Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"
1 OGOS
Sempena kehadiran bulan merdeka di negara bertetangga Malaysia dan Indonesia mari kita renung kembali hakikat kemerdekaan itu sendiri. 17 Ogos buat Indonesia dan 31 Ogos buat Malaysia amat bermakna sekali kerana kemerdekaan yang diperoleh dari penjajah bukan gratis tetapi mereka yang terdahulu telah membayarnya dengan darah merah yang mengalir atas bumi ini sehingga penjajah meninggalkan kita. Mungkin ada sedikit perbezaan dari cara kedua negara tetapi hakikatnya sama iaitu darah merah. Keberanian mereka yang terdahulu masih kekal dalam warna merah tersebut dan semoga ianya kekal sampai kapanpun sekalipun yang menjadi pemerintahnya ada berbagai macam warna.
Sdr, nikmat merdeka pada hari ini adalah sebuah proses panjang yang jika diteliti sampai hari ini ianya masih melalui tahapan proses tersebut. Merdeka secara harfiah mungkin saja telah berlaku tetapi hakikatnya masih jauh. Mungkin inilah yang mahu kita bahaskan bersama. Semoga ada kebaikan darinya:
1. Betul kita telah menghalau fizikal penjajah dari bumi kita (Malaysia dan Indonesia) tetapi apakah dari aspek lain kita telah bebas merdeka? Saya akan lebih memfokus ke Malaysia kerana saya kira Malaysia kondisinya lebih parah dari Indonesia dari aspek kebebasan bersuara. Yang sebenarnya masih belum merdeka. ISA masih kekal sama seperti di zaman penajajah dahulu bahkan ada beberapa aspek penderaan sekarang jauh lebih canggih sesuai dengan peredaran zaman. Jadi apa sebenarnya yang merdeka? Esuk rakyat dari seluruh Malaysia datang berdemonstrasi di KL hanya semata-mata mahu menuntut sebuah kemerdekaan hukum dan undang-undang. BN sebagai pengganti penjajah terus menerus mempertahankan akta zalim sampai saat ini tanpa merasa malu dan hina. Jadi wajar saja rakyat mengatakan bahawa apa bezanya penjajah berkulit putih dengan penjajah berhidung kemek?
2. Penjajah mengajar amalan rasuah kepada para raja Melayu sehingga sekarang amalan itu masih menjadi ulam lazat pemerintah bagi menjahanamkan kepentingan rakyat terbanyak. Negara tergadai, maruah rakyat dijual beli, kebodohan merembet sampai ke dalam istana tidak dipeduli asalkan masih berkuasa. Apakah ini makna merdeka? Mari kita tepuk dahi berkali-kali sehingga ada sesuatu yang kita perolehi atau kita akan pening sepanjang hari.
3. Budi pekerti yang merdeka seharusnya bukan hanya dibentuk oleh media peninggalan penjajah. Tetapi relitinya itulah hidangan paling lazat yang dihadam oleh rakyat merdeka sehingga kata-katanya mirip dengan doremon dari katun Jepun. Bahkan menjadi tren yang kren ala rambut yang seratus peratus meniru dari watak-watak katun di kaca TV. Apakah ini merdeka?
4. Akal merdeka seharusnya bebas memberi pandangan, berinovasi, berkreasi dan berinprovisasi dalam semua aspek demi sebuah kemajuan kemanusiaan. Realitinya tidak. Semakin maju dan global maka semakin tinggi kadar kematian akibat bunuh diri atau dibunuh orang lain. Berita bunuh dan aniaya jika dibiarkan bisa memenuhi ruang koran serta media negara merdeka. Jadi di mana merdekanya?
Jika mahu diungkap terlalu banyak bahkan kita akan menjadi golongan yang tenggelam dengan istilah merdeka yang semakin hari manusia semakin jauh dari hakikat kemerdekaan. Maka Islam datang sebenarnya adalah untuk memberi pencerahan bahawa hakikat merdeka itu apa sebenarnya? Merdeka paling awal ialah membawa manusia berubudiah lillahi wahdah. Merdeka dari perhambaan selain kepada Allah. Inilah asas merdeka yang ramai di antara kita belum mencapainya. Jika belum berangkat dari sini maka kita selamanya tidak akan mampu merdeka apatah lagi untuk menikmatinya. Ayuh..kita mencari hakikat ini bersama!! Merdeka !!!
Esuk sebenarnya adalah salah satu dari proses kemerdekaan maka pihak pemerintah akan bermati-matian mempertahankannya. Lalu bagaimana,,ya itulah risikonya..jika dulu darah dan sekarang...?? Lori merah..dan air merah...orang merah..
Syed Ibrahim: Cukuplah 49 tahun ISA mengganas
Norlaila Othman Fri | Jul 31, 09 | 9:43:11 pm MYT | |
"Pergi jahanam dengan GMI", tajuk berita dari M-Star dan "Umat Islam diharamkan menyertai himpunan jalanan", dari Berita Harian adalah dua bentuk provokasi dan ancaman yang dikeluarkan oleh media arus perdana menjelang Himpunan Aman MANSUH, esok 1 Ogos. Sesiapa saja yang membaca berita-berita tersebut, terutamanya penduduk Malaysia yang tinggal di kawasan yang tidak mendapat liputan internet, pasti akan merasa kurang selesa untuk hadir ke Kuala Lumpur, Sabtu ini. Oleh sebab itu, Pengarah Himpunan MANSUH, Syed Ibrahim Syed Noh sekali lagi menegaskan bahawa Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang mewakili 83 gabungan parti politik dan NGO tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut. Pihak penganjur sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dan faktor keselamatan akan ditingkatkan, agar himpunan tersebut bebas dari sebarang provokasi yang boleh mengganggu dan melibatkan para demonstran. "Himpunan MANSUH ini adalah satu platform yang disediakan supaya rakyat dapat menyuarakan dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penggunaan akta tahan tanpa bicara, ISA yang telah menganiaya lebih 17 ribu rakyat malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang. "Tahun ini, usia ISA masuk 49 tahun, cukuplah setakat itu akta tersebut digunakan ke atas rakyat Malaysia," kata Syed Ibrahim ketika memulakan sidang akhbar di bangunan Pejabat Agung PAS petang semalam. "Aktiviti GMI bukan bermula semalam. Ianya telah dimulakan sejak tahun 2001 lagi. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk memberitahu pemimpin yang sedang berkuasa sekarang bahawa akta tanpa bicara ISA amat zalim kerana ia mencabul hak asasi mangsanya, sepatutnya segera dihentikan penggunaanya. "Di Malaysia sudah ada terlalu banyak undang-undang yang boleh digunakan terhadap apa juga jenis kesalahan justeru itu, ISA sudah tidak diperlukan lagi kerana akta itu terbukti lebih banyak mendatang mudharat kepada rakyat," tambah Syed Ibrahim lagi. "Pertubuhan bukan kerajaan seperti PEWARIS dan MAGARAN yang menyokong ISA juga berhak untuk berhimpun walaupun ianya diadakan secara 'kebetulan' pada tarikh dan masa yang sama dengan himpunan MANSUH ISA anjuran GMI. "Namun, yang amat jelas, himpunan GMI telah dirancang beberapa bulan lebih awal dan pihak jawatankuasa kerja MANSUH telah bertemu dengan pelbagai NGO serta parti politik untuk menerangkan, memberitahu dan memohon sokongan terhadap penganjuran himpunan tersebut. "GMI telah berkunjung kepejabat Menteri Dalam Negeri, SUHAKAM , Bar Council, Mahasiswa, Persatuan Cina, Hindraf dan parti politik Pakatan Rakyat. Siri ceramah 'roadshow' yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat di seluruh negara pula adalah khusus untuk memberitahu orang ramai tentang ISA dan seterusnya memohon sokongan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman supaya turun ke Kuala Lumpur untuk sama-sama menyatakan bantahan terhadap akta drakonian itu," kata Pengerusi GMI itu. "Kami juga telah menyerahkan sepucuk surat pemberitahuan tentang himpunan ini kepada Polis dua hari lepas. GMI memohon, pihak polis turut membantu memudahkan dan melancarkan perjalanan para demonstran di himpunan aman tersebut. Tiada sesiapa, terutamanya dipihak GMI yang mahu berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. "Berilah sedikit ruang pada rakyat untuk melakukan sesuatu yang menjadi hak mereka iaitu kebebasan berkumpul sepertimana termaktub di Perlembagaan Persekutuan,� demikianlah beliau mengakhiri sidang media tersebut. Turut hadir di sidang media itu ialah Timbalan Pengarah MANSUH, Kamaruzaman Mohammad Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ustazah Nuridah Ketua Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat dan Nashita Mohd Noor, Bendahari GMI. _ |
Seorang lagi al juburi yang menarik untuk diperhatikan http://jamilismail.blogspot.com
ReplyDelete