foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, November 29, 2009

QORBAN DI GAZA,,,!!!

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


29 nov..

Sebelum malam eidul Adha, kita menerima berita dari jauh di penjara terbesar di dunia bikinan Israel tentang sdr-sdr kita tidak dapat berkorban kerana binatang ternak tidak dizinkan masuk ke Gaza. Mereka menunda-nundakan izin dan proses izin dipersulitkan. Pada hal mereka bukan tidak tahu betapa pentingnya ibdah qorban bagi umat Muslim khasnya di Gaza.

Berita ini saya sebarkan dan syer dengan teman FB. Ternyata ramai juga yang memberi respons dan mahu turut serta dalam program qorban khas untuk umat di GAZA pada tahun depan. Realitinya di Malaysia, ibadah qorban bukan lagi asing bahkan sudah menjadi adat bagi mereka yang berkemampuan untuk berkorban. Oleh kerana terlalu banyak yang berkorban, ada kemungkinan daging-daging korban ini membazir atau diberi kepada golongan yang berkemampuan.

Alangkah baiknya jika daging yang berlebihan ini disumbangkan ke GAZA!!.. Ya ramai juga yang bertanya bagaimana kita boleh menghantarnya sehingga sampai. Saya yakin akan ada solusinya a[atah lagi jika e-relawan pada masa itu melebihi 100,000 orang dari seluruh dunia. Qorban boleh kita lakukan di sempadan dan dagingnya sahaja di bawa masuk ke GAZA.. Jika promosi ini berjalan secara berterusan dari sekarang, saya yakin kita mampu lakukan. Di waktu yang sama, daging aqiqah juga dilakukan setiap bulan. Inilah masa yang tepat bagi seluruh umat Islam untuk membuktikan komitmen bahawa bantuan makanan ke GAZA bukan hanya musiman selagi mereka dikepung. Kepungan yang sudah melebihi 2 tahun sudah cukup membuat mereka derita dari semua segi dan inilah waktunya kita bertindak.

Ayuh dari program e-relawan yang kita gerakkan bersama di seluruh dunia, kami menyeru agar sdr-sdr semua dapat memberi bantuan sekadar yang termampu.!! Program penerangan e-relawan akan terus dilaksanakan dari Malaysia, Indonesia, Asean, Eropah, Amerika dan di mana sahaja. Bagi yang berminat untuk turut serta sila hubungi sekretariat kami..!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!