IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
4 May.
Sekitar ja 12.30 tengahari, kami berangkat ke rumah Pak Mad kerana memenuhi hajat beliau dan jam 4.30 petang mengikuti dialog YAB Tan Sri Khalid MB Selangor dengan penduduk Desa Tun Razak. Dalam perjalanan, kami sempat berbicara soal Kongres dan raja-raja Melayu. Ada beberapa poin yang menarik untuk direnung:
1. Kenapa baru sekarang pemikir dan pemimpin Melayu rasa risau dengan fenomena UMNO-BN kalah?.
2. Apakah faktur sebenar yang membuat mereka risau?
3. Kedaulatan Sultan atau Raja-raja Melayu apakah masih relevan sepuluh tahun akan datang?
4. Akibat dari pandangan yang keras dan teguran terbuka terhadap institusi Raja Berpelembagaan. Di mana kewajarannya?
5. Sultan di mata atau di hati bagi seorang rakyat kecil...
Poin pertama:
Kerisauan pemikir mungkin ada asas sosiologi dll tapi ini semua adalah akibat dari suatu perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin Melayu sendiri dan golongan elit Melayu. Mereka sudah hilang pedoman sebelum ini sehingga mereka hanya fikirkan perut dan kekayaan mereka sahaja. "UMNO-BN takkan kalah..jangan bimbang..jangan ragu...kita sental aje duit rakyat ni...kita itu kita ini.." .."Alamak kita kalah lah.." Pemimpin Melayu tepuk dahi..Suasana untuk berdepan dengan kekalahan tak ada langsung terutama di Selangor, Perak dan Kedah. Boleh kita katakan seperti mereka semua termasuk para "think tank, Raja dan pemimpin UMNO/Melayu" terhumban berjemaah dalam sebuah perigi buruk yang dalam. Dalam perigi, mereka cuba meminta tali dari atas untuk keluar sambil menjerit kepada sesiapa yang lalu lalang di situ. Bermacam teori dan nasihat tercapai setelah rasa letih menjerit meminta tolong tidak dihiraukan lagi oleh sesiapa. Bagi yang lalu lalang (rakyat) berfikir apakah ini betul-betul minta tolong atau mungkin juga jika aku tolong aku juga ditarik masuk ke dalam perigi itu..Bermacam dugaan boleh timbul kerana (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepada si peminta tolong..
Jika sebaliknya pula...sipeminta tolong terus mencaci maki pihak yang lalu lalang tak mahu tolong maka (rakyat) akan berkata..." udahlah nak minta tolong dimaki kita pula?"...inilah kondisi yang berlaku sekarang.
2. Faktur kerisauan sebenar. "Risau hilang kuasa dan kebiasaan berkuasa". Hilang kuasa memberi impak kepada runtuhnya institusi nepotisma dan kronisma yang dipertahankan oleh pemimpin VIP Melayu sejak 50 tahun lalu. Kondisi ini bagaikan naik bas yang besar tapi yang memandu bukan lagi seorang pemandu...beberapa pemandu berhak memberi nasihat jika dalam keadaan tertentu yang membahayakan pemandu boleh bertukar ganti. Pemandu yang mengantuk sudah pasti membahayakan mereka yang berada di atas bas dan sepatutnya pemandu tersebut direhatkan. Tapi oleh kerana pemandu tadi berbangsa Melayu atau berdarah Raja atau apa saja cop Melayu nya, sekalipun dia mengantuk tetap juga dia memandu ..adalah alasan konyol yang sangat merugikan semua pihak. Bahkan perbuatan membiarkan perbuatan ini akan menyebabkan kematian jika bas masuk gaung...
3. Relevan atau tidak Sultan 10 tahun akan datang sangat ditentukan oleh mentaliti rakyat secara umum. Ini bukan dilakar oleh seseorang tapi ini adalah kehendak rakyat. Sama seperti di Indonesia ..raja ada tapi sudah tidak berkuasa lagi. Jika mahu diwajarkan alasannya boleh saja tapi realitinya adalah kesedaran rakyat tentang betapa besarnya budget dari wang negara yang dihabiskan untuk mempertahankan sebuah institusi Raja yang tak jelas manfaatnya kepada rakyat. Apakah rakyat boleh terima yang Raja amat menjaga Islam dan adat Melayu?
Maaf saja sampai saat ini..semuanya hanya atas kertas dan tidak terbukti langsung dalam praktikal hidup. Ini persoalan dasar yang para Raja harus mampu memberi solusi dan jawapan. Dunia makin cepat berubah dan ilmu tentang hak rakyat tidak dapat dibendung lagi..Jadi akhirnya jika tidak jelas fungsinya untuk tujuan dasar tadi..maka rakyat akan bertanya untuk apa ini semua? Alangkah lebih baik wang jutaan RM itu dibelanjakan untuk pendidikan dan kebajikan rakyat?..
4. Akibat kritikan terbuka kepada Raja Melayu memang amat dahsyat mungkin ke ISA tapi amat disayangkan ini seperti praktisi zaman feudal yang zalim. Sampai bila semua mulut rakyat ditutup dari berkata benar di hadapan tindakan para pemerintah yang tidak mementingkan nasib, hak dan kebajikan rakyat. UMNO pertahankan institusi ini bukan ikhlas untuk membela rakyat tapi lebih menjaga perut mereka kerana banyak juga projek yang melibatkan para Raja Melayu ini. Sekalipun salah, merugikan negara, menghancurkan masa depan negara tapi oleh kerana ada sokongan istana semua jadi ok...INILAH TRADISI KEZALIMAN YANG BERPANJANGAN. Ini tidak boleh dibiarkan kerana bercanggah dengan semangat dan ruh RUKUN NEGARA yang sebenarnya. Jika benar VIP Melayu serius mahu berubah dan bertaubat dari kezaliman sebelum ini maka mereka perlu menghitung semula secara jujur berapa banyak wang negara yang telah mereka pergunakan untuk kepentingan diri bukan untuk Negara?..Hal ini dulu diselesaikan...terbuka kepada rakyat dan kembalikan segala harta dan apa juga yang bukan hak merka kepada rakyat!! Amatlah memalukan jika para VIP Melayu terus mendabik dada kami menjaga kepentingan Melayu dan Islam tapi soal yang asas sahaja belum dapat dilaksanakan, maka di mana maruah Melayu? Apatah lagi jika dengan kritik terbuka rakyat ditangkap dan dimasukkan ke ISA. Ini lebih jelas lagi bahawa sistem feudal masih berlaku dan Malaysia adalah negara HADHARI yang tenggelam punca..
5. Akhirnya ..benar kata pepatah.."Raja ADIL disembah, Raja yang Zalim disanggah"..Ini pepatah Melayu bukan pepatah bangsa lain. Dan bangsa lain juga belajar dari pepatah ini. Nak salahkan bangsa lain? Tolong lah renung sendiri..maaf ye.."Ampun Tuanku...." orang Melayu tunduk tapi datang seorang taukeh dari bangsa lain..sambil menepuk bahu .." Apa kabar Tengku..."...Jadi siapa yang salah? Siapa yang ajar semua ini?. Sama juga kelibat di Bar atau kelab VIP yang tunggang langgang minum arak sambil bergelak ketawa " U n I" pengganti panggilan rasmi juga dari mana asal usulnya?..Marilah kita merenung sejenak...!!!..Namun bukan semua Raja macam ni..terutama dari Terengganu..Kami berharap contoh yang baik dari Kerabat Terengganu menjadi contoh kepada yang lain...!!
Hampir setengah jam dalam perjalanan..kami tiba di Desa Tun Razak. Pak Mad dan isteri sudah siap sedia menerima kadatangan kami. Alhamdulillah Pak Mad menjamu kami dengan mee kari beliau yang enak sambil terus berbincang soal isu semasa yang sangat menarik untuk diungkapkan. Kami turun setelah Asar dan kebetulan lif rosak maka turunlah kami berjalan kaki..Alhamdulillah ramai juga penduduk yang menunggu Tan Sri..Dialog berjalan lancar dan amat menarik kerana apa juga soalan dijawab dengan baik oleh Tan Sri.
Setelah selesai kami sempat minum dan bertemu denganRazali dari AMK Gombak..beliau bagi beberapa idea yang menarik untuk diambil tindakan oleh IKRAR.
Bersurai jam 7 malam...
6 May.
Apa yang dibincangkan dalam kereta tempuh hari muncul di Utusan online, kami secara prinsip bersetuju dengan Karpal dan rakyat amat berharap agar Sultan menghormati kehendak rakyat dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat...
Karpal pertikai sultan - Sifatkan istana campur tangan pentadbiran negeri Perak
KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.
Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'
‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini,” kata Karpal.
Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.
‘‘Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana.
‘‘Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” katanya.
Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.
Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Menteri Besar Perak dilaporkan akan menghadap Sultan Azlan Shah Selasa ini bagi menyerahkan watikah memohon ampun atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP baru-baru ini.
Perbuatan Mohammad Nizar itu melanggar tradisi di Perak kerana semua pelantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak.
“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.
“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.
Jamry, yang bertugas sebagai Pengarah JAIP sejak 2004, diarah bertukar serta- merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.
Mohammad Nizar yang mengeluarkan arahan itu pada 29 April mendakwa Jamry tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu-isu pentadbiran agama dan usaha kerajaan negeri yang baru untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.
Pada Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran tersebut.
Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.
Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
IKRAR; Yop, pepatah Melayu ada mengajo kita "Raja yang adil disembah dan Raja yang zalim disanggah". INI PETUA sejak zaman berzaman dan tradisi petua ini harus disedari juga oleh para Sultan dan Raja-raja Melayu. Apatah lagi dalam dunia maya ini, informasi kebejatan sesiapa pun boleh didedahkan dan diselongkar. Rakyat kecil yang bersatu akan menjadi kuasa keramat yang dapat menenggelamkan kedaulatan sesiapapun di dunia ini. Inilah kedaulatan rakyat dan kuasa ini jangan dipersendakan kerana akibatnya sangat fatal. Alangkah baik para Raja Melayu bertindak sesuai dengan perlembagaan yang ada dan beretika sesuai dengan darjah kebesaran tapi tidak sombong dengan rakyat jelata. Sejarah banyak mengajar kita tentang kes-kes seperti ini tapi pemimpin Melayu UMNO cuba menutupnya agar mempermudahkan kerjasama antara istana dan kerajaan UMNO memerintah. Rakyat dikhayalkan dengan cerita dongeng dan biarkan dia khayal...Penagih dadah, penagih candu, penagih arak, penagih dada (Samy kata..) terpelihara dengan baik kerana ada kaitannya denagn sikap pemimpin Melayu sendiri..."biarkan dia dengan labu-labunya " adalah sebuah pelarian dari sebuah kenyataan dari dunia nyata....Ayuh mari kita belajar dengan sejarah dan merenungnya dengan saksama ...dalam alquran jelas Allah menekan konsep .. "taat kepada sesiapapun mesti berasaskan kebenaran bukan ikutan adat dll". Jadi mari kita meneliti semula ruh Alquran..dan perlembagaan yang ada..!! Yop jangan dikejo takut kerana bayang kerana ianya hanya sebuah bayangan..!!!.
Sedutan dari AZIIM..............................
AZIIM: YOP, PORAHLAH...KOME NYOKONG BWA REBAH AJE...
Laporan polis terhadap Karpal Singh
IPOH 5 Mei - Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, beliau membuat laporan itu supaya polis menyiasat dan meminta pemimpin DAP itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbau hasutan itu.
''Kita meminta polis menyiasat Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan itu telah meresahkan rakyat Perak, khususnya berhubung dengan kuasa Sultan Perak itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Sultan Perak tidak mempunyai kuasa terhadap penukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury.
Karpal dilaporkan berkata, Sultan Perak tidak boleh berkata apa-apa terhadap keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan mengikut undang-undang, istana tidak boleh melantik kembali Jamry Sury ke jawatannya.
Selasa lalu, Sultan Perak, Sultan Azlan menitahkan agar ditarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry pada hari Selasa lalu, telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
Zainol berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh itu menimbulkan satu polemik serta keresahan dalam kalangan rakyat atas bidang kuasa raja ke atas agama dan istiadat Melayu di negeri ini.
Katanya, ia sekali gus menjejaskan kepercayaan atas hujah tersebut.
''Oleh itu, polis perlu menyiasat atas kenyataan ini kerana ia telah menghasut kerana ia boleh menjejaskan di atas kuasa sultan terhadap agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri ini," katanya.
AZIIM; Yop, selame ini kome buat kroje ape yop (pemude Umno le) Ngayun buah ape..? ...lebih baik motong getah aje..teman asal orang kampung tak jauh dari Istana Kuala Kangso tu, kalau orang kampung kite lapo, ade ke Sultan bagi kome beras? atau kene motong juge yop.?.Teman bukan bencikan Sultan atau cinta sangat pada Karpal, tapi kite kene tenguk yang beno yop!!! Pesan teman lebih baik mike semue mintak dengan Sultan ape juge hak rakyat yang salame ni di kebas oleh para Sultan, Pemimpin kome UMNO tu dan Raja Melayu . Nenek teman dulu jadi Panglima Sultan yop .....waktu Sultan perlu dia gune le ..tapi jika dia tak perlu ..rakyat nak ngadu dengan sape yop?...Deme hari-hari makan ayam, orang kampung kite makan ape yop kalo tak noreh?? Tolong cerodek sikit yop...Minta dengan Sultan tu dari elaun dan komisyen yang deme dapat dari projek rakyat...Jangan jadi mangkuk yop...!!!
7 May..
IKRAR: Kami menyokong pendirin PR seperti kenyataan akhar di bawah....
Inilah sedutan dari Harakahdaily....
Hubungan Istana Perak dan MB baik, media cuba polemikkan
Azamin Amin Tue | May 06, 08 | 12:25:07 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekali lagi diuji dengan 'asakan' dan 'cabaran' pihak tertentu yang dilihat cuba menghebahkan kepada rakyat. Kini kerajaan pakatan sengaja dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah wujud ketegangan antara pihak Istana dengan Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Walhal isu itu berkaitan formaliti dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi oleh Nizar dalam perkara membabitkan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato' Jamry Sury. Mengulas lanjut hal itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata isu 'kesilapan' teknikal itu cuba diperbesar-besarkan dan dipolemikkan oleh sesetengah media milik kerajaan yang mahu mempamerkan seolah-olah Nizar membelakangi kuasa Istana. Sedangkan pertukaran Jamry telah dimaklumkan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak sewaktu perasmian Mahkamah Syariah Ipoh pada 30 Mac lalu. "Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Perak iaitu Raja Muda Raja Nazrin Shah. "Dan Raja Muda menegur Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul. Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya yang juga seorang peguam. Beliau turut mendakwa bahawa pertukaran Jamry iaitu merupakan proses pertukaran biasa yang dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri kepada para pegawainya. Ianya tidak melibatkan soal turun pangkat mahupun pemecatan daripada jawatan, katanya. "Pada awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak memang berlaku beberapa pegawai yang enggan bekerjasama dengan Menteri Besar malah mahu meletakkan jawatan ataupun ditukar ke tempat lain. "Justeru kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik menangani masalah-masalah individu yang tidak mahu memberikan komitmen kepada kerajaan yang baru," katanya. Berhubung dengan kenyataan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, beliau sekadar menyatakan bahawa itu merupakan hak beliau untuk memberi pendapat dan enggan mengulas lanjut. "Kita tidak mahu melatah setiap isu yang dimainkan oleh pihak media atau pihak-pihak tertentu kerana ianya akan mensensasi perkara yang tidak pun seperti yang digambarkan," katanya yang juga merupakan AJK PAS Pusat./wann |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!