foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, August 29, 2009

Merdeka..Merdeka..Merdeka..!!......31 Ogos 1957

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

30-9-09

Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku lahir di bumi Malaysia sehingga aku mendengar laungan merdeka setiap tahun sejak 40 tahun lalu. Cuma semakin hari laungan itu semakin lenyap dan merendah. Aku patut salahkan siapa? Atau aku sendiri yang salah?..Dari sudut hati yang jauh, aku sejak mula baligh sudah mula merasakan ada sesuatu yang tidak sealiran dengan konsep merdeka. Apatah lagi ketika merangkak umur ke remaja dan dewasa. Ada sesuatu yang berkembang dalam jiwa ku sejak ibu, bapak, guru dan nenek ku menceritakan sejarah Mereka. Masa itu bulu rume meremang kegamuman kepada kisah para pahlawan awal sehingga kita dapat Mereka dari Inggeris.

Beza sedikit dengan Indonesia dari segi mendapatkan kemerdekaan dari Belanda, kerana Malaysia Merdeka melalui jalur diplomatik pemimpin Malaysia ketika itu yang terdiri dari semua bangsa. Melayu, China dan India bersama dalam kehendak ini. Begitu juga dari segi parti, semua parti mahukan kemerdekaan. Jadi yang membuat kita kurang selesa hanyalah perselisihan faham kecil antara kaum dan diapi-apikan noleh segelintir kita pada masa itu. Sehingga terjadi peristiwa hitam pada 13 Mei 1969 yang bukan sahaja merugikan Malaysia bahkan seluruh rakyatnya.

Sekarang perselisihan kaum sudah tidak ada lagi sekalipun ada beberapa golongan NGO Melayu yang menginginkannya demi kekuasaan semata-mata. Tapi idea mereka ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Jadi Malaysia tidak tergugat dengan provokasi seperti ini. Semoga harapan rakyat wujud mejadi realiti dan dapat merasakan lagi ruh kemerdekaan sebenar di bumi Malaysia.

Merdeka bagi anak remaja dan dewasa yang pro rakyat?

Isunya selesai dan dianggap Merdeka jika gabungan suara rakyat dapat mengalahkan para elit politik UMNO yang sudah menjadikan jawatan mereka sebagai bursa. KOnsep inilah yang perlu difahami, dibina dan dihayati sehingga akhirnya rakyat berjaya Merdeka dari UBN. Masanya akan tiba..!!!

Konsep kemerdekaan menurut Islam?

widget


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!