foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, May 6, 2008

MALAYSIA BELUM SELAMAT BAGI PEJUANG MEDIA BEBAS...RAJA PETRA KAMI DI BELAKANG ANDA..!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

IKRAR: Sila renungkan berita ini dan ini adalah sebahagian dari siri kezaliman terhadap blogger dan pejuang media bebas untuk rakyat....

Demi perjuangan, Raja Petra enggan dijamin, pilih masuk penjara
Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | May 06, 08 | 5:04:25 pm MYT

PETALING JAYA, 6 Mei (Hrkh) - Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin enggan membayar ikat jamin RM5,000 yang mengakibatkan beliau dipenjarakan di Sungai Buloh sehingga tarikh kesnya bermula.

ImageBeliau yang ditemani isterinya Marinah Lee, akan dibicarakan pada pada 6 hingga 10 Oktober depan di Mahkamah Seksyen di sini.

Menurut salah seorang peguambela William Leong, Raja Petra meminta rakyat negara ini yang menyokong prinsip demokrasi agar menyumbang RM1 setiap seorang bagi menjelaskan ikat jamin tersebut.

Katanya apabila ditemui di luar mahkamah, Raja Petra mengharapkan sokongan daripada rakyat, memandangkan apa yang dibuat itu semata-mata untuk rakyat.

Selepas tarikh perbicaraan ditetapkan, Raja Petra yang masih dalam kandang tertuduh dilihat menghulurkan kedua-dua tangannya manakala salah satu tanganya memegang kad pengenalan kepada anggota polis.

ImageBagaimanapun anggota polis meminta beliau bertenang supaya memberi laluan kepada wartawan untuk beredar dari mahkamah.

Raja Petra yang dibawa keluar melalui pintu belakang mahkamah kemudian dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sebelum trak polis sampai untuk dibawa ke Sungai Buloh.

Sebelum itu, Raja Petra diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Bagaimanapun, ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur beliau menerima panggilan telefon dari pihak polis kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

ImageBeliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kertas pertuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.

Turut hadir ialah pemimpin Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ronnie Liu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta beberapa orang pengendali blog. Image

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu. Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu. - mr


RENTETAN DARI SIRI KEZALIMAN INI ..IKRAR AKAN TERUS MENGADAKAN "KEMPEN ANTI ISA" (KAI)...Sekarang Raja Petra nanti siapa lagi....???

Terima kasih kepada Harakahdaily kerana bantu memuatkan berita tentang KEMPEN ANTI ISA...BEBERAPA siri kempen akan terus dilakukan....hingga kita runtuhkan ISA bersama pemimpin bodoh sombong UMNO-BN!!!!

IKRAR: Ada juga orang berkata,
"Pemimpin Malaysia.. hebat sebab pandai guna BOM lebih hebat dari BUSH" kata orang yang dengar " Ini olang ..ha..takutla...bom dia punya bini pun dia makan ..bini olangpun dia makan lo..." ..Bukan itu bom la...BOM - "BUNUH ORANG MONGGOL"....YA..BETUI DIA BUNUH ORANG MONGGOL...YA DIA BUNUH ...DIA BUNUH...

Jika benar..maka tercatatlah sejarah baru di Malaysia anak kepada Bapak Pembangunan Malaysia ...meninggalkan seorang anak yang layak digelar "Bapak Peruntuh Malaysia"...

Pelik tapi benar dan benar tapi pelik. Macam YB hisap cerut mahal tepuk punggung pelayan, cerut yang dia hisap lebih mahal dari punggung yang dia... maaf.."raba"..pelikkan??...Sama juga dengan peristiwa BOM...

SUAMI ISTERI BOLEH RANCANG BUNUH ORANG ...NAK JADI PM MALAYSIA?? ..PORAHLAH...Kita
mesti desak agar POLIS siasat juga NAMA YANG DISEBUT OLEH RAJA PETRA...TAK ADILLAH JIKA RAJA PETRA SAJA YANG DITAHAN...SIAPA YANG TAKUT SEKARANG? POLIS, TPM, PM, HAMID ATAU ADA HANTU LAIN????
Ini semua satu mangkuk, mangkuk KEZALIMAN. Masa akan tiba ..mangkuk-mangkuk ni semua akan dilayarkan ke muara....muara KEDUNGUAN. MUARA BERKUMPULNYA BUAYA PUTIH TAK BERGIGI...TUNGGU.. MASA AKAN TIBA BILA RAKYAT BERKUASA buaya putih ni..akan ditempatkan di zoo beku supaya dapat dilihat oleh anak cucu kita.....!!
MAKA sekarang rakyat harus bersatu berkempen.. untuk tundukkan si durjana ini semua..!!!


Ikrar anjur 'Forum anti ISA' 11 Mei ini
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | May 07, 08 | 9:25:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) satu pertubuhan yang menghimpunkan kelompk reformis sejak 1998 akan menganjurkan satu forum Anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 11 Mei ini.

Pengerusi Ikrar, Mustafa Mansor yang menghubungi Harakahdaily berkata, pihaknya menganjurkan forum itu bagi mendedahkan kepada rakyat betapa kejamnya ISA.

Forum ini akan diadakan pada jam 2 petang pada 11 Mei di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, dan selepas itu Ikrar juga akan menganjurkan satu Forum Kesedaran Remaja di Restoran Faeza Maju (sebelah Masjid Jamek) pada hari dan waktu yang sama.(sedikti pembetulan bukan malam tapi petang)

Menurut Mustafa, untuk informasi lengkap mengenai aturcara program sila layari www.hr9808.blogspot.com.

Forum ini katanya terbuka kepada semua dan ini merupakan langkah pertama untuk membuka fikiran rakyat agar menerima hakikat bahawa 'ISA itu zalim'.

Selamat bertemu di "KEMPEN ANTI ISA" ....

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!