foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, September 13, 2009

BERBUKA,, SOLAT TARAWIKH DAN BERDIALOG..BERSAMA PELAJAR MALAYSIA DI SEKITAR MESIR..

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Semasa di Arish sempadan Rafah, darah saya bergelegak dan ingin rasanya melompat keluar dari van dan merentap kepala serta mematah-matahkan tengkuknya. Saya tidak mampu melikukannya kerana mereka ramai dan semuanya bersenjata lengkap. Bukan masalah takut tapi tindakan tersebut tidak realistik. Perasaan saya bergolak kerana melihat dan diinfokan bahawa beratus lori/truk berisis barang bantuan ke Gaza tersadai ditahan oleh tentera Mesir. Selimut, ubat dan bermacam barang bantuan yang nilinya berjuta-juta dolar yang dihantar dari seluruh dunia. Aduh..hati sudah tidak sanggup lagi menangis. Menahan kemarahan sudah tidak realistik juga. Lalu saya bentangkan di sini agar sdr ku semua menilainya.


1. NGO Islam seluruh di Malaysia dan NGO Hak Asasi Manusia wajib mendesak Mesir untuk segera melepaskan bantuan ini. Begitu juga umat Islam seluruh dunia mesti mengutuk perbuatan Mesir ini. Sebelum ini saya tidak begitu faham masalahnya tapi setelah melihat sendiri ini bukan lagi melampau tapi sudah tidak manusiawi. Lebih kejam dari binatang buas. Inilah akibat dari bertemankan Israel dan membelakangkan erti persahabatan dan kemanusiaan. USA yang menjerit melaung tentang hak asasi manusia apakah tidak mengetahuinya atau sengaja mendiamkannya? Kemusnahan di GAZA dan kemarahan rakyat GAZA kepada Israel seharusnya dapat dinadikan kepada seluruh umat manusia. Penjara setinggi 15 meter yang mengelilingi bumi mereka tidak cukup membuat hati pembesar dunia menangis bahkan ada sebahagian dari mereka masih bergelak ketawa di depan kaca tv menyaksikan Israel mengebom sdrnya di GAZA. Tidakkah cukup penderitaan ini ? Ya..mungkin sebahagian dari mereka memberi alasan yang sama iaitu kami tidak mampu berdepan dengan kuasa besar dunia iaitu USA. Inilah alasan paling popular yang diguna pakai oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia. Aduhai sdr ku bersikaplah!! Saya menyeru kepada semua bantulah segera, berfikir dan bertindaklah!!

2. Malaysia sebagai anggota OIC tidak mampukah mendesak dan memberi sangsi kepada Mesir atas kedurjanaan ini!!!. Janganlah berdiam diri macam patung.!! Nak jadi bangsa yang hebat bersikaplah dengan benar kepada manusia lain dan pamerkan jati diri bangsa itu. Tapi oleh kerana pemimpin kita terlalu menyempitkan faham kebangsaannya maka hal umat di negara lain tidak dihiraukan. Jika betul-betul ambil peduli seharusnya bukan sekadar memberi bantuan 1 atau 2 juta RM tetapi lebih dari itu kerana Malaysia mampu. Bukan hanya menghantar tentera sekadar mahu menunjukkan kepada dunia bahawa kita ada kekuatan tentera tetapi umat di GAZA perlu disokong sehingga pagar-pagar yang memenjarakan mereka dan segala keperluannya dipastikan sampai.!! Susah sangatke hendak mendesak? Di dalam negeri tahu bagaimana mendesak rakyat dengan ISA maka seharusnya ilmu itu gunakanlah dengan betul untuk umat di GAZA. Rakyat wajib menghukum mereka dengan jangan lagi memberi undian kepada mereka agar polisi luar negara berubah setelah kita mempunyai pemimpin baru yang lebih perihatin kepada rakyat di dalam negara dan di luar negara.

3. Begitu juga pemimpin Indonesia tunjukkanlah sikap anda kepada nasib sdr kamu di GAZA.!!! Jadikanlah program bersama Malaysia -Indonesia untuk mengganyang Israel sebagai agenda antarabangsa yang nantinya akan diikuti oleh negara arab khasnya. Gabungan ini akan menghilangkan syak wasangka antara negara dan rakyatnya. Gabungan juga melahirkan kekuatan dari segi kehebatan teknologinya, besar penduduk Islamnya dan kecekapan mengurus krisis di mana sahaja. Jangan dilupakan ketika Aceh, Indonesia dilanda tsunami, bukankah kedua negara saling faham memahami dan alhamdulillah sekarang hasilnya Aceh membangun semula? Siapakah yang datang memberi bantuan paling awal? INi semua adalah data yang tidak dapat dipadamkan maka ayuh lakukanlah pula untuk kali yang kedua iaitu bergabung bersama membantu GAZA!! Dengan agenda ini umat di Indonesia dan Malaysia punya fokus tersendiri. Maka hilanglah nanti terorisma, bebal dan sakit hati. Mari kita semua membuktikan yang kita semua mencintai manusia lain dan kita tidak akan membiarkan hal ini berlaku lebih lama lagi!! Janganlah jadikan masa yang kritis begini hanya asyik berhitung kuasa dan bagaimana mempertahankan kuasa. Bangunlah dan bergabunglah..!!

4. Para pejuang kebenaran di mana sahaja kamu berada, sambutlah semboyan ini.."Ayuh..bertindaklah dengan apa cara sekalipun...Sdr mu menunggu dengan penuh harapan..Mereka dikejar, di bunuh oleh Israel dan mereka juga dihina oleh negara jirannya Mesir, Saudi dll!!". Nyalakanlah obor jihad di hati kamu dan berazamlah untuk berbuat sesuatu untuk GAZA dan manusia yang lain. Mereka adalah tanggungjawab kamu semua dan jika dibiarkan maka di akhirat nanti mereka akan menarik kita semua atas kelalaian kita ini.

Setelah balik dari ARISH dan tiba di Kaherah sekitar jam 5 petang, Ust Mokhtar langsung membantu anak-anak Perak menyediakan makanan berbuka puasa. Kami balik ke rumah Kedah untuk menyelesaikan beberapa tugas lain. Sekitar jam 6 petang kami bertemu semula di rumah ANak Perak yang lama dan terus berbuka puasa.Alhamdulillah hampir 200 orang pelajar datang bersama. Solat berjemaah maghrib dan hajat dibuat di musalla lantai teratas. Kemudian berdialog dengan pelajar Perak dan Malaysia hampir satu setengah jam. Alhamdulillah.banyak yang dibentangkan dan dibicarakan..Ust. Zul jelaskan tentang Jama'iy, Dr Khairudin tentang krisis Perak dan saya menjawab beberapa soalan dari pelajar tentang konsep kerja Jamaiy bersama ngo. (Detail..akan di bentangkan dalam buku "Jaulah Jama'iy ke Palestin "..tunggu ye..)

Sekarang sudah sampai di Iskandariah...turun dulu..(nanti bersambung ...)



HR9808: Beberapa komentar di you tube tentang sempadan di Rafah...

ThunderDog97 (3 weeks ago) Show Hide
+3
Marked as spam
Egypt is doing some very questionable things these days. It seems that they are slaves to the israeli criminals and they are participating in the crimes against the Palestinian people.
--
Open the borders for aid to Gaza
Stop doing the dirty work for the israeli oppression of the Palestinians.
connielane (3 weeks ago) Show Hide
+3
Marked as spam
How did Egypt become such a corrupt country. Hopefully tourist won't go there anymore until they become civilized again! Egyptians need to rise up and take down their dictator as well as all Zionist Arab countries in the ME! Stop supporting evil.
dmynott (3 weeks ago) Show Hide
+3
Marked as spam
Until the Palestinian/Israeli conflict is settled, there'll be no peace in the world--it's that crucial. That the U.S. gov't has done so little to ameliorate this evil (the treatment of the Palestinians by Israel) is to our everlasting shame. Obama needs to view this video, & exhibit political courage & moral authority by standing up to AIPAC & the Israeli government, who are behaving like Fascists. American citizens & Obama must demand peace, freedom, & justice for the Palestinian people now.
domfloris (3 weeks ago) Show Hide
+1
Marked as spam
Israel, THIS IS NOT RIGHT! Watch this video and be humane.
insomnia320 (3 weeks ago) Show Hide
+3
Marked as spam
boycott everything egyptian, israel's nazi policemen, egypt should be ashamed, we do not need your scuba diving, your pyramids, we want humanity

2 comments:

  1. Imbasan dari FB..(terima kasih..)

    Shahkirin Mohd Shah
    Salam. dikatakan sekiranya seekor semut pun jika keluar dari Gaza keluar dari pintu Mesir akan ditembak!
    13 hours ago · Delete

    Arijan Osman
    Mengapa Mesir bertindak demikian rupa, menyokong Yahudi Israel lebih dari sesama Islam.
    10 hours ago · Delete

    Shahkirin Mohd Shah
    Mudah aje jawapannya..pemerintahannya tak mau kumpulan Islami yang lebih popular mendepani permasalahan Palestin yg kini telah menambat hati jutaan umat Palestin baik di Gaza maupun di Tebing Barat.bahkan mereka mengharap tidak diperintah oleh Fatah.dan mereka tak sabar2 mengganyang Israel..tunggu..
    Selepas kekalahan negara2 Arab kalah ditangan ... Read MoreIsrael semasa Perang 6 Hari, pihak Islami telah masuk ke Palestin membantu dan telah menang.apabila mrk telah menang, askar Arab telah masuk dan meminta senjata mrk kononnya masa mrk telah tamat dan mrk ambi alih, tapi sebenarnya mrk menyerahkan kpd musuh.WA
    3 hours ago · Delete

    Mustapa Mansor
    Jazakallah..syakirin danepi laut.. arijan..Kita perlu mendesak sekarang!! jangan biarkan kezaliman ini lagi. Semalam sy solat tarawikh dan qiam di kota Alexendar, masji qaid Ibrahim di tepi laut. hampir 30,000 orang solat, malam 27 mereka qiam hampir 500,000 orang ..manusia penuh di jalan berkilometer. bergaung doa dan esak tangis dari mereka memecah kesuanyian malam...ya..inilah jawapannya..mereka inilah nanti yg menjadi penentu di bumi Mesir..masa akan tiba,,seluruh masjid di Mesir penuh ribuan manusia qiam..Di Malaysia nahi..jadi perlu dakwah lagi dan semua perlu lihat amalan kita masih jauh..dlam buku saya huraikan nanti aspek-aspeknya!!

    ReplyDelete
  2. Shahkirin Mohd Shah
    harus kembali kepada kaedah AlQuran & Sunnah, contoh Rasul yg mulia, contoh Sallehuddin Al Ayyubi yg telah mengalah tentera salib.beliau mengguna kaedah yg sama yg diambil oleh Rasulullah..kini Hamas mengambil pendekatan yg sama.sejak 1987 mrk telah mengambil pendekatan dan telah berjaya.Intifadhah I, Intfdh II dan tak lama lg Infd III.
    Semasa ... Read MorePerang Al Furqan(Perang 23 hari) membuktikan kekalahan Yahudi sudah hampir. Tak sejengkal bumi Gaza berjaya diambil.bahkan mrk melontar 1.5jt tan bom tidak memberi kesan. mrk syahid 1500 org tapi Allah ganti dengan 3000 bayi lahir dicelah2 peperangan.
    Dalam masa 2 bulan lahir 15,000 hafiz!! kita kena studi sistem/kaedah yg mrk guna untuk membina generasi mrk itu.
    Ya, pd awal kewujudan mrk dikritik mengapa tidak mengangkat senjata, mrk berkata, mrk sdg mempersiap gerasi

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!