15 Sept
HR9808: AMat memalukan umat Melayu kerana yang lemah lembut ada juga yang berani menggelarkan dirinya sebagai Rasul Melayu. Tinggal di rumah sewa besar macam ada orang yang sponsor pula?? Sama juga seperti ayah PIN yang masih bebas.Kenapa boleh bebas ?? Mari kita bahas bersama. Apakah perlukan hadiah melebihi Rasul Melayu baru dapat tangkap? Tolong berikan idea apakah yang patut kita lakukan terhadap golongan ini!!
Rasul Melayu’ akhirnya diberkas JAIS
Oleh NOR SEDEK ISMAILpengarang@utusan.com.my
Abd. Kahar Ahmad (tengah) yang mendakwa dirinya sebagai rasul berjaya ditahan di Sungai Long, Kajang pagi semalam oleh anggota penguat kuasa JAIS selepas membuat intipan.
SHAH ALAM 16 Sept. – Lelaki yang mengakui dirinya ‘rasul Melayu’, Abd. Kahar Ahmad yang menyembunyikan diri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak lebih dua tahun lalu, akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di Sungai Long, Kajang pagi ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, ketika serbuan dilakukan pada pukul 9.45 pagi, bekas pekerja am di Zoo Negara berusia 59 tahun itu sedang makan sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah tersebut.
Abd. Kahar Ahmad (tengah) yang mendakwa dirinya sebagai rasul berjaya ditahan di Sungai Long, Kajang pagi semalam oleh anggota penguat kuasa JAIS selepas membuat intipan. |




