IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
8 oGOS
SAYA TIBA DI kliA SEKITAR JAM 10 MALAM DARI jAKARTA dan terus ke Kl Sentral dan ke Stesyen Taman Melati. Bertemu dengan Hamidi dan beberapa teman di kedai abg Aziz sambil minum teh tarik dan bee hoon sup dapatlah sedikit info tentang pembicaraan DSAI di mahkamah tadi pagi. Saya tidak dapat hadir kerana jadual flight sebelah petang dari Jakarta. Dari sudut pandangan saya sebagai seorang Muslim dan rakyat Malaysia:
1. Saya tidak tergamak untuk mendengarnya apatah lagi jika ianya diulang-ulang di media utama kita sama seperti tahun 1998. Tuduhan jijik ini adalah fasad/kejahatan dan mendengarnya juga boleh menyebabkan kita meragui kredibiliti seseorang. Dan inilah yang diinginkan oleh pemimpin jijik UMNO dan BN. Mereka mahu melemparkan najis kepada tokoh yang yang disukai rakyat dan inilah tanda betapa jijiknya pemikiran dan tahap akhlak mereka. Wallahi inilah kejahatan dan dari sinilah tersemainya benih kejahatan. Saya tidak mahu ceritakan hal ini kepada anak-anak kerana tuduhannya amat memalukan sekalipun mereka akan dapat tahu dari orang lain. Jika kesan dari tuduhan yang disebarluaskan ini memberi contoh kepada rakyat yang kurang berilmu maka sudah tentu semua pihak yang terlibat dengan tuduhan ini menerima akibatnya di dunia dan akhirat. Nauzubillah...
2. Saya yakin, rakyat akan bangun sekali lagi dan kali ini lebih besar lagi kerana kes ini bukan sahaja telah memalukan DSAi tapi seluruh rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran dan keadilan. BN memaksa rakyat untuk mempercayai sesuau yang sangat hina akan memberi kesan terbalik kepada UMNO dan BN. BUktinya kita akan lihat semasa pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti. Semoga Allah membuka hati dan fikiran rakyat terutama di Permatang Pauh sehingga rasa kebencian terhadap kezaliman yang mereka lakukan terhadap DSAI dimanifestasikan dalam pilihanraya tersebut.
3. Kepada para pejuang kebenaran dan keadilan di bawah PR, mari kita pastikan seluruh rumah diketuk pintu rumahnya dan diketuk pintu hati penghuni rumah itu dengan kesedaran yang mendalam terhadap kezaliman BN-UMNO terhadap DSAI yang terbaru ini. Mari kita pujuk rakyat bersama dalam perjuangan ini sehingga kezaliman tumbang menyembah bumi di Permatang Pauh dan selanjutnya ke Putrajaya. Mari kita bekerja seperti sebuah team bola yang profesional dan berdisiplin tinggi sehingga segala kelemahan kita dapat dikurangkan dan kehebatan PR dapat disaksi dan dinikmati oleh rakyat. Kemenangan makin dekat dan ayuh kita teruskan sehingga natijahnya tercapai...!!!
‘Saya tidak bersalah’ * Anwar bebas dengan jaminan * Sebutan semula kes 10 September
|
Anwar ada alibi - Peguam |
Salmiyah Harun, Nyza Ayob & Nuha Rahim Thu | Aug 07, 08 | 2:19:13 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - "Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialah pendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat," demikian antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Penasihat KeADILan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu. Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya. "Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan suka sama suka. "Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,"katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya. Jelas Anwar, tumpuannya kini pada Pilihan Raya Permatang Pauh. Katanya, beliau akan memulakan ceramahnya malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya. "Dari Taman Medan kita akan ke Permatang Pauh. Dan insya-Allah dari Permatang Pauh sampai ke Parlimen dan kita ambil alih kerajaan dan perbetulkan segala kekhianatan, penipuan dan rasuah yang ada," katanya. Anwar ada alibi Sementara itu, Menurut Peguam Anwar Ibrahim, Sankara Nair Anwar memiliki alibi yang kukuh pada masa kejadian (26 Jun) pada jam 3 petang sebagaimana yang didakwa oleh pembantunya, Saiful. Sankara yang ditemui di luar kamar sebaik sahaja prosiding tamat jam 10.30 pagi berkata, Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini dilihat berlaku adil kerana membenarkan anak guamnya diikat jamin setelah Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan liwat. Beliau salah seorang daripada sembilan peguam bela Anwar berkata, Hakim S.M Komathy memperlihatkan sifat adil dengan menggunakan budi bicaranya membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin. Sankara juga berkata, pendakwaan kes liwat terhadap Anwar tidak akan menjejaskan proses pilihan raya kecil Permatang Pauh akhir bulan ini. Hakim menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama. Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar: Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja ...............(maaf tak perlu dibaca ...) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan. Anwar diwakili sembilan peguam Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheefa Koya, Leela J Jesuthasan dan Mohd Razlan Jawaludin. Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun manakala pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan liwat. Dalam kes pertama pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Terdapat juga peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok. Sementara itu beberapa orang pimpinan PAS turut mengikuti perbicaraan tersebut seperti Naib Presiden, Dato' Husam Musa; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan AJK PAS Pusat yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menyambut baik keputusan mahkamah tersebut. Husam yang ditemui menyatakan keputusan tersebut menunjukkan mahkamah lebih bebas dan adil. "Kami bersyukur atas keputusan yang diambil oleh mahkamah tadi. Selepas ini, kita akan turun 'berperang' di parlimen Permatang Pauh bagi memenangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim,"kata Dr Lo' Lo'. Anwar meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah pada kira-kira 11.35 pagi. Laluan ke kompleks itu sesak seketika apabila lebih 2,000 penyokong Anwar berhimpun di luar dan dalam perkarangan kompleks menyebabkan Anwar sukar meninggalkan kawasan itu. - mks. _ TOK Hamid...jangan lebih sangat komennya jika tak faham. Kalau suka sama suka kenapa DSAI sahaja yang didakwa?..Inikah adil menurut tafsiran TOK atau undang-undang ala BN-UMNO ? Kita doakan agar Tok Hamid ni kalah dalam pemilihan ketua bahagian UMNO di kubu beliau, supaya dia dapat bersekolah semula macamana supaya lebih manusiawi dan lebih cerdas!!! Saiful tidak didakwa – Syed HamidKUALA LUMPUR 7 Ogos - Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak akan didakwa bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu atas tuduhan liwat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Mohamad Saiful tidak akan didakwa kerana dia kini menjadi saksi utama atas tuduhan meliwat yang didakwa dilakukan oleh Anwar. ‘‘Dia (Mohamad Saiful) adalah orang yang mendakwa Anwar telah melakukan sesuatu ke atas dia. ‘‘Dia adalah pengadu serta menjadi saksi utama dan tidak mungkin akan didakwa,’’ katanya. JAWAPAN YANG SEWAJARNYA UNTUK TOK HAMID..TELAH DIUNGKAP OLEH DSAI.. Mara Terus!Sekitar jam 10 pagi hari Khamis, 7 Ogos 2008, saya akan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk mendengar pertuduhan ke atas jenayah yang tidak saya lakukan. Sebagaimana yang saya tegaskan di dalam kenyataan semalam, penjenayah sebenar yang terdiri dari apparatchik pemerintah berusaha untuk memalukan diri serta keluarga saya, dan sudah tentu matlamat utamanya, adalah untuk menggagalkan aspirasi rakyat. Adakah sebegini miskin penjenayah-penjenayah ini? Tidakkah mereka merasai getaran perubahan ini? Ianya adalah tuntutan hasrat hati rakyat seluruhnya yang mahu institusi kenegaraan dipulihkan, kemakmuran dikecapi dan martabat negara kembali dijulang. Perubahan yang kita tuntut tidak pernah menjadi agenda milik peribadi. Ianya milik semua. Propaganda dan plot yang direncana oleh elit pemerintah terutamanya di kalangan yang dekat dengan Perdana Menteri sememangnya tidak bertanggungjawab. Kerakusan serta ketamakan mereka kepada kuasa, membuatkan mereka sanggup untuk menodai institusi-institusi kenegaraan dan demokrasi di negara ini. Ini membuktikan mereka sedang menghadapi krisis moral dan keyakinan. Mampukah mereka menahan Perubahan? Saya yakin tidak! Perubahan mesti terus mara. Biar Permatang Pauh menjadi saksi bahawa kita pasti mampu mencipta Malaysia yang adil, makmur dan aman. ANWAR IBRAHIM Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat7 Ogos 2008, 9:30 am, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi pada 6 Ogos 2008. Kami mencapai kata sepakat mengenai keputusan-keputusan berikut: a) Kami menganggap kes terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai kezaliman politik. Dalam kes ini bukan sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan. b) Seandainya Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan diikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Datuk Seri Wan Azizah, Presiden PKR akan bertindak sebagai penyelaras Majlis Pimpinan ini. c) Kami bersetuju sepenuhnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dan kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan penuh. d) Kami bersetuju bahawa manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki Parlimen, beliau akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bermula 27 Ogos 2008. YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden keADILan) |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!