IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
Jangan ambil peduli – Tun Mahathir
ALOR SETAR 3 Sept. – Rakyat dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu ambil peduli tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang di Perak semalam kerana ia hanya taktik mereka untuk meraih sokongan politik, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri berkata, tindakan mereka mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukannya sah daripada segi undang-undang.
“Dia nak buat, biar pi dia buat. Buat apa nak ambil peduli. Bukan ada taraf rasmi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli-belah dan meninjau Kompleks Pekan Rabu di sini hari ini.
4 SEPTSaya tidak terkejut dengan kenyataan Mahathir di atas tetapi saya semakin yakin bahawa pemimpin UBN dulu dan selamanya adalah hipokrit. Macam ular dan belut. Jadi inilah masa rakyat harus difahamkan terutama orang kampung ceruk yang tiada internet bahawa Mahathir juga bukanlah seorang petriotik. Jika seorang mantan Pm memberi kenyataan begini maka apa yang rakyat umum mahu harapkan. Mereka fitnah pemimpin dan penyokong mereka sendiri demi sebuah kuasa masih terserlah.
Jadi jawapannya PRU 13 rakyat harus menolak pemimpin yang tidak petriotik.!!!
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!