foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, August 6, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN MENGUMPUL PANDANGAN RAKYAT DI PERAK..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

7 OGOS

Kepada semua pihak khasnya NGO dan warga Perak agar dapat hadir ke majlis bersejarah ini. Nasib kita dan anak cucu kita adalah hak kita untuk menentukannya. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Kemungkaran di Perak terlalu berat untuk dipikul oleh kita jika kita tidak mahu bersama menamatkan kemungkaran dengan cara yang termampu dan terbaik berdasarkan apa ruang yang ada. Kepada para blogger sila bantu panjangkan informasi ini ke seluruh pelusuk bumi agar kita semua terlepas dari azab Allah setelah kita sampaikan sesuatu yang hak kepada manusia khasnya kepada pemimpin zalim. Setelah kita melangkah kita akan tetap terus melangkah ke depan. Inilah keyakinan yang telah diajar oleh guru kita yang agung iaitu Muhammad saw. Semoga Allah memberi bantuan dan kemenangan kepada perjuangan mereka yang dizalimi!!!

GABUNGAN NGO-NGO PERAK

36A, Persiaran Halaman Ampang 6, Halaman Ampang Mewah, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

www.ngoperak.blogspot.com emel:ngoperak@gmail.com

Tarikh : 6 Ogos 2009

Kepada semua NGO dan rakyat Perak:

Salam Sejahtera,


Per. Jemputan untuk menyertai usaha mengumpul pendapat rakyat tentang Krisis Politik Negeri Perak dan Sidang Akhbar Gabungan NGO-NGO Perak.

Gabungan NGO-NGO Perak merupakan sebuah gabungan yang telah berjaya mengumpulkan hampir 50 NGO di negeri Perak yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan jenis aktivisme. Antara tujuan utma gabungan ini ialah untuk mengadakan aktiviti yang boleh memberi kebaikan bersama kepada semua rakyat Perak.

Aktiviti pertama yang sedang dijalankan ialah untuk mengumpul pendapat dan pandangan rakyat Perak dari kalangan mereka yang menjadi ahli mana-mana NGO tentang krisis Politik Negeri Perak. Kami ingin mengetahui bagaimana pandangan ahli NGO dari pelbagai latarbelakang dan aktivisme iaitu samada DUN Perak mesti dibubarkan ataupun tidak bagi mengatasi krisis politik Perak yang telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati dan masalah yang lain di kalangan rakyat. Pandangan ini amat mustahak untuk di ketahui oleh rakyat terutama sekali semua pemimpin-pemimpin politik.

Oleh itu kami ingin menjemput NGO Tuan untuk menyertai usaha ini. Kami juga ingin menjemput wakil dari NGO Tuan untuk menghadiri satu sidang akhbar bagi memberitahu media tentang usaha ini seperti berikut:

Tarikh : Ahad, 9 Ogos
Masa : 10.30am
Tempat : Bangunan YMCA, Ipoh ( bersebelahan Tamana DR)


Yang menjalankan amanah,


Ir. Megat Syarifudin

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Perak.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!