foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, July 5, 2008

NAJIB DAN ROSMAH TERDESAK...




HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

5 JUN
Najib cuba menafikan di TV3 jam 8 malam tadi
, tapi kelihatan ia amat terdesak dan meminta bantuan TV3 untuk cover kes tersebut dengan beberapa ayat alquran. Baru sekarang beliau mahu bicara tentang akhirat dan itu ini.


‘‘Saya tidak gentar menghadapi dugaan, saya tidak takut menghadapi fitnah kerana kebenaran tetap akan muncul nanti. Saya dan isteri akan menghadapi segala-galanya.
‘‘Saya tahu kebenaran tetap akan timbul dan yang hak akan mengatasi yang batil. Allah sahajalah yang menentukan mana yang benar, Allah juga yang akan membalas (kejahatan) kalau tidak di dunia ini, di akhirat. Silap-silapnya tak payah di akhirat, di dunia pun dah dapat balasannya,”
katanya.

Silakan berdepan dengan kebenaran...kamu pasti tumbang kali ini..!!! Panggillah seramai mungkin gengster kamu dan bertarunglah dengan kebenaran...!! kamu semua akan hancur kerana kebenaran adalah paksi kepada kekuatan..

Kenapa setelah sehari Bala buat pengakuan kemudiaan esuknya dia terpaksa ubah kenyataan?...Lebih parah..anak dan isteri sudah tiada di rumahnya..?? Ini serah pada Allah atau suruh gengster UMNO buat kerja ??...Nak menipu pun janganlah nampak sangat...!!! Porahlah...

Balasubramaniam, keluarga dilaporkan 'hilang' !
Azamin Amin

Sat Jul 05, 08 7:54:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - Penyiasat Persendirian Balasubramaniam yang mencetuskan kontroversi telah dilaporkan 'hilang' selepas mencetuskan kontroversi berhubung dua surat akuan bersumpah berkaitan pembabitan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dengan kes Altantuya Sharibuu

Ini termasuk kehilangan isteri Bala beserta tiga orang anaknya juga turut tidak dapat dikesan sehingga kini.

Kehilangan mereka itu telah dilaporkan oleh anak saudara mereka R Kumaresan, 27 di Balai Polis Brickfields kira-kira jam 5 petang tadi dengan ditemani oleh seorang peguam.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam Dato' Ambiga Sreenevasan Akuan bersumpah pertama Bala tidak boleh ditarik balik kerana dibuat mengikut prosedur betul dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

"Akuan bersumpah adalah dokumen yang mengandungi keterangan yang diberi di bawah ikrar. Pengakuan bertulis di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dalam kes ini semua keterangan diberi secara bersumpah tidak boleh ditarik balik," katanya.

Pada 3 Julai lalu Bala yang pernah memberi keterangan sebagai saksi pertama pendakwaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, mengedarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai setebal 16 muka surat dengan mendakwa wanita Mongolia yang dibunuh itu mempunyai hubungan dengan Najib.

Bagaimanapun kurang daripada 24 jam iaitu keesokan harinya (4 Julai) Bala menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya dengan mengatakan kandungan akuan itu mengenai Najib adalah tidak benar.-az _
SDR, polis memberi komentar atas hilangnya keluarga Bala sangat tidak manusiawi dan inilah sikap mereka terhadap kes-kes sebelum ini.....
Kehilangan Bala mungkin kerana takut

KUALA LUMPUR 6 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan kehilangan P. Balasubramaniam bersama isteri dan tiga anaknya disebabkan takut mengenai keselamatannya atau disembunyi pihak tertentu selepas membuat dua akuan bersumpah berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kehilangan penyiasat persendirian itu membantutkan siasatan polis terhadap dua akuan bersumpahnya bertarikh 1 dan 3 Julai lalu.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum merekodkan keterangan daripada Balasubramaniam berhubung dua akuan bersumpahnya itu.
"Jika dia (Bala) bimbang dengan keselamatannya, pihak polis sedia memberi perlindungan kepadanya.
"Kalau dia takut diambil keterangan, dia juga boleh datang bersama peguamnya,
" kata Mohd. Bakri pada sidang akhbar di sini hari ini.

Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama 1 Julai membuat berbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya manakala akuan bersumpah kedua pada 3 Julai menarik balik semua tuduhan tersebut.

Interpol Semalam, anak saudara Balasubramaniam membuat laporan polis berhubung 'kehilangan' penyiasat persendirian itu bersama anggota keluarganya sejak 3 Julai lalu.
R. Kumaresan, 27, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 5.20 petang ditemani peguamnya, N. Surendran.
Menurut Mohd. Bakri, polis sedang berusaha mengesan Balasubramaniam untuk membolehkan siasatan dimulakan berhubung dua akuan bersumpahnya sebelum ini.
Katanya, sehingga kini polis mengklasifikasikan kehilangan Balasubramaniam sebagai kes orang hilang.
"Kita telah memaklumkan kepada polis antarabangsa (Interpol) mengenai kehilangan ini selain meminta pasukan keselamatan di sempadan berjaga-jaga," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan memanggil peguamnya, M. Arulampalam untuk membantu siasatan.
Dalam pada itu, Mohd. Bakri kesal kerana Kumaresan enggan memberi kerjasama kepada polis.
Kumaresan yang ditemui hari ini berkata, beliau belum berputus asa untuk Balasubramaniam.
Semalam, Kumaresan membuat laporan polis berhubung 'kehilangan' Balasubramaniam bersama anggota keluarganya sejak 3 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini.
Dalam laporannya itu, Kumaresan mendakwa gagal menghubungi Balasubramaniam dan isterinya, S. Senthamil, 30, serta tiga anak mereka berusia antara enam dan 11 tahun sejak kelmarin.

Raja Petra masih beri keterangan, berlangsung lebih dua jam
Azamin Amin Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat Jul 05, 08 7:29:57 pm MYT

ImageAkuan berkanun itu mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu malah Rosmah didakwa berada di tempat kejadian sewaktu pembunuhan itu berlaku.

Raja Petra mula memberi keterangan mulai jam 5.20 petang dengan ditemani oleh seorang peguamnya. Beliau hadir bersama isterinya, Marina Lee Abdullah, Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu serta kira-kira 50 orang penyokong Raja Petra yang berkumpul di perkarangan balai tersebut. Image




Para penyokongnya masing-masing kelihatan memakai baju-T berwarna kuning dengan tertera gambar Raja Petra serta tulisan 'Justice For Altantuya.'




Sementara itu, berada sedikit kekecohan di mana para penyokong tidak berpuas hati dan bertengkar dengan tindakan beberapa anggota polis yang melarang mereka berada di perkarangan balai polis tersebut namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku. Raja Petra dalam akuan bersumpah turut menyebut nama Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin.-az_

AKUAN BERSUMPAH BUKAN BOLEH DIPERMAINKAN..DAN INILAH YANG SERING DILAKUKAN BN-UMNO KETIKA TERDESAK.....


Bala buat Akuan Bersumpah Pertama secara sukarela - Peguam

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!