IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
16 OGOS
LAUTAN MANUSIA hampir 100,000 orang hadir di Permatang Pauh adalah jawapan kepada cabaran dari Najib malam semalam di TV3.."BN tidak terlibat dengan sumpah Saiful dan Rakyat menentukan nasib Anwar??". Bahkan semasa di padang tadi Najib malu berat kerana ribuan melaungkan "Altantunya...Rasuah...ditujukan kepada Najib" Alangkah malunya Najib dan kuncu-kuncunya kerana apa yang beliau nyatakan semalam tidak langsung memberi kesan kepada rakyat. Jadi strategi memperdaya rakyat 100% gagal,gagal dan gagal. INi petanda awal untuk pemilihan 26 Ogos nanti... Sumpahan Saiful juga disanggah oleh tokoh ulama tempatan kecuali dari seorang ulama BN.....
Maghrib: DSAI solat berjemaah di Surau Taman Pauh Indah dan memberi tazkirah. Tak terbayangkan suatu ketika nanti PM Malaysia adalah salah seorang yang mampu memberi tazkirah. INilah contoh dan inilah salah seorang yang telah dianugerahkan Allah seorang putera bangsa Melayu kepada rakyat Malaysia. Dari tazkirah ringkas tadi, beliau sempat menekankan aspek "thummastaqamu" iaitu konsistensi atau istiqamah dalam perjuangan. Sekalipun dilakukan aps sahaja kita wajib istiqamah. Tuduhan, pukulan, penjara, hinaan, sekatan politik, dimalukan dll tapi beliau tetap istiqamah. Istiqamah ada kaitan dengan aqidah dan salah satu dari caranya ialah dengan kembali membina iman (charge semula iman) secara berterusan. Sama seperti solat dan ibadah yang lain. Tazkirah singkat amat menarik para jemaah dan memberi kesan mendalam kepada mereka semua. Hampir 30 minit di surau dan beliau meneruskan program kunjungan ke pasar malam tidak jauh dari surau. Ada sesuatu yang amat terkesan ialah dari ucapan beliau ialah. ..
" Bila melihat lautan rakyat memberi sokongan kepada seorang manusia hina seperti yang digambarkan oleh pimpinan BN-UMNO, saya bertasbih..subhanallah, saya bersyukur ..alhamdulillah..Ini semua adalah dengan izin Allah..". Sejarah telah membuktikan sesuatu di Permatang Pauh..."
Penamaan calon Permatang Pauh buktikan komitmen tinggi penyokong Pakatan Rakyat
Mohd Sabri Said Foto Nasir Sudin Sat Aug 16, 08 5:21:57 pm MYT
PERMATANG PAUH, 16 Ogos (Hrkh) - Hari penamaan calon Parlimen P44 Permatang Pauh selesai dalam keadaan terkawal dengan menyaksikan sokongan pada Pakatan Rakyat berganda berbanding BN.
Walaupun hari ini bermulanya cuti persekolahan dan hari cuti bagi sektor awam, BN dilihat gagal menyaingi para penyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih matang, tidak kebudak-budakan dan berdisplin.
Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air lazimnya bermalam sama ada di hotel, homestay, rumah sewa mahupun surau, masjid ataupun Markas PAS dan KeADILan.
Kehadiran awal membolehkan mereka pergi lebih awal ke tempat berhimpun yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis.
Pihak keselamatan menempatkan penyokong KeADILan di bawah Lebuhraya Butterworth-Kulim manakala BN berdekatan Sekolah Rendah Mengkuang.
Hari ini juga menyaksikan calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak diarak bersama ahli dan penyokong kerana pihak polis mengarahkan semua orang yang berkumpul menunggu calon Pakatan Rakyat masuk dahulu untuk mengelakan keadaan bertambah sesak.
Memandangkan senario itu, Pakatan Rakyat terpaksa berarak tanpa kelibat calon dan pada mulanya timbul tanda tanya di kalangan penyokong kenapa Anwar tiada bersama rombongan tersebut sedangkan semua pemimpin KeADILan dan pemimpin PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan Dr. Mariah Mahmud dilihat hadir.
Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat turut bersama setengah jam kemudian.
Berbagai sepanduk dan slogan dilaungkan para penyokong Pakatan Rakyat sekaligus menenggelamkan para penyokong BN yang sekali-sekala menunjukkan aksi lucah.
Selepas sesi bantahan tamat pada jam 11.00 pagi kebanyakan penyokong BN mengambil sikap menyepikan diri dan meninggalkan kawasan perhimpunan untuk mencari tempat berteduh berbanding penyokong Pakatan Rakyat yang terus berhimpun di tengah terik matahari.
Tepat pukul 11.45 pagi Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengisytiharkan tiga nama calon yang layak bertanding iaitu calon KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat.
Untuk mengelak kejadian tidak diingini, ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela dikerah mengawal keadaan.
Helikopter milik Polis Diraja Malaysia dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan penamaan calon bagi mengawal keadaan.- tajdid_
-
Hadi: Saiful's swearing a stupid act Andrew Ong Aug 16, 08 12:12pm - PAS president Abdul Hadi Awang was highly critical of Mohd Saiful Bukhari Azlan's act of swearing at the mosque yesterday that he was sodomised.
Dr. Haron Din. Persoal mengapa penuduh bersumpah??? |
Intan Abdullah
Sat Aug 16, 08 3:57:25 pm MYT | |
IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan. Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54. "Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya. Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut. "Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?" "Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful. "Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak. "Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya. Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut. "Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul," katanya lagi. Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik. "Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah. "Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah? "Adakah ia agenda dirinya atau orang lain," ujarnya lagi. Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya. Semalam upacara 'bersumpah' Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. - (tmj) Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh. Sebelum Saiful 'bersumpah', pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful. Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu. Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan. Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.' Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam. "Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut. Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu. Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998. Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu." - (tmj)
TUDUHAN LIWAT ADALAH FITNAH JAHAT
Kepada seluruh rakyat yang cintakan kebenaran mari kita sahut cabaran Najib dengan menadahkan tangan ke langit dan sujud ke hadrat Allah di tengah malam 17 Ogos..di program "Qiamullail Perdana bersama DSAI" atau siapa yang tidak dapat hadir sila lakukan dari rumah sdr semua.!!!
Qiamullail Perdana BERSAMA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM Tarikh : 17hb Ogos 08 (Ahad) Masa : 3.30 Pagi – 5.00 Pagi Tempat: Masjid Bandar PERDA, Permatang Pauh Program : Solat Sunat Tahajjud, Taubat, Sunat Hajat, Solat Sunat Gerhana Bulan, Khutbah Gerhana Bulan Solat Subuh Berjemaah Kuliah Subuh bersama Ust. Ustaz Badrul Amin Baharon & Ust Shamsul Firdaus Al Hafiz RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!