foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, May 6, 2008

HATI - HATI WAHAI PEJUANG!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

7 May..

Ada beberapa perkara yang perlu kita semua ambil kira samada sebagai manusia biasa apatah lagi para pejuang kebenaran, pejuang reformasi, pejuang nasib rakyat atau YB atau Menteri atau Raja:

1. Apakah sebenarnya niat kita bermati-matian dalam sebuah perjuangan?
2. Kemana arah tujuan kita berjuang?
3. Sampai bila kita harus berjuang?

3 poin dulu cukup untuk kita renungkan secara saksama ke dalam diri kita masing-masing. Kita jangan tenguk orang lain tapi diri kita sendiri.

Niat adalah sesuatu yang abstrak/tak kelihatan dengan mata tapi biasanya niat sebenar akan bermunculan dalam aktiviti kehidupan serta amalan seharian kita. Kita tidak akan mampu menipu niat kita sendiri kerana kita tahu apakah sebenarnya niat kita. Mungkin orang yang jauh dari kita melihat dan teruja dengan kita TAPI DIRI KITA sendiri bagaimana?

Inilah ( A) tuntutan utama bagi setiap diri seorang pejuang sebelum melangkah ke gelanggang selanjutnya. Bagi AJK IKRAR..sila renungkan dan fokus poin ini terlebih dahulu sebelum kita bergerak lebih jauh.!! Kita tak perlu habiskan waktu melaporkan keadaan si A, si B dan si C dalam pertemuan kita. Jika ini terjadi maka kita sudah hilang fokus. Dan biasanya jika hilang fokus maka ..hasilnya juga ..nahil/kosong...kosong + kosong + kosong kata seorang pemikir terkenal Amir Syakib Ar salan..0+0+0 ........= 0. Niat yang jahat pasti menghasilkan kejahatan. Sebab itu UMNO tidak akan pernah jadi baik kerana asas niatnya telah melanggar aspek kemanusiaan sejagat iaitu pemahaman bangsa Melayu yang sempit sehingga mengarah kepada fahaman perkauman. Ini juga pernah terjadi dalam banyak perjuangan yang meletakkan asas niat yang salah.. maka ianya tetap akan salah sekalipun kelihatan amat menarik....
(B) . Mengkosmetik sesuatu niat biasanya akan berakhir dengan bermunculannya kepalsuan. Katanya demi rakyat tapi duit rakyat dikebas, komisyen transaksi negara dikaut ratusan juta, nasib rakyat terbiar , rakyat dikurung tanpa bicara dan banyak lagi...Kenapa boleh terjadi begitu? Sebab anggota badan kita akan menurut perintah dari niat tadi...Niat adalah penentu arah dan tujuan kita. Bermuka-muka, menyamar dan apa juga istilahnya hanya buat sementara waktu sahaja dan akhirya terbongkar juga niat sebenar. Pengalaman yang lalu banyak mengajar kita sehingga boleh kita merumuskan bahawa luaran seseorang hanya memberi gambaran 10 % sahaja dari seluruh diri seseorang. Maka masih ada 90% lagi yang belum kelihatan. Sebab itu saidina Umar minta kita melakukan 3 test /UJIAN ke atas seseorang sebelum kita meletakkan sesuatu amanah kepadanya.
i. Test dengan amanat- simple aje..jika sampaikan salampun dia tak mampu deliver ..maka jangan haraplah wang ringgit. Apatah lagi nasib rakyat dan nasib Reformis.
ii. Test dengan
berbisnes/muamalah yang melibatkan wang ringgit..
iii.
Bermusafirlah/berjalanlah yang agak jauh..dengannya..Jadi lengkaplah test tadi..Nak jadikan dia kawan atau AJK atau apa saja namanya maka lihatlah kepada 3 test tadi. So kita harus cek diri kita sendiri..jangan cek orang lain aje..KITA DULU!!!

MENGAMBIL CARA lain mungkin saja tapi cukuplah sebenarnya dengan 3 hal tadi.

2. Arah tujuan kita.
Kita tidak boleh samar-samar dalam memperjuangkan sesuatu.Contoh, IKRAR -mengumpulkan
semula reformis dan memberi khidmat kepada rakyat khasnya reformis dalam kadar kemampuan yang ada. Jadi AJK harus memahami dengan jelas arah tujuan ini. Kita tidak boleh melencong ke arah lain kerana arah lain akan membawa kita ke tempat lain. Maka dengan tujuan kita mahu melihat Malaysia sebagai sebuah negara ADIL dan berkebajikan maka inilah titik kita untuk kita tuju.

3. Sampai bila?
Sampai bertemu dengan titik tujuan tadi. Maka Malaysia yang adil, maju, bebas rasuah, bebas kezaliman, bebas dadah, bebas bersuara dll wajib diperjuangkan kerana jika tanpa perjuangan yang panjang, bertahap, rapi, kukuh, teratur, saling memahami dan mendokong maka kita tidak akan sampai ke titik temu.
Sila renungkan 10 tahun perjuangan reformasi, berapa juta rakyat telah terlibat samada secara tertutup atau terbuka, secara jelas atau tidak, secara pilihanraya atau tidak maka inilah ruang lingkup perjuangan tersebut. Kita akan kecewa jika kita meletakkan diri sebagai seorang pejuang reformasi tapi kita tidak dikenali seperti teman lain yang hanya sekadar melaungkan reformasi tapi dia ditangkap dan dia dikenali umum...Jadi sifat pejuang...dia tidak akan mengeluh atas segala kelebihan yang dia tidak dapat. Dan dia juga tidak akan resah bila dia mendapat sesuatu...Mari kita renungkan bersama ,!!

Bila kita menyaksikan FRU datang seperti dalam youtube ISA di sebelah....ketiga poin tadi harus menjadi neraca setiap diri kita...jika kita menjerit kerana suka-suka maka kita akan dapat suka-suka, jika kita sanggup ditangkap kerana publisiti maka kita dapatlah publisiti begitulah seterusnya..tapi yang kita MAHUKAN IALAH...KITA LAKUKAN SESUATU KERANA KITA YAKIN DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI PROSES UNTUK MENCAPAI TARGET APA YANG TELAH KITA SEMUA SEPAKATI DARI IKRAR KITA....

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!