Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
2 JUN
Seperti yang pernah saya komen dalam isu Manohara dan anak Sultan Kelantan beberapa minggu lalu akhirnya masa memberi jawapan. Saya tidak berminat sebenarnya untuk komen kerana amat memalukan bangsa sendiri terutama apabila saya berada di Bandung. Tetapi inilah realiti yang akhirnya Raja Melayu, pimpinan Malaysia dan rakyat Malaysia perlu telan. Soal fitnah atau tidak berita ini rasanya sudah tidak relevan lagi kerana kes ini akan dibawa ke mahkamah. Saya ingin komen beberapa aspek:
1. Alangkah naifnya Raja Melayu di mata dunia soal persepsi kuasa dan kekebalan institusi Raja Melayu di negara lain. Apakah isu ini diambil ringan atau memang tidak dipedulikan oleh pihak istana sehingga berita mencemar duli keluar di khalayak dengan sangat mengaibkan. INi soal maruah, agama, adat dan imej negara. Jangan sampai ianya berulang dan terus berulang seperti sejarah dahulu kala yang banyak Raja menjadi galau bila melihat dahi cerah ana dara atau bini orang? Sejarah ini sangat memalukan dan kenapa ianya harus diulang lagi? Memang suatu yang biasa bagi mereka yang berkuasa berkelakuan begitu tetapi zaman ini adalah zaman canggih di mana berita bisa sampai ke pelusuk dunia dalam hitungan detik.
2. Media UMNO BN masih mahu pertahankan sesuatu yang sangat tidak masuk akal dan semakin menyerlahkan kepada dunia betapa media di Malaysia adalah media dibayar dan tidak bebas. Media begini tidak akan membawa perubahan kepada intelektual rakyat dan ianya pasti akan ditolak oleh dunia. Media tiada kredibiliti samalah nilainya seperti kertas toilet dan semakin hari semakin ketara sejak Najib berkuasa. Sehingga soal maruah begini media masih tidak mahu terbuka. Media harus berani terutama soal maruah kerana nilai bangsa ini terletak pada maruahnya. Jika kelakuan raja atau pimpinan UMNO BN yang boleh mencemarkan nama baik negara wajib dideahkan supaya mereka dapat belajar menghormati maruah bangsa dan negara ini. Tercalarnya nama baik negara akan memberi inpak jangkapanjang kepada imej negara.
3. Sudah sampai masanya Institusi Diraja Melayu melakar etika dan adab sopan yang wajib dipatuhi di kalangan mereka. Jangan sampai istana menjadi markaz berkembangbiaknya budaya celaru, tidak beradab, tidak bertamaddun dan melanggar tatasusila kebudayaan Melayu. Mana-mana pihak yang melanggar boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya bahkan jika terlalu berat boleh digugurkan dari warisan takhta istana. Rakyat sudah semakin banyak meneropong ke celah-celah tingkap istana dan semakin hari gerakkerja di istana sudah semakin kelihatan. Bermula dari kes di Perak yang sehingga sekarang belum selesai dan bertambah pula dengan kes anak Sultan Kelantan yang akan terheret ke mahkamah antarabangsa, maka rakyat akan dengan berani menyatakan "tolonglah hentikan kedurjanaan melampau yang memalukan ini demi bangsa dan negara"!!!. Apakah ini derhaka namanya? Saya rasa tafsiran soal derhaka harus diperbetulkan dan semuanya harus kembali kepada tafsiran yang benar. Instropeksilah dan carilah solusinya sesuai dengan era zaman maya terbuka!!
4. Kepada pimpinan PR, isu ini perlu direnungkan dan berilah pandangan yang saksama demi sebuah keadilan sekalipun ianya mungkin terlalu kecil bagi seorang warga negara luar yang tidak berkepentingan kepada politik dalaman. Tetapi ingatlah bahawa asas menasihati seseorang bukan kepada apa gelarannya atau kedudukannya. Semuanya sama di sisi Allah dan semuanya perlu dinasihatkan dengan cara yang baik untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan kita tempah kemurkaan Allah dalam kelalaian kita mengingatkan para raja dan pimpinan zalim di mana sahaja. Sejarah Islam telah mengajar kita ajar bersifat adil dan tegas dalam memastikan kebenaran dapat ditegakkan di bumi ini.
5. Kepada keluarga Manohara di Jakarta, sila buktikan dengan benar, ikhlas, jujur dan profesional. Jangan sampai anda dilihat dan direndahkan dengan isu kononya hanya sekadar mahu mencari wang tambahan dari tuntutan dll. Maruah anda adalah nilai diri anda. Jika hanya sekadar wang yang menjadi niatnya maka itulah level maruah diri anda. Rakyat Malaysia yang sedar akan erti nilai maruah seorang manusia menyokong tindakan anda selagi ianya benar dan berasas. Bersabar dan bertawakkallah. Kembalikanlah segalanya kepada Allah yang maha adil dan maha berkuasa..!!
Hr9808: sila renungkan kenyataan di akhbar UMNO BN...
‘Manohara buat fitnah bagi aibkan suami, istana’
KOTA BHARU 1 Jun – Sahabat karib Tengku Temenggong Kelantan, Mohd. Soberi Shafii menyifatkan bekas model Manohara Odelio Pinot sedang meracuni orang ramai dengan fitnah bagi mengaibkan suami dan mencemari Istana Kelantan.
Beliau berkata, Tengku Mohammad Fakhry rela menerima hukuman jika dakwaan tersebut mempunyai bukti tetapi jika sebaliknya, Manohara juga mesti bersedia berhadapan dengan tindakan.
Menurut beliau, fitnah terbaru kononnya Manohara melarikan diri dari Singapura semalam adalah tidak berasas kerana Tengku Temenggong merestui kepulangan beliau ke Jakarta.
“Apa yang dipaparkan di laman-laman web mengenai fitnah Manohara terhadap Tengku Temenggong hanyalah untuk meraih simpati orang ramai terhadap dia dan ibunya, Daisy Fajarina.
“Semasa di Singapura, Tengku dan Manohara menginap di Hotel Royal Plaza apabila tiba-tiba ibunya muncul bersama-sama anggota polis dan wakil kedutaan Amerika Syarikat.
“Tengku menyambut baik kedatangan mereka dan apabila diadakan perundingan, Manohara meminta untuk pulang ke Jakarta mengikut ibunya dan Tengku mengizinkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sehubungan itu, katanya tidak timbul soal Manohara membuat kecoh untuk melepaskan diri kerana tidak ada sekatan atau halangan kerana dia dibenarkan pulang dengan baik.
“Jika betul dakwaan Manohara didera suami, kenapa tidak terus membuat pemeriksaan doktor untuk membuktikannya tetapi sebaliknya pergi kepada media,’’ katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan, apa yang sedang dilakukan oleh Manohara sekarang ini kerana dipengaruhi ibunya.
“Isu yang diperkatakan oleh ibunya sama seperti kenyataannya pada April lalu ekoran mahu menutup perasaan malu dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana.
“Aktivis wanita yang membantu Daisy membuat laporan polis mengenai dakwaan penderaan suami ke atas Manohara tetapi apabila tidak ada bukti, dia telah menarik diri daripada terus membantu,” ujarnya.
Bagaimanapun beliau berkata, buat masa ini Tengku Temenggong tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana mahu menunggu perkembangan seterusnya daripada Manohara dan ibunya.
“Biar mereka habis dahulu dengan kenyataan-kenyataan yang hendak dikeluarkan dan selepas ini jika masih tidak mempunyai bukti, kebenaran dan keadilan akan menjelma,’’ katanya.
HR9808: APa kata media Indonesia....."Karena ini jadi isu publik maka harus kita selesaikan, jangan kata saya tidak perduli," kata SBY usai menghadiri pertemuan ASEAN-Korsel di Jeju Island, Korsel, Selasa (2/6/2009).
(HR9808: Najib di Korea nak tunjuk apa kepada dunia?..Masalah anak raja pun tak mampu nak selesai? Inilah yang menghambat kredibiliti seseorang..Belum selesai masalah Altantunya dah sampai pula Manohara dan kebetulan perkenalan anak raja ketika Najib juga ada di majlis harijadi anak Bakrie pada tahun 2008 dulu...kena getahnya sekarang..Jika kita gerakkan rakyat untuk mengambil foto-foto kelibat vvip Malaysia di luar rasanya bertimbunlah filenya nanti.. Tapi masih tak insaf lagi...)
SBY juga mengaku pernah menanyakan masalah Mano ke Dubes RI di Malaysia Da'i Bachtiar. Saat itu Da'i mengatakan, proses komunikasi terus dilakukan dengan kerajaan Kelantan.
"Waktu itu dia bilang keadaan Mano baik-baik saja. Saya juga pesan kepada Menlu dan Dubes, tolong kelola masalah ini dengan baik," jelasnya.
SBY juga meminta kepada pihak-pihak terkait untuk mengetahui batasan dalam penyelesaian masalah ini. Segala sesuatu yang dibicarakan harus dicari kebenarannnya.
"Kita juga harus tahu mana batas keluarga dan tidak," pungkasnya.
(mad/nrl)
Senin, 01/06/2009 17:53 WIB
Deplu Siap Bantu Manohara Tempuh Langkah Hukum
Indra Subagja - detikNews
"Karena ini hubungan masalah negara, kalau ada masalah hukum, kita akan memberikan fasilitas advokasi," kata juru bicara Deplu, Teuku Faizasyah saat dihubungi melalui telepon, Senin (1/6/2009).
Pria yang akrab disapa Faiz ini menuturkan, memberikan bantuan advokasi memang biasa dilakukan Deplu. Misalnya TKI yang mendapatkan penganiayaan, kemudian meminta bantuan pemerintah untuk melakukan langkah hukum atau meminta kompensasi.
"Tapi sampai saat ini, belum ada permintaan bantuan keluarga Manohara," tambahnya.
Selain itu, hingga kini pihak Deplu juga belum medapatkan surat atau pernyataan dari pihak Kerajaan Kelantan terkait Manohara yang pulang ke Indonesia.
"Secara resmi disampaikan ke perwakilan kita belum ada," timpal Faiz.
Kawin Campur
Sementara itu, terkait kasus Manohara, sebagai bahan pembelajaran, Direktur Perlindungan WNI Deplu, Teguh Wardoyo meminta agar warga Indonesia jangan mudah tertipu bila diajak menikah dengan warga negara asing, walaupun itu seorang yang berpengaruh di negaranya.
"Sebelum kawin campur harus teliti dengan baik, tingkatkan kewaspadaan. Kawin campur risikonya berat, jangan mudah tertipu dan terbujuk rayu dengan berbagai hal," tutupnya.
Selasa, 02/06/2009 09:25 WIB
Manohara Dijadwalkan Lagi untuk Divisum
Nala Edwin - detikNews
"Jadwalnya memang akan dilakukan visum hari ini, tapi untuk rumah sakitnya saya belum mendapat informasi," " kata pengacara Daisy Fajarina (ibunda Manohara), Yuri Andre Darma, kepada detikcom, Selasa (2/6/2009).
Kemarin Manohara menunda visum di rumah sakit yang belum diputuskan. Model yang mengaku disiksa suaminya, putra Sultan Kelantan Tengku M Fakhry itu, belum siap menjalani prosedur kesehatan tersebut. Kegiatan Mano kemarin cukup padat, termasuk melayani wawancara sejumlah media.
"Mengenai visum nanti kita kabari lagi," kata Yuri.
Ketika ditanya mengenai kondisi Manohara, Yuri menyatakan kondisi Mano cukup lelah, namun hal itu tertutupi dengan rasa senang berkumpul kembali dengan keluarganya. "Cukup lelah, namun tertutupi dengan perasaan senang," kata Yuri.
(nal/nrl)
10 jun..
Sah ada luka baru pada Manohara Jun 10, 09 11:14am Terdapat kesan luka pada dada Cik Puan Temenggong Kelantan, dekat dengan payudaranya, kata peguam bekas model muda itu sambil menunjukkan foto di telefon bimbitnya kepada media. "Jika kalian para perempuan tidak sedih... ini aneh. Ini adalah bukti jelas, saya pun hampir menangis," Hotman Paris Hutapea, penasihat guaman Manohara Odelia Pinot, dipetik akhbar Surya.Ahli forensik Dr Mun'im Idries juga mengesahkan wujud kesan luka di tubuh wanita 17 tahun itu, lapor akhbar yang sama semalam.Sementara agensi berita AFP yang bercakap dengan ahli forensik itu melaporkan sebahagian kesan luka itu "masih baru".
11 jun
Makin hari makin banyak sokongan terhadap Manohara dan semakin hari semakin jelas ke.......Raja Melayu. Walaupun ianya akan dibahas dan diadili oleh mahkamah tetapi kerosakannya imejnya sudah mendunia. Tak malukah kita atau sememangnya kita jenis tak memalu? Saya tak mahu caci sesiapa tetapi tolonglah bersama kita kembali kepada agama kita agar darjat kita sebagai manusia masih dapat dipertahankan. Jika tidak hilanglah daulat dan nama yang dimegahkan selama ini. Ini bukan Hollywood dan kita tidak mahu kes maruah seperti ini didengungkan sehingga umat lain mencaci dan menghina kita atas kebodohan kita sendiri. Ini suatu pelajaran berharga untuk semua!!!
Sultan, Raja Perempuan diseret dalam laporan polis Manohara |
Jun 10, 09 11:14am |
kemaskini 2.46pm Manohara Odelia Pinot akhirnya membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan, berhubung dakwaannya beliau diculik dan didera suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra. Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis Indonesia di Jakarta semalam, lapor akhbar Surya hari ini. Peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata, Manohara juga melaporkan nama kapten pesawat peribadi yang didakwa melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu, kenalan dekat suaminya Mohd Soberi Shafii dan seorang pengawal peribadi yang dituduh memukulnya dalam pesawat tersebut. Peguam itu berkata kelapan-lapan itu ingin dituntut disiasat menurut Seksyen 285 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (seperti Kanun Keseksaan di Malaysia) berhubung kesalahan penganiayaan dan penculikan. Menurut akhbar yang sama, beliau juga bercadang membawa kelapan-lapan nama itu bawah Seksyen 333 kitab undang-undang jenayah itu, yakni kesalahan menyekat kebebasan orang lain. Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi. "Setelah visum (pemeriksaan perubatan) kami harapkan pihak Kelantan ditetapkan sebagai tersangka (suspek)," peguam itu dipetik berkata, sambil menambah pemeriksaan perubatan itu dibuat secara rasmi oleh polis sesuai menurut siasatan bawah Kitab Undang-undang Hukum Pidana. "Visum seluruh tubuh termasuk jiwa dan hatinya. Bukti visum ini adalah bukti utama karena dilakukan secara bersama dengan penyidik (pegawai penyiasat) Mabes (ibu pejabat polis). "Saya yakin (pemeriksaan) ini bisa jadi bukti utama." Sambil menunjukkan foto di telefon bimbitnya kepada media, peguam yang sama semalam dipetik berkata terdapat kesan luka pada dada Manohara, termasuk dekat dengan payudaranya. "Jika kalian para perempuan tidak sedih... ini aneh. Ini adalah bukti jelas, saya pun hampir menangis," Hotman Paris dipetik Surya. Sementara ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu juga mengesahkan wujud kesan luka, termasuk kesan yang "masih baru", lapor agensi berita AFP semalam. Mengulas lanjut kes anak guamnya itu, Hotman Paris berkata Manohara akan meminta bantuan polis Indonesia untuk bekerjasama dengan Interpol untuk menyelesaikan siasatan. "Juga kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyelesaikan masalah ini. Begitupun dengan Dubes (duta besar) di Malaysia agar memfasilitasi (memudahkan)," kata seorang lagi peguam wanita itu, Warsito Sanyoto. Istana Kelantan dengan rasmi menganggap dakwaan Manohara ini sebagai krisis rumahtanggan pasangan diraja itu, sementara Mohd Soberi bertegas menafikan tuduhan-tuduhan tersebut. |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!