foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, August 27, 2009

KARTIKA MUNCUL DICELAH KEMPEN P. PASIR DAN KES TEOH DI SHAH ALAM..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


28 OGOS


Sebelum selesai tazkirah di Surau Tmn Meru Jelapang, seorang pak sik terus bertanya tentang Kartika. Saya tidak mahu membuat dia kecewa dan tidak boleh juga terlalu lama kerana para jemaah pasti capek. Alhamdulillah dalam 5 minit saya jelaskan nampaknya dia puas hati. Penjelasan singkat ini sebenarnya bukan direct ke isu Kartika tetapi lebih menumpukan kepada kaitannya maudhu' tazkirah malam ini.

Kisah seorang perempuan meminta Rasul menghukum beliau kerana berzina amat menarik untuk dikaji. Islam jelas sekali memberi solusi bkan menimbulkan masalah baru. Rasul suruh dia balik dan berfikir lagi. Tapi dia datang lagi dan apabila Rasul bertanya dia mengandung anak hasil zina tersebut. Rasul suruh balik lagi sehingga selesai melahirkan. Dia datang selepas melahirkan dan rasul suruh balik sehingga pastiakan anaknya mendapat susuan darinya selama 2 tahun. Lihatlah betapi Rasul telah mencontohkan tentang konsep rahmah dalam Islam. Ya..mari kita renungkan terutama beberpa pihak di Shah Alam yang asyik nak ambil tindakan sahaja. Tolong fahami dan tanyalah ulama yang lebih arif spt TGNA dan PR atas sesuatu strategi PR kerana maslahat yang lebih besar ialah meruntuhkan dulu sistem thaghut yang zalim itu.

Saya tidak mahu terlalut dalam isu di Shah Alam tetapi lebih ingin melaporkan tentang hasil ziarah beberapa AJK Jama'iy ke tempat tinggal Kartika si Kg. Jawan, 5 km dari Karai, Kuala Kangsar.
Wakil Jama'iy (Ust Zulkifli Ibrahim, Ust. Jamaluddin Ahmad dan Hj Harun) tiba di Kg. Jawan pada pukul 11pg. Mereka disambut mesra oleh Pak Din (student Ust Jamaluddin) yang juga adik kepada bapak Kartika. Jadi maknanya Pak Din adalah bapak saudara Kartika. Kemudian Pak Din memperkenalkan abang Kartika bernama Mohammad Hatta yang juga sebagai manager bisnes keluarga Kem Langbuana dan juru bicara kepada Kartika. Interview dan kunjungan dari Jama'iy jika tidak melalui Pak Din agak sukar sekarang kerana Kartika dan keluarga lebih berhati-hati dengan pihak yang ingin bertemu mereka yang punya bermacam tujuan. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan thiqah anak murid kepada gurunya maka kunjungan ini menjadi mulus bukan kerana fulus.

Sebagai mukaddimah Mohammad Hatta yang menjelaskan senario dan apa yang sedang berlaku kepada Kartika dalam tempuh dua tiga minggu ini. Ternyata isu dari sebuah bandar kecil di negeri Pahang ini menjadi isu nasional dan merembet sampai ke Asean dan International. Apatah lagi apabila CNN, Aljazeera dan beberapa media antarabangsa membuat liputan langsung di Kg Jawang. Hebat juga tiba-tiba Kg. Jawang disebut-sebut oleh dunia hanya kerana akibat mahu menerima hukuman dari kesalahan minum arak. Semuanya dengan izin Allah.

Menurut Hatta, beberapa NGO tempatan juga datang memberi saran dan pandangan. Yang paling agresif ialah Sisters in Islam. Cuma menurut Hatta, SII berkempen agar Kartika gagalkan hasrat dia kerana bimbang masa depan Kartika dan keluarga beliau. Wakil dari Jakim juga telah datang dan menurut beliau esuk Shahrizat (Menteri Wanita) ingin datang bertemu. Ada juga wakil dari pimpinan negara mahu ketemu tetapi masih difikirkan lagi oleh Kartika dan keluarga atas pelawaan itu.
Nampaknya isu ini benar-benar hot sehingga melibatkan pihak atasan negara.

Foto: Kartika dengan anaknya di Kem Langbuana Kg. Jawang. Karai. (Bisnes milik keluarga Kartika)

Siapa sebenarnya Kartika?

Beliau adalah seperti anak biasa dan bersekolah sehingga SPM di Sekolah Toh Muda di Sg. Siput Perak. Selepas SPM beliau dihantar ke pondok Pak Teh, Pangkalan Hulu Perak mendalami pelajaran agama. Kemudian beliau ke Singapura mengikuti keluarga dan sempat mengambil Diploma dalam bidang Masakan dan Kecantikan. Beliau bekerja di salah sebuah Hospital Singapura. Beliau juga bernikah dengan rakyat Singapura dan punya dua anak (7 tahun dan 3 tahun yang kedua ) yang masih tinggal bersama. Selepas kes ini beliau mengambil keputusan tinggal sementara di Kg. Jawang.

Bagaimana beliau terlibat dalam model sambilan?

Mungkin boleh dikatakan kebetulan setiap beliau pergi dan balik dari tempat kerja, ada pihak syarikat iklan di Singapura yang memerhati beliau dan menilai beliau punya potensi untuk menjadi model sambilan. Dari susuk tubuh, penampilan dan wajah kacukan Asia memberi poin penting sehingga beliau terpilih.

Pandangan media, jabatan dan NGO.
Dari perperstif media Aljazeera isu Kartika memberi gambaran sebenar yang Malaysia adalah sebuah negara majoriti penduduk Islam yang mudah mendapat dan meminum arak.
CNN pula lebih memfokus kepada aspek hak asasi manusia dan wanita.
Emnesty International melihat dari aspek Hak Asasi Manusia.
SIster In Islam lebih kepada aspek masa depan Kartika.
Salah sebuah NGO Melayu pula cuba memberi gambaran negatif kepada Kartika sehingga mereka ingin membawa Kartika bertemu doktor jiwa.
Ketua Bahagian Jenayah juga datang dan memberi komitmen menjaga keselamatan Kartika.

Jama'iy lebih yakin kepada keputusan ikhlas dari Kartika sendiri tanpa diganggu gugat oleh sessiapa pun. Kesedaran untuk menerima hukuman adalah fitrah semula jadi bagi insan yang ikhlas bertaubat ke hadrat Allah. Apa pun yang dikhuatirkan oleh manusia akhirnya harus kembali merujuk kepada ketentuan Allah. dan yang paling merasakannya pasti dari Kartika sendiri.
Sebagai tanda sokongan atas keputusan jujur ini maka Jama'iy akan mengadakan majlis solat hajat pada 29 Ogos 2009. Majlis bermula dari program berbuka puasa, solat maghrib, solat Isya, solat tarawikh,solat hajat dan munajat. Sesiapa yang berminat sila ke surau chalet/kem Langbuana Kg. Jawang, Karai, K.Kangsar. Atau jika tidak jelas sila hubungi kami dan mengikuti tanda arah yang kami pasang sehingga ke tempat tersebut. Untuk berbuka puasa sila bawa sendiri sekadarnya!!

Apa kata hati Kartika?
Sampai saat ini, beliau masihtetap dengan pendirian beliau untuk terus menerima hukuman sebat tersebut. Dengan mata dan wajah yang kemerahan sambil menahan tangis beliau ungkapkan sesuatu tentang anaknya , yang sebelum ini belum pernah terkeluar dari mulutnya panggilan ibu atau apa sahaja sejak dilahirkan. Tetapi ketika beliau menuju ke Penjara Kajang untuk menerima hukuman, terkeluar sara dari mulut anaknya..."MAMA". APakah ini hikmahnya atau ini alamat yang Allah mahu perlihatkan kepada dirinya! Betapa besar dan agungnya ALLAH..

Kenapa beliau tega atau sanggup menerima hukuman ini sekalipun bisa minta dikurang atau merayu ke mahkamah?

Beliau mahu buktikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti Muslim wajar dan mampu melaksanakan hukum syariah jika rakyatnya faham akan kelebihan hukuman tersebut untuk peribadi dan umatnya.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!