foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, August 25, 2009

TARBIAH ..NAJIB DAN ROSMAH..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


26 OGOS

Selepas balik dari bercuti Najib membuat kejutan dengan ungkapan tarbiah. Saya tidak mahu sentuh soal apa yang ada dalam kepala atau hati Najib tetapi saya ingin mengajak teman-teman merenungnya. Renungan yang boleh membuatkan kita semua menyedari hakikat makna tarbiah bukan sekadar ungkapan politik.

1. Tarbiah Islamiah adalah suatu proses panjang yang berlaku dalam jiwa seorang muslim yang berpangkal dari aqidah. Tidak ada tarbiah jika tidak ada aqidah dan begitulah seluruh konsep Islam yang lain harus diasaskan dari aqidah. Hujah Najib, Rosmah dan Shahrizat tidak tepat dalam hal ini kerana maksud tarbiah dalam kes ini ialah perlaksanaan hukum tersebut ke atas Kartika yang dengan secara sukarela mahukan hukuman tersebut.(Hukuman sebenar bukan 6 sebatan tetapi 40 kali sebatan jika minum arak). Jadi hujah nanti laksanakan kemudian adalah tidak tepat. Kecuali si Kartika yang menolak hukuman tersebut.

2. Keinginan Kartika yang luhur seharusnya dihormati dan umat Islam harus bersangka baik. Isu ini berkembang sehingga ke media Indonesia kerana ianya unik. Sesuatu yang unik biasanya meletup. Tapi sayang sekali, ianya jadi permainan orang politik pula terutama UMNO. Mungkin juga ini adalah sebahagian alat kempen UMNO yang kononnya undang-undang mahkamah syariah Malaysia punya peruntukan begitu sekalipun ianya tidak tepat dengan kehendak Islam. Yang jelas rakyat umum makin keliru apakah ianya serius atau hanya mainan politik semata-mata. Inilah hasil penjajahan sehingga yang baik dari segi pandangan Islam tidak dapat diterima oleh penegak hukum atau dikelirukan oleh sistem penjajah yang diamalkan oleh UMNO BN pada hari ini.

3. Esuk kami dari Jama'iy (Gabungan NGO Islam Perak) bercadang mahu bertemu langsung dengan Kartika bagi mendapatkan penjelasan dari hati ke hati beliau. Setelah itu barulah akan terjawab apakah ianya tarbiah dilaksanakan atau tarbiah tidak dilaksanakan?

Kenyataan di bawah adalah kenyataan keliru dari pemimpin UMNO..tentang Islam dan undang-undangnya.

Mari kita semak pesan dari seorang dai muda Indonesia..Allahyarham Ust Rahmat (sebahagian dari makna tarbiah..)




Najib Tun Razak bersama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua dari kiri) ketika melancarkan Hari Wanita peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen KLCC, semalam. Turut sama, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor. - utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

PELBAGAI pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberikan reaksi terhadap penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama wanita.

Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah terbabit supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan dilakukan.

Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan intipati di dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

*Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus memberi jaminan menyemak semula enakmen hukuman sebat atas kesalahan minum arak selepas Aidilfitri ini yang turut membabitkan kes Kartika.

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menjatuhkan hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama golongan wanita.

Perdana Menteri berkata, Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.

Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan inti pati dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, apabila mengenakan hukuman (terhadap pesalah) proses tarbiah sepatutnya lebih penting berbanding hukuman fizikal kerana ia sejajar dengan sifat Islam yang simpati dan belas kasihan kepada umatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

HR9808: Penejlasan dari TGAHA..

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS
Zulkifli Sulong
Wed | Aug 26, 09 | 7:05:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!