HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
3 Jun
Jam 2 petang kami berangkat ke Putrajaya memberi sokongan kepada Ketua AMK menghantar memorandum ke Pak Lah... ..
AMK gesa PM gantung tugas Gani Patail dan Musa Hassan
Harakahdaily
Fri Jul 04, 08 3:57:44 pm MYT
PUTRAJAYA, 4 Julai (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sementara siasatan dilakukan ke atas keduanya.
Dalam suratnya kepada PM semalam, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Akin menegaskan pihaknya yakin kedua-dua pegawai kanan kerajaan tersebut terbabit mengemukakan laporan palsu dan menyembunyikan fakta berkenaan kes membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sepuluh tahun lepas.
Katanya, siasatan segera hendaklah dilakukan ke atas kedua mereka dan jika terbukti, Gani dan Musa hendaklah dipecat.
Berikut disiarkan kandungan penuh surat AMK kepada PM
3 JULAI 2008
Kepada :
Yang Amat Berhormat,
Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Yang Amat Berhormat Datuk Seri,
MEMORANDUM MENGGESA KETUA POLIS NEGARA DAN PEGUAM NEGARA DIGANTUNG TUGAS SEMENTARA MENUNGGU SIASATAN KE ATAS LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1. Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius mengenai pendedahan yang di buat oleh Ketua Umum KeADILan yang juga merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang terkandung di dalam laporan polis beliau di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Selangor pada 1 Julai 2008 yang lepas.
2. Laporan polis beliau yang antara lainnya mendedahkan wujud konspirasi terancang di antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap Dato' Seri Anwar dari pengetahuan umum.
3. Ini termasuklah tindakan kedua mereka yang berpakat untuk memalsukan laporan perubatan siasatan kecederaan Dato' Seri Anwar yang menyimpulkan bahawa berlaku serangan fizikal yang serius ke atas beliau, di mana Gani telah bertindak memalsukan laporan perubatan tersebut dengan mengarahkan seorang pegawai perubatan, Dr. Abdul Rahman Yusof untuk menyediakan satu laporan tidak bertarikh yang menafikan wujud serangan fizikal ke atas Dato Seri Anwar.
4. Kenyataan di atas disokong dengan merujuk kepada Para 10 Laporan Polis Dato Seri Anwar:
10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti "the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow" ["bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung"], "accidental nature of the injuries could not be ruled out" ["kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak"] dan "self-inflicted nature of the injury should be considered" [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan"]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.
5. Pendedahan Dato Seri Anwar ini memberi gambaran jelas betapa bagaimana institusi Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia dieksploitasi untuk merencana satu konspirasi politik yang bertujuan untuk menjatuhkan kareer politik Dato' Seri Anwar pada ketika itu.
6. AMK berpendapat ini bukanlah satu perkembangan yang boleh dibiarkan tanpa tindakan susulan yang serius, memandangkan apa yang berlaku jelas membuktikan bahawa rakyat juga terdedah dengan sebarang bentuk manipulasi instrumen penguatkuasaan oleh pihak pemerintah demi melampiaskan matlamat dan cita-cita politik mereka yang mengenepikan nilai-nilai manusiawi dan moral yang tinggi.
7. Intimidasi politik yang dilancarkan ke atas Dato Seri Anwar dan keluarganya sebermula September 1998 hasil daripada pemecatan beliau adalah satu tindakan yang bersifat keterdesakan politik yang tinggi untuk menafikan sebarang bentuk pendedahan rasuah dan salah guna kuasa yang berlegar-legar di kalangan pimpinan kerajaan pada ketika itu.
8. AMK mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri untuk laporan polis ini disiasat secara profesional. Justeru, kita menegaskan bahawa akan timbul keraguan terhadap profesionalisme kepolisian sekiranya pihak polis menyiasat laporan terhadap ketua mereka yang masih lagi bertugas dan boleh memberikan arahan. Keraguan yang sama juga timbul terhadap Peguam Negara yang diberi kuasa penuh seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia untuk melakukan pendakwaan. Pendakwaan yang adil sama sekali tidak akan berlaku sekiranya berlaku pertuduhan terhadap Peguam Negara. Justeru, AMK yakin dan percaya atas prinsip akauntabiliti dan integriti yang tinggi, adalah menjadi tanggungjawab yang sangat besar bagi institusi Perdana Menteri Malaysia untuk menjalankan satu bentuk siasatan rapi dan terperinci bagi memastikan kesahihan laporan tersebut.
9. Ini adalah penting bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan dijunjung tinggi tanpa mengenal ideologi politik mana-mana individu, sejajar dengan Perkara 11 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948:
1. Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
2. Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan.
10. Sejajar dengan keyakinan atas prinsip ini, maka AMK ingin menggesa kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk:
i. mewujudkan satu Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat Laporan Polis Dato' Seri Anwar bertarikh 1 Julai 2008;
ii. menggantung tugas Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail bagi menjamin kelicinan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berwajib;
iii. memecat Musa dan Gani serta mendakwa mereka di Mahkamah terbuka sekiranya Laporan ini didapati berasas dan mengemukakan pembuktian yang sahih;
iv. Mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas sebarang bentuk arahan dan kebenaran yang diberikan kepada PDRM dan Peguam Negara untuk bertindak zalim menafikan hak Dato' Seri Anwar sebagai seorang rakyat Malaysia yang terjamin hak asasinya di sisi Perlembagaan Persekutuan; dan
v. Memohon maaf secara terbuka kepada Dato' Seri Anwar dan keseluruhan rakyat Malaysia atas salahguna kuasa yang telah dilakukan ke atas beliau.
11. Kami menggesa agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta demi menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.
Yang Benar,
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia - mr _
4 jUN
Selepas Jumaat, kami berhim[un di depan Masjid Kg. Baru sekitar jam 2.10 petang. Sdr Hidir mulakan bicara dan ribuan para jamaah berkumpul di depan pintu besar Masjid Kg. Baru. Panas dan berasakan makin terasa kerana polis mendekati kami sambil meminta Hidir berhenti bicara. Kemudian Hidir serahkan kepada saya dan hanya dapat berbicara selama 2 minit. Polis merempuh dan meminta kami berhenti. Reformis muda berteriak melaungkan reformasi...reformasi..reformasi...diikuti ribuan suara lain..Panas...Hidir melompat ke atas sebuah motor dan memberi info supaya hadirin datang ke protes sejuta rakyat pada hari Ahad. Polis tidak memberi kami peluang lagi dan menggari Hidir...Para jamaah masih menunggu di sekitar tempat berkenaan.
Sementara menunggu sisatan kami ke Masjid Jamek mengedarkan poster Protes sejuta rakyat di kawasan stesyen LRT. Alhamdulillah sehngga jam 8 malam dan kami langsung ke Balai Polis Dang Wangi..
Hidir SU IKRAR dan Khairul AMK Batu ditahan dan dibebaskan setelah jam 8 malam. Kmai terus ke Boston untuk mendengar beberapa ceramah dari PR.
Kami juga menerima info perubahan tempat...
Mari berhimpun beramai-ramai di Stadium MPPJ Kelana Jaya, Ahad ini
Anis Nazri
Fri Jul 04, 08 4:23:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - "Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh," kata pemimpin Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu rakyat diseru menyertai perhimpunan aman memprotes kenaikan harga minyak pada Ahad, 6 Julai ini dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.
Pakatan Rakyat juga memaklumkan bahawa perubahan lokasi perhimpunan membantah kenaikan harga minyak dari Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya (berhampiran Kolam Renang MPPJ dan Pusat Latihan MAS), dibuat atas nasihat pimpinan Pakatan Rakyat, yang diputuskan selepas mesyuarat di rumah Anwar Ibrahim, semalam.
Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung parti komponen Pakatan Rakyat, pertukaran lokasi tersebut dilihat berdasarkan perkembangan suasana politik semasa.
Kenyataan media itu ditandatangani Anwar, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; dan Setiausaha Agung KeADILan, Datuk Salehudin Hashim.
Sementara itu, jurucakap Protes, Moon Hoi, ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tersebut, bagaimanapun pengisian program tersebut tidak berubah.
Pelbagai program akan diadakan, termasuk solat hajat perdana selepas Isyak yang bakal diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.
Difahamkan, selain Anwar, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah mengesahkan turut serta dalam perhimpunan itu. - mr_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!