foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, August 21, 2009

SIAPA YANG PERLU TAUBAT?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)



21 Ogos

Dalam beberapa komen sebelum ini saya telah nyatakan pandangan saya terhadap isu salah faham pemimpin UMNO terhadap Islam. Salah faham yang paling dasar sehingga boleh menyesatkan dari Islam sebenar ialah Nasionalisma sekularisma (semangat kebangsaan Melayu yang berpaksi kepada sekularisma-PEMISAHAN AGAMA DAN KEHIDUPAN). Faham begini dikira sesat bukan sahaja oleh ulama berpolitik tetapi juga oleh ulama yang tidak berpolitik seperti Dr.Yusuf Qardhawi, Hasan Albanna, Mohd Qutb, Syed Qutb, Abdul Kadir Audah, Dr. Karim Zaidan, Abul Ala Maududi Pakistan,Syed Badiuzzaman Nursi Turki, Pak Nasir Indonesia, Hasan Ali Annadwi India dan sebahagian besar ulama muktabar di dunia Islam dan nusantara.

Soal muzakarah majlis fatwa memberi backup kepada Muhyidin ( UMNO BN) saya lebih cenderung melihat kepada fatwa yang diperalatkan bukan fatwa sebenar. Untuk tujuan politik dan kempen politik UMNO yang sudah gersang di Permatang Pasir. Inilah level nilai fatwa yang hanya sebatas memenuhi arahan seorang pemimpin UMNO. Saya rasa amat malu dengan kedunguan para cendekiawan kita yang sanggup memperdagang nilai sebuah fatwa demi kepentingan darjat dan pangkat. Ini bukan soal siapa benar siapa salah tetapi soal integriti fatwa yang merupakan sandaran umat untuk berfahaman dan beramal. Aduhai ulama penjilat ...kami menyeru kembalilah ke pangkal jalan dan bersihkanlah diri kamu semua dari najis kebendaan. !!

Fatwa begini bukan sahaja akan membuat umat membenci UMNO BN bahkan kepada pemimpin yang menjaja fatwa ini sebagai dagangan murahan. Umat tidak sebodoh itu dan mereka semakin hari semakin komit menolak fatwa sesat dari UMNO. Jadi silakanlah perbanyakkan fatwa yang begini untuk mempermudahkan PRU 13 jatuh ke tangan PR!!

Jika mahu jujur dan jalan paling selamat bagi UMNO ialah sebelum membuat fatwa keliru dapatkan fatwa hal yang berkaitan di bawah terlebih dahulu:

1. Makan duit gaji atau apa sahaja habuan dari kerajaan yang dirampas? Contohnya di Perak. Yang jelas jika menipu dalam pilihanraya sehingga menjadi YB, maka sepanjang menjadi YB, duit dan apa juga habuan tersebut adalah haram. Yang haram jika 10 tahun dimakan nak jadi apa hati YB?..Selamanya akan gelap hitam selagi belum bertaubat.

2. ISA apakah halal atau haram? Dr. Asri minta fatwa ini sampai sekarang tak keluar lagi? Apakah kerana tak dan atau sengaja dilambatkan. Berbeza dengan fatwa yang terbaru..amat pantas keluar macam kilat. Bila pula mereka bermuzakarah? Apakah ada badan ulama jin dari UMNO? Pelik tapi benar. Fatwa dalam masa 24 jam. Tahniah satu Malaysia yang amat pantas dalam berfatwa.

3. UMNO BN tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan dan Terrengganu sebelum ini apakah sudah ada fatwa? Hebat TPM kita dan pemimpin UMNO sekarang yang sudah mula mencari fatwa cuma sayangnya fatwanya masih terpilih. Yang untungkan UMNO keluar fatwa. Yang merugikan UMNO..sorok dulu!! Bagi elaun lebih kepada para ulama ni supaya mereka kenyang dan diam. Kenyang perut suka hati ini bukan sahaja pepatah tapi real adanya.

4. Kilang arak, bisnes judi, tempat judi, rumah lacur, rasuah birokrasi, komisyen projek mega, balak di negeri-negeri dan bermacam-macam jenis kemungkaran yang sedang berjalan di bawah tangan UMNO, mana fatwanya? Rakyat berhak meminta fakwa dari pemimpin UMNO jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas. Alangkah dungunya pemimpin Melayu UMNO kita dengan Islam sebenar. Kenapa begitu jauh sekali mereka dari Islam sebenar selama ini dan sekarang tiba-tiba mahu Islam pula? Tidakkah ini merupakan tindakan desperado? Ya..rakyat sudah beranggapan begitu maka bermakna strategi fatwa dan menggunakan ulama sudah tidak laku lagi..Alamat hancurlah UMNO!!

Hr9808: Mari kita nilai kenyataan ini bersama!!!

Nik Aziz perlu bertaubat


Muhyiddin Yassin melakukan demonstrasi bagaimana terjadinya puting beliung menggunakan botol pada pelancaran Kampus ASTRO di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, semalam.


MUAR 20 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta mengakui kesilapannya dan bertaubat ekoran mendakwa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam yang palsu.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Islam menetapkan seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan perlu meminta ampun daripada Allah SWT.

"Biasanya orang yang bersalah, dia kena bertaubat dari segi agama. Dia mesti bertaubat kerana melakukan kenyataan itu adalah satu kesalahan, dia kena minta maaf bukan dengan kita tetapi dengan Allah SWT kerana itu asas yang diguna pakai apabila fatwa telah diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas beramah mesra dengan penduduk dan menikmati jamuan tengah hari di Gerai Makan Bukit Kepong di Pagoh di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Abdul Shukor berkata, ia adalah selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam memasuki syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah.

Muhyiddin memberitahu, kenyataan Nik Abdul Aziz itu bukan sahaja bertentangan dengan keputusan majlis fatwa tersebut bahkan bercanggah dengan undang-undang syarak.

Beliau berkata, para pemimpin Pas termasuk Nik Abdul Aziz harus insaf berhubung perkara itu kerana ia bukan kali pertama mereka membangkitkan isu berkenaan.

"Jangan campur aduk antara tujuan politik dengan hukum dan agama, walaupun agama memang meliputi semua tetapi tak boleh buat sesuatu yang menjejaskan akidah umat Islam.

"Saya harap pemimpin Pas yang terlibat harus faham dan insaf perkara ini kerana ia bukan pertama kali tapi sudah berulang kali dilakukan," jelasnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, fatwa berkenaan perlu diterima oleh seluruh umat Islam kerana ia telah dibuat lama dahulu berdasarkan kajian majlis tersebut dan diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

"Tak boleh dipertikaikan keputusan fatwa itu, tak boleh buat kenyataan sebagaimana yang dikeluar pimpinan Pas," jelasnya.

Ditanya tindakan Nik Abdul Aziz menyalahkan laporan media berhubung perkara itu, Muhyiddin berkata, pemimpin Pas itu memang selalu bercakap begitu.

"Hari ini cakap begitu, lepas itu salahkan media. Kecuali media tidak laporkan betul, tetapi berdasarkan laporan berkala yang saya baca, takkan lah semuanya salah," ujarnya.

Perkara itu berlaku katanya, bukan sahaja dalam soal fatwa tetapi juga isu perpaduan antara kedua-dua parti.

"Jadi bagi saya, dia sepatutnya siapkan kenyataan akhbar terlebih dahulu untuk memberi pandangannya, bila dah keluar daripada mulut, orang kata terlajak perahu boleh diundur terlajak kata berat padahnya," jelasnya.

HR9808: Mari kita dapatkan penjelasan dari Anwar yang terkini..



No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!