin, 20/04/2009 11:15 WIBDi hadapan para demonstran, salah seorang anggota Knisset (Parlemen) Israel dari Partai El Mifdal, Yaakub Kits, berorasi dan menyerukan pemerintah Israel harus kembali menjalankan aksi "senjata yang ditebar ke-2" alias kembali menggelar agresi militer ke Gaza.
Dalam orasinya, Kits juga mengisyaratkan orang-orang Israel akan kembali menduduki Gaza, dan akan mengembalikan pemukim Yahudi ke wilayah pesisir tersebut.
Sebagaimana diberitakan situs Islamtoday (18/4), pihak keamanan Israel telah berjaga-jaga dan memblokade jalan utama menuju Jalur Gaza guna mencegah para demonstran yang dikhawatirkan akan beraksi lebih lanjut menerobos ke Gaza.
Dalam aksi tersebut, keamanan Israel sempat menangkap puluhan demonstran yang dipandang melakukan tindak kericuhan di tempat demonstrasi.
Selama 22 hari beberapa waktu lalu, militer Israel menggempur Gaza tanpa ampun. Atas agresi itu, gedung-gedung banyak yang hancur, sekitar 1400 warga Gaza gugur dan 5000 lainnya luka-luka. (itd/L2)
Minggu, 19/04/2009 00:02 WIB Juru runding Palestina Saeb Erekat menilai Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bukanlah partner untuk menciptakan perdamaian di Palestina, kecuali Netanyahu mau secara penuh memastikan dukungannya pada solusi dua negara.
"Palestina tidak punya partner untuk perdamaian, kecuali pemerintahan Netanyahu secara bulat menyatakan dukungannya pada solusi dua negara, memenuhi kewajibannya seperti yang tercantum dalam kesepakatan Peta Jalan Damai dan mematuhi kesepakatan-kesepakatan lainnya," tukas Erekat usai bertemu dengan utusan khusus AS untuk Timur Tengah, George Michell di Ramallah.
Mitchell melakukan pembicaraan dengan otoritas Palestina dan tidak dengan Hamas, setelah dua hari bertemu dengan sejumlah pejabat Israel. Dalam pertemuan dengan para pimpinan otoritas Palestina, Mitchell kembali menegaskan pesan pemerintah AS bahwa solusi dua negara adalah satu-satunya solusi untuk mengakhiri konfik Israel-Palestina.
Dalam pertemuan itu, Palestina juga menolak tuntutan Netanyahu yang meminta rakyat Palestina lebih dulu mengakui eksistensi negara Israel sebelum mewujudkan solusi dua negara. Erekat menegaskan bahwa Palestina tidak akan pernah mengakui Israel dan tuntutan Netanyahu tidak pernah ditetapkan dalam berbagai kesepakatan yang pernah dilakukan Palestina dengan Israel dan tidak ada dasar hukumnya dalam hukum internasional bagi Palestina untuk mengakui negara Israel.
Erekat menyebut tuntutan Netanyahu sebagai bentuk penolakan Israel untuk mengakhiri penjajahannya di Palestina, menghentikan pembangunan pemukiman-pemukiman Yahudi dan untuk mencabut blokade Israel terhadap rakyat Palestina. (ln/prtv)
Surat-Surat Terbuka Menentang Tembok Apartheid Zionis IsraelJumat, 17/04/2009 09:47 WIB
Organisasi Sendamessage yang berbasis di Belanda akan menggelar aksi menentang tembok pemisah atau yang dikenal sebagai "tembok apartheid" yang dibangun Israel di Tepi Barat. Aksi tersebut dilakukan dengan cara menuliskan surat terbuka di sepanjang "tembok apartheid" tersebut.
Direktur Sendamessage, Justus van Oel dalam situs resmi organisasi tersebut mengatakan, aksi surat terbuka menentang tembok pemisah Israel di Tepi Barat akan berlangsung selama delapan hari. Siapa saja di seluruh dunia yang ingin menyampaikan pernyataan menentang tembok itu, bisa mengirimkannya melalui situs Sendamessage, kemudian pesan-pesan tersebut akan dituliskan kembali di "tembok apartheid" Israel di sisi Timur oleh para aktivis Belanda dan Palestina.
Penulisan surat terbuka dari masyarakat dunia yang menentang tembok pemisah itu sudah dimulai sejak hari Kamis kemarin. Diantara tokoh masyarakat internasional yang ikut memberikan pernyataan terbukanya menolak pembangunan tembok itu adalah penulis asal Afrika Selatan, Farid Esack. Surat-surat terbuka ini diperkirakan akan memenuhi tembok sepanjang 2.500 meter dimulai dari kota Ramallah dan aksi penulisan surat terbuka tersebut akan didokumentasikan oleh kru film dari Belanda.
Saat ini, sudah ada 850 pesan terbuka yang dituliskan ke "tembok apartheid" Israel sejak Sendamessage menggelar aksi menolak tembok pemisah Israel pada Desember tahun 2007. Pihak Sendamessage menyeleksi terlebih dulu pesan-pesan yang masuk lewat situsnya, sebelum dituliskan ke tembok tersebut.
"Kami memilih pesan-pesan yang akan ditulis agar tidak terkesan menimbulkan provokasi, tapi merupakan pesan yang berimbang dan akademis dan bukan pesan propaganda murahan," kata Van Oel.
Penulis dan politisi asal Afrika Selatan, Farid Esack misalnya, dalam pesan terbukanya yang ditulis di tembok pemisah Israel mengatakan bahwa kondisi rakyat Palestina jauh lebih buruk dari kondisi rakyat Afrika Selatan ketika kebijakanapartheid diberlakukan di negeri Afrika itu.
"Saya berasal dari Afrika Selatan yang pernah mengalami kebijakan apartheid. Penganut apartheid fanatik paling gila sekali pun tidak akan pernah memimpikan hal mengerikan seperti tembok ini," kata Esack yang pernah bekerja pada tokoh perdamaian Afrika Selatan, Nelson Mandela ini.
"Di negeri Anda (Palestina), kami melihat sesuatu yang lebih brutal, biadab dan tidak berperikemanusiaan dibandingkan yang pernah kami lihat dibawah kebijakan apartheid di negeri kami. Polisi apartheid tidak pernah menggunakan anak-anak sebagai tameng hidup, militer apartheid tidak pernah menggunakan senjata dan bom untuk membunuh warga sipil seperti yang terjadi di sini," tukas Esack mengecam kebrutalan polisi dan tentara-tentara Israel terhadap rakyat Palestina.
Tembok pemisah atau "tembok apartheid" yang dibangun rezim Zionis Israel di Tepi Barat, panjangnya lebih dari 900 kilometer dan menyebabkan banyak warga Palestina yang terpisah dari keluarganya yang lain dan hidup dibawah kesengsaraan akibat berdirinya tembok tersebut.
Bagi rakyat Palestina, tembok itu adalah bagian dari upaya Israel untuk merampas tanah air mereka. Dunia internasional juga banyak yang mengecam dibangunnya tembok itu. International Court of Justice (ICJ) sudah mengeluarkan pernyataan bahwa tembok itu ilegal dan menuntut Israel membayar kompensasi pada rakyat Palestina. Asosiasi-asosiasi perlindungan HAM di Israel dalam laporannya belum lama ini juga menyatakan bahwa kebijakan-kebijakan Israel di Tepi Barat sama dengan kebijakan apartheid yang pernah diberlakukan di Afrika Selatan.
Direktur Sendamessage, Van Oel menyatakan, aksi penulisa surat terbuka dan grafiti di tembok pemisah Israel akan menjadi pesan yang jelas bahwa kebijakan apartheid tidak akan pernah bisa menjadi solusi jangka panjang bagi konflik Israel-Palestina. (ln/iol)
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!