foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, June 2, 2009

BUMBUNG STADIUM RUNTUH...??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
2 jUN

Semakin hari semakin banyak yang runtuh. INi petanda kurang baik bagi fengshui. Bila Najib berkuasa ada sahaja yang runtuh.?? Ada jin yang runtuhkan ke? Dulu Najib runtuhkan Kerajaan PR di Perak dan sekarang bangunan lain pula runtuh. Soal ada kaitan atau tidak, tidak ada siapa yang tahu tapi yang jelas runtuh apa pun mesti ada sebabnya.

1. Sebab paling kena ialah bangunan itu tidak kuat yang berkemungkinan besar dari salah laku manusia yang membinanya. Siapa yang bertanggungjawab masa itu wajib dipertanggungjawabkan.
Rasuah biasanya ada kaitan dengan hal ini maka SPRM perlu bertindak pantas sama seperti isu di Pelabuhan Kelang.
2. Idris Jusuh ke atau siapake tak penting yang penting SPRM mesti kejar siapa yang jaga projek ni. Jika ada gempa bumi mungkin boleh salahkan bumi tapi ribut tidak gempa tidak, bangunan runtuh?
3. Insiden ini memberi gambaran bahawa betapa perlunya pihak JKR membuat pemeriksaan seluruh bangunan di Malaysia yang selama ini telah diurus selia oleh pihak yang kononya rakyat diutamakan iaitu UMNO BN. Jika tidak diperiksa semula maka keselamatan rakyat terutama di bangunan tinggi amat merbahaya. Siapa boleh bagi jaminan keselamatan kepada rkyat? Sama juga dengan kejadian di BUkit Antarabangsa tempuh hari. Dah runtuh dan ramai yang mati baru JKR buka mata. Malang sekali rakyat Malaysia yang begitu percaya kepada UMNO BN selama 50 tahun sehingga bangunan dari wang rakyat dengan mudah hancur tanpa sebab. Kos ini apakah lebih kecil dari kos pilihanraya di Penanti???.
4. Sebagai seorang Muslim kes sepeti ini harus membuka mata kita semua akan betapa kecilnya kita di sisi Allah. Jika sampai masanya bangunan yang tidak dibina dengan cara yang betul pasti akan tersembam ke bumi. Takutlah kita kepada Allah terutama para pelaksana projek begini. Semua rasuah yang diterima akan memberi jawapannya sekalipun disorok oleh si pembuatnya.

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh
Abdul Rahim Sabri | Jun 2, 09 11:03am
Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

stadium sultan mizan gong badak 020609Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4 petang ini.

Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja.

Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan.

"Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya.

Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan.

Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.

Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!