foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, August 17, 2008

ISTIQAMAH ADALAH ADALAH SALAH SATU SIFAT UTAMA SEORANG PEJUANG...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

17 OGOS
Sejarah pertama qiamullail di Malaysia, bakal PM bersama rakyat bukan hanya menjadi agenda politik tapi inilah salah satu ciri hidup para pejuang. Rasulullah dan sahabat istiqamah bangun malam dan begitulah juga dengan orang soleh selepasnya akan mengambil peluang untuk terus istiqamah mendekatkan diri ke hadrat Allah. Di tengah sibuknya pemimpin dan kuncu UMNO bergelak tawa di karaoke dan tempat-tempat hiburan, para pejuang PR bersama DSAI mengadahkan tangan ke langit, merebahkan tubuh ke bumi, menundukkan kepala ke hadrat Ilahi bersama hampir 500 orang tadi pagi. Seraya berdoa..Ya Allah, ya Allah, ya Allah..kami dhoif dan bantulah kami!!! Inilah curahan hati yang tulus ke hadrat Allah dan dari sinilah mengalirnya air mata keinsafan dari seluruh pejuang yang hadir.
Kami berharap dari seluruh negara pejuang turut serta melakukan munajat di setiap malam agar Allah yang Maha Berkuasa memberi petunjuk dan pertolongan kepada kita semua khasnya DSAI, keluarga dan pemimpin PR yang sedang diserang fitnah.

Program tetap diadakan dan jawapan fitnah Saiful diberi perhatian...

Sumpah Saiful TUDUHAN LIWAT ADALAH FITNAH JAHAT!
PEMECAH BELAH MASYARAKAT!

(Ustaz Dr. Badrulamin Bahron)

Merujuk kepada pandangan Ulamak Besar Dunia antaranya Syekh Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi dan Syekh Prof. Dr. Taha Jabir al-Elwany.
1) LIWAT adalah termasuk kes HUDUD. Kaedah perundangan menurut Islam dalam kes HUDUD bukanlah dengan bersumpah tetapi yang menuduh hendaklah membawa 4 saksi. Jika gagal maka yang menuduh dihukum bersalah kerana melakukan QAZAF (menuduh tanpa saksi) dan hukumannya adalah sebat 80 kali (Rujuk al-Quran Surah An-nur 24:4).

2) Apa makna bersumpah dengan al-Quran jika yang bersumpah itu tidak beriman dengan al-Quran? (rujuk kes - Rafidah Aziz sanggup bersumpah dengan al-Quran yang kononnya ia tidak terlibat dengan rasuah AP sedangkan seluruh dunia tahu ia melakukannya). Apa makna bersumpah dengan nama Allah jika orang itu tidak takut pada Allah? (rujuk kes – Najib Abdul Razak sanggup bersumpah dengan nama ALLAH yang kononnya ia tidak kenal Altantuya walaupun seluruh dunia tahu ia mengenalinya).

3) Dalam kes ini, 4 orang saksi yang adil perlu untuk mensabitkan kesalahan HUDUD demi menjaga maruah dan keharmonian masyarakat. Kes studi - Tuduhan LIWAT tahun 1998 tidak syak lagi telah menyebabkan perpecahan, permusuhan, kezaliman sesama kita selama 10 tahun. Walaupun pada tahun 2006 Mahkamah telah membersihkan fitnah tersebut dengan membuang kes LIWAT dan membebaskan Anwar tetapi permusuhan kita berterusan hingga hari ini. Benarlah Firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2:217 bermaksud “Fitnah itu lebih besar (dosanya) dari membunuh…”

4) Jika pada tahun 1998 AZIZAN yang menuduh Anwar itu disebat 80 kali, kita yakin tidak akan muncul lagi budak bernama SAIFUL hari ini. Tetapi Azizan kini hidup kaya raya, Khalid Jefri (penulis buku 50 Dalil) kaya raya (dah kembali menghadap Tuhan), Hakim Augustine Paul dan Arifin Jaka kaya raya, Rahim Nor kaya raya, Musa Hassan yang menyiasat naik pangkat dan kaya raya, Mukhtar Abdullah kaya raya (dah kembali menghadap Tuhan), Gani Patail kaya raya, ahli politik yang terlibat kaya raya… Kita? Rakyat dapat apa? Hanya menanggung dosa dan derita permusuhan serta kezaliman yang tidak berkesudahan...

5) Kalaulah amalan bersumpah jadi pegangan, nescaya berleluasalah fitnah dan tuduh menuduh sesama kita… Sudahlah! Cukuplah! Bertaubat dan tebuslah dosa yang kita lakukan pada tahun 1998 kerana memberi kuasa dan bersekongkol dengan orang yang zalim. Ingatlah! Dosa pada Allah mudah untuk kita bersihkan dengan taubat tapi dosa pada manusia? Jangan sampai kita menjadi orang yang muflis (bankrupt) dihari qiamat nanti. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Apakah kamu tahu siapa orang yang muflis dihari qiamat? Mereka adalah orang yang berdosa (zalim) pada manusia dan membawa dosa itu ke akhirat. Mereka akan menebusnya dengan pahala amalnya dan setelah habis pahalanya maka mereka akan menanggung dosa orang yang mereka zalimi…”

6) Marilah! Berilah undi pada Anwar sebagai tanda insaf dan penyesalan kita atas dosa fitnah serta permusuhan yang lalu… Peluang kini terbuka untuk kita menebus kesalahan silam… Jangan lepaskan peluang ini. Semoga Ramadan kali ini kita sambut dengan hati yang bersih dan sejahtera… “Ketibaan Ramadan menghapuskan dosa setahun…” – mafhum Hadith. Marilah kita hapuskan FITNAH dan permusuhan, kembalikan persaudaraan dan keharmonian! YA ALLAH… BUKALAH HATI KAMI…

RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH: PUSAT KHIDMAT KEROHANIAN PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH 2008

Program hari ini>>

Jadual Kempen Anwar Ibrahim 17 Ogos (Ahad)
07:30 pagi : Lawatan ke Pasar Awam SEBARANG JAYA
05:00 petang : Jamuan Teh di Jalan Bharu (Depan Esso), SEBARANG JAYA
08:00 malam : Jamuan Makan Malam bersama Masyarakat CinaLorong Tenggiri, SEBERANG JAYA (Sebelah Esso)
09:00 malam : Ceramah Umum di Surau Kampung Belah Dua, SEBERANG JAYA
10:00 malam : Ceramah Umum di Padang Bolasepak Guar Jering, PENANTI
11:00 malam : Ceramah Perdana Bersama Mursyidul AmKawasan Lapang Boon Siew, Bukit Jelutong, PERMATANG PASIR
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ahmad Azrizal, Ketua Pegawai Pusat Info Media pada talian012-4984556.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!