foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, February 14, 2009

RAKYAT PERLUKAN CONTOH DARI PEMIMPIN YANG KONSISTAN...!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

14 FEBR

Sambil menunggu pesawat di airport Chengkaring JKT, saya sempatkan menulis sedikit komentar tentang pentingnya pemimpin yang konsistan:

1. Pemimpin bukan sahaja dilihat, didengar dan dianalisa oleh penyokong tapi lebih penting dari itu semua ialah pemimpin itu juga dikasihi. Apalah makna menjadi MB di Perak tapi rakyatnya menolak beliau..Inilah yang terjadi kepada Dr. Zambry. Lebih parah lagi kepada si pengkhianat yang setiap saat didoakan keburukan oleh seluruh rakyat. Tapi inilah pilihan mereka yang rendah akal budinya kerana terikut dengan kerendahan akal budi pemimpinnya. Ikut pemimpin yang sanggup bom bekas kekasihnya samalah seperti mengikori seorang Mike Tyson yang kuat tapi zalim dan bodoh. Bodoh bukan dari segi pendidikan tapi akhlak dan moral.
Jadi sekarang mereka disumpah dan dihina oleh rakyat yang pernah memilih mereka. Dan mereka amat sengsara bersama dengan seluruh keluarganya. Pelajaran dari sejarah telah terjadi bagaimana Allah mendidik Kaab bin Malik sehingga akhirnya beliau solat di belakang rasul dan berharap rasul menegurnya. Hati manusia sama sahaja tapi yang membuat jadi berbeza hanyalah pilihan kita sendiri. memilih yang hina maka hinalah yang kita dapat.

2. Pemimpin yang konsistan akan terus dihormati dan drindui rakyatnya. tak timbul kasut najis atau sebarang bentuk penghinaan lain terjadi ke atasnya. Dia bebas dan tenteram di wilayahnya kecuali di wilayah musuhnya. Bush dibaling sepatu kerana manusia tak rasa perlu lagi hormat padanya dan begitulah di Perak.Apakah perlu kita sembah atau tunduk kepada seorang manusia pemimpin yang zalim dan bahlul? Lojiknya tak ada sebab kecuali hanya strategi semasa bukan hakiki. Jadi bermakna derhaka yang sebenarnya adalah derhaka pemimpin kepada rakyat bukan sebaliknya. Tidak pernah terfikir mungkin para pembesar juga menderhaka kepada rakyat? Ya..inilah sekolah dan ajran yang seharusnya dibekalkan kepada pembesar dari raja sampai ke pemimpin politik. Rasuli zinkan salah seorang sahabat membalas kepada beliau ketika sebelum berangkat kee medan jihad dengan rela hati. Ini kerana beliau memahami etika ini dan dengan penuh hormat rakyat yang cinta kasih kepada pemimpinnya membalas dengan ciuman hormat kepadanya. Ini contoh hidup dan seharusnya dibaca oleh para raja dan pembesar kita. Katanya penaung agama dan adat tapi tak tahu benda apa cerite?..Bahkan jadi pak turut pula kepada seorang yang bahlul..

3. pemimpin yang konsistan sahaja yang mampu mendamaikan dan mensejahterakan suasana. Jadi sendiri mahu ingatlah..Bom orang dan lamnyak rakyat kecil dan bermacam lagi agenda jahatnya ..ini bukan sikap pemimpin yang dinantikan. SPR jadi kuda sehingga tarikh diarah oleh pemimpin BN..Nak ama macamana negara kita ni??? Rakyat bukan bahlul ceperti dulu..dan mereka masih ulanbg lagi perbuatan bodoh ini. Kamu memang boh tapi jangan perbodohkan rakyat lagi!!!

Nanti sambung lagi..


Rakyat digesa cantas pemimpin yang jahanamkan negara

Wartawan Khas Sat Feb 14, 09 11:54:40 am MYT
IPOH, 14 Feb (Hrkh) -

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Sambil mempersoalkan apakah kesalahannya sehingga perlu dilucutkan jawatan, Ustaz Abdul Hadi berkata, kalaupun mahu Nizar diberhentikan juga, hendaklah tindakan yang diambil itu menurut undang-undang.
"Jangan rompak di tengah jalan, jangan rampas begitu sahaja," tegasnya semasa berucap di hadapan lebih 30,000 orang dalam majlis ceramah perdana di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, dekat sini, baru-baru ini.
Ucapan Ustaz Abdul Hadi pada malam itu begitu bersemangat sekali, disulami dengan teriakan takbir yang bergemuruh. Hadirin kelihatan terpaku dengan hujah-hujahnya, terutama apabila beliau banyak mengkritik tindak-tanduk pemimpin tertinggi Umnno, khususnya Dato' Seri Najib Tun Razak.
Turut berceramah, selain Nizar, adalah Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. "Pemimpin Umno dahulu ada juga sedikit segan silunya, sekarang kebanyakan mereka sudah tidak ada harga diri," ujarnya.
Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kerajaan BN di Perak yang dibentuk selepas menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak sah sebagai sebuah "kerajaan penyamun".
Beliau kemudiannya bertanya hadirin: "Apakah rakyat bersedia menerima kerajaan perompak ini?" Secara spontan dijawab oleh puluhan ribu orang ramai yang memenuhi perkarangan rumah rasmi Menteri Besar Perak itu: "Tidak!"
Presiden PAS melahirkan rasa bangga kerana dapat melihat rakyat Perak, daripada pelbagai kaum dan agama, berkumpul untuk menentang BN yang disifatkannya sebagai "zalim, tidak ada maruah dan harga diri".
Merujuk kepada peranan Najib dalam usaha tidak bermotal menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak, Ustaz Abdul Hadi berkata: "Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya."
Beliau menggesa seluruh rakyat bangkit secara aman bagi menuntut keadilan.
"Malam ini kita bersatu di Ipoh, esok di Kuala Lumpur, seterusnya di seluruh Malaysia bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan," tegasnya.
Ustaz Abdul Hadi berpesan agar diselamatkan bahtera negara yang kini, baginya, berada dalam bahaya: "Kapten bahtera ini sekarang mabuk. Marilah kita campaknya ke laut, jangan biarkan dia tenggelamkan bahtera kita bersama,"
Di akhir ucapannya, dengan nada lantang, beliau menyeru agar rakyat bersama-sama segera "mencantas pemimpin negara yang akan menjahanamkan negara". - azm_ -->


3 Adun 'melompat' di Perak hidup dalam tekanan

Lanjusoh Sat Feb 14, 09 5:48:32 pm MYT

KOTA BHARU, 14 Feb (Hrkh) - Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak dikatakan dihimpit kecelaruan apabila masih menyembunyikan diri sehingga sekarang.

Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yat Foong difahamkan belum kembali ke rumah mereka sejak episod kehilangan mereka sebelum ini.
Malah seorang daripada Adun terbabit tidak juga kembali ke rumah biar pun isterinya sakit tenat sekarang.
Manakala Hee Yat merupakan orang kurang upaya (OKU) juga belum pulang ke rumahnya.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Adham Lim Abdullah berkata, rumah Adun Jelapang sekarang menjadi sasaran rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menjadi pembelot.
"Saya diberitahu setiap hari orang yang lalu lalang di depan rumahnya menghamburkan kata-kata kesat. Ada yang melemparkan telur busuk dan macam-macam lagi.
"Anaknya juga tidak dapat berniaga seperti biasa sekarang kerana tidak tahan berdepan dengan cemuhan orang ramai," katanya pada ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.
Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, anggota parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan wakil Hamas, Sami Abu Zahri.
Perkembangan isu di Perak sekarang ternyata menarik minat rakyat Kelantan apabila ribuan hadir. Padang Perdana dipenuhi 'lautan' manusia berkopiah dan bertudung putih.
Malam semalam lalu ribuan hadir pada ceramah di Kedai Kubang Kerian. Sebelum itu ceramah juga diadakan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah dan Markaz Tarbiah PAS Rantau Panjang.
Adham Lim yang juga Adun Titi Serong berkata, episod kehilangan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat berlainan dengan apa yang berlaku terhadap Adun Bota, Nasaruddin Hashim apabila berhijrah selama 11 hari kepada parti KeADILan.
"Dia datang sendiri kepada KeADILan tanpa diberi sebarang upah. Namun apa yang berlaku terhadap tiga bekas Adun Pakatan Rakyat mereka mengisytihar keluar parti dengan penuh misteri," ujarnya.
Timbalan Presiden PAS berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi alat kepada Umno apabila mengumumkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehari selepas berlangsung perhimpunan agung Umno.
Katanya, pemilihan tarikh tersebut seperti disepakati di antara SPR dan pemimpin Umno.
Mursyidul Am PAS pula mempersoal mengapa Kementerian Dalam Negeri bertindak merampas Harakah dan Suara Keadilan kalau tidak bertujuan menyekat rakyat mendapat maklumat sebenar.
Katanya, berdasar kepada laporan, rampasan akhbar oposisi itu berlaku di Selangor, Perak dan Kedah yang dianggapnya tidak wajar sama sekali.
"Kalau KDN bertindak begitu lebih baik kita tidak lagi membeli akhbar harian yang lebih condong kepada Umno berdasar kepada laporan mereka yang berat sebelah.
"Banyak cara kita boleh mendapatkan maklumat tanpa membaca akhbar harian. Internet, SMS sudah diguna secara meluas sekarang. Biar mereka rasakan. Sekali sekala kita juga perlu bertindak keras," katanya. - mj _

HR9808: Kenyataan di bawah boleh dipertikaikan kerana masih dinilai tidak releva dengan persoalan utama di Perak. Persoalan utama ialah " Tindakan tersebut yang dilakukan oleh Sultan Perak tidak mengikut lunas undang-undang". Bukan soal main-main tapi yang melibatkan undang-undang yang rakyat ada hak untuk pertikaikan tindakan siapa sahaja sekalipun Maharaja. Tolong ambilkira hak rakyat bukan hanya ikut sedap sendiri aje..Mohon maaf tapi inilah yang tersirat dalam benak hati rakyat. Tak mustahil kenyataan ini disedikan oleh makhluk UMNO yang menggunakan perisai di raja. Ini makhluk ghaib yang hodoh dan hapak. Tolong renungkan.."rakyat kenal siapa yang berada di belakang" "jangan bodohkan kami lagi!!!!

"Jangan biadab’ (HR9808: Yang biadab siapa sebenarnya?..Bukankah UMNo yang ubah imuniti para raja atau rakyat yang ubah?..Tolong fahami hal sebenarnya ok..!! Nak tahu lebih lanjut kena pangil Tun Mahathir..dia pakar hal ini..Masa itulah sekarang tak tahule...

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.
Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.
Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

HR9808; Kenyataan UMNO Cheras sekadar melepas batuk ditangga. Nak marah kena tahu asal masalahnya bukan hentam aje. Rakyat marah kerana ada yang tak kena dan pemimpin rakyat sebenar yang lebih cerdik akantetap mempertahnkan hak rakyat lebih dari yang lain. Soal siapa yang di belakang rakyat tak lojik sebab rakyat sekarang bukan rakyat zaman batu. Jadi Tn Syed eluk nasihatkan pemimpin UMNO dulu sebelum nasihat pemimpin lain. Yang ngajar orang melayu derhaka ialah Melayu UMNO. Nak takutkan rakyat dengan ISA juga adalah sindrom pemimpin yang gila meroyan. Cukuplah tu dan istighfarlah..!!

UMNO Cheras hantar memorandum

KUALA LUMPUR 14 Feb. - UMNO Bahagian Cheras akan menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Isnin ini bagi memohon perkenan dan merayu kepada Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya menggunakan budi bicara baginda untuk meng-adakan satu mesyuarat khas.

Antara lain mesyuarat khas itu untuk meminta perkenan Tuanku Mizan membincangkan hal-hal berkaitan kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu yang kini diperlekeh dan dihina oleh sesetengah pihak bagi kepentingan mereka.

Ketuanya, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, selain itu sekurang-kurangnya tiga lagi perkara akan diusulkan untuk menyatakan ikrar mempertahankan Raja-raja Melayu daripada golongan penderhaka.

"Memorandum ini berikutan kekecewaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang digambarkan melalui kenyataannya semalam. Kebiasaannya seseorang Sultan jarang mengeluarkan kenyataan.

"Jelas betapa murka dan kecewanya sehingga mendesak baginda berbuat demikian (keluarkan kenyataan). Saya yakin Sultan Perak sudah tentu lebih terguris," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Taat Setia yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Terdahulu kira-kira 100 ahli UMNO berkumpul secara aman bagi menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang cuba mencabar institusi raja-raja Melayu.

Perhimpunan yang pada awalnya dijadualkan di kawasan terbuka bagaimanapun dinasihatkan oleh polis supaya diadakan di kawasan tertutup dalam dewan UMNO bahagian itu bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

Dalam pada itu, Syed Ali menyifatkan Karpal dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai 'gila talak' dan hanya mengelirukan rakyat dengan sandiwara serta propaganda mereka.

"Anwar pula yang bersekongkol dengan mereka itu sedikit pintar... 'Baling batu sembunyi tangan'. Dia menggunakan orang tertentu selepas gagal menjadi Perdana Menteri," ujarnya.

Beliau juga mengesa kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) terhadap Karpal agar menjadi pengajaran kepada mereka yang menghina institusi Raja-raja Melayu pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!