foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, August 8, 2008

KEPALA ANJING ANTARA REALITI DAN ANGAN-ANGAN..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

9 OGOS

Sempat membaca tentang sdr Abu Bakar atau Bakar Haq tapi saya menunggu sejak semalam apakah masalah yang telah ditimbulkan dari blog "penarik beca" dan saya cuba menjejaki di mana salahnya? Petang tadi barulah terjawab persoalannya hanyalah tentang kepala anjing.
Ada 2 hal yang mahu dikongsikan bersama:

1. Kenapa polis terlalu sensetif soal lambang yang sebenarnya ia merupakan sebuah karya seni seorang blogger? Hairan juga memikirkannya tapi di Malaysia tak perlu hairan hal begini kerana lebih teruk dari lambang mereka boleh lakukan seperti apa yang dilakukan oleh KPN sekarang yang merekayasa bukti dalam kes DSAI dan sebenarnya kes DSAI adalah sebuah ikon kepada ketidakjujuran polis dalam melakukan siasatan dll. Maaf..jika saya cuba mentafsirkan lambang anjing sebenarnya adalah lambang yang memberi erti betapa rendahnya institusi kepolisian di Malaysia kerana sifat semula jadi anjing ialah airliurnya jatuh bersama menjelir lidahnya kebawah sambil tercungap-cungap ketika berlari dan melihat makanan.
Setelah tuannya mencampakkan makanan lidah jelirnya hilang dan fokusnya adalah pada makanan. Sekalipun ianya dilatih mengesan bau dadah, ia tetap mesti diberi upah dengan makanan kegemarannya. Jadi apakah dapat polis membuktikan bahawa polis era Pak Lah Lena sekarang tidak terjelir lidah hanya semata-mata memikirkan wang rasuah yang berada didepan mata? Atau polis terus terkam si pemberi rasuah? Atau polis terus sambar rasuahnya dan melepaskan penjenayahnya? Inilah yang mungkin mahu disampaikan oleh rakyat secara umum.

2. Tangkapan dan jaminan tinggi kepada blogger adalah lambang sebuah penderaan kepada nilai seni yang bercanggah dengan wibawa kepolisian. Memang benar seharusnya polis tidak digambarkan seperti itu tapi realitinya bagaimana? Kes Saiful diliwat digambarkan di seluruh media, apakah tidak melambangkan kejahatan seekor anjing yang apabila tidak mendapat makanan yang cukup dia akan menyalak atau anjing akan menyalak jika tuannya mengupahnya untuk menyalak? Mohon maaf sdr dan teman yang masih berada dan berkhidmat dalam pasukan polis, maksud saya bukan menghina tapi marilah merenung ke dalam diri kita sendiri. Kenapa tuhan ciptakan kita dengan ciptaan yang terbaik, bukan anjing dan bukan pari-pari. Kita ada akal yang dapat menentukan sesuatu secara saksama dan adil serta dapat meninggikan lagi nilai kemanusiaan kita. Sayang sekali hal ini tidak menjadi panutan anggota polis di Malaysia berbeza dengan kebanyakan polis di beberapa negara jiran apatah lagi di negara maju yang memandang polis dengan hormat kerana pengurbanan mereka yang luhur kepada rakyat dan negara. Ayuh seluruh anggota polis, renungkan dan bebaskan diri anda dari cemuhan rakyat dengan mengangkat martabat diri anda di mata rakyat. Jauhkan diri dari rasuah dan etika kerja yang tidak profesional. Anda adalah pahlawan rakyat dan negara yang sewajarnya anda semua mendapat penghargaan dari kerajaan...!!! Saya yakin jika anda berubah, lambang anjing akan dirubah menjadi lambang seorang insan yang tersenyum ramah kepada rakyat.. Inilah yang diharapkan oleh semua..

Semoga Bakaq akan terus menjayakan blognya dan semakin sihat sehingga pandangan dan kritik yang bernas akan memacu perubahan berfikir semua pihak terutama mereka yang memang senang dengan perangai seekor anjing..!! Tuan Bakaq bila-bila kita pekena teh tarik dekat taqwa Melewar...!! Teruskan perjuangan..!!!....

Logo anjing: Penulis blog dibebas?MALAYSIAKINI

Penulis blog Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan sejak kelmarin kerana menggantikan kepala harimau dengan "kepala anjing" di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lamannya dijangka akan dibebaskan jam 4 petang ini.
abu bakar mohd rashid penarik beca 080808Isterinya memberitahu Malaysiakini sebentar tadi, jika wartawan sambilan itu memberikan kerjasama dalam siasatan polis, beliau akan dibebaskan daripada tahanan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur.

Abu Bakar (foto kanan), yang juga dikenali Bakar Haq, popular dengan kelantangannya mengupas isu-isu politik di blog nya 'Penarik Beca' (www.penarikbeca.blogspot.com)
Ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada lambang PDRM "satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis".

5 comments:

  1. Saranan:Lambang LOGO PAKATAN RAKYAT nanti letakkan lambang BABI..Bersempena hadiah yg pertama buat negeri Selangor & PAKATAN RAKYAT..Lambang BABI itu memberi erti bertapa rendahnya mertabat orang melayu dalam PR,yang bergantung kuasa semata-mata untuk DAP..

    renungkan dan bebaskan diri anda dari cemuhan rakyat dengan mengangkat martabat diri anda di mata rakyat.

    ReplyDelete
  2. apa yang kamu tahu tentang polis?adakah kamu penah berjuang mempertahankan negara pada masa ancaman komunis dahulu?adakah kamu rakyat Malaysia?Dan adakah kamu suka negara kita dijajah????Anuar adalah anjing kepada Amerika Syarikat dan Israel.Itu yang kamu mahu.Kamu silap kawan,silap kamu terlalu banyak.Kamu adalah anjing politik sebab kamu tidak faham apa itu politik.Bila kamu merendahkan badan penguatkuasa di negara kamu sendiri,kamu adalah penderhaka negara.Contohnya anak kamu kena rogol oleh orang,adakah kamu akan membuat laporan polis???Kamu buatlah laporan kepada PKR,biar mereka siasat...Baru kamu tau rasanya nanti.Ramai orang dah kena dengan Anuar,Laung reformasi,reformasi...Tapi apa kamu dapat?Adakah kamu dapat duit,kuasa,kedamaian atau apa-apa kebaikan.Yang kamu dapat adalah kesakitan dan ketidakstabilan sahaja.Ingatkah kamu bagaimana Anuar nak jual negara pada Tahun 1998???Apa akan jadi kalau negara kita buat pinjaman kat IMF dahulu.Kekuasaa,ekonomi,kestabilan dan pelbagai lagi kesenangan kita sekarang di kawal oleh penjajah koloni wang....jangan jadi bodoh.buat pilihan bijak demi anak-anak kamu.Saya tak sokong kerajaan dan juga tidak sokong PKR.Sebab PKR pemusnah negara dan saya di pendalaman Sarawak tidak mendapat perhatian kerajaan,tetapi yang penting hidup mestilah aman damai.Bukan buat demotrasi jalanan seperti geng Anuwar.

    ReplyDelete
  3. Sometimes there's a very thin line between what's permissible and what's prosecutable
    Very often we don't even know exactly when and where 'enforcers' will turn the table
    Yet we all know too well that for a country to be really thriving and seen to be openly stable
    We are required to stay away and are not allowed to pull any of the 'classified, sensitive but wrong' cables

    (C)Samuel Goh Kim Eng - 090808
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Sat. 9th Aug. 2008.

    ReplyDelete
  4. Q46. Malaysians hate Pigs and Dogs. Cows are sacred. (True or False)
    Rakyat Malaysia benci Babi dan Anjing. Lembu adalah suci. (Betul atau Salah)


    Answers at http://patek1472.wordpress.com
    Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. saya melihat tulisan saudara ini tidak lebih dari pandangan seorang berakal sempit. adakah meletakkan gambar anjing di logo polis DIRAJA malaysia ialah seni??? dimanakah rasionalnya.apakah polis2 kita sudah terlalu hina sangat di mata anda? adakah semua polis makan rasuah dan menjadi anjing? bagaimana pula dgn polis2 yg 100% bertanggungjawab kpd negara...adakah mereka2 ini anjing juga? saya berkawan dgn ramai polis malah ada yang berjaya membesarkan anak hingga ke menara gading...ada yang sanggup bersusah payah membantu jiran tetangga...adakah mereka semua ini ANJING seperti yg anda labelkan??

    kebebasan bersuara dalah hak rakyat tetapi jangan disalahgunakan..apa perasaan polis2 yg benar2 bertanggungjawab apabila anda labelkan mereka ANJING..saya tak tahu apa pegangan anda tetapi jika anda seorangh Islam..adakah ini yg disuruh oleh Rasulullah? melabelkan saudara sesama Islam sebagai binatang?

    siapa anda utk menilai org lain sedangkan Allah SWT pernah memasukkan seorg pelacur ke dalam syurga hanya kerana memberi seekor anjing yg kehausan minum air dari perigi menggunakan kasut beliau..

    jika anda tidak berpuas hati sekalipun dengan sesiapa sahaja...usah terburu2 melabelkan mereka menyamai binatang...itu etika seorg yg tidak berakhlak...

    walaupun saya bukan seorang polis tetapi saya dapat merasakan satu penghinaan yg teramat besar kepada institusi polis...anda mungkin lupa..tanpa mereka mungkin negara ini akan penuh dgn penjenayah dan mungkin kehidupan anak2 anda yg comel2 itu pun tidak selamat...

    kita merasa selamat di sini kerana kita tahu ada polis yg menjaga keselamatan kita selama ini...jangan disebabkan politik maka anda lupa segala jasa2 polis...

    maag jika komen saya ini kasar...tetapi terimalah hakikat bahawa terlalu ramai polis2 islam yang sujud kepada Allah SWT setiap masa....

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!