foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, October 17, 2009

PEMILIHAN MENTERI DI INDONESIA 2009-2014 ..HEBAT..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
17 OKT

Sekali lagi saya menyaksikan betapa demokratisnya pimpinan Indonesia memilih menteri berbeza jauh dengan pimpinan Malaysia memilih menteri. Di sini kualiti dan personaliti menjadi kriteria utama tapi di Malaysia? Yang sanggup angguk sampai kelutut itulah syarat utama. Dengan syarat begini apakah Malaysia akan mampu bersaing dengan negara-negara di Asean? Saya sangat khuatir dengan fenomena ini. Apatah lagi selepas perhimpunan UMNO makin jelas siapa penjilat paling hina untuk diratah oleh Najib dan kuncunya. Saya tak mahu komen banyak dengan perhimpunan kerana endingnya sudah terbiasa. menangis dan meraung dalam dewan kemudian kembali seperti biasa bahkan melantak rasuah semakin rakus tidak pernah rasa bersalah dengan rakyat. Saya tidak pernah yakin dengan kelibat makhluk-makhluk ini yang gendut dari wang puaka rasuah, yang dihisap dari urat nadi rakyat kecil. Mereka akan bergelak ketawa membahagi hazanah rakyat di belakang rakyat dan berbeza sekali di depan media seperti malaikat.

Aduh..pedihnya hati rakyat dan nasib mereka masih sama selagi makhluk ini memerintah negara.

Semoga pemerintahan Indonesia semakin matang dan maju serta diberkati Allah. Saya tidak mahu mengangkat sesiapa tetapi cukup saya katakan bahawa jika amalan politik begini berjalan dalam tempuh masa beberapa tahun mendatang, tak mustahil Indonesia akan menjadi jaguh di Asean..Selamat ya Pak SBY dan ..Pak Menteri!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!